Pembaziran makanan bukan suatu masalah biasa tetapi kini telah mencapai tahap krisis. Krisis bermaksud bahawa pembaziran makanan yang berlaku kini telah sampai ke tahap berbahaya dan bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi kepada keseluruhan masyarakat.
Buktinya, lambakan sisa makanan bukan sahaja menimbulkan masalah dari sudut kebersihan dan kesihatan tetapi turut memberi kesan kepada perubahan iklim. Jumlah sisa makanan yang terlalu banyak di tapak pelupusan menghasilkan jumlah gas metana yang tinggi.
Gas metana ini pula adalah antara gas rumah hijau yang menyerap radiasi infra merah dan memanaskan bumi. Keadaan ini akhirnya menyebabkan pemanasan global serta perubahan iklim dan akhirnya memberi kesan kepada manusia.
Krisis sisa makanan ini ternyata berkait rapat dengan amalan pembaziran makanan dalam masyarakat. Di seluruh dunia, 25 peratus makanan dibazirkan dan 50 peratus daripada sisa ini dihasilkan oleh isi rumah.
Di Malaysia, menurut SWCorp, agensi yang menguruskan sisa pepejal di Malaysia, pada 2015, rakyat negara ini menghasilkan sebanyak 15,000 tan sisa makanan. Daripada jumlah ini, sebanyak 8,000 tan makanan telah dibazirkan.
Keadaan menjadi lebih tidak terkawal di musim perayaan apabila penghasilan sisa makanan meningkat antara 15 hingga 20 peratus. Nyatalah bahawa pembaziran makanan bagai sudah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia.
Bagi orang Muslim, Islam mengajar bahawa pembaziran adalah amalan syaitan. Ini dibuktikan dalam ayat 27, surah al-Israa’ yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Amalan membazir makanan dalam kalangan masyarakat adalah bayangan kepada sikap kerakusan manusia yang bertentangan dengan nilai-nilai dalam Islam.
Dalam makalah bertajuk Pendekatan Baru terhadap Konsep Optimum kini dan beberapa Konsep Optimum baru, (diterbitkan dalam Jurnal Kesturi, 16 (1&2), halaman 64-104), terdapat beberapa gelaran khusus tentang golongan rakus ini iaitu al-Musrifun (pemboros), al-Mu’tadin (orang yang melampaui batas) dan al-Mubazzirin (pemboros). Hal ini boleh dirujuk dalam surah al-A’raf (7:31), surah al-Baqarah (2:190) dan surah al-Isra’ (17:27).
Gelaran-gelaran yang disebutkan ini seharusnya memberikan kita keazaman untuk mengelak daripada menjadi sebahagian daripada golongan tersebut kerana hakikatnya, sikap golongan ini adalah contoh sikap orang yang tidak tahu bersyukur terhadap nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT.
Isu pembaziran makanan ini sebenarnya menjadi petanda kepada manusia yang lupa tentang banyak perkara antaranya lupa terhadap tuntutan agama. Islam menyarankan kita bersederhana dalam banyak perkara termasuklah dalam hal pengambilan makanan.
Dalam hadis Rasulullah SAW, disebutkan bahawa: “Orang kafir makan dalam tujuh usus sedang orang mukmin makan dalam satu usus.” (Riwayat Tirmidzi). Ini dengan jelas menunjukkan bahawa seorang Muslim tidak perlu terlalu beria dalam hal memenuhkan perut sendiri.
Selain itu, ramai juga dalam kalangan kita lupa bahawa terdapatnya hak orang lain dalam makanan yang kita miliki itu. Samalah juga halnya dengan harta bahawa adanya hak orang lain dalam harta tersebut.
Atas sebab inilah, kita dituntut untuk membayar zakat dan bersedekah. Dengan itu, jika seseorang Muslim memiliki makanan yang berlebihan, maka amat baik jika makanan tersebut boleh dikongsi bersama orang lain yang lebih memerlukan.
Ini juga membawa kita kepada hakikat bahawa begitu ramai orang yang tidak mampu memiliki makanan atau tidak mendapat makanan yang berkhasiat. Berdasarkan data yang disebutkan di awal tadi, 8,000 tan makanan yang dibazirkan oleh rakyat Malaysia sebenarnya adalah makanan yang boleh diberikan kepada tujuh juta orang di seluruh dunia.
Laporan bertajuk Kemiskinan Kanak-kanak Bandar oleh UNICEF Malaysia (terbitan Februari 2018) menunjukkan bahawa seorang daripada 10 kanak-kanak menikmati kurang daripada tiga hidangan sehari, manakala satu daripada dua isi rumah melaporkan bahawa mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Lihatlah, dari satu sudut, makanan dibazirkan begitu sahaja tetapi di sudut lain, terdapat segolongan ‘saudara’ kita yang tidak mempunyai kemampuan untuk mendapat makanan secukupnya mahupun menyediakan makanan berkhasiat untuk diri dan ahli keluarga sendiri. Jadi, kenapakah kita masih membazir makanan? Sebagai Muslim, kita seharusnya malu apabila makanan dibazirkan sedangkan ada saudara atau insan lain yang tidur dalam kelaparan.
Perancangan amat penting dan ini melibatkan merancang apa yang hendak dimasak, dimakan serta dibeli. Jangan terlalu beria-ia menyediakan makanan dan akhirnya makanan itu akan dibuang begitu sahaja. Jadilah Muslim yang kreatif apabila bukan sahaja mampu menyediakan makanan yang cukup tetapi berkebolehan juga mengubah lebihan makanan menjadi satu bentuk makanan lain.
Akhir sekali, ingatlah pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang makan makanan lalu suapannya jatuh, maka hendaklah ia menghilangkan apa yang meragukan, kemudian hendaklah ia memakannya dan tidak boleh membiarkan untuk syaitan.” (Riwayat Tirmidzi). Dalam hal ini, jika makanan yang jatuh masih boleh dimakan dengan syarat makanan itu masih bersih, jadi me ngapakah kita perlu membuang makanan yang kita miliki?

Oleh : Azrina Sobian
No comments:
Post a Comment