SAYA menyokong rancangan kerajaan negeri Melaka, Selangor dan Pulau Pinang untuk menyeragamkan ladang-ladang ternakan babi dengan harapan pencemaran bunyi, bau dan air sungai daripada ladang babi yang dibina secara haram dapat diatasi.
Kaedah ternakan seragam untuk ladang-ladang babi amat penting bukan sahaja atas faktor kebersihan malahan risiko kesihatan memandangkan haiwan tersebut memang mudah menyebarkan penyakit kepada manusia.
Fisiologi babi bukan sahaja mudah menyebarkan virus seperti selesema (Influenza), Nipah dan Japanese Encephalitis (JE) malah bakteria punca Antraks, Leptospirosis (kencing tikus), Tetanus, Tuberkulosis (batuk kering) di samping beberapa jenis parasit kepada manusia.
Sebaran penyakit boleh berlaku melalui sentuhan, pencemaran sumber air, memakan daging kurang masak mahupun gigitan nyamuk atau kelawar.
Dari sudut sosial pula, sudah sampai masanya wujud ketetapan tegas melarang membuka ladang babi secara kecil-kecilan mahupun komersial berhampiran kawasan perumahan atau perkampungan khususnya penempatan yang majoritinya orang Islam.
Oleh itu, saya harap khabar angin kononnya projek ladang babi di Pulau Pinang dan Selangor akan dibina berhampiran penempatan orang Islam tidak benar kerana langkah itu berbahaya dan pasti akan menjadi satu isu besar kelak.
Syarat jarak penempatan manusia dengan ladang ternakan mana-mana haiwan seperti ayam, itik, kambing, lembu dan lain-lain memang dikawal sejak dari dahulu tetapi dilihat terdapat kelemahan atau mungkin wujud kelonggaran terhadap penternak babi.
Sama ada untuk menjaga sentimen perkauman mahupun kelemahan pihak berwajib, perkara ini tidak boleh berterusan bagi mengelakkan tragedi penularan penyakit berpunca daripada babi beberapa tahun lalu daripada berulang.
Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menetapkan ternakan babi hanya untuk memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat bukan Islam di dalam negara dan bukannya untuk dieksport.
Saya sangat tidak bersetuju dengan rancangan sesetengah pihak mahu membuka ladang babi besar-besaran untuk tujuan eksport ke luar negara.
Secara mudahnya, tidak manis bagi sebuah negara Islam mengeksport benda dilarang agama tersebut seperti daging babi dan arak seperti mana janggal bagi negara beragama Hindu mengeksport daging lembu.
Tidak menjadi halangan untuk masyarakat bukan Islam mendapatkan bekalan daging babi sebanyak mana yang mereka mahu tetapi tidak sepatutnya penternak dibiar mengaut untung mengeksport hasil ternakan mereka sedangkan masalah pencemaran dan risiko kesihatan ditanggung rakyat negara ini.
Pandangan ini bukan berkaitan sentimen kaum atau agama tetapi ternakan babi adalah isu sosial dan alam sekitar yang menjejaskan seluruh negara tanpa mengira fahaman dan keturunan.
Penternak boleh menambah saiz ladang mereka sebesar mana sekalipun asalkan hanya untuk memenuhi permintaan dalam negara dan bukannya dihantar ke negara jiran mahupun ke China, Hong Kong, Taiwan mahupun negara-negara Barat.
Ternakan kambing dan lembu di negara ini masih tidak mampu memenuhi permintaan pengguna tempatan sehingga terpaksa diimport dari negara luar, tidak masuk akal ternakan babi tempatan pula dimajukan sehingga menjadi ‘eksport daging utama’ Malaysia.
Orang yang untung dalam projek tersebut hanya penternak, pengeksport dan orang tengah, bukannya negara mahupun rakyat yang terpaksa berdepan dengan pencemaran bunyi, bau dan sumber air.
Lebih malang bila masyarakat bukan Islam di sesetengah kawasan di Malaysia masih sukar mendapatkan bekalan daging babi tetapi penternak, termasuk yang membuka ladang haram sibuk mahu mengeksport hasil ladang mereka kerana mendapat harga lebih lumayan.
Saya harap golongan cerdik pandai dalam pentadbiran negara memandang isu ini secara menyeluruh supaya apa jua perusahaan dimanfaatkan untuk keperluan rakyat dahulu dan bukannya untuk menambah kekayaan individu tertentu sahaja.
Oleh : Daniel Lee Abdullah

No comments:
Post a Comment