Tuesday, April 21, 2015

Idea Berlian Tun Dr M Hidup Semula : Jambatan Bengkok Digagalkan Oleh Siapa?

TUN DR MAHATHIR jelas seorang pemimpin yang mempunyai visi masa depan yang cemerlang. Visi bagaimana Malaysia dengan menggunakan kelebihan yang ada menjadi lebih mampu bersaing dengan jiran-jirannya di pasaran global. Sesungguhnnya Malaysia memang memiliki kelebihan yang banyak berbanding dengan Singapura , jiran terdekatnnya. Namun Singapura telah mengambil kesempatan daripada kelemahan Malaysia untuk menjadikan kedudukan kita terperuk .

Di tambah dengan kelemahan para pemimpin kita yang banyak tunduk kepada kehendak Singapura. Pembinaan jambatan bengkok mampu untuk menyelesaikan banyak masalah di Selat Teberau. Sesungguhnya Tambak Johor yang dibina pada tahun 1924 oleh pihak British itu telah ketinggalan zaman dan amat tidak sesuai lagi dengan tuntutan semasa. Itu disedari oleh Singapura.Namun kerana langkah-langkah strategik yang lebih menguntungkan Singapura ia dianggap merugikan Singapura dalam persaingannya dengan Malaysia .

Visi Tun M yang sangat bijaksana itu tidak dilaksanakan atau lebih tepat digagalkan oleh para pengganti yang beliau lantik sendiri ke tampuk kuasa. PM Abdullah Badawi membatalkan rancangan membina jambatan bengkok itu.Akibatnya kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada kontrektor yang telah pun dilantik. Begitu juga dengan PM Najib mendiamkannya atas alasan Singapura tidak setuju. Tun Dr M menyatakan adalah amat memalukan Malaysia apabila tunduk kepada tekanan Singapura.

Hakikatnnya di zaman Tun Dr M beliau telah menyelesaikannnya. Malaysia hanya membina jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia. Singapura pun tidak membantah. Ia perlu dibuat bengkok untuk mengambil ruang lajakan dan turun di bahagian Singapura. Pemikiran strategik Dr Mahathir ini patut disokong kerana ia baik untuk Malaysia dan juga jirannya. Lagi pun jambatan sedia ada dari segi reka bentuk dan keadaannnya yang daif serta mencemarkan alam sekitar teleh ketinggalan zaman.





Sumber : Daulah Rakyat

No comments:

Post a Comment