Sunday, December 22, 2019

Apabila Dong Zong Begitu Angkuh...

Dong Zong akan berdepan `reaksi orang Melayu’ jika berhimpun bantah Jawi, kata Dr M
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menganjurkan perhimpunan membantah pengenalan pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular, mereka akan berdepan dengan “reaksi” orang Melayu.

Beliau berkata tindakan Dong Zong itu hanya akan menyebabkan orang Melayu mengadakan kongres mereka pula dan bercakap mengenai penutupan sekolah Cina.

“Anda melakukan perkara seperti itu, anda akan mendapat reaksi (orang Melayu).

“Kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum, adalah penting bagi kita untuk mengambil berat tentang perasaan orang lain,” katanya ketika ditemui di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini hari ini.

Perhimpunan Dong Zong itu dilaporkan akan dianjurkan pada 28 Dis ini, bagi membantah pengenalan pembelajaran Jawi kerana didakwa bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

Kabinet pada Ogos lalu mengekalkan keputusan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 4 tahun depan dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa.

Mahathir berkata di negara lain, rakyat akan turun ke jalanan, bergaduh sesama sendiri dan sebagainya kerana tuntutan-tuntutan seperti itu.

“Jika kamu mahu Malaysia jadi seperti itu, teruskan,” katanya.

Beliau berkata walaupun negara membenarkan kebebasan bersuara tetapi, rakyat juga harus sensitif terhadap bangsa lain yang tinggal di negara ini.

“Jika anda mula membuat serangan terhadap kaum lain atau melanggar Perlembagaan, keputusannya akan menyebabkan huru-hara, ketidakstabilan dan semua orang akan menjadi miskin dan kita akan melihat banyak rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain,” katanya. - www.freemalaysiatoday.com

1 comment:

  1. Kita sutak power maaa...Lu apa bole bikin...??? Ha...ha...ha... Lu olang atak belani kaaa...? Hanipa Maidin...Maslee...Nuar ka...Apa kaaa...? Tatak belani punya laa... Mujahid ? Mat Sabu ? Haa..haaaa..!

    ReplyDelete