Friday, May 29, 2015

Tujuh Anggota Sujud

Terdapat tujuh anggota yang perlu diteliti ketika sujud.
ULAMA bersepakat bahawa sujud yang sempurna mestilah dilakukan di atas tujuh anggota. Majoriti mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat yang wajib hanyalah dahi. (Al-Mughni, 2/67; Tuhfatul Muhtaj, 1/203 (cet. Dar Kutub Ilmiah)

Sekiranya tertinggal mana-mana anggota, solat tidaklah batal. Namun, menurut Mazhab Syafie jika bahagian dahi tidak diletakkan sebetulnya di atas tempat sujud sehingga kira-kiranya berat kepala terletak di atas tempat sujud. Jika keadaan demikian tidak berlaku, wajib mengulangi sujud. (Mughni al-Muhtaj1/235, Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibnu Hubayrah, 1/117, Al-Fiqh ala Mazahib al-Arba’ah, Abd. Rahman Al-Jaziri, 1/207)

Cara sujud yang betul
Kedua-dua tapak tangan
Dahi
Hidung
Siku
Kedua-dua belah lutut
Hujung jari kaki

Kewajipan untuk sujud di atas tujuh anggota ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas ra yang sahih yang bermaksud: Aku diarahkan untuk sujud dia atas tujuh anggota sujud: Di atas dahi - dan Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki. (riwauay al-Bukhari dan Muslim).

Kedudukan hujung jari kaki
Berdasarkan apa yang dihuraikan oleh Imam al-Nawawi, anggota yang dikira ialah telapak bagi kedua-dua tangan dan yang dikira bagi kaki ialah permukaan jari-jari kaki dan paling minimum untuk melaksanakan arahan daripada hadis di atas adalah jika ada satu jari yang betul kedudukannya.

Jika jari kaki tidak pada kedudukan sedemikian, adakah solat menjadi batal? Jawapannya berbeza menurut ijtihad ulama seperti berikut;

* Hanafi, Syafie (menurut al-Nawawi dan Hanbali: Solat boleh terbatal kerana ia anggota wajib.

* Maliki: Tidak batal kerana anggota sujud yang wajib hanyalah dahi.

Pandangan terpilih dan lebih selamat ialah menjaga kedudukan jari kaki agar dibengkokkan. Keluar daripada khilaf dan melakukan yang terbaik untuk menuruti sunah Nabi SAW adalah lebih elok.

Mestikah hidung mencecah tempat sujud?
Terdapat perbezaan ijtihad dalam keadaan sujud dengan hidung mencecah bumi. Majoriti mazhab berpendapat ia tidak wajib. Imam Ahmad pula mempunyai dua pandangan yang berbeza.

Ibnu Munzir telah menyatakan ijmak daripada kalangan sahabat untuk memastikan sentuhnya dahi dan hidung sekali gus.

Namun Jumhur ulama menyatakan dahi tanpa hidung adalah mencukupi dan Ibnu Qudamah menafikan kesahihan ijmak yang disebutkan.

Antaranya wajib berdasarkan hadis al-Bukhari dan Muslim yang mengarahkan agar sujud di atas tujuh anggota dan ketika Nabi SAW menyebut dahi, Nabi SAW menunjukkan hidungnya sekali (sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas)

Imam Syafie menyebut bahawa sekiranya hidung tidak mencecah bumi, hukumnya hanyalah makruh. Bagi memastikan kesempurnaan dan kualiti solat, elok dipastikan kedua-dua anggota tersebut dicecahkan ke tempat sujud.

Keadaan dahi semasa sujud
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Kemudian terus sujud sehingga berhenti sekejap dalam keadaan sujud (riwayat al-Bukhari)

Sementara sifat sujud yang diajarkan oleh Nabi SAW adalah wajib meletakkan dahi di atas bumi dan menekankan dahi ke bumi, dalilnya bermaksud: Apabila bersujud hendaklah kamu menekankan ke bumi dan jangan mencecah cepat semata-mata.” (riwayat Ibnu Hibban, dianggap sahih)

Hadis ini secara tidak langsung memberi maksud, dahi mestilah tidak tertutup semasa sujud. Justeru, Imam Syafie beijtihad, wajib dahi terbuka dan tidak harus ada apa jua yang menghalang di antara dahi dan tempat sujud.

Bagaimanapun terdapat hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa sahabat Nabi SAW pernah meletakkan hujung baju mereka mengalas dahi ketika hari yang panas. Berdasarkan hadis ini dan qias bahawa seluruh anggota sujud yang lain tidak perlu terbuka, maka majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengharuskan dahi tertutup ketika sujud.

Pandangan yang lebih hampir dengan sifat solat NAbi SAW adalah dengan mendedahkan dahi ke tempat sujud. Ia berdasarkan hadis sahih yang jelas iaitu: Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh (anggota) tidak ditutupi oleh rambut dan baju. (riwayat al-Bukhari)

Adapun hadis sahabat sujud di atas hujung baju, ia hanyalah dalam keadaan tertentu yang darurat, seperti panas atau sejuk atau batu-batu agak tajam dan keras. Manakala dalam keadaan biasa, elok mengambil azimah dan keluar daripada khilaf. Demikian juga pandangan Imam Ahmad dan Ibnu Qudamah. Bagaimanapun ulama bersepakat mengatakan solat tidak batal jika sujud beralas baju dan rambut, cuma makruh dan kerana ia seolah-olah seorang yang takbur.

Sumber : Bicara Agama

Thursday, May 28, 2015

Mengapa Perlu Sombong?

SOMBONG adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari. Di tingkat terbawah, sombong adalah disebabkan oleh faktor kebendaan. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan dan lebih terhormat daripada orang lain.

Di tingkat kedua, sombong adalah disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih cekap dan lebih berwawasan dibandingkan dengan orang lain.

Di tingkat ketiga, sombong adalah disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain.

Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sulit pula kita mengesannya. Sombong kerana kebendaan sangat mudah terlihat. Tetapi sombong kerana pengetahuan, apa lagi sombong kerana kebaikan, sukar dikesan kerana ia berbentuk benih-benih halus di dalam batin. Sesungguhnya sifat sombong telah banyak mencelakakan makhluk Allah SWT. Ia bermula dari peristiwa pengusiran iblis dari syurga kerana kesombongannya untuk tidak sujud kepada Nabi Adam as, tatkala diperintahkan oleh Allah SWT ke atasnya.

Keengganan ini adalah disebabkan iblis beranggapan dia jauh lebih mulia daripada Adam, beralasan faktor kejadian daripada tanah sedangkan dirinya (iblis) daripada api yang pada andaiannya lebih hebat. Justeru, sikap sombong iblis ini telah menyebabkan Allah SWT murka dan menghalaunya turun dari syurga. (rujuk al A’raf: 13)

Di samping itu, kerana kesombongan jugalah Allah SWT telah menenggelamkan Qarun berserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi kerana keangkuhannya terhadap Allah SWT dan juga kepada sesama kaumnya.

Begitu juga Allah SWT telah menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya di lautan kerana faktor kesombongan itu. Sikap sombong itu juga telah menyebabkan dia lupa diri dan dengan angkuh menyatakan dirinya lebih berhak untuk disembah dan diagungkan.

Kehancuran kaum Nabi Lut as juga kerana kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Lut agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka iaitu melakukan penyimpangan seksual sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi, Allah SWT membalikkan bumi yang mereka berlindung dan tiada satu pun di antara mereka yang dapat menyelamatkan diri daripada azab-Nya secara tiba-tiba.

Hakikatnya, masih banyak kisah yang dapat menyedarkan manusia daripada kesombongan dan keangkuhan, kalaulah mereka mahu mempergunakan hati nurani dan akalnya secara sihat.

Makhluk lemah
Manusia tidak boleh bersikap sombong kerana kita adalah makhluk yang lemah, seharusnya tidak seharusnya bermegah-megah dan sombong di hadapan Penguasa langit dan bumi.

Masih banyak manusia yang lupa hakikat dan jati dirinya sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, merendahkan orang lain serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.

Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh. Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Tidak masuk syurga siapa sahaja yang di dalam hatinya ada sedikit kesombongan. Kemudian seseorang berkata: (Ya Rasulullah). Sesungguhnya seseorang itu senang pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.

Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyenangi keindahan, (dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan melecehkan orang lain. (riwayat Imam Muslim)

Sesungguhnya, kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, mahupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri. Kalau begitu, mengapa perlu kita sombong?

Sumber : Bicara Agama

Sunday, May 24, 2015

Fakta Menarik Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka. 

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita. 

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. 

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut. 

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. 

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. 
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. 

11.Lelaki juga akan menangis. 

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan. 

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

 14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

 16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Anonymous

Saturday, May 23, 2015

Orang Utan Dibicara

Kes pertama dunia haiwan punyai hak seperti manusia

Nasib Sandra yang berjuang untuk kebebasannya dilapor akan 
diketahui di sebuah mahkamah Argentina pada bulan ini.

BUENOS AIRES - Nasib seekor orang utan betina yang kebebasannya diperjuangkan oleh kumpalan hak asasi haiwan, dilapor akan diketahui di sebuah mahkamah Argentina pada bulan ini selepas sebuah lagi mahkamah memutuskan bahawa haiwan itu mempunyai hak asasi tertentu sama seperti manusia.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan, antara hak asasi itu termasuk orang utan yang bernama Sandra yang berasal dari Sumatera, Indonesia itu perlu dibebaskan dari Zoo Buenos Aires,

Dalam kes pertama seumpama itu di dunia, sebuah mahkamah di Buenos Aires pada Disember tahun lalu memutuskan, Sandra yang berumur 29 tahun patut mendapat hak yang sama seperti manusia.

Keputusan itu berikutan tindakan Persatuan bagi Pegawai-pegawai dan Peguam Hak Asasi Haiwan (AFADA) yang mewakili Sandra memfailkan writ habeas corpus, satu dokumen yang biasanya digunakan bagi mencabar kewajaran penahanan atau pemenjaraan individu yang tidak sah, November tahun lalu.

Peguam AFADA berhujah, beruk juga mempunyai fungsi kognitif yang mencukupi dan tidak boleh dianggap sebagai objek dan pada masa sama mempunyai emosi sama se­perti manusia walaupun tidak mempunyai bentuk fizikal manusia.

Keputusan itu menurut peguam, juga akan membuka ruang untuk membolehkan beruk dan haiwan lain yang mendapat la­yanan buruk di zoo, sarkas, taman tema air dan makmal untuk mendapat kebebasan mereka.

Hakim, Elena Libertori akan mendengar hujah peguam AFADA sekali gus menentukan Sandra dapat dibebaskan ke habitat liar ataupun ditempatkan di pusat perlin­dungan haiwan.

Peguam AFADA, Andres Gil Dominguez berkata, hakim ‘telah mendengar keterangan pakar dari Amerika Syarikat, melalui Skype, dan pengakuan da­ripada seorang ketua zoo’.

Sandra yang mempunyai berat 50 kilogram dan tinggi 1.5 meter dilahirkan di Zoo Rostock di Jerman pada 1986 dan dihantar ke Argentina pada 1994, dikenali kerana bersifat pemalu dan sering bersembunyi di kandangnya.

Sumber : utusan

Wednesday, May 20, 2015

Polis Rancang Tubuh Unit Dron


Kenderaan udara tanpa pemandu atau dron. - Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menubuhkan unit pengawasan udara menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Dron membolehkan kita membuat pengawasan lebih baik," kata Khalid, sambil menambah bahawa selain daripada hanya menambah bilangan anggota, polis akan menggunakan teknologi untuk meningkatkan keupayaan kepolisiannya.

"Jangan bimbang, dron ini tidak akan dipasang dengan peluru berpandu, tetapi hanya kamera," katanya pada sesi sembang dalam talian 'Santai With IGP' (Santai Bersama KPN) yang dianjurkan oleh Yayasan Pengaman Malaysia di sini, Selasa.

Tambah Khalid, penggunaan dron itu akan menjimatkan tenaga kerja di samping memastikan pengawasan di jalanan berjalan lebih lancar....www.mstar.com.my





Tuesday, May 19, 2015

Sokongan Palsu.....I Love PM

Apabila perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT maka tidak dapat tidak kelemahan dan kekuatan kepimpinan Datuk Seri Najib akan dibincangkan. Najib telah mengistiharkan bahawa beliau tidak akan tunduk kerana parti dan rakyat menyokongnya.

Katanya Mahathir sendiri tidak berundur ketika sokongan padanya dalam parti hanya 50 peratus sebaliknya kedudukannya dalam parti dan juga sokongan rakyat lebih kuat.

Walaupun ini benar tetapi kebenaran dalam politik selalu berubah.Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu disamping Cina dan India adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu."

Najib tidak sewajarnya berhohong mengatakan menyokong Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987. Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim,Najib takkan sokong Mahathir.

Dalam ucapannya di Tawau,Najib mendakwa menyokong Dr.Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO " Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.

Dalam pada itu transformasi yang dibawa oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama dan bukannya menambah keyakinan seluruh rakyat. Ini dapat dilihat dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,kesepian majlis penasihat , krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh TH.

Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH. Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan.

Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal untuk menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji. Malah beliu telah melalut dalam membanggakan keturunan Bugis, Walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu..

Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.

Mahathir lebih membanggakan identiti Melayu, Bangang manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai keturunan Bugis di sana sini?

Anggota Majlis Kerja Tertinggi mestilah mempunyai kelakian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini untuk memberitahu Datuk Sri Najib secara berdepan-depan bahawa keyakinannya kepada sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu, perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang membunga adalah membutikan keruntuhan di akar umbi MKT.Jika tidak masakan semua pemimpin UMNO bercakap mengenai pemulihan UMNO.

Mereka yang telah bersuara di luar untuk mencari populariti dikalangan rakyat mesti berani bersuara dihadapan Najib petang ini demi bangsa,agama dan negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut didalam. Apa gunanya berjuang kalau sekadarkan untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadarkan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Oleh : zamkata

Sunday, May 17, 2015

Bila Pula Tambak Johor Akan Dirobohkan....

Semenanjung Malaysia Bakal Menjadi Pulau?
Tersebar di laman sosial gambar majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara wakil pihak Thailand dan China untuk membina sebuah terusan yang bakal ‘memisahkan’ Thailand dengan Malaysia.

Dilaporkan Thailand dan China bersetuju melaksanakan projek gergasi itu, namun tidak diketahui bilakah projek itu bermula.

Menurut MoU berkenaan, terusan yang dikenali sebagai Terusan Karat itu akan dibina untk laluan dua hala dan mempunyai panjang 102 kilometer, 400 meter lebar, serta 20 meter dalam.

Menurut sumber, setelah terusan itu siap, kapal-kapal dagang antarabangsa tidak perlu lagi melalui Selat Melaka, Malaysia dan Singapura.

Dengan pembinaan terusan ini, ia dijangkakan dapat memendekkan jarak sekurang-kurangnya 1,200 kilometer selain dari menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan serta menjimatkan jumlah hari untuk kapal-kapal dagang antarabangsa untuk berlayar. Terusan Karat itu juga akan menyelamatkan kapal-kapal dagang dari ancaman lanun di Selat Melaka.

Menurut penganalisis industri, selepas Terusan Karat siap, ia akan menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara-negara berhampiran.

Bagaimanapun, projek Terusan Karat ini dilihat akan menjejaskankan ekonomi Malaysia, Singapura dan Indonesia. Namun, yang paling teruk terjejas ialah Singapura.

Sumber : wowberita.org

Monday, May 11, 2015

Najib Sudah Kena Kencing Dengan Singapura

Gegak gempita negara ASEAN apabila isu-isu tertunggak selama hampir 20 tahun dapat diselesaikan kononnya secara gentleman antara Hsien Loong dan Najib Razak. Bukan main spin media mengatakan ini adalah titik baru hubungan Malaysia-Singapura yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Dengan Singapura, di zaman Mahathir memang hubungan macam tak stabil. Kejap macam ini. Kejap macam itu. Masing-masing pertahan agenda sendiri. Mahathir tekan nak tukar Tambak Johor kepada Jambatan yang lebih baik, sesuai dengan keadaan semasa, ditolak oleh Singapura.


Kononnya ada perjanjian yang tak boleh dikaji semula. Mesti pertahan.

Soalnya, apakah Singapura ini ikhlas dalam hubungan dengan jiran?

Syarikat yang ditubuhkan M+S Pte Limited diibaratkan macam ikatan baru Loong dan Najib. Takkan terpisah.

Belumpun lama, M+S Pte Limited telah membawa kes Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (The Permanent Court of Arbitration). Isu? Kos pembangunan SGD1.4 bilion (pembangunan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands) patut ditanggung oleh siapa? Malaysia? Singapura?

Isu begini pun tak boleh nak selesai sesama sendiri?

Jambatan Bengkok, Scenic atau Apa?

Isu jambatan ini isu strategik. Mahathir fikir jauh melangkaui 2020. Bukan isu kepentingan diri.

Sampai bila Malaysia nak jadi SECOND CHOICE kepada Singapura.

Jangan lupa negara kiasu itu sudah komited meluaskan Pelabuhan Tuas dengan kos lebih SGD875 juta (kepada syarikat Korea, Daelim Industrial). Target, TUAS akan handle melebihi 65 juta twentyfoot TEUs. Dua kali ganda apa yang Singapura uruskan tahun ini.

Apakah RAPID Pengerang/Port Tanjung Pelepas mampu berlawan dengan TUAS? Singapura yang tak ada hasil LNG pun jadi negara paling kedepan dalam storage LNG. Apa jadi dengan kita?

Sebenarnya, kita makin lama akan terus tewas dengan game strategik Singapura. Najib bukanlah PM paling berjaya jika situasi ini tidak diperbaiki.

Jambatan Bengkok bukan soal ego Mahathir. Tapi kena tanya sejauh mana kita nak kekal jadi feeder kepada Singapura.

Kita bukan main seronok bila dilambung Singapura. Tapi kita tak tahu sebenarnya mereka jauh lebih advanced dalam perancangan. PEMANDU kita pun sebenarnya dalam diam bekerja untuk memudahkan Singapura menjadi negara paling advanced di rantau sebelah sini.

Sumber : Gelagat Anwar

Sunday, May 10, 2015

Melaksanakan Titah Sultan....

Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada majlis perasmian Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini menarik perhatian Awang.

Gesaan baginda agar Malaysia mencontohi Singapura bagi melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi membentuk perpaduan seawal sekolah rendah, sesuatu yang perlu dilihat dengan serius. Lebih-lebih lagi ketika negara-negara lain sudah lama melaksanakannya sedangkan Malaysia masih di takuk lama.

 "Sekiranya di peringkat kanak-kanak lagi pendidikan dibuat secara berasingan berasaskan kaum dan bahasa maka sampai bila-bila pun akan wujud ruang perbezaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia,'' titah baginda. 

Awang setuju 100 peratus. 

Cabarannya ialah kesediaan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia untuk lebih mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan kaum dan bahasa masing-masing dalam soal pendidikan. 

Sudah terlalu lama Malaysia terperangkap dalam isu ini tetapi belum ada jalan keluar yang meyakinkan. Awang merasakan perlu ada iltizam baharu untuk semua kaum melihat pentingnya sekolah satu aliran tanpa mengorbankan bahasa ibunda masing-masing. 

Sesuatu perlu digerakkan termasuk perbahasan yang sihat berhubung usaha ke arah merealisasikan sekolah satu aliran, setidak-tidaknya secara berperingkat-peringkat. Awang yakin, jika gerakan kesedaran diperhebatkan dan pendekatan yang elegan diambil, nescaya akan memberikan perkembangan yang positif. Jika tidak, segala gesaan dan rumusan serta pelbagai resolusi persidangan berkaitan integrasi kaum di negara ini, hanya tinggal retorik. 

Dalam konteks Malaysia, sudah tentulah Bahasa Kebangsaan menjadi pilihan tunggal sesuai dengan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Tidak sepatutnya ada sebarang masalah terhadap penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat di tanah air ini ketika jutaan pekerja warga asing ghairah menggunakannya tanpa curiga.

 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, yang selalu sangat Awang ungkapkan dalam ruangan ini. Cukup jelas mesejnya.

Oleh : Awang Selamat

Saturday, May 9, 2015

Kecurangan....

Tabung Haji
1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga......http://chedet.cc

Thursday, May 7, 2015

Cetak Surat Letak Jawatan Atas Kek


MARK HERMAN mengambil pendekatan unik mencetak surat peletakan jawatannya di atas sebuah kek di Tuscon, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Agensi

TUSCON – Seorang lelaki yang ingin meletakkan jawatan di sebuah stesen televisyen, bertindak mencetak surat peletakan jawatannya di atas sebuah kek.

Portal UPI melaporkan, Pengarah Siaran Berita di KOLD-TV, Mark Herman mencetak surat peletakan jawatannya di atas sebuah kek besar dan menyerahkannya kepada majikan dan pekerjanya.

“Hari ini saya serahkan surat peletakan jawatan paling sedap,’’ katanya dalam akaun laman sosial, Reddit.

Herman yang bekerja dengan stesen televisyen itu sejak empat tahun lalu meletakkan jawatan selepas menerima pekerjaan baharu di stesen televisyen, WKRN-TV di Nashville.

“Saya sedar rakan-rakan sekerja akan merasa sedih dengan peletakan jawatan saya, jadi saya membuat kek ini untuk mengurangkan kesedihan mereka,’’ katanya.

Di atas kek tersebut, tertera notis peletakan jawatannya bermula 22 Mei lalu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk bertugas di stesen televisyen itu selama empat tahun.

Sumber : utusan malaysia

Wednesday, May 6, 2015

Bina atau Tidak?: Jambatan Bengkok Selat Johor


Pengenalan
Pembinaan Jambatan Bengkok merentasi Selat Johor telah dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada 12 April 2006. Kini sudah sembilan tahun projek ini terhenti. Adakah terdapat apa-apa tanda yang ianya akan dihidupkan semula?

Tambak Johor
Pulau Singapura tidak lagi menjadi sebuah pulau yang sebenar-benarnya apabila Tambak Johor sepanjang 1, 056m menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dibuka untuk trafik pada tahun 1927. Sebagai penghubung darat pertama di antara Tanah Melayu dan Singapura, pembinaannya merupakan sebuah keajaiban kejuruteraan pada ketika itu. Namun, apa yang ggal dilihat oleh pemimpin Johor pada ketika itu adalah kelicikan pihak British – pembinaan tambak dapat mematikan Selat Johor sebagai jalur pelayaran utama di Kepulauan Melayu pada ketika itu.

Tambak Johor ini menghubungkan Lebuhraya Skudai di sebelah Malaysia dan Lebuhraya Bukit Timah di Singapura, ditelusuri lebih 60, 000 kenderaan setiap hari. Selain berfungsi sebagai laluan tiga lorong untuk kenderaan, Tambak Johor juga menempatkan paip air dan landasan keretapi yang menghubungkan kedua-dua negara. Selain dari Tambak Johor, Singapura juga dihubungkan dengan Malaysia menerusi Jambatan Link Kedua sepanjang 1.92km yang telah memulakan operasi sejak tahun 1998.

Disebalik kemegahannya sebagai penghubung dua negara, Tambak Johor mempunyai beberapa kelemahan. Tidak seperti Jambatan Link Kedua yang membolehkan kapal-kapal belayar di bawahnya, Tambak Johor menutup sepenuhnya Selat Johor sebagai jalan maritime penghubung Timur dan Barat. Kapal-kapal yang belayar dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di tenggara barat laut Johor terpaksa mengelilingi Pulau Singapura untuk ke Pelabuhan Pasir Gudang yang terletak di sebalik tambak, sekaligus meningkatkan jangka masa pelayaran.

Lagipula, Tambak Johor menghalang pergerakan air laut secara berterusan di Selat Johor, mengakibatkan berlakunya pencemaran laut di kawasan-kawasan berhampiran tambak di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Dengan peningkatan jumlah trafik keluar masuk Singapura setiap tahun, adalah dikatakan tambak berusia 88 tahun ini tidak lagi dapat menyempurnakan tugasnya dengan sebaiknya dan harus digantikan dengan sebuah jambatan.

Projek Jambatan Bengkok
Idea untuk menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan telah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 5 Jun 1996. Selepas beberapa siri perbincangan, kedua-dua negara gagal mencapai kata putus untuk membina sebuah jambatan lurus merentangi Selat Johor menggantikan tambak yang sudah usang itu.
Malaysia berkeras untuk membina jambatan bengkok setinggi 25 meter di atas paras laut yang ketinggiannya turun secara perlahan menuju perbatasan antarabangsa di Selat Johor menyambungkannya terus dengan bahagian tambak sebelah Singapura. Jambatan Bengkok ini, sekiranya siap kelak, akan menjadi sebuah jambatan ikonik berbetuk ‘S” di dunia, meningkatkan reputasi Johor Bahru sebagai pintu masuk selatan utama bagi tanahair.

Namun, pada April 2006, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Tun Abdullah Badawi, mengumumkan pembatalan projek tersebut. Setelah projek tersebut dibatalkan, terdapat beberapa cadangan bagi projek ini untuk dihidupkan semula, terutamanya dari bekas Perdana Menteri yang mendapat julukan Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bina Atau Tidak?
Sejak projek Iskandar Malaysia diwujudkan pada tahun 2006, daerah terselatan di negeri Johor telah mengalami pem odenan yang memberansangkan. Kawasan pembangunan ini merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi mencakupi Bandaraya Johor Bahru dan kota-kota berdekatan seperti Pontian, Senai, Pasir Gudang dan Nusajaya.

Daerah Johor Bahru, lokasi di mana jambatan bengkok ini akan di bina, terletak di tengah-tengah Iskandar Malaysia. Oleh itu, Malaysia sepatutnya mempertimbangkan bagi menghidupkan semula projek jambatan bengkok ini. Projek ini boleh meningkatkan potensi Johor sebagai hab perkapalan bagi rantau ini, standing Singapura.

Dengan ketinggian Jambatan Bengkok yang membolehkan kapal belayar menerusinya, Selat Johor boleh dibuka semula bagi tujuan pelayaran setelah ‘tertutup’ selama 88 tahun, menjadi nadi penghubung utama dua pelabuhan utama di Johor yakni Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang,

Dengan pembukaan Selat Johor kepada aktiviti pelayaran antarabangsa, kapal-kapal yang melayari Selat Johor boleh mengamalkan hak lintas transit sepertimana yang termaktub di dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Undang-undang Laut apabila Selat Johor menjadi nadi penghubung utama laluan maritime Timur-Barat di rantau ini.

Pembukaan semula Selat Johor kepada pelayaran antarabangsa boleh menyediakan pelaut dengan jalan alternatif untuk laluan perkapalan yang sememangnya sudah terlalu sesak menerusi Selat Singapura, yang direntasi lebih 75, 000 kapal setiap tahun. Walaubagaimanapun, luas Selat Johor yang sempit berbanding Selat Singapura akan mendorong kapal-kapal besar seperti very large crude carrier (VLCC) atau ultra large crude carriers (ULCC) untuk melayari jalur laut yang lebih sesuai iaitu menerusi Selat Singapura.

Pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor ini boleh membantu mengurangkan kesesakan trafik di pusat bandaraya Johor Bahru. Jambatan Bengkok yang dicadangkan ini boleh mengurangkan pencemaran kerana membolehkan air laut yang bertakung di Selat Johor untuk mengalir secara bebas.
Sewaktu Menara Berkembar Petronas dicadangkan untuk pembinaan, banyak komen-komen negatif yang mengatakan projek ini adalah sebuah projek gajah putih. Namun kini, Menara Berkembar Petronas inilah yang berjaya meletakkan bandaraya Kuala Lumpur di peta dunia dengan menarik ramai pelancong ke Malaysia. Memang benar Kuala Lumpur mempunyai banyak kawasan tumpuan pelancongan tetapi Menara Berkembar Petronas inilah yang paling popular seantero dunia. Menurut majalah Business Insider, Kuala Lumpur telah disenaraikan sebagai bandar ke-sembilan paling dilawati di dunia pada tahun 2015 dengan menerima 11.2 juta pelancong mengalahkan bandar-bandar utama lain seperti Taipei, Dubai, Rome dan Istanbul. Seperti Menara Berkembar Petronas, Jambatan bengkok yang dicadangkan ini boleh menjadi ikon antarabanga bagi bandaraya Johor Bahru, melengkapi kota ini dengan kawasan tumpuan pelancongan yang lain seperti Desaru, Legoland dan Johor Premium Outlets.

Kesimpulan
Walaupun telah dibatalkan pada tahun 2006, projek jambatan bengkok yang dicadangkan ini wajar dipertimbangkan sekali lagi dan dihidupkan semula. Ianya adalah sebuah projek berwawasan yang mampu menjana ekonomi selatan Johor. Walaubagaimanapun, persoalan utama yang harus di jawab kerajaan Malaysia adalah – bina atau tidak?

Apakah Ini Satu Lagi Projek Gajah Putih Untuk Malaysia....

Komited kejayaan projek rel berkelajuan tinggi
SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kejayaan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan republik itu dan Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia di sini, kedua-dua pemimpin bagaimanapun berkata sasaran awal projek itu dijadual siap pada 2020 perlu dinilai semula berdasarkan skala dan kompleksnya projek itu.

HSR adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan telah mendapat banyak perhatian, baik di dalam negara mahupun antarabangsa, dengan banyak negara menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi projek itu.

Kedua-dua pemimpin juga amat teruja dengan sokongan dan perhatian daripada komuniti global dan tidak sabar untuk meneruskan projek ikonik pencetus perubahan itu, yang akan menambah baik rangkaian perhubungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dan pada masa sama meningkatkan rangkaian perniagaan serta mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat.

Mengambil perhatian perkembangan projek itu berjalan lancar, kedua-dua pemimpin berkata persetujuan telah dicapai bagi dwikonfigurasi lokasi bersama Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), jalur frekuensi khusus untuk operasi HSR serta mengenal pasti lokasi depot dan kemudahan yang stabil di Malaysia. - Bernama

Tuesday, May 5, 2015

Aneh! Malaysia Gagal Membina Jambatan Bengkok Untuk Kemakmuran Negara

Demi kemakmuran Singapura ramai pemimpin-pemimpin Malaysia mencari alasan supaya Tambak Johor tidak dirobohkan dan Jambatan Bengkok tidak dibina.....!













Aneh! Jambatan Paling Curam dan Ekstrem di Jepun.

Sebuah iklan kereta di Jepun baru-baru ini menjadi perbincangan netter di sana. Mereka tercengang melihat jalan yang menjadi lokasi iklan tersebut.

Jalan di dalam iklan Daihatsu tersebut merupakan tol jambatan layang Eshima Ohashi. Jalan 2 hala itu menghubungkan bandar Matsue, perfektur Shimane, dengan Sakaiminato perfektur Tottori. Jalannya membentang 1.7 km dengan lebar 11.3 meter menjadikannya jambatan dirangka kukuh terbesar di Jepun dan ketiga sedunia.

Jika dilihat dalam sudut pandang berbeza maka akan kelihatan jalan layang itu tidak seekstrim di iklan. Pihak pengiklan memang melebih-lebihkan tanjakannya untuk menyampaikan mesej bahawa kereta kuat untuk bukit. Sebenarnya tanjakannya cukup selesa untuk memandu iaitu 6 peratus di sisi Shimane dan 5 peratus di Tottori yang boleh ditawan kenderaan apapun.

Monday, May 4, 2015

Liberland Negara Terbaharu Dunia

LONDON – Seorang lelaki berumur 31 tahun mengisytiharkan sebuah kawasan seluas 7.76 meter persegi yang terletak antara Serbia dan Croatia sebagai sebuah negara baharu di dunia, dengan diberi nama sebagai Liberland.

Laman web Mirror melaporkan, Vit Jedlicka yang merupakan rakyat Republik Czech mempunyai harapan untuk tinggal di sebuah negara yang tidak memiliki tentera dan tidak dikenakan cukai.

Jedlicka berkata, pada awalnya dia hanya ingin membantah polisi yang dilaksanakan oleh negara kelahirannya tetapi kemudian sedar keadaan tidak akan berubah.

‘‘Jadi saya menubuhkan negara Liberland yang mendukung fahaman kebebasan,’’ katanya yang kini bertindak sebagai Presiden negara itu.

Negara kecil itu terletak antara tebing Sungai Danube, kawasan yang didakwa tidak pernah dituntut oleh Serbia dan Croatia.

Kawasan itu diisytiharkan sebagai sebuah negara pada 13 April lalu.

Kelmarin, 100 orang pertama tiba di negara baharu itu diberikan kerakyatan kehormat.

Lebih 300,000 orang dari seluruh dunia telah memohon untuk mendapat kerakyatan negara itu, walaupun Liberland tidak diiktiraf oleh negara lain.

Menurut Perlembagaan negara itu, semua orang boleh memohon kerakyatan, kecuali mereka yang berfahaman Komunis, Nazi atau mempunyai latar belakang pelampau dan jenayah.

Sumber : utusan malaysia

Friday, May 1, 2015

Kepercayaan Pada Najib...

Tak ada kaum lagi percaya Najib, kata Dr M

BN akan kalah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamed.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

“Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar bahawa Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Datuk Seri Najib memimpin Umno hingga PRU 14,” tulis Mahathir (kiri) di blognya hari ini.

Katanya lagi apabila Umno kalah, kepimpinan parti itu akan dikutuk dan ditolak oleh bangsa Melayu dan ia tidak akan dapat dipulihkan semula.

Ini bukan kali pertama Mahathir memberi amaran keras itu.

Pada 13 Mac lalu, perdana menteri 22 tahun itu meramalkan kontroversi sekitar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya depan.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata pemberian wang percuma menimbul kemarahan orang Melayu dengan “mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina”.

Dalam masa sama, katanya, orang Cina juga menolak pemerintahan Najib seperti tergambar dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

'Jet Datuk Seri, Datin Seri'
Walaupun dalam blognya sebelum ini Mahathir telah melontarkan kritikan keras tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau terus berbuat demikian dalam tulisannya hari ini.

“Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Datuk Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka,” katanya.

Malah, katanya, laporan akhbar antarabangsa berhubung perkara itu “amat memalukan negara”.

Sementara itu, Mahathir juga mengkritik pembelian sebuah lagi jet rasmi perdana menteri ACJ319, yang didakwa pembangkang bernilai RM465 juta, untuk kegunaan “Datuk Seri dan Datin Seri”.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta ringgit, kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik kerajaan,” katanya.

Terus mengasak Najib, Mahathir hari ini turut membangkitkan berhubung persoalan siapa yang mengarahkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sumber : malaysiakini