Saturday, April 23, 2016

Batu Puteh: 4 Perkara Setiap Warga Malaysia Perlu Tahu

Pengenalan
Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah membuat keputusan untuk menyerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh, atau Pedra Branca kepada Singapura.

Walaubagaimanapun, Batuan Tengah atau Middle Rocks, batuan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Batu Puteh menjadi milik Malaysia.

ICJ bagaimanapun tidak membuat keputusan mengenai kedaulatan ke atas Tubir Selatan (South Ledge).

Pertikaian Lanjutan
Setelah hampir 10 tahun kes Batu Puteh selesai, kebanyakan rakyat Malaysia mungkin telah melupakan kes ini dan kini lebih menumpukan perhatian kepada tuntutan China di Laut China Selatan.

Oleh itu adalah penting untuk kita melihat semula implikasi keputusan ICJ ini terhadap senario perbatasan dan tuntutan maritim di kawasan paling selatan di Laut China Selatan ini.

Figura 1: Lokasi Tubir Selatan (South Ledge) di Laut China Selatan

ICJ telahpun menamatkan pertikaian perebutan ke atas Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura, namun, terdapat banyak lagi pertikaian yang boleh lahir daripada keputusan ICJ ini:

1) Negara manakah yang akan memiliki Tubir Selatan?

2) Bagaimanakah Malaysia dan Singapura menetapkan sempadan maritim di kawasan sempit di antara Batuan Tengah dan Batu Puteh?

3) Dengan pemilikan Batu Puteh, bolehkah Singapura menuntut zon ekonomi ekslusif (EEZ) di Laut China Selatan?

4) Adakah tuntutan wilayah perairan oleh Singapura ini boleh bertindih dengan wilayah perairan Malaysia dan Indonesia?

Persoalan-persoalan ini wajar dijawab dengan merujuk kepada kehendak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa (LOSC).

Malaysia dan Singapura adalah negara-negara anggota bagi LOSC.

1) Negara manakah yang akan memiliki Tubir Selatan?

Pada tahun 2008, ICJ telah menetapkan Batu Putih di bawah kedaulatan Singapura manakala Batuan Tengah disahkan milik Malaysia.

Pihak ICJ tidak membuat keputusan jelas mengenai kedudukan Tubir Selatan, ciri maritim yang hanya muncul waktu air surut, kerana ianya terletak di kawasan perairan bertindih di antara tanah besar Semenanjung Malaysia, Batu Puteh dan Batuan Tengah.

Malaysia dan Singapura telahpun menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk menggariskan sempadan maritim di kawasan sekitar Batu Puteh dan Batuan Tengah serta menentukan hak kedaulatan ke atas Tubir Selatan.

Figura 2: Kedudukan South Ledge/ Tubir Selatan di Laut China Selatan

Sebelum memiliki Batuan Tengah, Singapura tidak boleh membuat sebarang tuntutan wilayah perairan di kawasan Laut China Selatan kerana wilayah induk negara tersebut dibatasi wilayah Johor di kedua-dua sisi – daerah Pontian di Barat dan daerah Mersing di Timur.

Di sebelah selatan menghadap Selat Singapura, negara tersebut bersempadanan dengan Pulau Batam dan Pulau Bintan, Indonesia.

Seperti yang termaktub di dalam Artikel 3 LOSC, mana-mana negara berdaulat layak mewujudkan wilayah perairannya sehingga 12 nautika batu (22 kilometer) dari garis dasar (baseline) wilayah daratnya.

Setelah memiliki Batu Puteh secara sah pada tahun 2008, seperti Malaysia dan Indonesia, Singapura boleh menuntut hak perairan di kawasan tersebut.

Tubir Selatan kini dituntut oleh Singapura atau Malaysia.

Akan tetapi, disebabkan kedudukan Tubir Selatan yang lebih dekat dengan Batuan Tengah (seperti yang digambarkan dalam Figura 1 dan Figura 2), kemungkinan besar Malaysia mempunyai peluang yang lebih besar untuk memiliki Tubir Selatan.

Namun begitu, sehingga sekarang, Malaysia dan Singapura masih belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini.

2) Bagaimanakah Malaysia dan Singapura menetapkan sempadan maritim di kawasan sempit di antara Batuan Tengah dan Batu Puteh?

Jarak di antara Batuan Tengah dan Batu Puteh adalah lebih kurang 1 kilometer dari satu sama lain.

Oleh kerana sesebuah negara boleh menuntut wilayah perairan seluas 12 nautika batu, sudah pasti tuntutan wilayah di antara Malaysia dan Singapura boleh bertindih di kawasan ini.

Figura 3: Jarak di antara Malaysia dan Singapura di kawasan Batu Puteh

Senario ini boleh dijelaskan melalui Figura 4 berikut:

Figura 4: Senario Tuntutan Bertindih 
(Garis merah tuntutan Singapura, Garis Biru tuntutan Malaysia)

Sekiranya tuntutan seperti ini berlaku, adalah baik sekiranya kedua-dua negara dapat mencari formula untuk membahagikan wilayah perairan ini secara equitable atau saksama. Ini boleh diwujudkan dengan mengidentifikasikan garis pembahagi tengah di antara tuntutan bertindih ini (seperti yang digambarkan oleh garis putus-putus hitam di dalam Figura 4).

Secara teori, ini mungkin tampak mudah tetapi realitinya, banyak sudut-sudut teknikal yang harus dipertimbangkan oleh kedua-dua negara.

3) Dengan pemilikan Batu Puteh, bolehkah Singapura menuntut zon ekonomi ekslusif (EEZ) di Laut China Selatan?

Batu Puteh boleh dianggap sebagai sebuah batuan yang mana sebuah rumah api telah dibina di atasnya sejak tahun 1851.

Secara dasarnya, sebuah pulau adalah daratan yang dikelilingi air yang tidak tenggelam sewaktu air pasang.

Ia boleh mendukung kependudukan manusia serta menjana ekonomi dengan sendirinya.

Contoh-contoh pulau yang wujud di Malaysia adalah seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Pulau Kukup, Pulau Tioman dan Pulau Payar.

Pulau-pulau ini adalah pulau dalam erti kata sebenar yang bukannya sekadar batuan di tengah laut. Menurut Artikel 121 (2), pulau-pulau boleh menjana bukan sahaja wilayah perairan, malah EEZ dan pelantar benua.

Figura 5: Batu Puteh dari Udara

Tidak seperti Langkawi, Tioman mahupun Payar, Batu Puteh (seperti yang digambarkan dalam Figura 5) dengan sendirinya hanyalah sekadar batuan yang mana tidak ada pohon boleh tumbuh di atasnya secara semulajadi.

Tanpa Rumah Api Horsburgh yang dibina oleh British, Batu Puteh tidak layak didiami oleh manusia.

Artikel 121 (3) LOSC secara jelas menerangkan bahawa batuan hanya boleh menjana wilayah perairan dan tidak boleh mempunyai EEZ atau pelantar benuanya sendiri.

Dengan fakta-fakta ini, jelas bahawa Batu Puteh cuma batuan dan bukanlah sebuah pulau dan oleh itu Singapura tidak boleh menuntut EEZ di Laut China Selatan.

4) Adakah tuntutan wilayah perairan oleh Singapura ini boleh bertindih dengan wilayah perairan Malaysia dan Indonesia?

Seperti yang dibincangkan di atas, Singapura kini boleh menuntut wilayah perairan sejauh 12 nautika batu dari Batu Puteh.

Memandangkan Batu Puteh di kelilingi wilayah Malaysia (negeri Johor) dan Indonesia (provinsi Kepulauan Riau), Singapura tidak boleh sewenang-wenangnya menuntut wilayah perairan di kawasan tersebut tanpa perbincangan dengan kedua-dua jirannya ini.

Sudah pasti tuntutan wilayah perairan yang dibuat oleh Singapura akan bertindih dengan wilayah-wilayah jirannya.

Oleh itu, ketiga-tiga negara harus berbincang bersama dan cuba menyelesaikan masalah perbatasan maritim ini secara aman dan saksama.

Kesimpulan
Walaupun Malaysia telah kehilangan Batu Puteh, pihak ICJ telah secara jelas menyatakan dari sudut sejarah, Batu Puteh pernah menjadi milik Kesultanan Johor yang berdaulat.

Pihak ICJ telah menolak hujahan Singapura bahawa Batu Puteh adalah tanah tidak bertuan (terra nullius).

Kedaulatan Malaysia ke atas Batu Puteh telah direnggut pada tahun 2008 dan ini telah memeranjatkan banyak pihak.

Ianya patut dijadikan pengajaran buat kita semua bahawa sebarang wilayah, walau kecil sekelumit mana pun harus dijaga dan dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia.

Janganlah kita mengulangi kesilapan pemerintah kita yang terdahulu agar wilayah kita tidak direbut lagi oleh negara lain.

Tuesday, April 19, 2016

Siapa Perompak Sebenar?

Semasa rompakan di Kuala Lumpur, Negaraku, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!


Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Hidup ini penuh dengan ruang dan peluang, yang boleh ditukar kepada wang.
Cuma pilihan kita, sama ada menggunakan jalan yg benar atau tipu helah.

Orang bodoh adalah makanan orang pintar.
Akal, anugerah paling hebat kepada seorang manusia.

Namun tanpa iman dan ilmu, akal tetap terbatas dalam ruang yang sempit.

Perompak yang menggunakan keganasan untuk merompak biasanya mudah ditumpaskan,

Tapi perompak secara sembunyi yang pintar susah dikesan dan dihalang.

Pecah amanah, rasuah, songlap, menggelapkan wang, kronisme, juga adalah bentuk rompakan yang jauh lebih dahsyat berbanding rompakan kedai emas atau bank.

Teringat satu kata2 hikmah :

"MASA ADALAH MODAL, DAN NAFSU ADALAH PEROMPAKNYA"

Sunday, April 17, 2016

Dimana Hebatnya Drama Melayu...!

Drama Bersiri Korea 'Descendants Of The Sun' Pukau Peminat Negara China
BEIJING - Kehebatan drama bersiri "Descendants of the Sun" berjaya memukau seorang pekerja pejabat di Beijing, Jiang Yijin, sehingga dia menggelarkan dirinya peminat tegar drama Korea.

Keasyikan terhadap drama lipur lara popular itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut sanggup menghabiskan masa lapangnya dengan menonton sehingga adakalanya Jiang terlupa untuk makan mahupun tidur.

Drama kegilaan ramai itu mengisahkan percintaan seorang anggota tentera kacak bergaya berpangkat kapten dengan seorang doktor di sebuah negara yang dilanda peperangan.

"Drama Korea lebih menghiburkan berbanding drama China, ia seolah-olah membawa saya meresap masuk ke dalamnya," kata Jiang.

Menurut laporan media China, kegilaan terhadap drama Korea bukan sahaja melanda Jiang malah hampir kesemua penonton di China.

Fenomena itu menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai keghairahan menonton drama Korea yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada "masalah perundangan" apabila golongan wanita jatuh cinta dengan watak utama drama lakonan actor kacak, Song Joong-ki.

Sejak ditayangkan pada 24 Feb di Korea Selatan dan China, siri televisyen 16 episod itu menjangkau populariti luar biasa bukan sahaja di kedua-dua negara malah negara Asia lain.

Di Korea Selatan, berdasarkan rating Nielsen, drama bersiri yang bersiaran di KBS 2TV itu memecah rekod 30 peratus penonton di seluruh negara selepas hanya lapan episod.

Drama bersiri itu turut menarik lebih dua bilion penonton sebagai capaian video paling popular di iQiyi, laman sesawang milik Baidu yang merupakan syarikat carian gergasi di China.

Ramai menyifatkan drama bersiri itu "sedap mata memandang" berdasarkan olahan lakon layar yang menggambarkan babak percintaan romantik di samping persembahan bertaraf bintang oleh pelakon lelaki utamanya, Song dan pelakon wanita, Song Hye-Kyo.

Bagaimanapun, ia membuktikan kejayaannya secara komersial selepas mendapat sambutan hangat di China, yang menjadi pasaran terbesar untuk industri hiburan Korea Selatan.

"Descendants of the Sun" juga merupakan rancangan televisyen pertama terbitan bersama syarikat China dan Korea Selatan sejak China mengenakan peraturan bahawa program televisyen negara asing perlu mendapat kelulusan sebelum boleh disiarkan di tanah besar China.

Pengurus Besar iQiyi, Zhang Yuxin, berkata lakon layar yang hebat dan penerbitan bersama merupakan dua faktor utama penonton China jatuh hati dengan drama bersiri itu.

"Paling utama, jalan ceritanya begitu menarik dan ia disiarkan serentak di kedua-dua negara bagi melindungi kepentingan kedua-dua penerbit iaitu (pihak Korea) dan iQiyi," kata Zhang.

Populariti drama bersiri itu turut menarik perhatian luar jangka akhbar rasmi tentera China, yang menyifatkannya sebagai "satu bentuk promosi hebat berkaitan kerahan."

Pada 22 Mac, akhbar rasmi tentera China iaitu The People's Liberation Army Daily menggelarkan drama TV itu "satu contoh yang baik untuk drama dan filem bertemakan ketenteraan."

"Drama bersiri itu "secara efektif mengetengahkan kebudayaan nasional Korea (kepada penonton) dan menggambarkan imej tentera Korea dengan jelas," katanya. Akhbar itu menyebut China juga perlu melihat bagaimana industri hiburan Korea Selatan melahirkan pelakon yang hebat serta berbakat.

Kejayaan luar biasa dicapai drama itu patut dijadikan ilham serta galakan kepada pembuat filem di China untuk melakukan yang lebih baik.

Ketua Agensi Kandungan Kreatif Korea di Beijing, Kim Ki-heon, berkata penerbitan bersama program televisyen antara syarikat Korea dan China dijangka meningkat menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kedua-dua negara, yang berkuat kuasa pada hujung tahun lepas.

"FTA Korea-China menjamin pasaran peringkat tinggi lebih terbuka dalam bidang perfileman, penyiaran dan hak harta intelektual. Kedua-dua pihak dijangka menggalakkan syarikat mereka bekerjasama menghasilkan filem dan rancangan televisyen di bawah peruntukan FTA," kata Kim.

Sebahagian lokasi penggambaran drama bersiri itu dibuat di kawasan bekas lombong di timur bandar Taebaek, Korea Selatan dan Kem Greaves di Paju, Seoul utara yang pernah menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Susulan peningkatan minat terhadap lokasi penggambaran drama bersiri itu, agensi pelancongan Korea Selatan bercadang menjemput media asing dan ejen pelancongan ke lokasi berkenaan.

"Jika berpeluang, saya teringin sekali untuk ke sana," kata Jiang. - Bernama

Saturday, April 16, 2016

Oakwood Tower Bangunan Kayu Tertinggi Dunia

Lakaran artis, Oakwood Tower yang akan dibina di pinggir Barbican menggunakan kayu dijangka menjadi bangunan kedua tertinggi di London selepas The Shard apabila siap kelak.

LONDON – Sebuah bangunan pencakar langit setinggi lebih 300 meter dijangka dibina di pinggir Barbican dalam kota London hasil cetusan idea sekumpulan kakitangan Universiti Cambridge.

Lebih menarik, bangunan 80 tingkat berkeluasan 93,000 meter persegi yang dikenali sebagai Oakwood Tower itu dibina sepenuhnya daripada kayu dan turut menempatkan beberapa kediaman.

Menurut portal Dailymail.co.uk, konsep bangunan itu diperkenalkan oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson dan bakal diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi di London selepas The Shard serta bangunan kayu tertinggi di dunia.

Pengarah Pusat Cambridge (Inovasi Menggunakan Bahan Semula Jadi), Micheal Romage berkata, Barbican yang wujud sejak pertengahan abad lalu telah berjaya ‘menghidupkan’ kota London dengan suasana kediaman.

Oleh yang demikian ujarnya, London perlu memiliki bangunan tinggi bagi memastikan pembangunan kota itu yang semakin padat dapat diseimbangkan dengan penempatan kediaman.

“Kami percaya orang ramai dan bangunan tinggi terutamanya yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi mempunyai perkaitan berbanding bangunan yang dibina daripada batu dan konkrit,” katanya.

Ketika ini, blok pangsapuri setinggi 14 tingkat di Bergen, Norway diiktiraf sebagai binaan kayu tertinggi di dunia.

Selain Norway dan Britain, beberapa buah negara termasuk Perancis dan Sweden turut mempunyai perancangan untuk membina bangunan yang sama.

Sementara itu, firma arkitek untuk pembinaan Oakwood Tower iaitu PLP Architecture menerusi wakilnya, Kevin Flanagan berkata, penggunaan kayu sebagai bahan utama dalam pembinaan bangunan boleh menjadi cara baharu mengubah corak pembangunan di London.

“Bangunan kayu sebenarnya mempunyai potensi dari segi seni bina untuk menghasilkan suasana yang lebih menyenangkan selain pengalaman kehidupan di bandar dengan cara baharu,” jelasnya.- utusan

Thursday, April 14, 2016

Kapal Angkasa Bersaiz Telefon Bimbit Dilancar



Yuri Milner (kiri) dan Stephen Hawking (berkerusi roda) mengumumkan pelancaran projek penjelajahan ke Sistem Bintang Alpha Centauri yang dinamakan Breakthrough Starshot di New York, kelmarin. Agensi

NEW YORK - Pengembaraan angkasa le­pas akan memasuki fasa baharu apabila satu projek me­lancarkan beribu-ribu kapal ­angkasa mini bersaiz sebesar te­lefon bimbit bakal menjadi kenya­taan.

Projek dinamakan Breakthrough Starshot itu akan menyaksikan ribuan kapal angkasa seberat hanya 28 gram melalui perjalanan selama 20 tahun ke Sistem Bintang Alpha Centauri, yang terletak sejauh 40 trilion kilometer dari Sistem Solar.

Saintis percaya, terdapat sebuah planet menyerupai Bumi di Sistem Bintang Alpha Centauri dan pelancaran kapal angkasa mini boleh membantu penyelidikan mereka.

Projek tersebut dipelopori ahli fizik terkemuka, Stephen Haw­king dan pelabur Internet, Yuri Milner yang menyumbang sebanyak AS$100 juta (RM387.4 juta).

Milner dan panel pakar ketika mengumumkan rancangan terbabit semalam berkata, kemungkinan kapal-kapal angkasa mini ber­kenaan akan menemukan planet baharu atau kehidupan di bintang tersebut atau di kawasan lain walaupun belum ada pengesahan tentang pe­nemuan seumpama itu.

Kata Hawking, mereka sanggup membuat lonjakan besar itu kerana sifat semula jadi manusia yang suka menjelajah.

Projek itu diumumkan sempena ulang tahun ke-55 penerbangan manusia pertama ke angkasa lepas, Yuri Gagarin.

Selain Milner dan Hawking, ­pe­ngasas Facebook, Mark Zuckerberg turut menyertai projek ber­kenaan termasuk sepasukan saintis.

Kapal-kapal angkasa mini itu akan dilancarkan menggunakan roket konvensional dan akan dilepas bebas secara individu de­ngan memperoleh tenaga melalui pancaran laser dari Bumi.

Milner berkata, kapal angkasa terbabit akan melalui perjalanan 2,000 kali lebih jauh daripada kawasan yang pernah dijelajah oleh kapal angkasa sebelum ini.

Tambah beliau, dana sebanyak RM387.4 juta yang diumumkan semalam hanya untuk pelaksa­naan projek, namun pelancarannya mungkin memerlukan kos yang lebih tinggi. – utusan

Wednesday, April 13, 2016

Haram Guna WiFi Jiran Tanpa Kebenaran




















Pokok palma pintar menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma kepada pengunjung di pantai sekitar Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Agensi

DUBAI – Bahagian Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Islam Dubai (IACAD) mengeluarkan fatwa bahawa menggunakan teknologi WiFi jiran tanpa kebenaran adalah dilarang dalam Islam.

“Tidak menjadi kesalahan menggunakan WiFi jika jiran kamu mengizinkannya, tetapi jika mereka tidak mengizinkan, maka kamu tidak boleh menggunakannya,” jelas fatwa yang disiarkan menerusi laman web institusi tersebut.

Menurut portal New York Post, fatwa itu dikeluarkan semalam bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh pembaca tanpa nama.

Institusi berkenaan menjawab pelbagai soalan secara dalam talian antaranya tentang solat, agama dan isu-isu semasa seperti pembedahan kosmetik dan muat turun filem secara haram.

Menurut majlis tertinggi Islam di Dubai itu, fatwa berhubung dunia teknologi masih belum lengkap sepenuhnya, justeru garis panduan baharu perlu dikeluarkan terutama yang melibatkan kehidupan seha­rian.

Ketidaktentuan itu berlaku ke­rana isu-isu baharu sering timbul seiring kemajuan teknologi dalam masyarakat. - utusan

Sunday, April 10, 2016

Ketahui Tempoh 'Ideal' Untuk Memuaskan Pasangan

MUNGKIN anda tertanya-tanya, berapa lama masa ideal untuk pasangan ‘bertahan’ ketika melakukan hubungan intim dalam memastikan kedua pasangan tersebut ‘menikmati’ hubungan berkenaan?

Mungkin kebanyakan lelaki mahupun wanita, ‘jaminan’ kepuasan dalam menjalinkan hubungan seks adalah bergantung kepada sejauhmana pasangan itu mampu bertahan dan mengakhiri klimaks hubungan asmara itu.

Namun, kini anda akan dapat jawapannya.

Seorang saintis dari Universiti Quennsland, Dr Brendan Zietsch mendedahkan purata masa bagi pasangan untuk ‘menghabiskan’ hubungan asmara mereka adalah pada minit ke 5.4.

Memetik laporan portal Look UK, purata masa tersebut diperolehi selepas Dr Brendan menjalankan tinjauan terhadap 500 pasangan.

Pasangan terbabit dibekalkan dengan sebuah jam randik dan dikehendaki menekan butang sebaik sahaja menjalinkan hubungan intim dan perlu memberhentikan jam tersebut sejurus sahaja lelaki ‘menarik alat sulitnya’ atau menghentikan hubungan seks tersebut.
Kajian yang dijalankan mendapati hubungan seks antara pasangan berkenaan berlaku dari masa 33 saat hingga 44 minit, tetapi masa purata adalah pada minit ke 5. 4.

“Anda mungkin sedar ini boleh mempengaruhi suasana pasangan, dan mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar (pasangan lain).

“Tetapi sains jarang sekali sempurna, dan ini hasil yang kami peroleh,” kata Dr Brendan dipetik laporan tersebut. - malaysiandigest

Wednesday, April 6, 2016

Pentingnya Saat Usai Keintiman Bagi Wanita

Sebagai pasangan, tentu setiap orang perlu memupuk cinta yang terjalin agar cinta ini tetap bertahan dan mampu memberikan kebahagiaan.

Ada banyak hal yang perlu diperhatikan dalam usaha memupuk cinta dan hubungan seksual merupakan salah satu faktor penting yang harus diperhatikan oleh setiap pasangan.

Ada banyak perkara yang perlu dipelajari untuk mendapatkan hubungan seksual yang mampu membina cinta yang lebih kuat dan mendalam di antara lelaki dan wanita.

Perlu difahami bahawa hubungan seksual mempunyai makna yang lebih dari sekadar pemuasan nafsu syahwat tentunya.

Kebahagiaan dan kepuasan antara pasangan menjadi fokus utama yang perlu lebih perhatian berbanding hubungan seksual itu sendiri. Perlu pula diperhatikan bahawa penetrasi bukan perkara yang boleh terus dilakukan dan dihentikan begitu sahaja tanpa tindakan tertentu yang menyokongnya.

Sebelum penetrasi dalam percintaan dilakukan, pasangan tentu perlu melakukan cumbuan terlebih dahulu untuk mempersiapkan diri untuk mendapatkan kepuasan dalam percintaan yang optimum.

Banyak jurus cumbuan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ghairah dalam percintaan, tetapi cumbuan bukan satu-satunya perkara penting dalam percintaan.

Selain cumbuan yang berfungsi sebagai pembuka dalam babak percintaan, ada pula istilah `sesudah permainan' yang boleh jadi menjadi penutup bagi sesi percintaan pasangan yang terkadang tidak dianggap penting oleh kebanyakan orang.

Sesudah permainan penting bagi wanita sebagai penunjuk perhatian selepas bercinta dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan lelaki kepada wanita selepas bercinta.

Memeluk Mesra
Kebanyakan wanita mempunyai harapan bahawa selepas sesi percintaan yang memuaskan, pasangan mereka akan memeluk tubuhnya dengan mesra. Pelukan tersebut boleh disertai dengan belaian dan usapan lembut di bahagian rambut atau kepala.

Mendakap Dengan Penuh Kasih Sayang Tanpa Mengurut
Setiap wanita sudah pasti akan merasa sangat bahagia apabila pasangan mereka mendakap dengan penuh kasih sayang setelah berhubungan intim.

Dakapan lama boleh dilakukan, tetapi sangat disyorkan untuk mengelakkan mengurut selama mendakap.

Bertukar Fikiran
Kepuasan selepas sesi percintaan membawa suasana santai baik dalam tubuh dan fikiran sehingga saat ini adalah masa yang sangat tepat untuk berkongsi fikiran dengan pasangan mengenai pelbagai perkara baik yang serius maupun senda gurau.

Menikmati Makanan Ringan Sambil Menonton TV Atau Berbual
Wajar jika pasangan akan merasa lapar sehabis bercinta kerana tenaga mereka berkurangan dalam percintaan tersebut. Menikmati makanan ringan selepas bercinta merupakan momen romantis dan berharga yang boleh dilakukan sambil menonton acara TV atau sekadar berbual santai.
Mendedahkan Rasa Cinta
Ungkapan cinta tidak melulu dilakukan ketika bercinta saja, tetapi setelah bercinta pun hal ini perlu dilakukan kerana ungkapan sederhana boleh sangat bermakna bagi wanita.

Hubungan seksual memang cara untuk menunjukkan cinta kepada pasangan, tetapi sekadar ucapan bernada cinta boleh sangat berharga bagi wanita. - Anonymous

Tuesday, April 5, 2016

Pengkhianatan Terhadap Proton

Proton Gagal Kerana Khazanah
Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kemelut Perusahaan Otomobil Nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya.

Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

“Khazanah Nasional, melalui Datuk Mohammed Azlan Hashim, menterbalikkan keputusan Tengku Mahaleel (Ketua Pegawai Eksekutif) menamatkan EON sebagai pengedar Proton apabila EON enggan menyumbang kepada dana penyelidikan dan pembangunan yang dipohon selepas kerajaan menghentikan geran R&D kepada Proton.

“Langkah itu mengakibatkan terwujudnya rangkaian jualan dengan 400 wakil penjual di Malaysia. Keputusan membinasakan ini telah melemahkan rangkaian jualan yang kukuh dan permulaan siri malapetaka,” tulisnya.

Malah, Armin berkata Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga tidak mempunyai wawasan yang jelas dan pelan jangka panjang untuk memacu syarikat nasional itu.

Armin berkata demikian menjawab dakwaan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca kegagalan Proton.

Untuk rekod, Dr Mahathir merupakan Penasihat kepada Proton sejak 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Selanjutnya dalam muatnaik Armin, DRB-Hicom telah diminta mengambil alih Proton atas alasan politik. DRB-Hicom kemudian menyahsenarai Proton dan memodalkan aset-aset perusahaan kereta nasional itu.

“Masalah sebenar Proton bermula apabila Khazanah Nasional mahu mengawal Proton dengan menyingkirkan Pengarah Urusan Proton, Tengku Mahaleel,” dakwa Armin, dan menambah Khazanah ‘memperkosa’ Proton sehingga semua rizab tunai dan aset kehabisan.

“Tun Mahathir dipanggil semula sebagai Pengerusi Eksekutif Proton untuk menyelamatkan apa yang masih berbaki di syarikat itu.

“Jika ada yang patut dipersalahkan kerana kegagalan Proton, ia adalah Khazanah, bukan Tun Mahathir,” ujarnya. - freemalaysiatoday

Saturday, April 2, 2016

Mengapa Anda Masih Sendiri?


Alasan seseorang masih bujang biasanya kerana mereka masih menikmati kesendirian. Menjadi tunggal bukan satu kesalahan, ini adalah pilihan.

Namun, kadang-kadang anda tidak sedar jika penyebab anda masih sendiri ada pada diri anda sendiri. Meski bukan sepemuhnya salah anda, tapi percayalah, tingkah laku dan keyakinan anda boleh menghalang anda untuk mencari tambatan hati.

Berikut beberapa alasan mengapa anda single?

1. Tidak ada yang cukup baik untuk anda.
Setiap orang pasti berharap memiliki pasangan yang sempurna. Kacak, bijak, baik dalam kerjayanya, berasal dari keluarga kaya, yang jelas dia sempurna di mata anda. Di mana anda akan mencari orang seperti ini?

Berharap mempunyai pasangan terbaik memang tidak salah, tetapi jika anda terlalu memilih, ini hanya akan membuat anda terlalu lama sendiri. Sebab anda akan Sukit mencari orang yang sempurna.

Jika anda sukar untuk mencari seseorang yang masuk dalam kriteria anda, cuba fikirkan dan pertimbangkan semula atau anda sama sekali tak akan pernah mencari siapa pun.
2. Anda takut komitmen. 
Meski wanita dilahirkan untuk menunggu, namun akan sukar bagi anda jika takut terikat atau hidup bersama dengan seseorang. Lelaki bukan satu-satunya penyebab anda takut komited. Wanita menjauh dari hubungan kerana pelbagai alasan, seperti takut membuat pilihan yang salah, takut terikat, atau takut kehilangan sesuatu yang lebih baik. Pemikiran seperti ini hanya akan membuat anda selamanya sendiri.

3. Anda tidak meluangkan masa untuk hubungan.
Hubungan akan memberikan beban bagi anda untuk sekurang-kurangnya meluangkan masa untuk hubungan anda. Jika anda tidak boleh menyediakan waktu itu, itu artinya anda tidak bersedia untuk menjalin sebuah hubungan.

4. Kepribadian anda buruk. 
Lelaki mana yang akan tahan jika fikiran hal-hal atau fikiran negatif selalu menyelimuti diri anda. Memang ada kalanya anda perlu menunjukkan 'sikap buruk' untuk membela diri agar orang lain tidak berbuat semena-mena. Namun jika anda terus seperti itu, mungkin tak ada orang yang mahu mendekati anda.

5. Anda tidak mempunyai kepercayaan diri.
Jika anda terus memikirkan pendapat orang lain yang memandang rendah diri anda, ini boleh menjadi penyebab anda masih sendiri. Jika anda terus menganggap jika orang-orang tak tulus mendekati anda, sebaiknya hentikan mulai sekarang. Percaya diri dan membuka hati adalah pilihan yang tepat. - metrotvnews