Tun Abdul Hamid Mohamad berpendapat orang Melayu sudah kembali kepada UMNO di Melaka, tetapi parti itu perlu menyingkirkan para pemimpin yang menjadi liabiliti seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Walaupun mengakui keputusan presiden UMNO itu untuk go solo dan tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional ada tepat, tetapi Zahid dan beberapa pemimpin perlu meninggalkan parti bagi membolehkan parti terbesar orang Melayu itu bergerak ke hadapan.
Beliau juga menyarankan para pemimpin lama dan bermasalah ini supaya kekal membantu UMNO dari belakang sebagaimana dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Abdul Hamid turut menyarankan supaya Bersatu dibubarkan kerana parti itu gagal mendapat kepercayaan orang Melayu dan pada masa yang sama tidak mendapat sokongan bukan Melayu kerana tidak bersekongkol dengan DAP seperti ketika di dalam Pakatan Harapan. - suaramerdeka.com.my
Wednesday, November 24, 2021
Zahid Dan Pemimpin Jadi Liabiliti Perlu Disingkir
Pembabitan ‘Orang Agama’ Dalam Rasuah Memalukan
PUTRAJAYA: Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembabitan ‘orang agama’ daripada agensi kerajaan dengan kes rasuah adalah sesuatu yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.
Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, beliau terkejut dengan pendedahan oleh SPRM baru-baru ini, bahawa terdapat banyak kes rasuah membabitkan pegawai dan kakitangan agensi agama di seluruh negara.
Beliau berkata gejala rasuah tidak sepatutnya masuk dalam agensi agama, malah kalau satu peratus sekali pun, bermakna ia adalah perkara yang sangat serius dan tidak boleh diterima.
Ini kerana menurut Nasrudin, agensi kerajaan berkaitan keagamaan sepatutnya bersih daripada rasuah dan mencerminkan syiar Islam yang syumul.
“Statistik rasuah di negara kita rasa agak terkejut apabila disebut SPRM baru-baru ini mendedahkan bahawa pegawai dan kakitangan agensi agama tidak terkecuali daripada terpalit dengan kes rasuah.
“Bukan soal jumlah rasuah diterima kecil atau besar tetapi sepatutnya agensi agama mestilah bersih daripada rasuah. Bila sebut terpalit tidak perlu disebut berapa peratusannya cukup memalukan dan mengaibkan,” katanya ketika melancarkan kempen pencegahan rasuah di peringkat Yadim, di sini, hari ini.
Berikutan itu, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab untuk menjaga, mengawal dan memastikan Yadim bebas daripada sebarang kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Beliau berkata, kerajaan harus berusaha dan mengambil tindakan berkesan bagi menangani isu rasuah sebelum ia meruntuhkan kerajaan dan menimbulkan kerosakan besar-besaran kepada negara.
“Rasuah ini sudah tidak kenal mangsa kalau kita tidak berhati-hati, tidak boleh dipandang kecil dan sepatutnya negara kita yang majoritinya Islam, dan Perdana Menterinya Islam jadi budaya rasuah ini tidak berlaku.
“Rasuah ini berlaku bukan bertitik tolak daripada kejahatan dan kemahuan mereka, tetapi kerana tidak memahami apa perkara yang mengakibatkan mereka terpalit kepada rasuah.
“Mungkin ada sebahagian yang menganggap terima hadiah itu adalah perkara biasa, tapi sebenarnya ia tergolong daripada perkara yang boleh menyebabkan rasuah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tuesday, November 23, 2021
Mana Dimaksudkan Assabiyah?
SAYA ingin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yang menyatakan perjuangan UMNO dan Pas bersifat assabiyah.
Ironinya, jika dilihat terdapat banyak sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini.
Sebagaimana diketahui umum, terdapat 12 jutawan Malaysia sementara terdapat 153,000 orang Melayu, 11,000 orang India dan 7,000 orang Cina miskin tegar.
Dengan adanya lesen judi termasuk jualan nombor ramalan yang menjadi pilihan kaum Cina, mereka berpeluang mengaut untung, sekali gus menjadi jutawan jika mendapat hadiah kemenangan bernilai puluhan juta ringgit. Malah, difahamkan terdapat pemain judi berbangsa Cina memenangi hadiah daripada pihak jualan nombor ekor iaitu sebanyak RM1,000 sehari untuk tempoh 20 tahun.
Pada masa sama, rumah-rumah kedai di seluruh negara pada umumnya dikuasai oleh kaum mereka. Apakah itu semua dikatakan assabiyah?
Selain itu, kes gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) digugurkan tanpa dibicara, begitu juga kes mahkamah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digugurkan juga tanpa dibicara. Adakah itu satu kebanggaan di Pakatan Harapan (PH)?
Oleh: BAHARUDDIN SAMEK,
Parit Keroma, Muar

Subscribe to:
Posts (Atom)