nuffnang

Saturday, September 22, 2012

Bukan Mesra BN, Tapi Transformasi

Bekas anggota DAP termasuk naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim akan mengadakan program jelajah di seluruh negara bagi membuka mata pengundi mengenai kepentingan pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata program seumpama itu mendapat permintaan di kalangan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, serta menambah rakyat Malaysia perlu memahami dengan sebenar program transformasi termasuk agenda 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka (rakyat) tidak boleh mengundi dengan hati tetapi dengan kepala kerana pilihan raya umum akan datang adalah sangat penting kepada Malaysia.

Mereka perlu membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas forum bertajuk 'Hari-Hari Semasa Kami Berada di Dalam DAP' di George Town hari ini yang dihadiri lebih 400 orang.

Antara peserta lain ialah Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.

Tunku Aziz berkata beliau tidak mewakili mana-mana parti tetapi akan berjuang bagi memastikan negara menjadi negara demokrasi sebenar yang akan memanfaatkan rakyat.

Ditanya sama ada bekas anggota DAP mesra BN, beliau berkata: "Kami bukan mesra BN, kami mesra transformasi".

Beliau berkata rakyat melaung mahukan transformasi selama ini tetapi buat pertama kali melihat hasil yang dilakukan perdana menteri dan beliau mendengar suara rakyat.

"Seperti yang saya kata, saya tidak peduli kenapa beliau lakukannya. Saya mahu perkara-perkara ini dilakukan. Ia mungkin tidak 100 peratus sempurna, tetapi kita perlu anggap ia sebagai satu proses dan memerlukan masa.

"Jadi mari kita beri peluang kerajaan untuk melaksanakan program (transformasi) ini. Lagipun kita yang memilih kerajaan ini," kata beliau.

Tunku Aziz menekankan mereka tidak mewakili parti politik tetapi menyokong sebarang program yang akan membawa manfaat kepada negara dan bangsa, sambil berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ini.

- Bernama

No comments:

Post a Comment