Saturday, December 21, 2019

Pertubuhan Cina Biadab, Bagai Kaduk Naik Junjung

Isu jawi: Sudah sampai masa Melayu bangkit pertahan hak
BANGI – Kebiadaban Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya semakin menjadi-jadi terutama apabila mahu mengadakan persidangan pada 28 Disember ini untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan jawi di sekolah vernakular.

Walhal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan jawi yang hanya memberi tumpuan terhadap teks pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.

Secara keseluruhannya, terdapat empat teks jawi yang berbunyi: ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ dalam jata negara, ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ pada nota ringgit serta ‘Malaysia’ pada setem.

Namun, Dong Zong dilihat memberikan reaksi melampau dalam menentangnya sehingga merancang untuk mengheret kerajaan ke mahkamah mengenai pembelajaran itu.

Sebagai respon terhadap isu itu, salah seorang pengguna laman sosial Facebook, Ias Rahim menegaskan, sudah sampainya orang Melayu bangkit mempertahankan hak bangsa.

“Dah sampai masanya Melayu bangkit pertahankan hak kita. Mereka ini dah semakin melampau, demi perpaduan kita serahkan segala-galanya, tapi apa yang kita dapat di bumi kita ini? Mereka dapat segala-galanya!,” katanya.

Ahmad Nurazizi yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan Dong Zong berkata, sepatutnya persatuan itu sudah lama diharamkan.

“Inilah padah bagi muka sangat kat bangsa Cina. Tidak kira MCA atau DAP sepatutnya mereka sedar semangat kebangsaan negara ini adalah terasnya Melayu dan Islam. Jika tidak setuju, itu maknanya mereka tidak layak untuk bergelar warganegara,” katanya.

Azhar Ahmad pula berkata, keadaan di Malaysia menjadi semakin pelik semenjak Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Di Malaysia kaum minoriti lebih berkuasa dari kaum majoriti, jika ‘mereka’ di Australia, Brazil, Argentina, Amerika dan lain-lain, nak angkat muka pun tak berani dalam kata lain nak memohon itu dan ini pun tak berani inikan nak protes, tetapi di Malaysia ‘mereka’ terlalu berani, itulah bila diberi betis hendak peha. Kaduk dah naik junjung,” katanya.

Sementara itu, Shalhuddin Shah pula menegaskan bahawa sudah tiba masa kerajaan membubarkan serta menutup semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah persendirian.

“Wujudkan satu sekolah Malaysia sahaja semua di bawah Kementerian Pendidikan. Semua kaum disatukan tempat belajar,” syornya. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment