nuffnang

Friday, February 13, 2015

Nyalakan Lilin- Selamat Datang Majusi – Return of The Zarathustra

Candle light Vigil bukan amalan nabi kita.


Ulama palsu akhir zaman senyap sepi takut hilang undi kalau tegur.

Diri sudah terbabit dengan politik dunia dan politik kayu balak, hartanah , mercedes benz, maka menegur akan merugi kan dunia. Nanti di suruh pecat.

Baik diam sahaja.

Jika Maulidur Rasul , ramai pula yang menegur, konon terlebih makan asam pedas agama semua hendak enter frame. “apa nabi tak buat, kita jangan buat” kata si lebai di cengkam dunia.

Ni terang terang ni bakar api melalui lilin. Tak mahu tegur ke? Oh puak yang d tegur tu kalangan yang kasi undi kepada gang kita , gitu lah ulama dunia cakap dalam hati.

Seorang agamawan bertaraf Doktor dalam bidang agama menyatakan bakar Lilin dan Vigil ni macam Tashabuh @ menyerupai ikutan agama lain.

Tapi ulama tergila politik mengalahkan orang sekular duk diam sahaja, saham menang pilihanraya lebih utama.

Bak kata seorang ulama pelulus lesen arak dan tanah balak “ umpama naik kenderaan orang kafir menuju ke mekah”. Ada sahaja alasan dia bila kena bab puak dia. Tapi tu dulu punya komen. Pre Flood.

Tidak mengapa lah semua yang kotor sudah di cuci pada Bah kuning lalu.
Kita sahaja buka cerita sebab terkenang kisah nabi yang kita selalu sebut dalam solat kita.

Kisah dia dengan seorang hamba yang merajuk.

Nabi Ibrahim selalu makan dengan orang ramai kerana dia suka bersedekah, tiap kali dia hendak makan dia cari orang untuk makan bersama.

Tiada hari yang Nabi Ibrahim makan sorang , begitu pemurah nya dia.

Maka begitu lah jadi nya tiap hari, sehingga lah satu hari, punya hendak jadi cerita.
Maka hari itu datang lah seorang hamba Allah menghadp Nabi Ibrahim AS.

“Wahai Ibrahim , aku dengar kau akan beri makan kepada sesiapa sahaja yang datang jadi tetamu, betul kah?” tanya lelaki itu.

Lalu Nabi Ibrahim AS pun menjawap “Ia , kamu lapar kah? Sila lah makan bersama ku” .

Setelah siap hidangan lelaki itu mahu makan dan Nabi Ibrahim pun bertanya, kepada lelaki itu kamu beragama apa?


“Aku penyembah api” kata nya.

Lalu Ibrahim pun menyuruh nya makan tetapi tidak mahu makan bersama.

Lelaki itu terasa hati dan bertanya , “wahai Ibrahim kenapa kamu tidak makan bersama ku sedang selalu nya kamu akan makan bersama tetamu kamu?”

Ibrahim AS pun menjelas kan “ Aku tidak mahu makan dengan kamu sebab kamu menyembah api dan bukan menyembah Allah”.

Maka lelaki itu pun setelah mendengar kata Ibrahim AS pun merajuk dan terus bangun meninggal kan rumah Ibrahim AS dalam keadaan kesal.

Ibrahim AS pun membiar kan.

Selang beberapa lama, malaikat pun datang kepada Ibrahim.

Berkata malaikat “wahai Ibrahim , Allah murka terhadap kamu” . Ibrahim pun bertanya kenapa?

“Sedang hamba Allah yang tidak mempercayai Allah dan tidak menyembah Allah pun , Allah beri rezeki, ini kan kamu sebagai manusia mahu memilih siapa kamu mahu beri makan, Allah marah kepada kamu” jelas malaikat.

Ibrahim pun ketakutan dan kekesalan, apa lagi dia pun terus lari keluar rumah mencari lelaki itu. Beberapa lama kemudian Ibrahim menemui nya.

Ibrahim pun mengendong nya di belakang untuk membawa nya kembali ke rumah nya.
Setiba di rumah Ibrahim pun menghidang makanan dan menjemput lelaki itu makan bersama sama nya. Amat baik sekali layanan Ibrahim AS. Kepada nya kali ini.


Namum lelaki itu tidak terus makan , dia musykil dan bertanya kembali kepada Ibrahim AS. “ Kenapa engkau begitu baik dengan aku kali ini , tetapi tidak melayan aku seperti ini pada kali pertama aku datang?”

Nabi Ibrahim AS menjawap “ Tuhan aku memerintah kan sedemikian”.

Lelaki itu pun bertanya ,” Tuhan kamu yang suruh buat begini kepada aku?”
“Ya” kata Ibrahim AS.

Lelaki itu terus diam dan kemudian menangis. Maka bertanya lah Nabi Ibrahim AS. “Kenapa kau menangis?”

Lelaki itu menjawap “ sudah hampir seratus tahun aku menyembah api (majusi – Zoroastrian) tetapi tiap kali aku menghulur kan tangan ku kepada api, ia tetap membakar tangan ku, sedang kan tuhan mu Allah yang aku tidak kenali dan tidak menyembah menyuruh engkau berbuat baik kepada aku”

Terus lelaki itu masuk ke agama Allah di bawah Ibrahim.

Itu kisah penyembah api. Sahaja untuk tatapan orang tergila Vigil yang lebai politik segan nak beri nasihat.

Sambil itu tahu ke para Vigil semua ketika lahir nya Muhamad al Mustafa kebumi , api sembahan di negara Rumawi terpadam?

Kerana kebenaran yang nabi ini bawa maka api sembahan majusi terpadam
Apa pun tahniah kerana secara sulit anda sudah di tipu dan di seret kepada amalan ribuan tahun para Zoroastrian, nyala api bukan untuk terangkan kawasan sekeliling, tetapi untuk tatapan kepada seorang yang bersalah.



You my friend are doing the wrong thing, but you have the right to be wrong.

Saya sekadar memberi pesan.

(api olympic ada lah berasal dari acara majusi)


Sumber : The Chulan

No comments:

Post a Comment