Gambar memaparkan seorang tukang masak tentera, Victor Gamboai mandi di dalam kawah yang digunakan bagi menyediakan sup untuk anggota tentera, Colombia. – AGENSI – AGENSI
BOGOTA – Seorang tukang masak tentera disiasat selepas dia didapati mandi di dalam kawah yang digunakan bagi menyediakan sup untuk anggota tentera.
Mail Online melaporkan, Victor Gamboa, 27, dikesan melakukan perbuatan tidak senonoh itu oleh rakan sekerjanya ketika dia sudah berada di dalam kawah berkenaan sambil mandi dan membersihkan rambutnya.
Kejadian tersebut berlaku di pangkalan Batalion Tentera Polis Colombia, di sini pada Julai lalu, namun berita tentang perbuatannya itu hanya diketahui minggu ini selepas gambarnya tersebar di Internet.
Saksi kejadian, Juan Camargo Cubillos, 24, berkata, Gamboa membuka bajunya sambil memegang botol syampu memanjat masuk ke dalam kawah berkenaan sebelum mandi di dalamnya.
“Dia pada mulanya memakai pakaian seragam sebelum membukanya dan masuk ke dalam kawah dipenuhi air yang digunakan untuk membuat sup.
“Mulanya dia membasuh rambut diikuti kaki dan alat kelamin. Saya terkejut dan tidak sangka dia tergamak melakukan perkara tidak senonoh tu,” jelas Cubillos.
Bagaimanapun, ketua pangkalan berkenaan, Jeneral Raul Antonio Rodriguez berkata, agak mustahil seseorang melakukan perbuatan sedemikian kerana kawah berkenaan diguna pakai selama 18 jam sehari pada suhu yang tinggi.
Sumber : utusan malaysia
No comments:
Post a Comment