Shabani menjadi kegilaan dalam kalangan gadis di Jepun kerana disifatkan sebagai haiwan paling kacak di Zoo Higashimaya. AGENSI
NAGOYA - Seekor gorila yang dikenali sebagai Shabani, menjadi kegilaan dalam kalangan gadis di Jepun kerana disifatkan sebagai haiwan paling ‘kacak’ di situ.
Daily Mail melaporkan, Shabani yang membesar di Zoo Taronga di Australia sebelum dipindahkan ke Nagoya pada 2007, dikatakan menerima kunjungan tertinggi daripada peminatnya saban hari.
Menurut pegawai Zoo Higashimaya, Shabani merupakan antara gorila terawal yang diperkenalkan di zoo itu.
Difahamkan, jumlah pengunjung wanita ke zoo tersebut juga bertambah.
Pengunjung wanita sering berkunjung ke zoo tersebut hanya kerana mahu bergambar dan meluangkan dengan Shabani selepas haiwan itu menjadi popular dalam laman sosial seperti Twitter.
Gambar-gambar Shabani yang dimuatnaik di laman sosial memaparkan aksi haiwan itu yang tidak ubah seperti model lelaki ketika bergambar.
Antara gaya mencuit hati oleh Shabani yang dikongsi peminatnya, memaparkan haiwan itu menjeling, menunjukkan ototnya, serta termenung jauh selain daripada bermain dengan gorila lain.
Peminat Shabani sering menggelar dirinya dengan nama ‘ikemen’ yang bermaksud lelaki tampan dalam bahasa Jepun.
Komen yang dimuat naik dalam sosial menyifatkan Shabani sebagai binatang paling seksi, comel, dan terlampau kacak.
Seorang wanita menulis, ‘Saya hanya ke zoo untuk bertemu dengan Shabani, dia terlampau tampan.’
Satu lagi kapsyen menarik pengunjung yang sanggup berkunjung bersama kawan-kawannya untuk melihat Shabani berbunyi, ‘Saya akan melawat Shabani, gorila terkacak. Ini adalah percutian paling menarik.’

Sumber : utusan
No comments:
Post a Comment