Monday, April 27, 2020

3 Nasihat Nabi Muhammad Terpampang Di Billboard Di Amerika Syarikat

Mungkin anda tidak akan percaya apa yang dipaparkan di salah sebuah papan iklan di Amerika Syarikat (AS) namun itulah realitinya.

Sebuah billboard di Chicago memaparkan nasihat Nabi Muhammad untuk kebersihan diri yang boleh diguna pakai melawan wabak Covid-19.

Seperti yang dipaparkan oleh Gain Peace, nasihat Nabi Muhammad mengandungi 3 pesanan.

“Cuci tangan anda dengan kerap, jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti dan jangan mengunjungi kawasan yang dijangkiti.”

Garis panduan ini berdasarkan hadis dan dikongsi secara meluas di kebanyakan platform media sosial sejak wabak Covid-19 mulai tersebar ke seluruh dunia.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nasihat ini mula menjadi viral di saat angka mereka yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat lebih daripada 2.4 juta dan membunuh lebih 165,775 di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia juga diingatkan untuk terus mengambil langkah penjarakkan sosial sepanjang bulan Ramadan bagi mengelak penularan bertambah teruk, termasuk larangan mengadakan perjumpaan dan penutupan masjid dikekalkan. - www.freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment