Mungkin kebanyakan lelaki mahupun wanita, ‘jaminan’ kepuasan dalam menjalinkan hubungan seks adalah bergantung kepada sejauhmana pasangan itu mampu bertahan dan mengakhiri klimaks hubungan asmara itu.
Namun, kini anda akan dapat jawapannya.
Seorang saintis dari Universiti Quennsland, Dr Brendan Zietsch mendedahkan purata masa bagi pasangan untuk ‘menghabiskan’ hubungan asmara mereka adalah pada minit ke 5.4.
Memetik laporan portal Look UK, purata masa tersebut diperolehi selepas Dr Brendan menjalankan tinjauan terhadap 500 pasangan.
Pasangan terbabit dibekalkan dengan sebuah jam randik dan dikehendaki menekan butang sebaik sahaja menjalinkan hubungan intim dan perlu memberhentikan jam tersebut sejurus sahaja lelaki ‘menarik alat sulitnya’ atau menghentikan hubungan seks tersebut.
“Anda mungkin sedar ini boleh mempengaruhi suasana pasangan, dan mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar (pasangan lain).
“Tetapi sains jarang sekali sempurna, dan ini hasil yang kami peroleh,” kata Dr Brendan dipetik laporan tersebut. - malaysiandigest
No comments:
Post a Comment