Wednesday, December 25, 2019

Degil! Haramkan Saja Dong Zong

Sikap biadab, ego pertubuhan pelampau boleh pecah belah perpaduan
BANGI – Seluruh rakyat negara ini tanpa mengira kaum diajak mengecam pertubuhan pelampau, Dong Zong, dengan tidak menyertai, menyokong serta menyebarkan ideologi mereka.

Ketua Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan berkata, pertubuhan antinasional itu harus ditolak oleh rakyat demi memastikan keamanan dan keharmonian negara kita.

“DPPM dengan tegas menyatakan bahawa Dong Zong adalah sebuah pertubuhan yang biadab, pencetus kekacauan serta pemecah-belah rakyat Malaysia!

“Setelah pelbagai pihak, malah kerajaan sendiri menegaskan himpunan tersebut bakal mencetuskan kekacauan, mereka masih bersikap keras kepala, ego dan ingin meneruskan perancangan jahat mereka. Tiada kata-kata lain selain dari perkataan biadab yang sesuai untuk mereka,” tegas beliau.

Khairil berkata demikian merujuk kepada kebiadaban pertubuhan rasis Dong Zong yang mahu meneruskan kongres bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular pada 28 Disember ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, atas kebiadaban pertubuhan pelampau Dong Zong ini serta kedegilan mereka, DPPM menggesa pertubuhan ini diharamkan terus dari Malaysia.

“Dong Zong adalah pertubuhan yang tiada fungsinya selain memecah-belahkan perpaduan rakyat dan menyemai sikap antinasional di kalangan masyarakat Cina. Selagi pertubuhan ini masih bertapak, perpaduan kaum akan terus digugat.

“Ini telah dibuktikan melalui sejarah penentangan mereka kepada polisi-polisi kerajaan yang bersifat nasional dan membentuk perpaduan,” katanya.

Beliau juga menggesa Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil langkah drastik agar perhimpunan bantahan pelampau Dong Zong yang dijadualkan pada 28 Disember ini gagal dijalankan dan tidak diteruskan.

“Sekiranya ia berlangsung, DPPM percaya akan ada satu lagi demonstrasi balas dan sudah pasti ia akan mencetuskan perpecahan, malah boleh menjangkau ke rusuhan kaum jika tidak dibendung,” katanya. - www.ismaweb.net

2 comments:

  1. Kita tengok la nanti...Muhyidin KDN,Peguam Negara, KPN, Menteri Askar, Menteri Polis, Ketua Turus Angkatan Tentera berani tak...??? Atau Dong Zong tu lagi POWER !!!

    ReplyDelete