Pulihkan `Sakit' Cameron Highlands
APABILA akhbar ini pada Khamis lalu mendedahkan tindakan pendatang asing terus meneroka tanah secara haram pada Khamis lalu, ia bukanlah satu kejutan. Sebaliknya tidak salah kalau kita menganggap apa yang didedahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu sekadar satu pemberitahuan.
Ini memandangkan, keadaan itu sememangnya sudah dijangkakan sejak operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri tanah tinggi itu dilancarkan baru-baru ini.
Apa yang berlaku bukan salah MKN, malah penulis menghargai komitmen agensi itu untuk meneruskan Ops Gading bagi ‘membersihkan’ Cameron Highlands sama ada daripada masalah PATI mahupun penerokaan tanah haram.
Tetapi persoalannya, apakah segala-galanya mahu bergantung kepada agensi-agensi pusat untuk menangani masalah di Cameron Highlands? Bagaimana dengan agensi penguat kuasa dan jabatan kerajaan di tanah tinggi tersebut? Apakah mereka benar-benar tidak tahu taktik terbaharu pendatang asing berkenaan?

Penulis diberitahu, sejak minggu lalu pendatang-pendatang asing kembali berniaga di pasar-pasar malam dan gerai-gerai buah-buahan, dalam kata mudah, mereka beroperasi seperti biasa apabila tiada lagi operasi oleh agensi-agensi Pusat.
Ia membuktikan pendatang asing ini yang mungkin ada antara mereka tidak memiliki permit tidak pernah berasa gentar dengan pihak berkuasa yang bertugas di Cameron Highlands. Sebab itulah mereka boleh berniaga seperti biasa atau terus meneroka tanah secara haram.
Mungkin mereka ‘sudah biasa’ dengan pegawai dan anggota agensi penguat kuasa yang ada, justeru perasaan gentar itu sudah semakin terhakis. Oleh itu adalah wajar, ketika MKN melancarkan Ops Gading, kepimpinan agensi penguat kuasa memikirkan untuk menghantar pegawai dan anggota baharu untuk bertugas di tanah tinggi tersebut.

Pegawai dan anggota atau kakitangan yang sudah lama bertugas di situ dipindahkan ke kawasan lain dan digantikan dengan orang baharu. Penulis percaya melalui tindakan berkenaan apatah lagi dengan komitmen yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di Cameron Highlands sebarang persepsi buruk masyarakat terhadap agensi penguat kuasa dapat dihapuskan.
Bagaimanapun buat masa ini tumpuan harus diberikan untuk membanteras kehadiran PATI habis-habisan di Cameron Highlands. Mereka tidak boleh dibiarkan bermaharajalela seolah-olah ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang hanya kerana bijak menyembunyikan diri apabila serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Tindakan tegas juga perlu diambil ke atas warga asing yang melanggar permit. Dalam usaha ini, operasi seterusnya tidak harus dilakukan di pinggir-pinggir jalan sahaja, sebaliknya Ops Gading harus meredah setiap penjuru tanah tinggi itu termasuklah di kawasan kebun-kebun sayur.
Penyertaan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi itu harus dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk melakukan gerakan memburu warga asing yang bersembunyi khususnya di kawasan kebun dan hutan.
Selain itu, kita juga berharap janganlah operasi yang dilakukan hanya menumpukan kepada warga asing sahaja. Majikan-majikan juga harus diburu. Warga asing tidak akan ada di Cameron Highlands, jika tiada orang menggaji atau mengupah mereka. Setakat ini kita belum lihat ada majikan yang ditahan secara beramai-ramai.
Justeru individu yang bertindak sebagai majikan mereka perlu dibawa ke muka pengadilan. Percayalah, selagi wujud puak-puak seumpama ini selagi itulah masalah PATI tidak akan dapat dihapuskan walau sebanyak manapun operasi dijalankan.
Apa pun adalah diharapkan Cameron Highlands benar-benar dibersihkan, diselamatkan dan dipulihkan. Bersihkanlah tanah tinggi itu daripada kebanjiran warga asing, selamatkan ia daripada bencana dan pulihkan ia kembali daripada segala ‘penyakit’ yang melumurinya.
Cameron Highlands sedang ‘sakit’ akibat daripada perbuatan manusia rakus yang bersekongkol dengan manusia tamak untuk hidup senang dengan cara melakukan kerja-kerja haram termasuk meneroka tanah dan ‘makan duit haram’.

Oleh : Zul Bakar
No comments:
Post a Comment