Sunday, September 30, 2012

Pemuda Asah Bakat Mengasuh


Mahukah anda melepaskan anak-anak kecil di bawah jagaan pengasuh lelaki? Apa kata berubah angin dengan memberi peluang kepada golongan pengasuh lelaki menjaga anak-anak semasa anda keluar bekerja.

Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di Britain.

“Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar pemanas sahaja.
"Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata Michael.

Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu.

Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000 (RM248,048).

Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard. 

The Mail

Saturday, September 29, 2012

Kaji Balik Penutupan Lapangan Terbang Sg Besi

KUALA LUMPUR: Seorang perunding keselamatan meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menutup lapangan terbang TUDM Sungai Besi kerana ia sangat perlu kepada negara.

Bercakap kepada Harakahdaily, perunding itu berkata, kerajaan belum terlambat untuk menarik balik keputusan awalnya bagi membangunkan kawasan lapangan terbang itu.

Ini kerana, kontraknya masih dalam peringkat rundingan dan belum dianugerahkan sepenuhnya.

"Kita jangan ulangi kesilapan kerajaan menutup Kem Majidee yang menjadi perisai keselamatan kita di selatan tanah air," katanya.

Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bakal hilang apabila kerajaan mahu membina kem baru menggantikannya iaitu di Labu, Negeri Sembilan.

Namun, ramai pihak yang mahir dengan stategi keselamatan tdak bersetuju dengan langkah ini kerana kedudukan lapangan terbang Sungai Besi itu sangat stategik dalam konteks keselamatan negara.

Selain landasan terbang, bahagian bawah lapangan ini mempunyai bunker yang menghubungkannya dengan beberapa tempat strategik negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Penasihat 1MDB adalah Taek Jho Low, jutawan yang dilaporkan baik dengan isteri Perdana Menteri, DatinSeri Rosmah Mansor.

Kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.

"Jika berlaku apa-apa di tengah bandaraya, bagaimana pasukan bantuan akan kita hantar dengan cepat kalau tiada landasan kapal terbang di tengah bandararaya seperti Sg Besi ini," soal perunding keselamatan itu.

Sebelum ini, PAS meminta kerajaan mengkaji semula pembubaran kem Majidee di Johor Bharu untuk membolehkan projek pembangunan dijalankan di situ kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, kedudukan kem Majidee di selatan tanah air adalah terlalu strategik dari segi keselamatan dan ia adalah warisan sejarah negara untuk dibubarkan.

"Saya mendesak agar rancangan untuk menjadikan kawasan itu kawasan komersial dibatalkan kerana Batu Pahat terlalu jauh dari sempadan untuk berfungsi dengan baik. Ianya dua jam perjalanan dari Johor Bharu ke Batu Pahat," kata Salahudin.

Kem ini akan dibangunkan dengan pusat komersial dan perumahan. Ia bakal dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd dengan Tasik Zamrud Sdn Bhd.

Yang menjadi isu adalah, kem Majidee adalah kem yang paling selatan di Semenanjung. Ia sepatutnya dibubarkan selepas selesainya pembinaan Kem Skudai.

Projek itu belum bermula lagi, namun separuh dari tentera yang ada di situ, yang menempatkan Gerak Khas dan Briged Tujuh, telah dipindahkan ke kem di Kluang, Gemencheh dan Gemas.

Sumber : Harakahdaily

Thursday, September 27, 2012

Mengapa Ayah Tidur Dengan Ibu Lagi?

Masih ingatkah akan cerita Atan (bukan nama sebenar) yang disuruh ayahnya ke kedai pada suatu petang untuk beli ikan bilis?

Tujuan si ayah bukanlah kerana hendakkan ikan bilis tetapi kerana mahu privacy untuk beraktiviti dengan isterinya tanpa gangguan.

Atan yang meragui helah ayahnya, mengatur rancangan sulit. Dia tidak ke kedai tetapi menunggu di bawah rumah untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.

Dan apabila aktiviti ayah dengan ibunya bermula, dia menghafal dialog mereka yang dicuri dengar dari bawah rumah.

Kemudian, apabila ditanya ayahnya mengenai ikan bilis yang disuruh beli, dari mulut Atan yang tergagap-gagap ketakutan, terhambur keluar semua dialog yang didengarnya tadi.

Ayahnya naik angin lalu menempeleng Atan hingga songkoknya jatuh ke lopak. Apabila dimarah ayahnya, mengapa dia tidak segera ambil songkok itu, Atan menjawab: "Biarlah rendam lama-lama, bukan nak reput!" Lagilah si ayah menyinga.

Saya tidaklah mahu menitipkan semua dialog 40SX daripada cerita Atan dengan ayahnya. Cerita rakyat ini saya ulang sekadar untuk membangkitkan nostalgia di samping boleh jadi peringatan supaya kita lebih hati-hati. Pastikan pintu bilik berkunci, tidak ada lubang dan juga kawal bunyi-bunyian!

Ibu bapa memang perlu asingkan anak-anak paling lewat apabila usia mereka mencecah tujuh tahun. Bukan sahaja pisahkan tempat tidur dengan ibu bapa, malahan juga sesama mereka yang berbeza jantina.

Sebab itulah, kerajaan sejak 15 tahun lalu menetapkan polisi supaya setiap rumah kos rendah perlu sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu bilik untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Ini berbeza dengan amalan tahun-tahun sebelum itu yang mana hampir kesemua rumah kos rendah terutama rumah pangsa hanya mempunyai dua bilik.

Namun hendak pisahkan anak kecil dari tempat tidurnya dengan ibu bapa bukan sesuatu yang mudah. Gunalah apa juga helah atau umpan sekalipun, tetap tidak mudah untuk mereka ikut, apa lagi si bongsu. Selagi tidak mempunyai adik, selagi itulah dia tetap mahu tidur di bawah ketiak ibunya.

Seorang kawan pernah beri komen menarik ketika kami bersembang hal itu, "macam mana nak ada adik kalau selalu line tak clear?"

Itulah dilema kebanyakan ibu bapa!

Berbanding dengan zaman kita kanak-kanak dahulu yang lazimnya mudah sahaja mengangguk apabila disuruh melakukan sesuatu, anak-anak pada zaman kereta hybrid ini sebaliknya cenderung untuk menyoal ataupun menuntut alasan jika mereka dilarang atau diberi sesuatu arahan.

Dan ini bukan hanya melibatkan anak-anak yang berusia belasan, yang sudah menginjak umur remaja malah yang lebih muda pun juga tidak segan silu mahukan alasan yang logik apabila diminta tidur berasingan daripada ibu bapa.

Seorang kawan menceritakan akan hal anak bongsunya yang sudah berusia lapan tahun tetapi masih mahu tidur bersama ibu ayah. Apabila diminta tidur di bilik berasingan, dia menyoal ibu ayahnya, mengapa dia tidak boleh lagi tidur bersama mereka?

Maka dijawab oleh si ibu: "Tak bolehla... adik kan dah besar. Orang besar tak boleh tidur dengan ibu lagi. Tengok abang dengan kakak masing-masing ada bilik sendiri. Adik pun kena tidur bilik adik sendiri jugak."

Si ibu, juga ayahnya menjangka mereka sudah beri jawapan yang paling tepat, paling logik dan tidak boleh ditolak lagi oleh si bongsu.

Namun dengan tidak disangka, si anak yang rupa-rupanya masih tidak berpuas hati sebaliknya berkata:

"Kalau orang besar tak boleh tidur dengan ibu, ayah tu, sudah besar gajah pun mengapa masih nak tidur dengan ibu lagi? Mengapa ayah boleh, adik tak boleh?"

Oleh : Muhamad Mat Yakim

Madonna Panggil Obama Muslim Berkulit Hitam


LOS ANGELES - Bintang pop, Madonna mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminatnya apabila menggesa mereka mengundi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tetapi pada masa yang sama memanggil pemimpin itu sebagai seorang Muslim berkulit hitam.
Rakaman ucapan Madonna, 54, disiarkan di internet kelmarin. Klip itu dilaporkan dirakam semasa satu konsert Madonna di Washington DC pada Isnin lalu.
"Memang menakjubkan dan luar biasa untuk mengetahui kita memiliki seorang pemimpin berketurunan Amerika-Afrika di White House.
"Jadi, lebih baik anda semua mengundi Obama. Untuk lebih baik atau lebih buruk, kita mempunyai seorang lelaki Muslim berkulit hitam di White House. Ini bermakna masih ada harapan dalam negara ini," kata Madonna dalam ucapannya.
Menurut satu kajian awal tahun ini, lebih satu daripada tiga pengundi parti Republikan yang berfahaman konservatif masih berpendapat Obama seorang Muslim, hampir empat tahun selepas kemenangannya.
Obama menjadi Presiden kulit hitam pertama AS selepas memenangi pilihan raya pada tahun 2008.
Pilihan raya Presiden pada 6 November depan bakal menyaksikan Obama dicabar calon parti Republikan, Mitt Romney. - AFP

Wednesday, September 26, 2012

Alih Dosa Ke Dalam Air


SEJUMLAH penduduk ortodoks Yahudi berdoa di depan 
kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di Bnei Brak, dekat Tel Aviv kelmarin.

BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin.
Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air.
Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. - Agensi

Tuesday, September 25, 2012

GPS Pada Kasut?


Kasut dilengkapi lampu LED yang berkelip ketika menunjukkan arah jalan yang betul.
LONDON - Risau sesat jalan atau sukar mengingati jalan ke tempat dituju? Kasut yang dilengkapi sistem kemudahan sistem penentu kedudukan global (GPS) mungkin dapat  bantu selesaikan masalah anda.

Seorang pereka kasut, Dominic Wilcox menggabungkan bahagian tumit kasut dengan papan litar GPS dan lampu kelip-kelip LED yang berfungsi penunjuk arah jalan.   

Jika anda berasa sesat jalan atau keliru  ke lokasi  dituju, hanya perlu menghentakkan kaki tiga kali kemudian lampu LED akan menyala tanda GPS dihidupkan.

"Saya membuat keputusan untuk mencipta sepasang kasut yang boleh memandu arah pemakainya pulang ke rumah dengan selamat tanpa perlu sesat lagi. Saya mendapat idea ini daripada filem Wizard of Oz yang menceritakan bagaimana watak Dorothy hanya perlu menghentak kasutnya kemudian sampai ke rumah," kata pemegang Sarjana Seni daripada Kolej Diraja Kesenian, London.

Kasut yang mendapat pengiktirafan daripada syarikat Global Footprint yang memiliki warisan lama bersama Dr Martens and Barkers itu, dilengkapi dengan perisian komputer dan kabel USB supaya apabila si pemakainya sampai di rumah, kemudian memakainya semula untuk keluar berjalan-jalan kasut ajaib itu dapat menjejaki alamat rumah tuannya.

Kasut itu memiliki antena di dalam tumit sebelah kiri yang mengandungi lampu LED berfungsi sebagai kompas selain berkomunikasi dengan pasangannya di sebelah kanan menggunakan sistem tanpa wayar bagi menunjukkan sejauh mana jalan yang perlu dilalui tuannya. - The Mail

Monday, September 24, 2012

Gaji Belum Bayar Paramugari Ini Demo Bogel..


Inilah foto salah satu paramugari Air Comet

MACAM-MACAM cara protes. Paramugari ini protes syarikat penerbangannya yang belum membayar gaji mereka dengan cara berphoto bogel. Seperti dikutip Ananova.com, paramugari perlu menanggalkan bajunya untuk dipamerkan.

Sembilan paramugari, pekerja di sebuah syarikat penerbangan di Sepanyol yang telah muflis, Air Comet. Mereka berpose telanjang untuk sebuah kalender sebagai bukti protesnya. Aksi protes ini dilakukan kerana Air Comet gagal untuk membayar gaji pekerjanya hingga sembilan bulan. 

Syarikat tersebut memiliki hutang sekitar 160 juta euro, termasuk upah yang belum dibayar. Kini paramugari ini, telah memutuskan berpose telanjang sebagai cara untuk menarik perhatian membayar gaji paramugarinya.

"Namun mereka juga berharap wang dari berfoto telanjang di kalender dapat membantu situasi kewangan mereka," kata Michel Velasco dari Alzafatas Alta Tacon, sebuah agen untuk paramugari dan model yang menaungi pramugari ini. 

Pertandingan Misai, Janggut Di Timur Perancis


KOMBINASI gambar menunjukkan beberapa peserta yang menyertai pertandingan misai dan janggut di Mulhouse kelmarin. - Reuters
MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin.
Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama.
Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi

Sunday, September 23, 2012

Sekolah Vernakular Pisahkan Kita

Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak kagum dengan langkah kerajaan untuk memulihkan sekolah persendirian Cina di Kuantan kerana menurutnya sistem sekolah vernakular memisahkan negara ini.

Bekas perdana menteri secara tidak langsung menggambarkan beliau tidak gemar terhadap tindakan untuk menyemak dasar terhadap sekolah persendirian Cina.

Dalam sidang media selepas melancarkan pertandingan esei di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir juga berkata, sekolah mesti menggunakan bahasa kebangsaan yang diucapkan penduduk asal negara ini.

Beliau ditanya sama ada kerajaan patut membenarkan membenarkan pembinaan sekolah persendirian Cina dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu yang diterima di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia.

Menyalahkan sistem pendidikan yang didakwa menjejaskan perpaduan negara, Dr Mahathir berkata, terdapat pihak terus membangkitkan isu identiti etnik kerana mereka mahu kekal terpisah.

"Mereka tidak mahu duduk dalam satu negara, mereka mahu tiga entiti berbeza. Kita tidak boleh mengundur (daripada persetujuan lepas). Tetapi jika kamu mahu jadikannya terburuk, pisahkan keseluruhannya.

"Kembalilah ke zaman British - orang Cina di bandar, India di estet, Melayu di kampung memancing," katanya sinis.

Perdana menteri selama 22 tahun itu memberi amaran terhadap langkah kerajaan menggunakan pendekatan populis dalam membuat dasar negara.

"Kamu mesti tetap pada prinsip. Jika kamu mahu ikut semua untuk menjadi popular, kamu akan rugi," katanya.

Dr Mahathir berkata, mengiktiraf sekolah persendirian Cina boleh mengarahkan rakyat Malaysia supaya terpisah kepada tiga kumpulan yang bercakap dalam bahasa yang berbeza.

"Kita tidak boleh bersama-sama. Mereka tidak akan dapat memahami satu sama lain walaupun tinggal di negara yang sama," tambahnya.

Malaysiakini

Saturday, September 22, 2012

Bukan Mesra BN, Tapi Transformasi

Bekas anggota DAP termasuk naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim akan mengadakan program jelajah di seluruh negara bagi membuka mata pengundi mengenai kepentingan pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata program seumpama itu mendapat permintaan di kalangan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, serta menambah rakyat Malaysia perlu memahami dengan sebenar program transformasi termasuk agenda 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka (rakyat) tidak boleh mengundi dengan hati tetapi dengan kepala kerana pilihan raya umum akan datang adalah sangat penting kepada Malaysia.

Mereka perlu membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas forum bertajuk 'Hari-Hari Semasa Kami Berada di Dalam DAP' di George Town hari ini yang dihadiri lebih 400 orang.

Antara peserta lain ialah Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.

Tunku Aziz berkata beliau tidak mewakili mana-mana parti tetapi akan berjuang bagi memastikan negara menjadi negara demokrasi sebenar yang akan memanfaatkan rakyat.

Ditanya sama ada bekas anggota DAP mesra BN, beliau berkata: "Kami bukan mesra BN, kami mesra transformasi".

Beliau berkata rakyat melaung mahukan transformasi selama ini tetapi buat pertama kali melihat hasil yang dilakukan perdana menteri dan beliau mendengar suara rakyat.

"Seperti yang saya kata, saya tidak peduli kenapa beliau lakukannya. Saya mahu perkara-perkara ini dilakukan. Ia mungkin tidak 100 peratus sempurna, tetapi kita perlu anggap ia sebagai satu proses dan memerlukan masa.

"Jadi mari kita beri peluang kerajaan untuk melaksanakan program (transformasi) ini. Lagipun kita yang memilih kerajaan ini," kata beliau.

Tunku Aziz menekankan mereka tidak mewakili parti politik tetapi menyokong sebarang program yang akan membawa manfaat kepada negara dan bangsa, sambil berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ini.

- Bernama

Friday, September 21, 2012

Askar Britain Lahirkan Anak Di Medan Perang

LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.

Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.

Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.

Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.

Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.

Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.

Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.
Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.

"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik di hospital tersebut dengan mereka kini diberikan rawatan terbaik," kata kementerian berkenaan.

Menurut kementerian itu lagi, sepasukan doktor akan diterbangkan ke Afghanistan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membantu askar terbabit dan bayinya pulang ke Britain.

Askar wanita berkenaan hamil sebelum dihantar ke medan perang ekoran dia dikerahkan ke Afghanistan pada Mac lalu.

Ditanya tentang insiden tersebut, sebuah badan amal penjagaan kanak-kanak di Britain, National Childbirth Trust menyatakan tugas berat askar terbabit dipercayai menyebabkan dia tidak menyedari atau cuba untuk tidak mengendahkan kehamilannya.

"Askar ini mungkin terlalu fokus pada tugasnya tambahan pula, dia berada dalam situasi hidup mati di zon perang. Ini menyebabkan dia tidak menyedari atau tidak mengendahkan kehamilannya," kata ketua eksekutif badan amal tersebut, Belinda Phipps.

Menurutnya, kehamilan tersebut mungkin tidak disedari oleh askar-askar lain.

"Bukan semua wanita memiliki perut yang besar semasa hamil, sebahagian wanita mempunyai rahim yang jauh ke dalam," tambahnya. - AP

Thursday, September 20, 2012

Ekspresi Si Dia Saat Bercinta

Banyak orang mengatakan, salah satu bahagian yang paling menyenangkan saat bercinta adalah menyaksikan ekspresi pasangan saat bercinta. Baik laki-laki mahupun perempuan sebenarnya menyukai ekspresi ini, hanya saja mereka kerap tidak mendedahkannya.

Ekspresi wajah yang anda paparkan saat berhubungan seks sangat penting untuk kelangsungan hidup perkahwinan anda berdua. Ekspresi wajah boleh dibilang menjadi sarana komunikasi antara laki-laki dan perempuan. Misalnya saja, ketika berhubungan seks dengan si dia untuk pertama kalinya, anda tidak tahu di mana harus menyentuhnya. Ia juga tidak tahu sama ada sentuhannya cukup lembut atau menyakiti anda.

"Anda akan mengetahui hal itu dengan mengambil isyarat yang ada. Anda mengamati tubuhnya, bagaimana ekspresi wajahnya. Anda mendengar erangan suaranya, bagaimana ia termengah-mengah tanpa dapat dielakkan. Mungkin ia akan merasa bahawa anda bertindak balas ketika ia menjelajahi payudara anda, atau bagaimana ia menarik lengannya ketika anda menggigitnya ringan, "tutur Leil Lowndes, motivator dan penulis buku How to Make Anyone Fall in Love with You.
Dalam tahap ini, ekspresi wajah masih menjadi pegangan bagi anda untuk melakukan hubungan seks. Apa yang anda sukai atau tidak ia sukai tertangkap dari ekspresinya. Hal ini mungkin terjadi kerana, apabila anda belum menguasai permainan, anda tidak berani mendedahkan perasaan anda. Anda hanya menunjukkannya melalui ekspresi rasa senang, sakit, atau bahkan biasa saja.

Umumnya lelaki lebih cepat menikmati sesi bercinta, sementara perempuan masih berusaha mengalahkan rasa sakit ketika berhubungan pertama kalinya. Anda masih mencari-cari bagaimana mendapatkan kedudukan yang lebih enak, dan tentunya bagaimana supaya dapat mencapai kenikmatan seperti yang anda baca di majalah.

Ketika anda sudah cukup menguasai teknik bercinta, menyaksikan ekspresi pasangan saat berhubungan intim, dan mencapai orgasme, memberikan pengalaman yang lebih dahsyat. Tak dapat dijelaskan bagaimana ekspresi yang ditampilkannya. Ia merasakan sensasi yang luar biasa menjalar di seluruh bahagian tubuhnya hingga sukar berkata-kata. Matanya kerap terpejam kerana rasa kenikmatan yang meluap-luap.

Tidak semua perempuan mampu menikmati ekspresi ini. Mereka yang masih belum berpengalaman akan menterjemahkan ekspresi horny seperti ini sebagai ekspresi yang tidak sopan, bahkan menjijikkan. Mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang selalu diingatkan untuk selalu menjaga sikap atau tidak menunjukkan perasaan yang berlebihan pada lawan jenis biasanya juga akan memilih untuk menutup ekspresinya, dan tidak menyukai ekspresi pasangan yang terlalu ketara.

Berbeza dengan perempuan yang tidak mengekspresikan perasaan, dan tahu apa yang dia inginkan. Biasanya, ia justeru akan mendedahkan pada pasangannya betapa ia menikmati ekspresi pasangannya. Bahkan, sebahagian perempuan meminta pasangannya untuk bermasturbasi agar ia boleh fokus menikmati pemandangan tersebut.

Di lain pihak, lelaki juga senang jika anda lebih bebas mengekspresikan perasaan...

"Buat lelaki, melihat ekspresi wajah pasangan itu umumnya penting. Kalau saya, dari skala 1-10, nilai pentingnya 8. Biasanya lelaki senang melihat ekspresi pasangan yang tampak menikmati. Mereka merasa bahawa pasangannya dapat penuh dalam melakukannya," begitu menurut seorang pakar seksologi.

Untuk itulah, sebenarnya pelbagai posisi seks diciptakan. Gaya missionary atau woman on top, misalnya, walaupun tergolong biasa namun memiliki banyak keuntungan. Dengan kedudukan ini, anda dan pasangan boleh saling menatap ekspresi wajah. Anda boleh memberinya ciuman dengan lebih mudah dan menjelajah daerah sensitif tubuhnya. Keuntungan ini tidak mudah didapati jika anda menggunakan kedudukan rear-entry (atau biasa disebut doggy style) atau spooning (menyamping).

Anda yang telah menjadikan hubungan seks sekadar sebagai sebuah kewajiban suami-isteri cubalah untuk mengubah kebiasaan ini. Dengan lebih bebas mengeluarkan ekspresi mahupun menikmati ekspresi pasangan, bukan tidak mungkin hubungan yang semula hambar boleh kembali hangat. Ketika saat bercinta suami mampu menatap anda seolah anda seorang Angelina Jolie, bukankah anda jadi makin cinta padanya?

Anonymous

Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi


KETUA editor Charlie Hebdo, Charb menunjukkan muka depan majalah satira berkenaan di Paris semalam.
PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.
Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.
Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.
Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.
AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.
Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.
Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.
Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakanCharlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan.
Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.
Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.
Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.
"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.
"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.
Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.
"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP

Wednesday, September 19, 2012

Pejabat Penunjuk Perasaan Separuh Bogel Di Paris


SEORANG wanita memotong reben dengan menggunakan gergaji di pintu ibu pejabat Femen di Paris semalam.
PARIS - Ibu pejabat kumpulan pembela wanita, Femen yang terkenal dengan anggota-anggotanya mendedahkan payu dara dibuka secara rasmi di sini semalam.
Beberapa acara diadakan sempena majlis perasmian itu di sebuah bekas pawagam yang diubah suai menjadi ibu pejabat kumpulan tersebut.
Antara acara itu ialah perarakan anggota-anggota kumpulan tersebut yang berjalan dengan mendedahkan payu dara mereka.
Pertandingan menggunakan gergaji rantai dan membaling pai turut diadakan.
Sejumlah anggota kumpulan tersebut hadir pada majlis perasmian itu tanpa memakai baju.
Kumpulan tersebut terkenal dengan perjuangan menentang diskriminasi terhadap wanita.
Anggota-anggota kumpulan itu pernah mengadakan tunjuk perasaan dengan mendedahkan payu dara mereka di beberapa buah bandar raya di dunia. - Agensi

Tuesday, September 18, 2012

'Burung' Pipit Yang Malang

Seorang pemuda handsome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, “Abang, apa abang tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab, “Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, “Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, “Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”

Gadis kecil itu menjawab, “Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!”

Nota : Jangan cuba temberang budak kecik.. susah nanti.........! ! !

Ketuanan Melayu

ISTILAH ketuanan Melayu sering menimbulkan salah faham dan kekeliruan terhadap masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini.

Sehingga ada yang berpendapat, istilah ketuanan Melayu yang digunakan perlu diganti dengan ketuanan Islam kerana ia adalah lebih bersifat sejagat berbanding ketuanan Melayu yang hanya bersifat kebangsaan.

Malah terdapat juga yang mendakwa istilah ketuanan Melayu dilihat seperti amalan tuan dan hamba yang memberi kuasa mutlak kepada tuan untuk mengarahkan apa sahaja kepada hambanya.

Pelbagai lagi persoalan terus dibahas dan dipertikaikan hingga ke hari ini sehingga ada pihak yang didapati semakin berani untuk cuba menghapuskan konsep ketuanan Melayu dan meminda hak keistimewaan Melayu yang telah digubal dalam perlembagaan negara.

Namun, pendapat tidak berasas dan tiada kajian itu dilihat hanya merugikan bangsa Melayu, sekali gus mempengaruhi kekuatan Islam di negara ini yang dihuni oleh majoriti orang Melayu beragama Islam.

Perkara itu diakui oleh Profesor Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam buku penulisannya bertajuk, Masih Adakah Ketuanan Melayu?.

Ridhuan Tee berkata, walaupun beliau berketurunan Cina, namun demi kestabilan dan keutuhan Islam di negara ini, pensyarah dan pendakwah terkemuka itu mengakui kekuatan Islam terletak kepada kekuatan orang Melayu.

"Antara pertembungan agama dan bangsa, maka pastilah agama yang perlu diutamakan. Oleh itu, untuk memastikan kekuatan agama terus berkembang meluas maka bangsa Melayu di negara ini memegang kekuatan itu.

"Jika bukan kerana orang Melayu mengamalkan agama Islam dan juga merupakan masyarakat majoriti, saya mungkin tidak menyebelahi Melayu.

"Tetapi realitinya di Malaysia Islam terletak pada kekuatan Melayu, jika kuat pengaruh orang Melayu, maka bertambah kuat dan tersebar luas Islam di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku Masih Adakah Ketuanan Melayu? dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia di Auditorium, Wisma Perdana Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah), baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah Ridhuan Tee, menerusi buku itu beliau berkongsi idea untuk membangkitkan semula kesedaran orang Melayu yang dilihat semakin leka memikirkan isu yang melanda negara.

"Keadaan ini semakin membimbangkan apabila orang Melayu terus merasa selesa sehingga membuatkan mereka tidak mahu campur tangan terhadap isu negara.

"Ini yang mendorong berlakunya perpecahan dan perbalahan yang semakin meruncing dalam kalangan orang Melayu sendiri pada masa ini.

"Melalui buku Masih Adakah Ketuanan Melayu? ini, saya mengetengahkan idea-idea mengenai keistimewaan orang Melayu dan potensi yang ada untuk menyedarkan masyarakat khususnya orang Melayu bagi memperbaiki permasalahan ini," katanya.

Oleh : Mohd. Shah Che Ahmad

Friday, September 14, 2012

Gadis Bertudung Litup… “kangkang kat tepi jalan”

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga.

Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku; “Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab, “Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini?

Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata… “Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula! “Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut. “Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab… “Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT!! Ini, nak pergi KANGKANG… nak pergi KANGKANG… Haishhh!!!~”

Sumber : http://bestoneoffour.wordpress.com

Thursday, September 13, 2012

6 Tanda-Tanda Rumah Berhantu

Hantu, pasti anda sering mendengar kata yang satu ini. Hantu merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus.

Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.

Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.

Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.

Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini. Sehinggakan rumah anda akan berbau hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam. Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini. Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini. (errk,.. cm citer supernatural tu kah?..)

Nota : manusia yang berhati jahat, lagi merbahaya dari hantu segala hantu,.

Wednesday, September 12, 2012

Teguran Sultan Johor - Isu Harga RIV Untuk Elit Tentera

Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat
Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas.

"Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim.

- Bernama

Tuesday, September 11, 2012

Temujanji Rogol

MENGHADIRI temujanji dengan kenalan baru lalu dirogol? Mengapa kes begini masih wujud? Apa yang membimbangkan, dahulu ia hanya berlaku di pesta muda-mudi dan kelab malam, tetapi kini ada kes dilaporkan berlaku di tempat awam seperti kedai makan atau dalam kereta.

Sebenarnya jenayah rogol hampir mustahil dilakukan jika mangsa tidak diberi perangsang seksual dalam bentuk dadah.

GHB (gamma hydroxybutyric acid), Rohypnol (flunitrazepam) atau Roofies dan Ketamine (Special K) popular digunakan untuk tujuan di atas satu ketika dahulu. Kini dadah tersebut sukar diperolehi disebabkan penguatkuasaan undang-undang.

Malangnya pemangsa semakin bijak. Mereka beralih kepada penggunaan campuran beberapa jenis arak, dadah sintetik dan cecair hormon perangsang seks binatang seperti kuda.

Contohnya, mereka menambah sedikit gula dan pewarna kepada campuran arak supaya minuman berubah warna dan bau menyerupai minuman berkarbonat.

Penggunaan dadah sintetik dan cecair hormon lebih mudah. Ia sukar dikenal dan pemangsa hanya perlu memasukkannya ke dalam sebarang jenis minuman atau makanan. Ada yang berbentuk gula-gula atau rokok.

Kebanyakan pemangsa akan menyembunyikan dadah perangsang seks di dalam genggaman tangan.

Mereka akan mencari kesempatan memasukkannya ke dalam minuman sewaktu tidak dilihat oleh mangsa.

Anak gadis yang terminum akan menjadi mengantuk, berahi dan tidak dapat mengawal pergerakan diri. Ini memudahkan mangsa dirogol tanpa melawan.

Lebih malang, mangsa mungkin mengalami amnesia dan tidak dapat mengingat tragedi tersebut dengan jelas lalu menyukarkan siasatan polis.

Mangsa juga berisiko mati akibat 'overdose' kerana pemangsa cenderung memberi sukatan berlebihan kerana istilah 'sukatan selamat' tidak wujud sama sekali.

Oleh itu, berhati-hati ketika bertemujanji. Ini bukan bermaksud anda menjadi bosan atau paranoid.

Anda hanya perlu melindungi diri daripada terambil dadah perangsang tersebut, yang penting jangan terpedaya dan sentiasalah berwaspada.

Lindungi diri daripada dadah perangsang seksual: Sebelum pergi bertemujanji, pastikan seseorang tahu ke mana, bila dan dengan siapa anda akan bertemu.

* Berjumpa di tempat awam yang mempunyai ramai orang. Jika ke parti dan terjumpa kenalan baru, jangan sekali-kali beritahu alamat tempat tinggal anda.

* Jangan pergi bertemujanji seorang diri. Terutamanya jika ia temujanji pertama. Bawalah kawan.

* Perhatikan sebarang tingkah laku mencurigakan dan jangan beri dia peluang memasukkan sesuatu ke dalam minuman anda.

* Pastikan telefon bimbit dalam mode senyap. Ia akan memudahkan anda menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya memerlukan pertolongan.

* Jika bertemujanji di dalam persekitaran samar-samar, pegang gelas minuman sepanjang masa. Jika rasa perlu merehatkan tangan, pastikan mata anda sentiasa terarah kepada minuman.

* Jangan terima sebarang pelawaan minum melainkan minuman yang diambil sendiri. Paling selamat minumlah air tin yang anda buka sendiri penutupnya.

* Jika minuman tersebut berasa pelik, berhenti minum dan segera minum air mineral untuk melancarkan sistem pengkumuhan badan.

* Jika ada seseorang cuba memaksa anda minum, sediakan alasan mengapa anda terpaksa menolak.

* Jangan malu untuk berkata 'tidak', beritahu sahaja sebarang alasan seperti 'minuman ini membuat saya sakit' atau 'saya tidak mahu muntah'.

* Jika pergi ke tandas, pastikan rakan anda tinggal bersama minuman untuk menjaga keselamatan. Jika anda terlepas pandang, anggap sahaja minuman tersebut tidak selamat dan dapatkan yang baru.

Akhir sekali, ketahui tanda-tanda jika anda telah pun diberi dadah. Sekiranya anda terasa dunia bergerak terlalu perlahan atau mabuk walhal anda tidak mengambil sesuatu yang memabukkan, anggap sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

Tinggalkan sahaja lelaki itu dan hubungi seseorang yang boleh dipercayai.
Dadah perangsang seksual bertindak balas sangat cepat. Jika anda tunggu, mungkin anda hanya tersedar pada keesokan hari dan ia sudah terlambat!

Sumber : utusan@Kesihatan

Monday, September 10, 2012

Komunikasi Kunci Penting Raih Kepuasan Seksual


BICARA mengenai hubungan seksual bersama pasangan dengan selesa tidaklah semudah yang dibayangkan banyak orang. Jalur komunikasi dan penyampaian yang tepat menjadi salah satu kunci untuk meraihnya.

Kajian baru mendapati, keselesaan dan komunikasi seksual secara langsung berkaitan dengan kepuasan seksual. Orang yang bercakap lebih selesa tentang seks juga lebih mungkin untuk melakukannya ketika berhubungan seks. Demikian hasil kajian yang ditemui.

Meskipun demikian, perbezaan itu tidak sepenuhnya menjelaskan bahawa cerewet dalam berhubungan seksual lebih bahagia dengan kehidupan erotis mereka.

"Bahkan, jika anda mempunyai sedikit masalah dengan komunikasi, yang mempengaruhinya bukanlah anda berkomunikasi atau tidak, tetapi juga secara langsung mempengaruhi kepuasan hubungan itu sendiri, "kata penyelidik Elizabeth Babin, seorang ahli komunikasi kesihatan di Cleveland State University Ohio.

Berbicara mengenai seksualiti
Bagaimana orang bercakap tentang seks merupakan topik penting bagi para penyelidik kesihatan masyarakat. "Komunikasi merupakan kunci untuk mempunyai hubungan seksual yang menyenangkan," kata Babin.
Dia juga menambah, kajian kecil telah menyiasat apa yang membuat orang berbicara tentang suka dan tidak suka selama mereka berhubungan seksual.

"Dalam rangka meningkatkan kualiti komunikasi, kita juga perlu mencari tahu mereka berkomunikasi dan mereka tidak berkomunikasi, "katanya, seperti dikutip dari Huffington Post .

Sunday, September 9, 2012

Sultan Johor Murka Tentera Dibekal Alat Tak Bermutu

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar menyatakan kemurkaan baginda ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Baginda bertitah, kementerian pertahanan harus memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya, lapor akhbar hari ini.

Sultan Ibrahim Ismail juga bertitah, lebih baik jika baginda sendiri mengambil alih kontrak berkenaan sekiranya perkara itu berterusan.

"Sekiranya perkara ini berterusan, yang mana cara pembelian peralatan tidak menepati kehendak Gerak Khas dan dengan harga yang tidak berpatutan maka beta rasa lebih baik beta sahaja yang mengambil alih pembelian peralatan tersebut," titah baginda seperti dipetik dalam laporan akhbar Kosmo Ahad.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia pula menyebut, baginda turut membangkitkan mengenai penglibatan bekas jeneral dan pegawai tentera dalam perniagaan membekal peralatan tentera.

"Dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden, suka saya ingatkan jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

"Tidak dinafikan ramai bekas jeneral dan pegawai tentera yang telah bersara menceburi bidang perniagaan sebagai pembekal peralatan ketenteraan.

"Namun suka saya ingatkan, janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda," titahnya seperti dipetik akhbar itu.

Dalam majlis itu juga, Sultan Ibrahim turut memberi amaran kepada golongan yang "menangguk di air keruh" berhubung projek mega Mersing Laguna bernilai RM22 bilion yang dirasmikannya sendiri pada April.

Titah baginda, projek berkenaan kini dibatalkan memandangkan pemaju masih gagal meningkat modal berbayar kepada RM200 juta dalam tempoh enam bulan.

"Negeri Johor memang sentiasa pesat membangun dan sentiasa terbuka kepada pemaju yang betul-betul komited, mempunyai kepakaran dan modal yang nyata.

"Sekiranya ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," titak baginda lagi seperti dipetik Utusan.

Baginda yang juga Kolonel Komandan pasukan elit Rejimen Gerak Khas bertitah demikian semasa majlis ulang tahun ke-47 pasukan itu di Kem Iskandar, Mersing, semalam.

Sumber : Malaysiakini

Friday, September 7, 2012

Tradisi 'Pondok Cinta'. Seks Dulu Baru Kahwin?

KETIKA seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah 'Pondok Cinta' untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kamboja.

Kreung Girl Nang Chan (17) with her Boyfriend Pneang (20) at Kuhn, O'chum District, Ratanakiri, Cambodia

Kreung Parents Li-Mon (L) and Ath (R) with Daughter Poeun outside her Love Hut at Krola, O'chum District, Ratanakiri, Cambodia

Poeun : A Kreung Girl outside her Love Hut at Krola, O'chum District, Ratanakiri, Cambodia

Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kamboja yang sangat liberal dan terbuka untuk hal berbau seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ' pondok cinta' kecil dan mendorong anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sampai bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menikahinya.
Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk menemukan suami terbaik anak perempuan mereka yang merupakan pasangan sempurna. Mereka percaya, pernikahan seperti itu, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu betul apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.


Tia : 15 Years Old Kreung Girl outside her Friend's Love Hut

Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani puteri remaja mereka. Menurut mereka di zaman moden di mana perceraian dan perkosaan terlalu umum dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami kes perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, kempen menyebarkan kesedaran tentang seks yang aman, ialah dengan menggunakan kondom.

Kreung Parents : Galung (45 F) and Puang (56 M) of Nang Chan on their Farm at Ratanakiri, Cambodia

Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah pondok cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang pondok cinta ini :

"Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami.

"Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya.. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan 'hubungan intim' dengannya di pondok saya.

"Tapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti menggauli seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke pondok saya ketika saya berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.

"Saya tak kira pun, berapa ramai lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga masa ini. Saya rasa tidak ada kewajiban untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.

"Saya khawatir tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orangtua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil oleh seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainya, maka dia akan menikahi gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya.elbagai

Thursday, September 6, 2012

Malaysia Negara Paling Biadab? Betulkah?

READER's Digest sekali lagi meletakkan kita sebagai negara yang penduduknya paling biadab di dunia. Enam tahun lalu kita diletakkan oleh majalah berkenaan di tangga ke-33. Kali ini pun masih di tangga yang sama daripada 34 negara yang disenaraikan.

Bagi sesetengah daripada kita, kajian dan penyelidikan daripada majalah ataupun agensi dalam dan luar negara, kita selalunya mengambil sikap tidak ambil pusing kerana menganggap ia satu penyelidikan yang dibuat secara rambang dan tidak menyeluruh, maka kita tidak percaya dan sangsi dengan hasil kajian itu.

Bagaimanapun ada asas juga untuk melihat apa hasilnya, lebih-lebih lagi penemuan kajian berkenaan sememangnya 'dekat' dengan kita.

Kebiadapan itu dinilai melalui kes kemalangan jalan raya yang direkodkan oleh pihak polis menunjukkan sebanyak 20 peratus daripada 1.3 juta kes kemalangan setiap tahun di negara ini berpunca daripada sikap biadab di jalan raya.

Selain itu, rakyat kita merokok di zonlarangan merokok, menjawab telefon di dalam panggung wayang, lewat datang untuk temu janji, tidak mengucapkan "terima kasih" dan meninggalkan troli selepas membeli-belah di tempat meletak kereta begitu sahaja dan merempuh masuk ke dalam lif, tren dan bas sebelum penumpang keluar.

Memang banyak kebenarannya. Apa yang disenaraikan memang sering berlaku di depan mata kita dan sudah tentu sebagai rakyat Malaysia kita boleh menyenaraikan lebih banyak lagi perbuatan yang boleh dimasukkan dalam kategori biadab yang seolah-olah sudah menjadi 'makan dan minum' sebahagian daripada orang kita.

Kita semua sudah pasti melalui keadaan di mana apabila berbaris panjang untuk membayar barangan di kedai runcit atau pasar raya atau mendapatkan perkhidmatan, ada yang dengan muka selamba memotong masuk barisan tanpa rasa bersalah. Bagi yang bekerja di kaunter pembayaran pula akan menunjukkan 'muka ketat' apabila pembeli tidak ada wang kecil, seolah-olah pembeli telah melakukan 'dosa besar' kerana tidak membayar dengan wang kecil. Membiarkan kereta lain beratur panjang di stesen minyak menunggu kita mengisi petrol, sementara kita masih di dalam kedai stesen minyak seperti 'makan angin' membeli belah makanan ringan sambil berborak-borak di telefon bimbit, melintas jalan sesuka hati dengan menggunakan 'kuasa tangan', membuang sampah merata-rata termasuk dari kenderaan ketika memandu, menggunakan telefon bimbit di kawasan-kawasan yang dilarang seperti dalam bank dan banyak lagi.

Dan sudah pastinya kebiadapan yang dimaksudkan itu akan lebih terserlah apabila melayari laman-laman sosial di alam maya. Kita boleh membaca ayat-ayat yang digunakan apabila membuat komen mengenai sesuatu isu terutamanya apabila ia membabitkan hal-hal politik. Dan tidak kurang pula dalam satu-satu isu yang tiada kaitan dengan isu politik pun, akhirnya dikaitkan dengan politik dan berlakulah pergaduhan siber.

Yang peliknya, orang kita boleh menghabiskan masa yang lama melayari laman sosial ini untuk bercakap hal-hal politik, tidak mengira waktu, entah masa bila mereka melakukan kerja-kerja 'hakiki' mereka.

Tahap pendidikan seseorang itu juga tidak membataskan diri untuk turut memberikan komen-komen biadab yang langsung tidak mencerminkan dari universiti atau pusat pengajian tinggi mana seseorang itu belajar.

Bagi saya apabila terlalu banyak politiking, semua perkara hendak dikaitkan dengan politik, membuatkan semua benda yang dibuat ada saja tidak kena dan dipandang tidak betul, akhirnya berbalah sesama kita, yang sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan selain mencari musuh. Ada yang hilang kawan, saudara-mara dan isteri! semuanya sebab terlalu banyak politiking.

Sikap biadab ini juga ditunjukkan oleh segelintir anak muda kita dalam himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka yang lalu, yang bertindak memijak gambar pemimpin negara dan melondehkan seluar untuk menayangkan punggung dan mahu menukar bendera negara Jalur Gemilang dengan bendera baru. Ini belum lagi kita masukkan aksi-aksi biadab dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.

Dan kalau kita langsung tidak menganggap perlakuan sebegini sebagai biadab atau melampau, tentu ada yang sesuatu yang tidak kena dengan kita.

Jadi apabila negara ini diletakkan dalam kategori rakyatnya paling biadab walaupun bukan di tangga juara, kita sewajarnya melihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukan terus mengatakan bahawa Reader's Digest itu tidak cukup 'digest' dalam membuat kajiannya.

Adakah sebilangan dari kita mahu berterusan bersikap biadab dan mahu yang lain turut hidup dalam masyarakat yang dipenuhi oleh perlakuan biadab?

Kita sendiri amat takut dan malu apabila anak-anak kita dikata tidak tahu adab dan biadab. Jadi, sebenarnya ia bermula dari kita sendiri. Sewajarnyalah kitalah yang memberi contoh yang baik-baik kepada mereka. Dan mereka mengikut.

Oleh : Fauziah Arof