TERKULAT-KULAT sekejap bila melihat ‘quotation’ RM1,800 oleh pihak sekolah memandu untuk mengambil lesen memandu kereta kelas D (auto). Mungkin murah bagi individu berpendapatan tinggi yang hanya mempunyai seorang atau dua orang anak, tetapi bagaimana pula dengan kumpulan lain.
Dikatakan ada juga sesetengah mengenakan bayaran sehingga RM2,500. Sewajarnya, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima) mengendurkan sedikit keluh kesah ibu bapa mengenai caj yang dikenakan ini. Adakah mengikut kadar tukaran mata wang asing atau berdasarkan harga minyak dalam pasaran dunia?
Lazimnya lesen kereta bakal diambil oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengisi ruang masa sementara menunggu keputusan peperiksaan yang biasanya diumumkan pada Mac atau April tahun depan.
Jadi, mereka inilah potensi pelanggan yang bakal memberikan pendapatan agak lumayan kepada sekolah-sekolah memandu. Untuk makluman, baru-baru ini terdapat seramai 434,535 orang calon menduduki SPM di seluruh negara.
Ini bermakna jika kesemuanya berpakat untuk mengambil lesen sekurang-kurangnya untuk kelas D (kereta) tidak termasuk motosikal atas kadar bayaran RM1,800 seorang, maka sebanyak RM782,163,000.00 akan bertukar tangan kepada pengusaha sekolah memandu - macam tidak logik?

Baiklah kita andaikan hanya separuh sahaja daripada calon berkenaan, iaitu hanya 217,267.5 orang mengambil lesen, bermakna sebanyak RM391,081,500.00 bakal bertukar tangan. Setiap tahun pelanggan sekolah memandu akan tetap bertambah kerana ia selari dengan jumlah calon menduduki SPM, kecuali jika kerajaan dalam masa terdekat berhasrat untuk memansuhkannya.
Bakal pelajar ini berniat baik untuk melakukan sesuatu yang patuh undang-undang negara, jadi berikanlah galakan dan dorongan, jangan susahkan mereka. Contohnya, kerajaan galakkan rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan celik teknologi maklumat, maka dilaksanakan sedikit pengecualian dalam cukai taksiran bagi pembelian komputer dan keperluan sukan.
Tidak cukup dengan itu, dibina pula gelanggang-gelanggang futsal dan padang permainan di kawasan perumahan - semuanya sebagai dorongan untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Maka kenapa pula terkecuali dalam isu lesen memandu? Mungkin boleh sahaja pemandu di negara ini berterusan memandu tanpa lesen.
Pada Mei lalu, polis memaklumkan kira-kira 630,000 pemandu ditahan kerana memandu tanpa lesen sementara ada pihak menganggarkan angka sebenar mungkin melangkaui 1.2 juta pemandu di seluruh negara.
Dengan kadar caj dikenakan sekolah memandu dan difahamkan turut mendapat restu JPJ (kenyataan Pima pada 4 Oktober lalu) adakah sesiapa akan terkejut apabila begitu ramai pemandu di jalan dan lebuh raya tidak mempunyai lesen sah?
Hakikatnya, lesen memandu adalah satu keperluan asas seperti rumah, makanan dan ubat, janganlah dibiarkan harga terlampau tinggi hingga rakyat tidak mampu mendapatkannya. Dikhuatiri ia bakal jadi seperti harga semasa rumah - hanya mampu tengok bukannya mampu milik!
Tentang kos tersirat, antara jawapan klise yang sering diberikan - kos operasi, sewa kenderaan, minyak dan gaji minimum. Biasalah berniaga ada untung rugi, tetapi adilkah jika semua itu dibebankan kepada pengguna?
Jika alasan itu diterima pakai, maka bolehlah pengusaha restoran, pemborong barangan keperluan, pengusaha pengangkutan awam menaikkan siap-siap harga perkhidmatan atas rasional ‘kemungkinan’ bakal rugi kerana ketiadaan pelanggan!
Pengusaha sekolah memandu kena ingat bahawa mereka juga pengguna dan pelanggan yang turut bakal terkena tempias. Apabila harga mencanak naik di restoran, barangan keperluan, tambang pengangkutan - kenalah reda dan jangan sesekali jadi ‘angin satu badan’ apabila turut menjadi mangsa.
Oleh : Tarmizi Abdul Rahim
ดูหนังออนไลน์แสนสนุก The Divine Fury มือนรกพระเจ้าคลั่ง ดูหนังฟรีไมีต้องเสียเงินสักบาทต้องที่เง็บนี้ที่เดียว https://www.doonung1234.com/
ReplyDeleteสล็อตออนไลน์ เล่นสล็อต slotxo ฟรีเครดิต ได้เงินจริง เล่นเลยที่นี่
ReplyDeletehttps://www.slot2xl.com/