Thursday, December 26, 2019

Petisyen Haram Dong Zong: Kerajaan Dah Patut Bertindak

Tandatangan desak pertubuhan radikal dihapus cecah 236,000 sokongan
BANGI – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil tindakan segera berhubung gesaan untuk mengharamkan pertubuhan rasis dan radikal, Dong Zong.

Pengarah Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Ustaz As-Siddiq Fauzan berkata, mengikut undang-undang Parlimen di Britain, sesuatu petisyen yang mempunyai lebih 10,000 tandatangan sokongan perlu dibentangkan di Parlimen.

Beliau berkata, jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk rakyat mendesak kerajaan berbuat sesuatu.

“Itu baru 10,000 tandatangan, sekarang jumlah tandatangan petisyen yang kita peroleh daripada rakyat negara ini sudah 20 atau 28 kali ganda, yang saya rasa kita mampu untuk mencapai jumlah sejuta tandatangan.

“Tapi, jika perkara berkenaan berlaku, mungkin negara sudah tidak seaman sekarang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Petisyen dilancarkan GPS supaya Dong Zong diharamkan, sudah hampir mencapai sasaran apabila meraih lebih daripada 235,000 sokongan, sejak jam 5.30 petang tadi.

Petisyen yang dilancarkan sejak beberapa bulan lalu itu menyasarkan sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia melalui pautan https://www.change.org/p/perdana-menteri-malaysia-petisyen-haramkan-dong….

Berdasarkan keterangan pada petisyen itu, GPS mendesak Dong Zong diharamkan, berikutan tindakan pertubuhan terbabit membantah keputusan kerajaan untuk memperkenalkan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular.

Pertubuhan itu juga didakwa mengumpulkan badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India serta menghasut menentang usaha kerajaan berkenaan.

Mengulas lanjut, As-Siddiq berkata, pihaknya akan tetap meneruskan kempen untuk mengharamkan Dong Zong, sekiranya GPS telah mencapai jumlah sasaran tandatangan dalam petisyen itu.

“Itu hanya sebahagian kempen kami sahaja. Malam ini kami akan ‘release’ video mengenai pendidikan Cina untuk menunjukkan bahawa sekolah di Malaysia ini mempunyai satu sistem melahirkan orang-orang yang rasis di saluran YouTube.

“Kempen kita untuk minta Dong Zong berganjak dan memberi kefahaman kepada rakyat untuk faham isu ini dengan betul,” katanya.

Pada masa sama, As-Siddiq berkata, GPS masih belum bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu untuk mengharamkan Dong Zong.

Beliau berkata, usaha GPS setakat ini hanya untuk menyemarakkan semangat rakyat menolak pertubuhan rasis itu.

“Kami boleh nak beri memorandum kepada PM, tetapi saya rasa beliau tidak akan dengar walaupun ianya dihantar hingga sampai ke depan pintu rumahnya.

“Kalau beliau sudah ambil depan pintu rumah, maknanya perkara ini sudah teruk sangat,” katanya. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment