Tuesday, June 29, 2010

Cak Nun nilai keunikan Malaysia, sedang Indonesia terus bergelut


BUKAN sedikit sasterawan dan budayawan Indonesia yang sinis terhadap Malaysia. Sutardji Calzoum Bachri pernah melihat negara ini sebagai kecelakaan apabila dasar sebatan terhadap pendatang tanpa izin dilihat menganiaya warga tetangga.

Penyair yang suatu masa dulu membaca sajak sambil meneguk bir mempertikaikan Malaysia yang dianggap mengeksploitasi tenaga kerja asing. Sutardji yang kini bertukar imej alim masih lantang dan sinis terhadap tetangganya. WS Rendra yang terkenal dengan jolokan 'Si Burung Merak' tidak terkecuali melihat 'rusuh demi rusuh' yang berlaku di Malaysia kerana diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Ketika hayatnya, Rendra terkenal sebagai sahabat akrab bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan 'teraniaya' oleh perbuatan konspirator atasan di Malaysia.

Beberapa sajak, ucapan dan tulisan mereka berdua amat terang menyerang Malaysia. Pelbagai sisi gelap negara ini dibongkar pada pelbagai majlis ketika suara sinis terhadap Malaysia jarang mereda di Jakarta dan kota lainnya.

Sikap segelintir warga Indonesia terhadap negara ini amat luar biasa. Ada yang mengejek lagu Negaraku ketika pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di Jakarta pada Februari lalu.

Ada juga yang menuduh Malaysia sebagai 'malingsia' kerana kerap mencuri hasil seni dan tamadun Indonesia. Ada yang membakar Jalur Gemilang dan tidak kurang juga yang berteriak di luar kedutaan Malaysia di Jakarta sambil membaling telur busuk.
Apa saja isu yang membabitkan Malaysia sering dianggap taboo. Tarian tradisional Bali menjadi isu walaupun yang terbabit dalam promosi tidak tepat adalah pihak lain. Isu pembantu rumah hangat dan bertele-tele walaupun disedari Indonesia perlu mengeksport tenaga kerja untuk survival bangsa sendiri.

Walaupun kewarasan amat dituntut untuk menyelesaikan isu dua hala, sikap segelintir pihak sering meributkan. Hal ini merugikan dan boleh menjejaskan keakraban bangsa serumpun.

Budayawan Emha Ainun Nadjib mempunyai sikap yang jauh berbeza dengan Sutardji dan Rendra. Tulisannya dalam Jejak Tinju Pak Kiai melihat Indonesia yang rapuh dan perlu terus kekal dalam kebudayaan dan masyarakat dunia.

Emha yang lebih dikenali sebagai Cak Nun mengakui Indonesia amat lemah dalam pelbagai sektor dan perlu belajar daripada kejayaan bangsa lain termasuk Malaysia.

Cak Nun hairan isu makanan dan kebudayaan dipersoalkan, sedangkan keturunan Indonesia yang berhijrah ke negara jiran turut membawa jati diri mereka.

Jejak Tinju Pak Kiai adalah koleksi rencana Cak Nun yang diterbitkan Kompas dengan menyorot penghijrahan rakyat Indonesia secara sedar merebakkan kebudayaannya di tanah baru.

Beliau melihat peranan keturunan Jawa, Bugis, Sunda, Minang, Aceh dan lain-lain turut mempengaruhi kebudayaan di Malaysia. "Apa yang disebut di Malaysia adalah eceran gamelan Jawa, bambu angklung Sunda, pantun Riau, cengkok Ambon...

"Secara politik legal, Malaysia sebuah negara berdaulat, mandiri dan mempunyai pentadbiran ekonomi yang baik," tegasnya.

Bagaimanapun pentadbiran masa depan Malaysia berbeza dengan Indonesia, kerana Cak Nun yakin komposisi kaum yang membabitkan keturunan Cina dan India lebih memberi impak kepada Kuala Lumpur untuk membezakan dengan Jakarta.

Mengenai isu budaya dua negara, Cak Nun sinikal menegur kealpaan Malaysia dan Indonesia. "Indonesia yang secara sejarah memiliki hak kultural pada karya selalu santai dan merendah hati menganggap milik bersama. Sementara Malaysia yang secara antropologis cuma 'keponakan' memanfaatkan kebodohan hukum hak cipta nasional untuk mengklaim karya itu sebagai milik mereka sendiri," tegasnya.

Cak Nun yakin Malaysia kini bukan 'keponakan' kepada Indonesia kerana kepesatan ekonomi dan perdagangan yang meletakkan Kuala Lumpur di atas Jakarta.

"Malaysia tidak bersedia diletakkan sebagai 'keponakan'. Mereka berasa induk dari seluruh peradaban Melayu. Acuannya adalah kerajaan Melaka. Mereka memandang Majapahit bahagian daripada Melaka, Jawa, Bugis, Bali... Semuanya di bawah pentadbiran Melaka," katanya.

Perasaan rendah diri menjadi duri dalam daging di hati segelintir rakyat Indonesia. Bermula dengan Memula Moon, Terang Bulan, lagu Rasa Sayang Eh, kebudayaan Bali, batik, sate, orang gaji dan entah apa lagi, ia terlalu mudah untuk membakar semangat khalayak membenci Malaysia dan warganya.

Media juga terus berperanan untuk mendedahkan keburukan sebuah bangsa yang dikatakan gemar mencuri kebudayaan negara tetangganya. Cak Nun melihat Malaysia sebagai induk daripada tamadun kerajaan Melayu, bukan lagi adik kecil kepada Indonesia yang masih bergelut untuk membangunkan ekonomi dan gagal membanteras rasuah dalam pelbagai sektor.

...berita harian

Mandi..Jangan Abaikan....


Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Selepas dikafan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali.

Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.

Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.

Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan ˜mandi hadas setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa. sila-silakanlah...

...malaysiaria

Rahsia disebalik senyuman


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, Cukup sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Jadi jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pulak cukup sekadar nya sahaja ok..!

...malaysiaria

Sunday, June 27, 2010

Sultan mahu jambatan ganti Tambak Johor


JOHOR BAHRU 26 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mahu Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, usaha menaik taraf Tambak Johor dengan membina jambatan tersebut amat penting bagi institusi Kesultanan Johor dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini sejak dahulu.

"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini.

"Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010 di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral di sini hari ini.

Sultan Ibrahim menegaskan, Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu yang sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

"Jika disingkap sejak dahulu, tidak dinafikan bahawa Tambak Johor adalah amat penting kepada rakyat.

"Berdasarkan kepada kepentingan Tambak Johor kepada rakyat, maka keluarga saya sejak zaman moyang, Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahanda saya, Almarhum Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor," titah baginda.

Sebab itu, kata baginda, perasmian bangunan JB Sentral hari ini adalah bersejarah selepas almarhum ayahanda baginda, Sultan Iskandar merasmikan Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin pada 1 Disember 2008.

Menurut Sultan Ibrahim, baginda sendiri turut terlibat dalam memberi pandangan dalam projek-projek pembangunan seperti Bangunan Sultan Iskandar, JB Sentral dan pembinaan jambatan yang diluluskan pada 2003.

"Apabila kerajaan mengatakan wujudnya masalah untuk mencari tapak yang sesuai dalam kawasan Johor Bahru bagi memindahkan penghuni Flat Lumba Kuda dan Bukit Chagar, maka Almarhum ayahanda saya telah memberi keizinan agar tanah milik kesultanan Johor di Kampung Bakar Batu digunakan secara menyeluruh bagi tujuan penduduk yang terlibat dalam projek tersebut.

Baginda berharap lebih banyak projek kerajaan diberikan kepada kontraktor bumiputera di negeri ini kerana kemampuan mereka terbukti dalam membangunkan projek bertaraf mega.

"Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru kepada semua pihak agar memberi peluang dan keutamaan kepada syarikat bumiputera dan rakyat Johor dalam pemberian kontrak pembangunan yang dijalankan di negeri ini,'' titah baginda.

...utusan malaysia
..................................................................................
Jambatan ganti tambak jadi kenyataan?
MASA berubah, kepimpinan berganti dan tuntutan turut berbeza. Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Baginda bertitah, Tambak Johor amat penting kepada rakyat dan institusi Kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha menaik taraf tambak tersebut.

Titah Sultan Johor itu pasti mengundang perhatian besar. Satu lagi kejutan daripada baginda. Baru-baru ini Istana Johor menarik balik atau memecat gelaran darjah kebesaran Johor daripada empat tokoh termasuk bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng dan wanita Asia pertama merentasi Kutub Utara dan Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir kerana tidak lagi menepati kriteria Undang- Undang dan Peraturan Diraja Mahkota Johor.

Bagaimana dengan cadangan baginda agar dibina jambatan menggantikan tambak yang pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dulu? Tidak sampai beberapa jam berita itu tersebar khususnya di Johor, ia mendapat respon positif. Ramai yang percaya cadangan tersebut yang diideakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempunyai signifikan besar kepada negara.

Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dalam reaksi ringkas menyatakan kerajaan sedia mengkaji semula. Adalah terlalu awal pada peringkat ini untuk melihat apakah kesudahannya projek jambatan itu yang telah dihentikan oleh Kabinet tidak lama dulu. Kajian semula tentunya akan mengambil masa dan apakah keputusannya nanti, sukar dijangkakan. Sebarang pertimbangan mengenainya tentu mengambil kira kekangan malah realiti baru terutama hubungan antara Malaysia dan Singapura yang kian kukuh.

Ini akan menjadi satu lagi cabaran kepada Najib tetapi Awang percaya beliau mampu tanganinya. Apa pun cadangan Sultan Johor itu membuka harapan baru kepada impian untuk melihat projek jambatan itu menjadi kenyataan. Kita tunggu dan lihat

...utusan malaysia-awang selamat

Saturday, June 26, 2010

Jambatan Bengkok maruah bangsa dan negara


MENYEDARI:
Syukur Alhamdulillah, pada hari ini kita bersama-sama berada didewan ini kerana melaksanakan persidangan tahunan UMNO Cawangan 2010. Diucapkan selamat bersidang!

Baru-baru ini kita telah melihat `menang-menang’ antara Malaysia dan Singapura berhubung perpindahan stesyen keretapa dari Tanjung Pagar ke Woodland diatas dasar perjanjian Perkara-Perkara Yang Di-persetujui (POA). Pelaburan dan pembangunan akan dilakukan oleh syarikat usahasama kedua Negara ia-itu M-S Pte. Ltd. (Kenapa Pte. Ltd. bukannya Sdn.Bhd…mungkin ada perancangan jahat Singapura kot…walaupun ekuitinya Malaysia 60% dan Singapura 40%..?)

Namun disini saya (kami) berasa amat hairan kenapa perkara pembinaan jambatan baru (Jambatan Bengkok) menggantikan Tambak Johor tidak diperbincangkan. Kami melihat ada keperluan yang amat penting untuk negara dan rakyat keseluruhannya. Sepertimana yang kita semua tahu dengan adanya jambatan baru tersebut maka kita (kerajaan) dapat menyuraikan beberapa perkara yang akan menguntungkan kita seperti:
i) Kelancaran traffic ke Singapura dan sebaliknya
ii) Membolehkan kapal dagang atau pasukan keselamatan berlayar melalui Selat Johor (Selat Melaka ke Laut China Selatan …tak perlu pusing jauh! Terusan Suez di Mesir lagi sempit.). Dengan ini akan merancakkan industri perkapalan negara…kita ada Puteri Harbour , Telok Danga dan lain-lain marina lagi.
iii) Kelancaran aliran air di Selat Johor dimana akan meningkatkan kualiti air dan juga alam sekitar.
iv) Menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan Negeri Johor amnya.

Kami juga berasa hairan kenapa ada cadangan membina jambatan ketiga untuk menghubungkan Johor dan Singapura… apakah wajar dilaksanakan?Akan dibina untuk Singapura atau Malaysia? Bagaimana dengan jambatan baru yang mengantikan Tambak Johor? Selesaikannya dulu!
Rakyat melihat kegagalan tersebut sebagai keDAYUSAN kerajaan yang memerintah. Almarhum DYM Sultan Iskandar ada menitahkan supaya Tambak Johor dirobohkan dan digantikan dengan yang baru! Adakah titah ini akan dilaksanakan? Kalau tidak! adakah kerajaan sekarang MENDERHAKA kepada sultan Nya? Selalunya pelbagai alasan diberikan atau pemimpin kita yang takut kepada Singapura…!

Tidakkah pemimpin kita berasa malu selepas kita berputih mata dalam kes Batu Putih atau diatas kedaulatan kita keatas Tanjung Pagar…!

MENCADANGKAN:
Dari sedikit fakta-fakta diatas saya (kami) mencadangkan dan menggesa Kerajaan Malaysia supaya mempercepatkan pembinaan jambatan baru (bengkok ataupun lurus-wilayah kita adalah hak kita) diteruskan demi kepentingan Negara dan maruah Bangsa !!

usul ini telah diterima dan disokong sebulat suara pada persidangan UMNO caw. R/P
Stulang Laut, Johor Bahru pada 30-05-2010
(No. ahli : 00319734)

Friday, June 25, 2010

Kelebihan Solat Untuk Tenaga Batin


Di dalam Islam tidak terlalu banyak kaedah beriadah atau exercise sepertimana agama atau bangsa-bangsa lain. Sebabnya selain dari beriadah seperti menunggang kuda, memanah, bermain pedang dan berenang, sembahyang ( Yang Dituntut 5 kali sehari dlm Islam ) juga merupakan satu riadah rohaniah dan jasmaniah.

Di segi pergerakan tubuh badan, sembahyang secara langsung melibatkan urat, otot dan sendi-sendi dalam tubuh badan kita, termasuk organ-organ ?serta urat saraf yg menghubungkan dengan alat kelamin. Ini akan selalu me”refresh” tubuh badan kita setiap kali sembahyang dilakukan.?

Contohnya ketika rukuk, semua urat dari mata, leher, belikat , belakang, pinggang, punggung, paha bahagian belakang, betis, lutut dan segala sendi daripada leher, tulang belakang, pinggang sendi tangan dan kaki akan bergerak.Sementara ketika sujud pula, segala urat-urat dan sendi sendi bahu belakang,pinggang hingga kemaluan akan berfungsi (bergerak).

Ketika duduk antara 2 sujud atau duduk tahayyat pula meberi kesan membina kekuatan sekitar pinggang dan semua urat saraf dan persendian sekitar bawah tubuh. Jadi sekiranya seseorang itu sembahyang bererti segala persendian dan urat saraf utama bergerak.Apabila sentiasa bergerak menjadikan pergerakan darah , angin dan kededukan urat dan sendi menjadi normal.

Sepertimana kita sedia tahu, kemaluan merupakan tempat berkumpulnya semua perhubungan urat saraf daripada seluruh tubuh kita.Oleh itu jika ada salah satu urat itu bermasalah ia boleh memberikan kesan sampingan pada kemaluan. Sehubungan itu, jika seseorang banyak sembahyang dia akan mengerakkan seluruh urat saraf dan sendi- sendinya. Dengan banyaknya pergerakan , ini akan mengelakkan daripada darah dan angin berkumpul disatu satu sendi dan urat saraf terutama di bahagian kemaluan atau buah kemaluan yg mengakibatkan syahwat lemah.

Oleh itu, orang yang banyak sembahyang ditambah lagi dengan sembahyang sunat terutama sunat tahajjud di waktu sepertiga malam ketika udara sejuk dan nyaman, pergerakan sendi dan urat saraf menjadi semakin lancar. Disamping jiwa dan roh menjadi kuat dan sihat, syahwatnya juga turut terpelihara. Jadi sama samalah kita menunaikan solat dengan tertib .. teratur dan tawaduk. Sekian wassalam.

...malaysiaria

Thursday, June 24, 2010

Banyak hantu berkeliaran di Penjara Pudu....


KUALA LUMPUR 23 Jun - Penjara Pudu yang dirobohkan untuk dibangunkan dengan projek kediaman dan perniagaan, terus menarik perhatian ahli-ahli Parlimen yang kebanyakannya mempertikaikan tindakan kerajaan itu.

Antara yang lantang bersuara pada sidang Dewan Rakyat hari ini ialah Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang menarik perhatian dengan menjangkakan projek itu bakal mengalami kerugian.

"Penjara Pudu itu banyak hantu, siapa yang hendak beli. Beribu-ribu hantu berkeliaran kerana ramai banduan digantung di situ sejak lebih 100 tahun lalu.

"Hantu memang ada dan mereka melihat ia dirobohkan dan sudah pasti akan kata siaplah semua yang merobohkannya, bodohlah siapa yang akan belinya nanti, sanggupkah berjiran dan duduk bersama dengan hantu," katanya yang amat tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.

Tambah Mohamad: "Apabila Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara maka kita kena terima segala sejarahnya, jangan terlalu ghairah memusnahkan warisan sejarah, sepatutnya ia dipelihara.

"Di Vietnam, lubang Vietcong disimpan sebagai tarikan pelancongan, kita pula asyik nak roboh sejarah, minta maaflah jika saya bercanggah dengan orang lain. Yang peliknya Kota Melaka kita kekalkan sedangkan ia adalah warisan penjajah."

Sementara itu, Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) sependapat dengan Mohamad dan mengatakan, walaupun Penjara Pudu menyimpan sejarah hitam negara, ia tetap merupakan warisan sejarah yang tinggi nilainya.

"Memang saya bersetuju dengan Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Timbalan Menteri Kewangan) bahawa penjara bukannya kebanggaan negara, tetapi perlu diingat sejarah hitam tetap sejarah dan ia juga simbol kita mengajar banduan menjadi manusia baik," katanya.

Semalam, Awang Adek dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat mengatakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan bahawa tapak penjara itu bukannya tapak warisan sejarah dan ia akan tetap dirobohkan, sambil menyatakan ia bukannya sebahagian daripada kebanggaan negara.

Mengulas isu sama, Er Teck Hwa (DAP-Bakri) menarik perhatian Dewan Rakyat dengan membangkitkan satu petikan kata-kata hikmat, iaitu 'Bangsa yang tidak menghargai sejarah sendiri, ia tidak akan menjadi bangsa yang berjaya'.

...utusan malaysia

Wednesday, June 23, 2010

Penjara Pudu Dalam Kenangan


KUALA LUMPUR, 22 Jun 10 — Walaupun hanya sebahagian sahaja dirobohkan namun bagi seorang bekas banduan Penjara Pudu, Suharto Abdul Wahab pengalaman sepanjang berada dalam penjara tersebut pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dia antara ratusan orang yang membanjiri kawasan Penjara Pudu di sini malam tadi. Katanya, sepanjang tiga tahun menjadi banduan banyak pengalaman dan pengajaran diperoleh dalam penjara tersebut.
“Saya ditahan kerana mengedar dadah dan saya dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan.

“Sepanjang berada dalam penjara banyak saya peroleh termasuk didikan agama. Selain itu saya juga ada melihat beberapa banduan yang bergaduh sesama sendiri kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui semasa kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu malam tadi.

Tembok Penjara Pudu berukuran 394 meter di sepanjang Jalan Pudu dirobohkan dan ia akan mengambil masa sehingga 23 Jun ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan. Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892......

Tuesday, June 22, 2010

Cerpen Banjar.....Handak Baputih


MALAM itu Palui wan bininya lagi asyik maniring TV kisah urang bakalahi. Kada lawas pet..! "Abahnya..! dimana sampiyan?" ujar bininya takuciak.

"Ikam ni ding mantang-mantang kulitku bahirang lalu dipadahkan kada kalihatan, aku ada dihiga ikam," ujar Palui pina tasinggung.

"Ampun maaf abahnya-ai, ulun kada bamaksud manyambat sampiyan. Ulun takutan haja.." ujar nang bini pulang.

"Mauk banar! hanyar baisukan tadi mati lampu batatangah harian, maka malam mati pulang," ujar Palui manggarunum maambil lilin wan kurik api. "Siapa garang Mantri Panarangannya?" ujar nya pina paragah tahu tapi luput manafsirkan.

Imbah tuntung manyalakan lilin wan lampu tiplok Palui babulik pulang ka anu bininya. Dihiritnya nang bini ka dalam kamar mambawai guringan.

"Bujur kah ding awakku tadi kada kalihatan?" ujar Palui batakun imbah sampai di paguringan

"Jangan sarik lah abahnya. Sabujurnya sampiyan itu bahirang banar. Tapi biar hirang asal sihat," sahut nang bini.

"Awakku bujur sihat tapi... aku supan jua kulitku lutung mahirang kaya harang awan pina baminyak bila bapaluhan. Makanya aku rancak taungut mamikirakan, dasar juduh kita jua ading Aluh Utih-ai kawa jadi laki-bini, ujar Palui.Aku hiran jua, mungkin ading nang putih kuning sampai dingarani Aluh Utih tabalik mata hakun wan aku," ujarnya pina marista.

"Ulun ihlas haja wan sampiyan karna sampiyan bujur-bujur lalakian sejati, rajin bagawi bahaharian di pahumaan gasan mambari makani anak-bini," ujar bininya mamuji.

"Kaya apa caranya supaya awakku putih kaya ading ?" ujar Palui batakun.

"Bawa batapa samingguan dalam kamar, kalu parlu dalam guha," ujar bininya manyaranakan.

"Jangankan saminggu, sahari samalaman haja kada tahan kacuali batapa badudua wan ading," sahut Palui marayu.

Kada lawas imbah bapapanderan, Palui kaluar kamar handak bakamih.Diatas mija dilihatnya ada bungkusan ubat batulisan "jamu kaputihan'.

"Ooo....... pantas haja biniku putih kuning kulitnya karna ma-amalkan manginum jamu kaputihan," ujar Palui dalam hati.Lalu diambilnya sabungkus langsung dinginumnya. Ini kejutan, ujarnya karna cagar kawa manyamai kulit bininya.

Baisukannya nang bini takajut banar karna kahilangan jamu kaputihan nang handak dinginumnya, lalu batakun wan Palui.

"Ui abahnya, adalah sampiyan malihat ubat ulun ?" ujarnya.

"Ading rupanya barahasiaan banar handak mamutihakan awak ada amalan manginum jamu, ujar Palui.Makanya aku handak jua ba-awak putih kaya ading, imbah kulihat ada ubat pamutih awak maka langsung kunginum sampai talu bungkus," ujar Palui bapadah tarus tarang wan bininya.

"Masyaallah," ujar bininya taduduk mandangar jawaban Palui.

"Kanapa ding maka takajut sampai taduduk ?" ujar Palui.

"Sampiyan......sampiyan tanginum ubat ulun, jamu itu kada gasan pamutih awak tapi gasan mahilangi sakit wayah datang bulan karna ulun ada bapanyakit singgugut, kaputihan, haid kada lancar," sahut bininya.

Imbah mandangar jawaban bininya, baganti si Palui nang tadangkak...

...www.mypbm.org

Monday, June 21, 2010

Cinta dan air tangan Ibu...


Jika ditanya pada kita, apakah makanan yang paling enak di dunia ini? Pasti akan dijawab dengan pelbagai jawapan, tetapi jika ditanya pula, apakah masakan itu dapat menandingi masakan ibu masing – masing, maka pastilah jawapannya masakan ibu tiada tandingannya di dunia ini. Benar, bagi setiap individu yang diberi anugerah mempunyai ibu, tidak akan ada masakan yang akan dapat menandingi kualiti masakan ibunya.

Apa rahsianya? Jika orang tua-tua sering mereka mengaitkannya dengan keberkatan air tangan ibu atau isteri. Apakah air tangan itu seorang ibu itu mempunyai enzim khas yang dapat menambah kelazatan makanan? Atau ada tindakbalas kimia terhadap makanan pada air tangan seorang ibu, yang menyebabkan daging menjadi empuk, kuah kari dan sup ayam yang tiada bandingannya, hatta ayam goreng biasa boleh menjadi lebih sedap dari ayam goreng KFC? Wallahua’lam, mungkin kajian sains boleh dilakukan untuk membuktikan perkara tersebut.

Apa yang pasti, setiap kali ibu memasak, masakan itu diulami dengan kasih sayang, ketika si ibu memotong daging, menyiang ikan, menumis bawang, mengalir air kasih sayang seorang ibu terhadap setiap makanan yang dimasaknya, setiap masakan yang dimasak akan dipastikan bersih, secukup rasa dan akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa cinta demi untuk memberi ahli keluarganya makan. Itulah rahsia keenakan masakan seorang ibu, cinta dan keinginan untuk berbakti, tiada ramuan rahsia, hanya sekeping hati yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.

Cinta menerbitkan perasaan ghairah, dan perasaan ghairah akan menjelmakan kesungguhan dalam setiap amal perbuatan. Oleh kerana itulah, kecintaan kepada sesuatu tugasan adalah menjadi kunci kepada betapa berkualitinya hasil sesuatu tugasan itu.

Seorang pemain bolasepak yang cintakan bolasepak akan mengerahkan seluruh kemampuannya untuk menjadi pemain yang hebat, demi kecintaannya kepada sukan itu, pemain bolasepak yang bermain hanya kerana ganjaran wang, biasanya tidak akan bertahan lama dan akan mudah kehilangan motivasi. Seorang guru atau pensyarah, kecintaannya kepada dunia pendidikan akan menerbitkan keghairahan yang akan dapat dirasai oleh pelajar-pelajarnya. Begitu juga seorang penyelidik, jika penyelidikan itu dilakukan dengan penuh keghairahan, hasilnya pasti akan menakjubkan dan sudah pasti akan berbeza dengan penyelidik yang motivasinya hanya untuk kenaikan pangkat atau pengesahan jawatan sahaja. Begitulah hakikat cinta dan kualiti, Walau apa jua bidang yang diceburi dan tugasan yang dilakukan, jika tanpa rasa cinta, minat dan tanggungjawab, hasilnya pasti akan mengecewakan.

Dalam ibadah khusus, ibadah yang dilakukan tanpa hadir hati yang penuh rasa cinta akan hanya membuahkan hampa, ibadah akan hanya tinggal gerakan dan ritual tanpa roh yang mendampingi. Lebih-lebih lagi para pendakwah-pendakwah islam, tanpa cinta tidak akan hadir pengorbanan, tanpa pengorbanan, perjuangan tidak akan sampai kemana-mana.

Itulah hebatnya cinta, melalui air tangan seorang ibu, cinta itu mengalir menambah perisa dalam masakan, melalui cinta, akan mengalir semangat untuk berkorban dalam perjuangan.

...malaysiaria

Sunday, June 20, 2010

Lima peraturan sederhana untuk hidup bahagia


Ingatlah lima peraturan sederhana ini untuk hidup bahagia
1. Bebaskan dirimu dari kebencian
2. Bebaskan fikiranmu dari kesusahan
3. Hiduplah secara sederhana
4. Berilah lebih
5. Kurangilah harapan

Tiada seorang pun yang bisa kembali dan mulai dari awal.
Setiap orang dapat mulai saat ini dan melakukan akhir yang baru.
Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan, tetapi Dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu, kebahagiaan untuk air mata, dan terang dalam perjalanan.

Kekecewaan bagai "polisi tidur", ini akan memperlambatmu sedikit tetapi kau selanjutnya akan menikmati jalan rata.

Jangan tinggal terlalu lama saat ada "polisi tidur". Berjalanlah terus!

Ketika kau kecewa kerana tidak memperoleh apa yang kau kehendaki, terimalah dan bergembiralah, kerana Tuhan sedang memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk dirimu.

Saat terjadi sesuatu padamu, baik atau buruk, pertimbangkanlah ertinya.....

Ada suatu maksud untuk setiap kejadian dalam kehidupan, mengajarmu bagaimana lebih seringkali tertawa atau tidak terlalu keras menangis.

Kau tidak dapat memaksa seseorang mencintaimu, apa yang dapat kau perbuat hanyalah membiarkan dirimu untuk dicintai, selebihnya ada pada orang itu untuk menilai dirimu.

Ukuran cinta adalah saat kau mencintai tanpa batas.
Dalam kehidupan jarang akan kau temui seseorang yang kau cintai dan orang itu mencintaimu juga.

Jadi sekali kau memperoleh cinta jangan lepaskan, ada kemungkinan cinta itu tidak datang kembali.

Lebih baik kehilangan harga dirimu kepada orang yang mencintaimu, daripada kehilangan orang yang kau cintai kerana harga dirimu.

Kita selalu membuang-buang waktu untuk mencari-cari orang yang sesuai untuk dicintai atau melihat kesalahan2 pada orang yang telah kita cintai, daripada malah seharusnya kita menyempurnakan cinta yang kita berikan.

Jika kau sungguh2 peduli pada seseorang, janganlah kau mencari2 kekurangan2nya, kau jangan mencari2 alasan, kau jangan mencari2 kesalahan2nya. Malahan, kau atasi kesalahan2 itu, kau terima kekurangan2 itu, dan jangan kau hiraukan alasan2 itu.

Jangan pernah meninggalkan rakan lama. Kau tidak akan pernah mendapat penggantinya.

Persahabatan adalah bagai anggur, tambah lama akan tambah baik.

...malaysiaria

Friday, June 18, 2010

6 pesanan khusus untuk wanita..


Enam pesanan khusus untuk wanita..
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6.
Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

...malaysiaria

Wednesday, June 16, 2010

Pembelajaran bahasa Tamil dan Mandarin di semua sekolah kebangsaan.


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG melihat dengan penuh berhati-hati cadangan pembelajaran bahasa Tamil dan Mandarin di semua sekolah kebangsaan.

Setelah konsep Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menemui jalan buntu kerana bantahan, kini satu lagi cadangan lain dikemukakan.

Awang tidak membantah pengajaran kedua-dua mata pelajaran bahasa itu, tapi wajarkah ia diwajibkan?

Persoalannya, sudah gagahkah pengajaran bahasa Malaysia yang diajar di sekolah sekarang? Bagaimana pula bahasa Inggeris?

Secara jujur, Awang melihat bahasa Malaysia pun tidak ke mana penguasaannya oleh rakyat negara ini. Setelah 50 tahun merdeka, ada di kalangan rakyat Malaysia yang gagal bertutur bahasa Malaysia dengan betul. Jika ditutur pun pelatnya terlalu tebal.

Begitu juga bahasa Inggeris, rata-rata murid-murid di luar bandar misalnya, masih terkial-kial dengan bahasa itu.

Awang berharap, Kementerian Pelajaran betulkan dulu perkara itu. Ikutlah cara bagaimana Thailand dan Indonesia mengajar bahasa kebangsaan mereka kepada semua. Semuanya boleh bercakap dengan satu bunyi bahasa.

Jika mahu diajar juga Mandarin dan Tamil biarlah ia dijadikan subjek elektif atau pilihan.

Jangan biarkan kelak generasi kita menjadi 'generasi rojak' yang tidak ke mana pencapaian mereka.

Awang - Fikir sebelum buat.
...utusan malaysia

Sunday, June 13, 2010

.Isteri Tersayang


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di JB. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 13 Jun 2010

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini........

Filem barat spiderman, filem Malaysia cicakman?


Kita dapat lihat peranan binatang dalam penghijrahan rasulullah ke Madinah. Seperti labah-labah yang bersarang untuk menafikan rasulullah ada di dalam gua bersembunyi. maka labah-labah berdosa jika dibunuh. Maka filem barat buat filem Spiderman
tetapi kita...cicak musuh nabi yang berbunyi di dalam gua untuk menyatakan kehadiran rasulullah kepada kaum musyrikin. Maka filem malaysia buat filem Cicakman
Sudah terbalikkah mentaliti orang kita?

Cinta dalam kehidupan kita


Apakah yang kita faham dengan cinta dalam kehidupan kita sebenarnya...Adakah dengan cinta yang dialami bersama orang yang kita sayangi boleh dikatakan cinta dalam hidup..?

Mungkin tapi ia bukan sepenuhnya

Kita mencintai satu kehidupan yang indah..tapi bagaimana kita hendak memilikinya....Sebenarnya
Inilah hidup yang amat di cintai tapi kita harus membuat hidup yang kita cintai ini menjadi bermakna dan bukan hampa tapi
ingat bahwa hidup tidak selamanya akan ada hidup yang lebih abadi
nantinya jadi jangan terlalu mencintai hidup melebihi cinta kita kepada
yang maha hidup

Friday, June 11, 2010

19 Keistimewaan Wanita


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

...malaysiaria

Rogol: Bagaimana mencegahnya?


Cara-cara mengelak dari kejadian rogol
1. Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
2. Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
3. Member pendidikan agama dan moral tentang kekejian dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
4. Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
5. Tidak mudah mempercayai janji kepada bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
6. Tidak mudah percaya janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
7. Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
8. Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
9. Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
10. Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
11. Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
12. Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesyen bas, lif dan sebagainya.
13. Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
Mengatasi Ancaman Rogol
1. Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian keatasnya.
2. Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
3. Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
4. Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh menggunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, paying, kunci dan sebagainya untuk melawan.
5. Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian.

...malaysiaria

Wednesday, June 9, 2010

Kisah lelaki tua dengan 3 anaknya....


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.

...malaysiaria

Tuesday, June 8, 2010

Usul tergempar kekejaman Zionis dibawa ke PBB


KUALA LUMPUR 2010/06/08: Usul tergempar berhubung kekejaman rejim Zionis yang diluluskan sebulat suara dalam persidangan Dewan Rakyat semalam akan dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam masa terdekat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata ia akan disampaikan menerusi surat rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kesepakatan Ahli Parlimen mengutuk serangan ke atas sukarelawan misi bantuan kemanusiaan dihargai dan yakin wakil rakyat yang tidak berpeluang menyatakan pendirian mereka juga menyokong usul ini, terutama berkaitan kegagalan Majlis Keselamatan PBB menangani isu ini. Bagaimanapun, Malaysia akan tetap meneruskan usaha membantu rakyat Palestin hingga tertubuhnya negara berdaulat," katanya ketika menggulung perbahasan usul mengutuk kekejaman rejim Zionis itu.

Anifah berkata, selain itu, pihaknya akan mengambil langkah awal untuk memanggil wakil kuasa besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi merakamkan rasa tidak puas hati berikutan sokongan negara itu kepada Israel selama ini.

"Saya juga memutuskan untuk mengutus surat kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengenai sokongan tanpa batasan negara itu kepada Israel," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia akan mendesak PBB mengeluarkan resolusi mengutuk Israel dan membawa negara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan jika gagal, Malaysia akan bekerjasama dengan negara sependapat untuk mengusu-kan himpunan bagi mendapatkan pandangan undang-undang berhubung perkara itu.
Anifah juga memaklumkan akan meminta Mesir membuka pintu sempadannya di Rafah sepanjang masa sebagai laluan alternatif membolehkan bekalan bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk Gaza.

"Kita juga akan meminta negara OIC supaya meneliti hubungan dengan Israel, selain menyelaraskan kempen menamatkan keganasan rejim Zionis itu," katanya.

Monday, June 7, 2010

Negara Haram Yahudi tidak akan berkekalan


Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran
Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam
Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".
Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam
Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:
Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?
Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:
Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi
Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.
Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup
Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.
Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Friday, June 4, 2010

Hati dan ....juga perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telah pun terbuka untuk kita. Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah “Ianya” hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang… .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yg anda ingin tujui dan jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan anda kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan anda bahagia… .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan…

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
“Cinta takkan datang kalau tidak dicari”

Thursday, June 3, 2010

Lubang Selebar 60m Selepas Ribut Agatha


Sebuah bangunan tiga tingkat telah ditelan keseluruhannya selepas satu ribut yang sangat besar menyebabkan satu lubang selebar 60m dan kedalaman lebih 100 kaki terbentuk di Guatemala City semalam.

Ribut Tropika Agatha yang merentasi Amerika Tengah menyebabkan kemusnahan kerana lebih daripada satu meter hujan telah turun dan membunuh lebih dari 100 orang.

Guatemala ialah negara yang paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 92 kematian. Seorang lelaki dipercayai terbunuh di dalam kejadian lubang terbenam ini.

Pada 2007, tiga orang telah terkorban apabila lubang yang hampir serupa muncul di kawasan sama.

Hampir 100,000 rakyat telah dipindahkan dari kediaman mereka.

Seorang mangsa bercakap dari rumahnya yang ditenggelami lumpur, berhampiran ibu kota Guatemala, Carlota Ramos berkata: "Tidak ada seorang pun yang dapat membantuku.Saya hanya dapat melihat segalanya dihanyutkan air deras."

Wednesday, June 2, 2010

Desak AS jangan sokong Israel


KUALA LUMPUR 1 Jun - Seluruh dunia harus mendesak Amerika Syarikat (AS) supaya tidak menjadikan alasan kedudukannya sebagai sekutu rapat Israel untuk menyokong perbuatan ganas rejim itu yang menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pendirian negara kuasa besar itu untuk tidak menyokong tindakan ganas Israel adalah satu-satunya cara bagi memastikan rejim berkenaan tidak meneruskan perbuatan jenayah terbabit.
''Saya fikir AS sepatutnya hanya menyokong Israel jika ia melakukan sesuatu yang betul dan bukan memberi sokongan ketika rejim ini melakukan jenayah semata-mata kerana ia negara sekutu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai program meja bulat dan dialog awam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan The New Club of Paris pada pertengahan bulan ini di sini hari ini.
Sebanyak 11 warga Malaysia, termasuk seorang wartawan dan jurukamera Astro Awani dilaporkan berada dalam kapal Turki, Mavi Marmara, yang diserang tentera Israel di perairan Gaza pagi semalam.
Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, tindakan negara-negara lain yang mengutuk kekejaman Israel sejak kejadian itu berlaku tidak akan memberikan sebarang kesan kerana rejim berkenaan mengambil sikap tidak kisah.
''Saya difahamkan usul mengenai halangan Israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza telah pun dibawa oleh Turki untuk perhatian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan setakat ia saya tidak tahu apa keputusannya," kata beliau.
Ditanya adakah Perdana Menteri lambat memberikan reaksi mengenai kejadian itu, Dr. Mahathir berkata:
''Beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak mengambil masa yang lama dan ini terbukti apabila beliau mengutuk kejadian ini malam tadi. Saya sendiri mendapat berita kejadian berkenaan pada sebelah petang semalam, bagi saya ini tidaklah terlalu lama.
''Saya tidak cuba mempertahankan Najib, tapi saya rasa beliau ingin mengetahui perkara ini secara rasmi."
Ditanya perkembangan terkini pelayaran kapal penumpang Rachel Corrie dan dua kapal kargo Challenger 1 dan Challenger, Dr. Mahathir berkata, ketiga-tiganya dijangka tiba berhampiran perairan Gaza dalam tempoh 48 jam dari sekarang.
''Terdapat enam rakyat Malaysia dalam kapal penumpang dan lain- lain ialah dari Ireland, AS dan pelbagai negara lain," jelasnya.

...utusan malaysia

Tuesday, June 1, 2010

Jurutera Melayu kendali loji air terbesar dunia


SINGAPURA: Mungkin tidak ramai tahu untuk menghasilkan air bersih, ia perlu melalui proses kitar semula termasuk dihasilkan di Loji Pemulihgunaan Air Changi (CWRP).

Malah, tugas memastikan loji terbesar dunia itu berjalan lancar diberikan kepada jurutera Melayu, Yahya Abd Ghani.

Yahya bukan saja mengendali operasi loji di Changi East Close, malah mereka bentuk loji itu.

Sebagai Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kitaran Air (Loji) Agensi Air Negara (PUB), cabaran Yahya ialah memastikan loji itu menghasilkan bekalan air yang dikitar semula bagi menghasilkan air bersih.

Yahya, 53, berkata loji itu memproses dan merawat air kumbahan melalui Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) yang menghubungkan rangkaian pembetungan di timur dan barat Singapura.

“Saya terbabit dalam DTSS sejak 2000. Saya menghasilkan rekaan dan memainkan peranan dalam pembinaan loji ini.

“Loji ini berupaya merawat 800,000 meter padu air, atau 320 kolam renang saiz Olimpik, setiap hari.
“Dengan menggunakan DTSS, ia boleh menjimatkan sehingga S$3.7 bilion (RM8.61 bilion) setahun,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan merancang membina DTSS sejak 1998 dan ia memakan masa enam tahun dibina.

Seluas 32 hektar, atau 45 padang bola sepak, loji itu dibina dengan kos S$2.2 bilion (RM5.12 bilion) dan dirasmikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 23 Jun 2009. – Agensi