nuffnang

Tuesday, May 25, 2010

Wanita Cantik yg suka Menangis...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan...
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya "tempat dimana cinta itu ada."

Bacakan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Bacakan ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan : kecantikan wanita mereka yang azali..

bukan pada kecantikan luaran semata-mata.. Selami lah hati wanita mu... dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.

Monday, May 24, 2010

Kerajaan tidak pernah menghalalkan judi dan arak


DALAM Islam, larangan meminum arak adalah untuk memartabatkan kehidupan ummah. Larangan itu dilaksanakan secara bertahap. Peringkat pertama, meminum arak dilarang secara perbandingan dan berunsur sindiran, sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat yang diturunkan di Madinah. Ketika itu, sebuah masyarakat baru Islam sedang dalam proses pembinaan. Surah itu adalah surah al-Baqarah, ayat 219.

Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas .

Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.

Berdasarkan urutan turunnya ayat-ayat itu, jelaslah bahawa Allah tidak membuat larangan secara sekali gus, tetapi berperingkat sesuai dengan tahap dan pembangunan ummah pada ketika itu. Lagi pun, di peringkat akhir, meminum arak pada ketika itu sudah bertukar menjadi satu kebiasaan, bahkan menjadi amalan dan lumrah.

Melihat proses pengharaman arak yang dilakukan secara tadrij (berperingkat), ia menggambarkan Islam mementingkan pendidikan daripada paksaan dan bukannya untuk menunjukkan kuasa mutlak ke atas umatnya atau kaum-kaum lain.

Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan.

Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain. Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.

Sebelum menghuraikan kesesuaian ini, kita perlu maklum bahawa dalam pemikiran politik pentadbiran Islam, terdapat satu prinsip yang perlu dipatuhi oleh pemimpin apabila mereka ingin memutuskan sesuatu tindakan atau dasar terhadap rakyatnya.

Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).

Berbalik kepada isu arak di Malaysia, para ummah tertanya-tanya apakah hukum ke atas satu pemerintahan yang menghalalkan pengimportan arak dan membenarkan rakyat bukan beragama Islam meminum arak secara berlesen? Begitu juga tentang cukai yang dikenakan ke atas najis tersebut.

Ada pendapat mengatakan cukai itu halal, sekiranya cukai berkenaan bercampur dengan cukai-cukai barangan halal lain. Pendapat ini, seolah-olah menyamakan arak itu dengan air mutanajjis. Air tersebut ialah air yang bercampur antara najis dengan air mutlak dan campurannya pula melebihi dua kolah. Air ini dikira boleh digunakan untuk keperluan bersuci seperti wuduk, mandi dan sebagainya.

Jika inilah kiasannya, maka ia tidak tepat dan tidak sesuai. Ini kerana dalam masalah air mutanajjis ini, air berkenaan benar-benar bercampur dan tidak boleh dipisahkan lagi. Walhal, dalam kes cukai, jumlahnya boleh dipisahkan di antara satu cukai dengan cukai yang lain. Ini bererti pendapatan hasil daripada cukai arak boleh dipisahkan dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang khusus.

Dalam soal hukum ke atas pemerintahan yang membenarkan pengimportan arak adalah berbeza. Perlu diketahui bahawa mereka yang mengimport arak bukanlah golongan orang Islam. Bagi bukan Islam, meminum arak adalah satu budaya. Sudah pasti mereka akan membawa masuk arak sama ada secara diizinkan oleh pemerintah ataupun tidak.

Jika pemerintah mengizinkan, bererti pemerintah dapat mengawal dan memantau kegiatan membekal, menyimpan, menjual dan meminum arak, selain mendapat hasil daripadanya.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.

Ini adalah satu lagi prinsip yang terdapat dalam usul fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan. Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).

Dalam hal ini, kerajaan Malaysia tidak memberi kebebasan sewenang-wenangnya terhadap arak, baik dari segi iklan atau penjualan kepada rakyatnya. Pada masa yang sama, kerajaan juga tidak memaksa rakyat bukan Islam meninggalkan budaya minum arak kerana melakukan sesuatu secara paksaan akan hanya mengundang keburukan. Lebih penting daripada itu, kerajaan juga mengambil langkah mendidik warganya supaya jangan terjebak ke dalam lembah judi dan arak.

Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.

Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.

Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan membelanjakan wang-wang haram itu. Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, atau masyarakat zimmi. Sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam.

Dalam satu riwayat Imam Bukhari r.a yang dipetik dari Ibnu Umar r.a., ketika Rasulullah membuat perjanjian perdamaian dengan penduduk Khaibar, timbul satu permohonan dari Sayah yang telah meminta harta Huyai. Rasulullah menjawab:

Harta Huyai telah tiada (harta tersebut) telah dibelanjakan untuk keperluan perang.

Dengan itu, adalah jelas Rasulullah pernah menggunakan harta orang Yahudi. Dalam hal itu, individunya ialah Huyai bin Akhthab bin Sayah - bapa mertua Nabi SAW sendiri. Kegunaannya ialah untuk kepentingan negara iaitu perang.

Imam Malik menyebut, tindakan menggunakan harta untuk kepentingan negara sebagai maslahah al-'ammah atau keperluan umum. Hikmahnya adalah jika harta tersebut tidak diambil atau digunakan, harta itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik negara, menentang kerajaan, atau untuk keperluan yang manfaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum.

Mohd. Shauki Abd Majid Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Sunday, May 23, 2010

Melayu bangsa yang sentiasa kalah?


Kata Usman Awang, Melayu itu bangsa yang bijaksana, Melayu berani kerana benar, Melayu pengembara, kaya falsafah, menolak permusuhan serta baik hati. Kata Usman Awang juga Melayu itu kuat bersorak dan masih tetap bermimpi walau jatuh berkali-kali.

Penyair seperti Usman Awang seperti juga pemimpin, cendekiawan serta pemikir Melayu sepanjang zaman sudah puas berdebat mengenai Melayu. Mereka berusaha memberi kritikan membina untuk melihat Melayu menjadi lebih baik. Orang-orang tua Melayu juga kini sering berkeluh kesah mengenang nasib dan sikap Melayu.

Secara jujur seluruh umat Melayu mengakui apa yang diperkatakan mereka benar belaka. Tetapi, setiap dari kita bercakap seolah-olah kita hanya merujuk kepada Melayu lain, bukan kita.

Di kala kedudukan Melayu semakin tercabar diasak dan ditekan dari berbagai sudut dan sebelum kita mengasak kembali serta bertarung habis-habisan, mungkin kita patut bertafakur sebentar, berfikir sedalam-dalam dan memahami diri sendiri. Benarkah kita begitu teruk sekali?

Sebagai Melayu dari golongan rakyat biasa, penulis dengan penuh kesedaran telah cuba sedaya upaya yang termampu untuk menjadi Melayu yang baik. Penulis biasa bersaing dengan bangsa lain, dan penulis kira penulis mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan mereka di mana saja. Penulis juga dengan sedaya upaya cuba mendidik anak-anak agar mampu berbuat yang sama.

Namun, agak sukar kini kerana anak-anak tidak punya peluang untuk bersaing dengan bangsa lain di sekolah kerana bangsa lain lebih suka bersekolah berasingan. Satu-satunya peluang anak-anak untuk bergaul dengan bangsa lain ialah semasa di tadika, itu pun jika kita memilih untuk menghantar mereka ke tadika swasta yang dimiliki oleh bangsa mereka. Jika tadika tersebut diuruskan oleh bangsa Melayu, mati hidup balik pun bangsa lain tidak akan menghantar anak mereka ke sana.

Penulis kira, kebanyakan dari kita orang-orang Melayu dari golongan rakyat biasa, golongan pertengahan dan pertengahan atas berkongsi kesedaran ini. Kita mampu bersaing sekiranya diberi peluang. Malangnya, memandangkan syarikat-syarikat besar di Malaysia adalah milik bangsa Cina, maka peluang ini sering ditutup sejak dari awal lagi.

Dan sekiranya syarikat tersebut bukan milik mereka pun, dan merupakan syarikat multinasional diterajui oleh bangsa asing, tetapi selagi jawatan-jawatan tinggi dijawat oleh bangsa mereka, maka peluang untuk Melayu untuk bersaing akan ditutup serapat yang boleh.

Melayu yang dibiarkan melepasi sekatan peluang ini pula sering kali hanya Melayu yang dilihat mereka sebagai boleh diperalatkan iaitu yang tiada semangat kemelayuan yang kuat, sepertimana semangat mereka terhadap bangsa mereka. Jika ada seorang dua Melayu yang bersemangat Melayu dapat lepas ke atas, ia hanyalah untuk memenuhi syarat kuota ataupun kerana jawatan tersebut perlu berhubung dengan kerajaan dan pelanggan Melayu.

Kerana itu, Melayu sering kalah sebelum bersaing.

Tidak dapat tidak, jika Melayu ingin meningkatkan taraf ekonomi mereka secara keseluruhan, Melayu harus menjadi pemilik syarikat-syarikat besar, bangunan-bangunan perniagaan serta perniagaan-perniagaan sokongan secara meluas seperti mereka juga.

Majoriti Melayu sedar akan hal ini dan Melayu yang terdiri dari peniaga-peniaga sememangnya telah berusaha merealisasikan perkara ini. Namun, membesarkan perniagaan bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam masa setahun dua. Selalunya, peniagaan Melayu tidak mampu pergi lebih lama dan lebih jauh. Kita melihat satu demi satu syarikat yang dibangunkan Melayu, apabila sudah menempa nama, tiba-tiba bertukar milik kepada bangsa lain.

Kita akui, masih ramai peniaga Melayu, walaupun bergelar peniaga, tetapi mereka sebenarnya masih belum pandai berniaga. Kebanyakan mereka melihat perniagaan mereka sebagai cara untuk mendapat wang untuk keperluan jangka pendek. Mereka tidak punya cita-cita untuk melihat perniagaan tersebut berkembang menjadi empayar. Kebanyakan sudah merasa puas jika perniagaan mereka mampu memberi anak isteri makan dan menampung anak-anak belajar untuk masa ini.

Jika ada yang bercita-cita tinggi pula mereka terlalu gelojoh dan ingin mencapai cita-cita itu dalam masa yang singkat tanpa mengira cara dan akibat. Sering kali, mereka silap perkiraan atau tamak. Perniagaan dikembangkan dan aset peribadi serta aset syarikat ditambah secara berlebih-lebihan dalam masa yang singkat, tanpa berfikir panjang.

Peniaga Melayu juga amat lemah dalam menguruskan rekod perniagaan. Perniagaan yang baik tidak akan kelihatan baik jika tidak dapat dibuktikan dengan penyata bank yang baik, simpan kira yang tersusun serta akaun perniagaan dan kunci kira-kira semasa dan tahunan yang tepat. Ramai yang masih tidak memahami bahawa rekod perniagaan yang baik adalah satu-satunya kunci yang akan membolehkan perniagaan itu dikembangkan di masa hadapan.

Namun, apa yang lebih menyukarkan perniagaan Melayu untuk berkembang ialah apabila mereka terpaksa bergantung kepada bangsa lain untuk menjadi pembekal atau menyediakan perkhidmatan sokongan. Pembekal dari bangsa lain akan memberi tekanan langsung dan tidak langsung seperti tidak memberi kemudahan kredit atau harga yang lebih mahal bagi menyukarkan Melayu tadi berniaga dan bersaing sama dengan bangsa mereka.

Selain itu, pengguna bangsa lain juga tidak akan sekali-kali membeli dari peniaga bangsa Melayu selagi mereka punya pilihan.

Ini adalah hakikat.

Dan hakikat juga bahawa kerajaan, cendekiawan, pemimpin, penyair dan pemikir Melayu juga tidak mampu menangani masalah ini membuatkan Melayu terus menerus menjadi bangsa yang kalah.

Sebenarnya, kebanyakan Melayu seperti penulis, sentiasa belajar menangani kelemahan dan tabah menerima tekanan dari bangsa lain sebagai cabaran untuk terus berjaya. Kebanyakan kita telah berjaya mencapai kehidupan yang baik secara individu. Tetapi, Melayu sebagai satu bangsa, masih jauh dari berjaya.

Ini kerana, walaupun Melayu rakyat biasa sedang mencuba sedaya upaya untuk berubah, tetapi apakan daya kita apabila pemimpin kita sendiri sama ada pentingkan diri atau terdiri dari orang-orang yang suka mengalah.

Walaupun bangsa lain sedikit pun tidak membuka peluang kepada Melayu, tetapi pemimpin Melayu tetap membuka peluang dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (Melayu) kepada mereka sedikit demi sedikit.

Dan mereka tidak akan berhenti setakat ini, mereka akan terus berjuang sehinggalah mereka menguasai semuanya sementara pemimpin Melayu hanya membiarkan sahaja. Petronas hanyalah permulaan bagi mereka menguasai kita sepenuhnya dan pemimpin Melayu hanya membutakan mata. Bukannya Melayu di Petronas tidak bangkit menentang, bukan Melayu rakyat biasa seperti kita tidak membangkang, tetapi apa yang boleh kita lakukan jika pemimpin kita yang membantu mereka mengalahkan kita?

Sekali lagi ditekankan bahawa Melayu majoritinya sudah berubah yang tak berubah hanya pemimpin – tak kira dalam UMNO, PAS mahupun PKR. Semuanya hanya ingin mengalah bila berhadapan dengan tuntutan dan cabaran kaum lain demi undi dan kepentingan diri.
Ini berlaku bukan sahaja dalam isu-isu dalam negeri, tetapi pemimpin Melayu mengalah dan dikalahkan termasuklah dalam isu antarabangsa.

Pemimpin kita mengalah dan dikalahkan oleh Singapura dalam isu Batu Putih, Air dan ruang udara. Walaupun rakyat menempelak dan mempertikai cara pemimpin kita menangani perkara ini, namun, kelantangan dan keberanian kita tenggelam dalam gelombang pengecut pemimpin kita sendiri.

Malaysia juga mengalah dan dikalahkan oleh Brunei dalam isu Limbang. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima kekalahan mudah tanpa penjelasan konkrit. Rakyat inginkan pemimpin kita agar berjuang mempertahankan khazanah negara, tetapi pemimpin kita seperti malas untuk memanjangkan isu apatah lagi memperjuangkannya. Itu semua perkara kecil mengikut mata pemimpin.

Dan kini kita nampak seperti akan mengalah lagi dengan Indonesia dalam isu amah. Tidakkah terdapat sedikit pun perasaan ingin membela rakyat sendiri dalam diri pemimpin (Melayu) dalam isu ini juga? Atas dasar apakah maka Malaysia bersetuju menimbang kenaikan gaji dan memberi hak yang sama kepada amah seperti mana-mana pekerja yang berkelayakan?

Tahukah pemimpin (Melayu) kita bahawa masih ada anak-anak kita berkelayakan SPM menjawat jawatan kerani di syarikat-syarikat swasta dengan pendapatan RM700 – RM800? Apakah kelayakan seorang amah? Apakah mereka mendapat sijil pembantu rumah professional? Jika ada siapa yang mengeluarkannya? Dan atas standard apakah ianya dikeluarkan?

Purata seseorang majikan di Malaysia yang mempunyai pembantu rumah berpengalaman menukar pembantu rumahnya 3-4 kali. Penulis dan ramai di kalangan rakan penulis sendiri telah berpengalaman dengan lebih dari 4 orang pembantu. Ada juga yang sudah serik sama sekali hanya selepas mencuba 1 – 2 orang pembantu.

Pembantu rumah Indonesia walaupun dikatakan melalui latihan tetapi latihan yang diperolehi mereka adalah terlalu asas dan tidak banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Mereka tidak diajar tentang etika dan ‘common sense’ untuk membolehkan mereka menjadi pekerja yang boleh diharap, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Jika mereka inginkan hak yang lebih sebagai pekerja, maka seharusnya pemimpin kita menjadi pembela dan berjuang untuk rakyat Malaysia agar Indonesia memastikan bahawa pembantu yang mereka bekalkan itu benar-benar berkualiti dan layak diberikan hak sebegitu.

Seorang ketua pejabat tentu merasakan yang dia kerugian jika setiausahanya tidak mampu berbuat kerja-kerja kesetiausahaan, tidak dapat berfikir sendiri dan sering memerlukan tunjuk ajar dalam kerja-kerja paling asas sekalipun.

Begitu jugalah halnya dengan pembantu rumah. Lebih buruk, pembantu rumah tidak boleh dimarahi sepertimana kita memarahi setiausaha di pejabat kerana sikap mereka yang tidak berpelajaran, amatlah tidak dapat dijangka. Latarbelakang yang susah dan bermasalah juga mempengaruhi pembentukan peribadi dan mentaliti mereka.

Dengan keselamatan anak-anak terletak dalam tangan mereka, majikan perlu memikirkan berbagai risiko sebelum memarahi pembantu rumah yang tidak dapat bekerja dengan baik itu.

Maka, akhirnya majikan terpaksa mengalah dan menelan segala karenah pembantu rumah demi anak-anak. Apabila sudah tidak sanggup lagi menghadapinya, maka majikan akan terpaksa memperjudikan wang dan nasib sekali lagi, untuk menukar kepada pembantu rumah yang lain.

Semua ini kini harus dilalui oleh majikan di Malaysia kerana pemimpin kita yang rata-ratanya Melayu, amat suka mengalah. Pemimpin Melayu bercakap tentang Melayu baru yang berani, maju, bijak dan lantang tetapi mereka sendiri masih pasif bila berjuang menegakkan hak, takut bila bila dicabar, lembab bila bertindak serta segan untuk bersuara bila ditawarkan wang dan kuasa.

Kita sayang pemimpin kita dan kita tidak mahu pemimpin kita dipijak, diperalat dan dipermainkan oleh sesiapa. Jika pemimpin kita diperlakukan begitu, bermakna kita juga diperlakukan begitu kerana pemimpin kita mewakili kita semua. Tetapi kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya jika dia sendiri pasif, takut, lembab dan segan silu tak menentu.

Kami orang-orang Melayu hanya memberi pandangan jujur agar pemimpin Melayu tidak tersungkur dan bangsa kita tidak hancur. Pandangan rakyat biasa seperti kami adalah ikhlas dari hati kerana kami sayangkan pemimpin seperti sayangkan bangsa kami sendiri.

Kami bukan terdiri dari mereka-mereka yang dibayar untuk menasihat dan kami juga tidak terlibat dengan mereka-mereka yang hanya menunggu masa untuk menjadi Perdana Menteri. Nasihat orang jauh, adakalanya lebih baik dari yang dekat kerana skop pandangan dari jauh adalah yang lebih luas dan menyeluruh.

Melayu itu bangsanya ingin berubah
Berusaha sudah, berdoa pun sudah
Namun,usaha Melayu itu tidak berbuah
Kerana pemimpin suka mengalah

...Nihaz Mohd Yusoff

Thursday, May 20, 2010

Amalan-Amalan yang terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk
meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia be gin i, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebe gin i kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup
kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu
ayat." (Riwayat Bukhari)

Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah

Wassalam

"Baby dah buka bra ke belum?"


TERKEJUT seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan apabila membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit milik seorang pelajar yang dirampas di sekolah, baru-baru ini.

"Baby dah buka bra ke belum?" adalah SMS pertama diikuti SMS kedua yang bertulis "Kalau dah buka bra jgn lupa buka spender, mcm mana nak masuk..."

Itulah antara dua mesej yang dihantar oleh pelajar lelaki tingkatan empat di sekolah itu yang ditemui dalam telefon bimbitnya.

Mesej itu dihantar kepada teman wanitanya, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya usia dengannya tapi bukan dari sekolah itu. Pelajar lelaki itu telah dikenakan tindakan oleh sekolah atas dua kesalahan iaitu membawa telefon bimbit ke sekolah selain menyimpan mesej yang berbaur lucah.

Adakah ini menjadi satu kebanggaan buat kita? Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sepatutnya belajar bersungguh-sungguh menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia tahun depan, menghantar mesej sedemikian rupa kepada teman sebayanya.

Walaupun bukan semua pelajar seperti pelajar lelaki yang 'matang cepat' itu, setidak-tidaknya ia membuka minda bahawa remaja di Malaysia kini kian terdedah kepada pergaulan terbuka tanpa batasan, seterusnya mampu menjurus ke arah perbuatan maksiat - zina, hamil anak luar nikah dan buang atau bunuh bayi.

Mereka begitu banyak dihidangkan dengan hiburan berunsur seks, gambar-gambar seksi sama ada di majalah-majalah, televisyen ataupun yang terbaru kemudahan Internet.
Pelajar kini boleh membuka 'YouTube' untuk mencari aksi-aksi lucah tempatan dan luar negara. Mereka boleh melihat aksi remaja Melayu berbogel yang dirakamkan menerusi telefon bimbit lalu dihantar ke laman itu.

Sedikit sebanyak, ia akan mempengaruhi remaja di Malaysia untuk terbuka mendapat pengetahuan mengenai seks.

Tanpa Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) sekalipun yang kini diperkenalkan di sekolah-sekolah, ramai pelajar kita yang lebih arif tentang hal-hal berkaitan seksualiti.

Kita sepatutnya bimbang dengan senario ini. Pelajar menyalahgunakan pengetahuan mereka tentang seks untuk jalan yang tidak sepatutnya.

Sebagai bukti, lihat apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini. Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun melahirkan bayi lelaki hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi berusia 19 tahun.

Bayi lelaki itu yang dipercayai mati kemudian ditanam di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam.

Penyakit sosial seperti buang bayi ini dilihat semakin parah. Tidak mustahil ia berpunca daripada pengaruh-pengaruh negatif berunsur seks yang kini mendominasi jiwa para remaja.

Sikap ingin mencuba tanpa mengetahui kesan yang bakal dihadapi juga membuatkan remaja kini semakin banyak terlibat dalam kes buang bayi.

Di sinilah letaknya tanggungjawab kerajaan untuk bersama-sama pihak guru dan ibu bapa mendidik anak-anak bangsa supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkembangan kemajuan masa kini.

Bagi ibu bapa pula, janganlah pula hanya meletakkan beban mengajar anak-anak ini di bahu guru. Sesekali, jengoklah telefon bimbit mereka, dan lihatlah apa kandungan SMS yang dihantar kepada rakan sebayanya.

...Suffian Abu Bakar

Sifat Mengalah Yang Disalaherti


Kebelakangan ini orang bukan Melayu kelihatan semakin berani mempertikaikan apa jua perkara yang bersangkut paut dengan orang-orang Melayu. Mungkin juga keberanian itu didorong oleh sifat yang dimiliki dan ditunjukkan oleh orang Melayu itu sendiri. Sikap orang Melayu yang telah disalah anggap sebagai kelemahan dan rasa rendah diri orang-orang Melayu telah diambil kesempatan oleh orang bukan Melayu untuk memenuhi kehendak mereka. Desakan demi desakan dapat dilihat kini oleh orang bukan Melayu terhadap orang Melayu yang berkemungkinan bakal mengundang musibah.

Salah satu aspek sikap orang Melayu yang terkenal ialah sifat sopan santun dan tidak suka menonjolkan diri. Dunia orang Melayu penuh dengan golongan bangsawan yang tidak dapat dipisahkan daripada raja dan para pembesar. Orang Melayu lebih suka mengalah dan memberi hormat yang merupakan salah satu asuhan turun temurun sebagai tanda bersopan santun. Sudah menjadi satu kebiasaan bagi orang Melayu untuk mengundur ke tepi bagi memberi laluan kepada orang lain. Bahkan mereka juga akan menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Manakala orang Melayu yang diberi laluan itu juga akan menunjukkan rasa hormat kepada orang yang memberi laluan dengan menundukkan diri semasa berjalan. Masing-masing menunjukkan budi bahasa yang tinggi dan inilah sikap orang Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.

Namun nilai budi bahasa yang tinggi itu tidak dihormati oleh orang bukan Melayu apabila mereka datang ke Tanah Melayu. Orang-orang Cina dan India yang datang dari negara yang penduduknya sangat ramai, tidak begitu mengambil berat tentang tingkah laku dan sopan santun. Mereka hanya tahu menghormati umur dan kekayaan semata-mata. Mereka tidak mahu cuba untuk memahami kebiasaan mengalah orang-orang Melayu. Mereka tidak menganggap bahawa amalan budaya Melayu ini sebagai suatu petanda asuhan yang baik. Tidak wujud kekaguman dalam diri mereka dan kerana itulah mereka merasa tidak perlu meniru mahupun mengamalkan budaya itu. Orang bukan Melayu merasakan mereka sangat istimewa kerana boleh berbuat sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh orang-orang Melayu.

Bagi orang Melayu pula, orang bukan Melayu boleh dikecualikan kerana mereka tidak tahu adat Melayu dan mereka tidak patut dipersalahkan. Orang bukan Melayu selalunya diberi keistimewaan dan tidak diharapkan untuk menyesuaikan diri. Mereka dibenarkan berkata atau berbuat sesuatu yang dianggap kurang ajar atau kurang sopan oleh orang Melayu. Malahan orang Melayu tidak akan berkata apa-apa, apatah lagi untuk menegur sikap kurang sopan orang bukan Melayu kerana tidak mahu memalukan mereka. Orang bukan Melayu dianggap sebagai tetamu di negara ini dan memalukan tetamu adalah perbuatan yang buruk dalam budaya masyarakat Melayu. Rentetan itulah maka orang bukan Melayu tidak pernah mahu memahami dan sentiasa mencari jalan untuk berkonfrantasi dengan orang Melayu kerana menganggap sikap mengalah orang Melayu itu akan memberi keuntungan kepada mereka.

Hakikatnya orang bukan Melayu tidak tahu bahawa sifat sabar yang selalu dipaksakan oleh orang Melayu kepada diri sendiri bukanlah suatu kelaziman. Selalunya akan wujud pergolakan dalam hati sanubari orang-orang Melayu. Pergolakan yang wujud dalam diri orang Melayu ini akhirnya pasti akan diluahkan. Apabila berlakunya pertembungan antara nilai diri yang telah dipupuk sekian lama dengan desakan mengenai hak yang semakin tercabar, maka akan wujud konflik dalam diri orang Melayu sehingga ke suatu tahap yang sukar untuk dikawal lagi. Tekanan dan kongkongan terhadap diri orang-orang Melayu akan dilepaskan. Sifat orang Melayu yang pemalu dan merendah diri akan berubah menjadi sesuatu yang mungkin tidak akan disukai oleh orang bukan Melayu.

Walaupun peradaban dan ketamadunan Malaysia sedikit sebanyak telah menundukkan orang Melayu yang berupaya menyimpan dendam dan dapat mengawal perasaannya dengan lebih baik; namun orang bukan Melayu tidak harus melupakan bahawa sikap AMUK masih menjadi sebahagian penting daripada sifat peribadi orang-orang Melayu. Satu sifat asas dalam perwatakan Melayu yang tidak wajar didesak atau diperlekehkan dan perlu diberi perhatian khusus oleh orang bukan Melayu. Kini ada banyak cara untuk mengamuk dan diharapkan orang bukan Melayu di Malaysia hari ini berhati-hati dengan segala tindakan agar konflik kaum tidak akan sampai ke tahap itu.

...paneh miang

Dilema Melayu Semakin Parah


Semasa membaca buku The Malay Dilemma suatu masa dahulu, aku dapat merasakan betapa kecewanya Che Det dengan nasib orang-orang Melayu semasa beliau menulisnya. Bagaimana British meminggirkan orang-orang Melayu, jumlah orang Melayu yang kurang dalam perkhidmatan awam dan universiti, kedudukan ekonomi orang-orang Melayu yang lemah berbanding Cina serta bagaimana terpinggirnya orang-orang Melayu dalam bidang profesional dan pendidikan berbanding kaum lain. Semuanya diluahkan oleh Che Det dalam bukunya itu. Namun segalanya hampir berjaya ditebus kembali, dimulai dengan Tun Abdul Razak dan kemudiannya diperkasakan oleh Che Det sendiri semasa menerajui kerajaan.

Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana risaunya kaum bukan Melayu semasa Che Det mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kerana ketebalan semangat kemelayuannya sehingga beliau pernah digelar ‘Malay Ultra’. Bahkan nombor 4 dianggap ‘suwey’ oleh orang Cina memandangkan Che Det adalah Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan orang Cina beranggapan bahawa keselesaan mereka akan bakal tergugat. Di zaman pentadbiran Che Det juga kurang kedengaran suara-suara sumbang yang menyentuh mengenai hak Melayu dan perkara-perkara yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan.

Namun kini semakin ramai yang berani mempersoalkan bukan sahaja hak Melayu, bahkan agama Islam dan bahasa Melayu juga seolah dipermainkan secara terbuka oleh kaum bukan Melayu. Tiga perkara yang diketahui umum sangat sinonim dengan orang-orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka telah dipersoalkan tanpa rasa bersalah oleh kaum bukan Melayu di Malaysia. Aku tidak tahu bagaimana perasaan Che Det sekarang, adakah sama sebagaimana semasa beliau menulis The Malay Dilemma. Namun apa yang dapat aku katakan bahawa hari ini orang Melayu telah menghadapi satu lagi dilema. Satu Dilema Melayu yang kini terpendam dengan api kemarahan. Lupakan soal politik, kerana Dilema Melayu yang baru ini lebih besar daripada bicara politik dan ianya seakan ‘gunung berapi’ yang hanya menunggu masa untuk meletus.

Rata-rata orang Melayu yang aku jumpa akhir-akhir ini telah melahirkan rasa tidak puas hati dan dendam yang membara. Mereka rasa dikhianati. Mereka rasa tercabar. Mereka rasa seolah-olah didesak sehingga ke tahap kesabaran yang semakin menipis. Mereka merasakan ada spesis manusia yang wujud di Malaysia hari ini tidak lagi tahu mengenang budi. Tidak lagi tahu berterima kasih. Tidak lagi tahu menghormati. Kaedah menangani dan penyelesaian yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang telah menambahkan lagi kepedihan luka yang sedia terguris dalam diri orang-orang Melayu. Sikap mendiamkan diri orang-orang Melayu telah diperlekehkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Malaysia. Silent protest dikalangan orang-orang Melayu sudah semakin sukar untuk dibendung dan dikawal.

Pemimpin Malaysia hari ini seolah-olah telah melupakan bahawa orang Melayu merupakan penduduk dominan di negara ini. Pemimpin Malaysia juga lupa bahawa bersandarkan kepada faktor dominan orang Melayu itulah, maka sebarang perkara yang mengancam dan memudaratkan mereka pasti akan memberi kesan yang besar kepada negara. Dilema Melayu secara tidak langsung merupakan dilema Malaysia. Orang Melayu adalah ‘jantung’ kepada negara ini. Malaysia tidak akan aman, maju dan makmur sekiranya terdapat barah yang sedang memakan jantungnya. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan segera untuk merawat barah yang semakin merebak ini. Jika sesuatu kaedah penyelesaian tidak dilaksanakan segera, maka kita akan dapat menyaksikan sekali lagi pengulangan sejarah yang sudah pasti tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada negara.

...paneh miang

Wednesday, May 19, 2010

Akibat berkasih pada yang tak sudi.


Melihat kepada keputusan PRK Sibu,jelas membuktikan pengundi Cina tetap dengan pendirian mereka menyokong pembangkang lebih lebih lagi calun DAP.

Pemimpin MCA dan Gerakan tak payah lagi menuding jari nak menyalahkan Perkasa lah,pasal isu itu, isu ini dan bermacam macam lagi alasan untuk menyatakan kelemahan ini di sebabkan oleh UMNO yang di tuduh masih mempunyai sikap perkauman.Wal hal kita tak nampak keseriusan pemimpin MCA dan Gerakan memberi penjelasan tentang amalan BN dalam konteks kontrak sosial malah jauh sekali mempertahankannya. Mereka juga sama seperti DAP dalam memperjuangkan kepentingan Bangsa mereka.

Yang tak serik serik PM kita,kena tipu di Hulu Selangor dengan berjuta peruntukan untuk kepentingan masyarakat Cina namun undi tetap kepada pembangkang ,di Sibu kena tipu lagi berlipat ganda peruntukan (RM18 juta) di beri untuk kepentingan masyarakat Cina namun undi mereka tetap kepada DAP. Hidung tak mangcung pipi tersorong sorong.

Orang dah benci kita,dah tak sokong kita dan sedang berusaha keras memujuk orang Melayu hanyut tak sedar dik untung bersekongkol dengan puak2 Cina ni untuk jatuhkan pimpinan UMNO.

Kenapa kita masih tak sedar , Kenapa nak berkasih lagi pada orang yang dah tak sudi.Apa guna kita berbelanja sekian banyak wang sedangkan ianya bagaikan mencurah air di daun keladi.

Mereka banyak wang,mereka boleh biaya apa saja untuk kepentingan masyarakat mereka,mereka dah tak perlukan UMNO dan BN lagi.Selagi Anwar dan orang Melayu seperti Anwar masih hidup dan terus berjuang dan berjanji untuk menaikkan kuasa pemimpin2 Cina,menghapuskan hak orang Melayu,memperjuangkan konsep DAP (Malaysian Malaysia) selagi itulah jangan mimpi orang cina nak sokong BN sehingga BN mengikut saja kehendak mereka agar Cina diberi sama hak dan taraf dengan orang Melayu.

Alang alang mandi biar basah,menyelok perkasam biar sampai kepangkal lengan,adat berjuang biar mati di medan perang,maskipun mati biar lah mati bermaruah.Dari pada semua calun MCA dan Gerakan kalah di kawasan mejoriti pengundi Cina biarlah mereka langsung tak ada wakil dalam BN.

Kita desak berikan saja semua kawasan pilihan raya mejori orang Melayu kepada calun UMNO.Kalau orang Cina nakkan pemimpin mereka dalam kerajaan mereka terpaksa beri kemenangan kepada calun MCA dan Gerakan yang bertanding di kawasan mejoriti pengundi mereka.

Kembalikan semula semangat orang Melayu kepada UMNO ,bangkitkan semula semangat DEB, laungkan pasal 3,152 dan 153 agar perjuangan UMNO untuk membela nasib orang Melayu benar benar di rasai dalam jiwa orang Melayu. Perkukuhkan kedudukan raja raja Melayu. Kalau perlu bawa PAS bersama perjuangan ini.

BERKASIHLAH PADA YANG SUDI.

adibeta,
kubang kerian,kelantan

Pertandingan buka coli....Apa punya pertandingan daaa...!


BEIJING - Sebuah pusat membeli belah dikritik kerana mengadakan pertandingan membuka coli menggunakan sebelah tangan dengan pantas.

Peserta yang berjaya membuka lapan coli dalam masa tidak sampai seminit diberikan baucar untuk membeli belah di kompleks berkenaan di Guangzhou, dalam wilayah Guangdong, China.

Laporan Guangzhou Daily menyatakan lapan wanita digunakan untuk pertandingan tersebut.

Seorang pengunjung mempertikaikan pertandingan itu dengan menyatakan idea tersebut mungkin dihasilkan lelaki tua berfikiran lucah.

Namun, jurucakap kompleks berkenaan mempertahankan pertandingan itu dengan menegaskan ia bertujuan untuk mempromosikan kesedaran mengenai pakaian dalam.

Pertandingan itu dimenangi seorang wanita yang berjaya membuka semua coli dalam masa 21 saat.

7 Kesilapan Grooming Lelaki - Lelaki mesti baca!


Tanpa sedar, ada ketika gaya yang cuba ditampilkan lelaki sama ada ketika keluar bersama si gadis atau lepak bersama-sama teman seakan tidak kena gaya. Ada saja yang kurang. Ada 7 kesilapan gaya yang sering dilakukan oleh lelaki. Check it out!

1. Memakai lebih dua atau tiga wangian sekali gus.
Kamu perlu sedar bahawa wangian berfungsi dalam memberi ilusi maskulin pada penampilan. Namun jika terlalu obses hingga memakai lebih dari satu wangian dalam satu masa, tidakkah kamu sebenarnya mengalahkan perempuan? Perempuan pun tidak begitu.

2. Tidak memakai pelembab muka.
Lelaki beranggapan menjaga kulit wajah hanya layak untuk perempuan. Oh lelaki, ketahuilah bahawa fakta kamu itu salah! Lelaki juga perlu manjakan kulit wajah untuk mengelakkannya dari kelihatan kusam dan tidak bermaya.

3. Kuku kotor dan panjang.
Penampilan sudah dikira ok! Tetapi kamu lupa untuk menjaga kebersihan diri khasnya kuku jari atau kaki yang kotor. Dan ramai juga lelaki yang menyimpan kuku panjang di jari kelengkeng. Maaf, ia langsung tidak nampak cool!

4. Dry shaving.
Mungkin kerana mahu cepat, kebanyakkan lelaki hanya menggunakan air sebagai 'bahan pelembab' ketika melakukan cukuran. Lebih teruk, ada yang main cukur saja! Ketahuilah lelaki bahawa kamu memerlukan gel pencukur khas bagi mengelakkan luka ketika bercukur.

5. Kaca mata pada waktu malam?
Ia seakan menjadi trend. Tapi trend yang sungguh ' ketinggalan zaman'. Kamu tidak perlu berlebih-lebih dalam bergaya pada waktu malam dengan memakai kaca mata hitam. Memadai dengan kamu tampil ringkas tetai up to date.

6. Bulu hidung!
Ketika membuat cukuran juga, apa yang perlu kamu titik beratkan ialah bulu hidung kamu. Periksa dua atau tiga hari sekali. Manalah tahu ada bulu hidung kamu yang sudah 'menjalar keluar'. Cara terbaik adalah dengan mencabut atau mengguntingnya. Barulah nampak kemas.

7. Skiny oh Skinny!
Hanya kerana mahu mengikut aliran fesyen, ramai yang tampil ranggi dengan mengenakan denim berpotongan skinny meski kamu bertubuh gempal. Ya, kamu hanya perlu yakin dengan diri sendiri. Tetapi sedarkah kamu bahawa penampilanmu sebenarnya kelihatan lucu?

Juruterbang palsu dedah cara menyamar jadi juruterbang


LONDON - Seorang rakyat Sweden, Thomas Salme yang pada Mac lalu didenda AS$2,100 (RM6,800) dan dilarang terbang selama 12 bulan oleh seorang hakim sebuah mahkamah Belanda kerana menyamar menjadi juruterbang palsu selama 13 tahun telah mendedahkan betapa mudahnya untuk memperdayakan pihak berkuasa dengan menyamar sebagai juruterbang palsu, lapor sebuah akhbar semalam.

Salme yang berusia 41 tahun berkata, dia pada mulanya bertugas sebagai jurutera penyenggaraan di sebuah syarikat penerbangan.

Menurutnya, seorang rakannya kemudian membenarkan dia menggunakan simulator penerbangan semasa ia tidak digunakan.

Salme berkata, dia kemudian berlatih selama 12 hingga 20 kali dalam tempoh tidak sampai dua tahun sebelum menjalani ujian penerbangan dengan menggunakan simulator.

Dia diundang menjalani ujian itu oleh pihak pengurusan syarikat penerbangan Air One selepas dia menunjukkan beberapa dokumen palsu.

Salme lulus dalam penerbangan itu dan dalam tempoh tiga tahun, dia mendapat pangkat kapten dan mengendalikan pesawat syarikat penerbangan Air One.

"Saya mendapat idea untuk memohon jawatan sebagai pembantu juruterbang di sebuah syarikat penerbangan dan saya membuat sendiri permit penerbangan Sweden," katanya kepada stesen televisyen Sky News baru-baru ini.

Syarikat-syarikat penerbangan yang berbeza akan menggunakan permit berlainan menyebabkan mudah baginya untuk menyamar menjadi juruterbang palsu.

Namun, Salme telah ditahan pada Mac lepas oleh pihak berkuasa semasa dia duduk dalam kokpit untuk menerbangkan pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Corendon dengan 101 penumpang di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam.

Dia tangkap selepas pihak polis mendapat maklumat mengenai penyamarannya itu.

Tuesday, May 18, 2010

Malaysia bukan masyarakat judi


Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair). Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219). Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tahniah Muftiku


MUFTI HARRUSSANI BIDAS KERAJAAN UMNO
SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.-

Monday, May 17, 2010

Alahai Melayu: Fantasi vs Realiti....!


Kupasan beberapa isu yang melibatkan perjuangan Melayu/Islam yang sekadar mengajak kita untuk berfikir...

1.Isu Judi.
Akhbar Harian Melayu seperti Utusan,Kumpulan NST dll banyak menyiarkan tentang isu agama dan politik yang menghantui umat Melayu islam, penulis seperti Awang Selamat,Dr Mohd Asri, Hishamudin Aun dll banyak memberi sinopsis berhubung dunia Melayu dan Islam yang kian bercelaru dan hancur. Yang kelakar akhbar yang sama menyiarkan artikel mereka juga menyiarkan keputusan nombor ekor yang majoriti pembaca adalah Melayu Islam. Apa nie? bankrap ke akhbar Melayu kalau tak dapat tender iklan nombor ekor daripada syarikat cina. Kolumnis akhbar bukan main beria-ria cuba membuka mata orang Melayu tentang bahaya parti Dap, Freemason dll tapi kenapa diam tentang bahaya judi pada masyarakat Melayu Islam? takkan kerana 5% orang bukan Melayu yang membeli akhbar ini maka iklan judi ini diwajarkan. Syarikat Sport Toto, Magnum melanggan perkhidmatan iklan akhbar Melayu untuk pasaran orang melayu bukan? takkan untuk pasaran orang Alaska kot. Kenapa kolumnis akhbar ini gagal melihat ini sebagai agenda menghancurkan Islam dan Melayu? MENGAPA?

2. Isu Perang.
Malaysia negara yang menentang peperangan. Tapi yang kelakarnya kita boleh pula benarkan kapal perang Amerika berlabuh dekat pelabuhan Klang. Kapal perang yang berlabuh terlibat dalam operasi perang di Iraq, Afghanistan dll. Kalau ada prinsip anti perang jangan bagi mereka menggunakan pelabuhan kita. Bebaloi ke dek kerana kita dpt caj kapal mereka beribu ringgit sejam ataupun peluang ekonomi untuk pelacur kita bila kelasi mereka dapat ke darat maka kita merelakan beribu saudara Islam yang terbunuh dek kerana peperangan. Mana lebih penting prinsip ke duit?

3. Isu Arak.
Ramai mendebatkan kewajaran sebatan kepada mereka yang meminum arak, lagi sekali kelakar akhbar NST yang mana pemegang saham majoriti adalah Islam patut juga disebat kerana akhbar mereka ada mengiklan atau mempromosikan jenama arak. Takkan orang yang minum sahaja yang kena. Iklan drpd syarikat Carlsberg, Heineken dll menjadi sumber pendapatan syarikat. Begitu juga dengan pemegang saham melayu dlm hotel-hotel ternama dimana terdapat pub didalam hotel mereka yang menyajikan arak. Asyik yang bawah je yang kene. Double standard nie bhai...

4.Isu Moral.
Orang Melayu lantang mengkritik dunia arab kerana gagal bersatu mempertahan Palestin walhal orang arab ramai dan kaya pula tu. Orang Melayu pun 2x5 juga, orang Melayu berdengki dengan sesama bangsa. Macam ketam suka nak jatuhkan satu sama lain. Bak kata Singh dlm filem Seniman Bujang Lapok"apa macam lu punya bangsa mahu maju"?. Generasi muda sekarang dah meluat melihat gelagat pemimpin Melayu tak kira umno ke pas ke pkr ke. Sama je diorang nie! idealisme orang muda dipandang sinis walhal mereka pewaris bangsa. Maka wujudlah generasi yang berpaksi kpd ideologi luar seperti punk, skinhead, feminin, liberal dll. Belum lagi campur fahaman wahabbi, syiah mcm2 lg la. Salah sapa nie? Freemason ke?

5.Isu ekonomi.
30% ekuiti yang tak tercapai bukan salah orang cina tapi orang Melayu yang bodoh..dapat projek jual, dapat tapak sewa kat indon, bangla, nepal, dapat subsidi jual. Salah sapa itu? takkan tu suma konspirasi freemason kot yang cuba sabotaj milikan 30% ekuiti. Sedar lah Melayu..kita yang salah, kita yang bodoh, kita yang malas. Malulah sikit bila orang lain minta kita bersaing secara terbuka kita emosi, realitinya dunia dah berubah bukan macam dulu semua boleh kerajaan suap. Malu juga dengan mereka yang kononya sanggup menumpahkan darah kerana maruah Melayu tercabar! jihad yang paling mulia dan dapat meningkat martabat bangsa sekarang adalah jihad ekonomi!! bangsa Yahudi mampu memeritah dunia kerana menguasai ekonomi. Belajarlah daripada mereka dan kalau boleh jadi agresif seperti mereka tanpa perlu meninggal suruhan Allah. Belajar daripada musuh yang telah berjaya!!………..teropong zaman…….

Apa Lagi Yang Tinggal Untuk Bangsa Ku....!


Melayu kuat kerana Islam, teguh kerana adat, indah kerana adab. Bangkitlah wahai semangat, melayu darah aliran bangsawan. Megah berdiri tingginya budi. Lupakah bangsaku dgn pegangan ini ??..Muhasabahlah diri dan kembalilah berpijak kebumi yg nyata. Cukuplah kamu dibaculkan dengan kebodohan kamu sendiri. Walaupun aku jahil dalam agama, tidak akan ku hina Islam ku, walaupun aku jahil mengenal bangsa, tidak akan ku hina melayu ku……

Melayu itu bangsa yg paling bertolak ansur, rela berkongsi tanah air, sanggup berkongsi hasil bumi, mudah memberi dan terus memberi. Apa lagi yg tinggal selain hak istimewa yg disebut dlm perlembagaan. Adakah kita minta mengikut mejoriti 60% ??? kita lebih memberi 70% kepada mereka kenapa 30% hak kita diganggu. Melayu sendiri berkorban memberi mereka hak warganegara didalam tanah melayu, Agar mereka punyai kuasa politik utk sama-sama mentakbir Negara. Melayu dengan rela hati menerima Malaysia sebagai ganti utk tanah melayu, hanya kerana mereka!! Apa lagi yg tinggal utk melayu ???

Natijah dari satu suara melayu bangsat ini, hak-hak suci yg dulunya terperihara dgn rakus telah dinodai, kita hanya lihat bagaimana ia dicabar dan dihina. Bagaimana manusia bangsat ini telah menggunakan pemikiran melayu yang otaknya tersumbat. Kita renung kembali kelemahannya apabila melayu-melayu bacul ini tersadai di jalanan menunjuk perasaan kononnya tertindas dan terseksa akibat ISA. Sedangkan sebelum melayu GMI ini berdemontrasi, mereka dgn suka ria tersadai dikedai-kedai kopi, punyai harta yg boleh dianggap mewah, punyai rumah dan kenderaan, berpelajaran tinggi dan ada di antaranya bergaji besar dgn sektor kerajaan. Apa yg ISA lakukan pada mereka sehingga mereka dgn bangga membuat huru hara MENJAHANAMKAN BANGSA. Disaksikan oleh bangsa-bangsa asing yg bertepuk tangan. Perjuangan apa kah ini wahai melayu GMI..??? Adakah hanya aku yg melihat ????
...srikandi melayu

Thursday, May 13, 2010

Sekapur sireh


Tungkaran adalah halaman terbuka atau pekarangan rumah Banjar yang termasuk wilayah rumah tetapi diperuntukkan bagi umum, untuk permainan anak sedesa, untuk perjamuan (selamatan); dan dengan bebas tanpa keizinan setiap orang boleh lalu lalang di dalamnya. Di sanalah terjadi pertemuan dialog (pergaulan) antara penghuni rumah Banjar dengan masyarakat.

Pada rumah Banjar tertentu sering terdapat halaman samping rumah yang berada di depan anjung diberi pagar bumi untuk memisahkan dengan halaman rumah yang berada di depan yang bersifat publik. Pagar ini dilengkapi gapura kecil yang dinamakan Regol. Halaman yang diberi pagar bumi ini menjadi halaman samping rumah yang bersifat semi-publik, tetapi biasanya hanya pada salah satu halaman samping saja.

Pada rumah-rumah di pedesaan sebagai pembatas antara satu halaman luar rumah dengan halaman luar rumah tetangga lainnya dibatasi oleh pohon-pohon tanaman keras yang ditanam di sempadan batas-batas hak milik masing-masing............

Selamat datang dan terima kaseh diucapkan kepada pengunjung ke blog ini semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

Terima kaseh kepada isteri tercinta Puan Norny Kamaruddin
anak-anak tersayang Amir Qusyairi, Maisarah, Nurlisa dan Mohamad Arief.