Namun kepada yang sudah biasa hidup susah, RM100 walaupun nilainya tidak sebesar mana, ia boleh menjadi ‘penyambung hidup’.
Kelmarin, apabila sekolah sesi persekolahan tahun ini bermula, ramai dalam kalangan anak-anak sudah menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100. Anak-anak ini girang membawa pulang duit itu. Bagi mereka yang masih kecil ini, RM100 sudah cukup besar. Tidak terkecuali anak bongsu saya. Dia menghantar gambarnya yang memegang dua keping wang RM50 melalui aplikasi WhatsApp selepas pulang dari sekolah kepada saya yang berada di pejabat.
Ini sudah masuk tahun keempat, bantuan RM100 itu diberikan. Tujuan utama bantuan RM100 ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan anak ke sekolah pada awal tahun.
Pun begitu, sudah beberapa tahun berlalu, masih ramai yang memperlekehkan dengan mengatakan apa sangatlah yang dapat dibuat dengan duit RM100 itu? Ada yang lupa atau saja buat-buat lupa wujudnya bantuan tersebut. - Eh! ada ke? Lupalah. Kata seorang ahli dalam group WhatsApp yang tiba-tiba nombor telefon saya dimasukkan dalam group berkenaan.
Ahli-ahli group itu bersembang mengenai pemberian wang RM100 itu. “RM100 hendak beli apa? Tak kasi pun tak apalah,’’ kata dia lagi.

Mungkin yang berkata itu bergaji besar. Maka dia pun boleh bercakap besar. Atau mungkin juga sebenarnya dialah orangnya yang dalam diam akan beratur paling depan sekali apabila pihak sekolah meminta ibu bapa mengambil wang berkenaan. Kita bukan boleh percaya sangat cakap-cakap orang yang banyak ‘bunyi’ ini. Selalunya merekalah yang lebih.
Janganlah melihat kepada kemampuan diri sendiri. Hidup ini bukan sekadar untuk diri sendiri. Bukan semua orang hidup bernasib baik dan boleh menganggap RM100 itu tidak penting.
Bantuan untuk setiap seorang murid amat bermakna kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak yang bersekolah.
Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit beban. Pengertian susah kini bukan hanya terhad kepada hidup yang bergelut dengan kemiskinan, tetapi juga kepada golongan yang punya banyak tanggungan lain dengan pendapatan yang sedikit.
Banyak cerita sedih di sebalik pemberian RM100 itu yang kita tidak tahu. sebab kita hidup penuh dengan bernasib baik.
Ini satu antaranya - Kata anak saya, kawan yang duduk di sebelahnya dalam kelas, mahu gunakan duit itu untuk membeli beras. Budak itu memberitahu, orang tuanya sudah berhabis duit untuk membeli kelengkapan sekolah adik-adiknya sampai makan pun terpaksa dicatu. Jika kita tidak punya perasaan belas, kita akan cakap pemberian RM100 itu sudah disalahguna.
Tetapi itulah kehidupan. Survival kehidupan masing-masing berbeza. Ada yang kita nampak senang, tidak semestinya hidupnya senang. Dan yang kita nampak susah itu, selalunya sentiasa ringan tangan membantu dengan segala cara yang ada.
Contohnya, ada yang sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Mereka ini bukan punya banyak wang, tetapi atas dasar perikemanusiaan dan turut sama merasa kesengsaraan itu, mereka turun membantu walaupun tiada saudara-mara yang terlibat.
Maka, yang lebih mulianya, jika merasakan duit RM100 tersebut tidak memberi sebarang manfaat atau makna untuk anak-anak sendiri, adalah lebih baik ia disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Tidak payahlah membuat dosa bercakap besar. Pahala pun dapat
Oleh : Fauziah Arof
No comments:
Post a Comment