Thursday, December 26, 2019

Sikap Biadab Dong Jiao Zong Serupa Kerajaan China

Ambil tindakan keras terhadap NGO melampau, antinasional
BANGI – “Ketika kerajaan China menakut-nakutkan Uyghur dengan ancaman keganasan, Dong Jiao Zong pula menakutkan-nakutkan kaum Cina dengan 3 muka surat tulisan jawi yang kononnya menyebabkan anak-anak mereka memeluk Islam.”

Demikian kata Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Azizee Hasan berhubung sikap degil kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong yang tetap mahu meneruskan Kongres Pertubuhan Cina pada 28 Disember ini.

Ustaz Azizee berkata, tindakan Dong Jiao Zong ini seolah-olah seperti tindakan kerajaan China yang berusaha menghapuskan etnik minoriti Uyghur.

“Ketika kerajaan China cuba meneutralkan minoriti Islam supaya tidak mengamalkan ajaran Islam, Dong Jiao Zong pula meneutralkan majoriti muslim menentang 3 muka surat jawi yang ingin diajar kepada minoriti bukan Islam.

“Begitu juga kerajaan China mendakwa membina kem pendidikan vokasional untuk men’China’kan etnik Uyghur sedangkan Dong Jiao Zong pula berjuang mempertahankan sekolah-sekolah vernakular untuk menjaga ke ‘Cinaan’ mereka,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sudah jelas terang lagi bersuluh langkah dan tindakan Dong Jiao Zong bersikap melampau dan antinasional.

Sehubungan itu, iGuru menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan keras terhadap langkah tersebut kerana ia bersikap antiperpaduan.

“iGuru berharap pihak Dong Jiao Zong menghentikan segera kongres membantah pengenalan tulisan jawi dan mengutamakan kepentingan nasional.

“Dong Jiao Zong perlu kembali menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta wajar juga pertubuhan seperti ini dilihat semula keabsahannya sebagai sebuah NGO,”32 katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa penganjuran kongres oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan.

Beliau turut bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.

Bagaimanapun, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai King mengesahkan bahawa kongres itu akan diteruskan di sebalik amaran perdana menteri. - www.ismaweb.net

1 comment:

  1. Senang saja hal ni nak di selesaikan...! Bagitau kat Dong Zong @ bangsa DAP... Boleh saja kalau mereka tidak mahu jawi 3 muka surat tu TAPI tolong bagitahu juga bahawa kita TIDAK mahu ada sekolah aliran cina ! Tanya mereka... Setuju tak ???? Terima kasih...

    ReplyDelete