Friday, December 27, 2019

MP Lebih Jaga Kedudukan Daripada Pertahan Jawi

BANGI – Pemimpin politik hanya mengutamakan kedudukan semata-mata untuk meraih undi daripada kaum Cina.

PresidenIkatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, mereka terpaksa akur dengan tuntutan kaum Cina kerana bimbang kalah pada pilihan raya.

“Mungkin Ahli-Ahli Parlimen ini menganggap undi Cina adalah penentu survival politik orang Melayu.

“Perkara ini berlaku tidak kira sama ada kepada kerajaan sekarang mahupun kerajaan terdahulu,” katanya ketika temubual Cakap Serupa Bikin, TV Pertiwi, di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk tindakan pemimpin-pemimpin politik Melayu yang diam seribu bahasa apabila kumpulan pendesak Cina, Dong Zong mahu mengadakan persidangan pertubuhan pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga daripada enam halaman tulisan jawi yang hanya memberi tumpuan terhadap teks pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.

Bilangan halaman itu dikurangkan juga hasil desakan pertubuhan rasis Cina, Dong Zong.

Secara keseluruhannya, terdapat empat teks jawi yang berbunyi: ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ dalam jata negara, ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ pada nota ringgit serta ‘Malaysia’ pada setem.

Dalam isu ini, Ustaz Azizee berkata, badan bukan kerajaan (NGO) seperti iGuru berperanan penting untuk bersuara dan mengeluarkan kenyataan mempertahankan hak-hak pendidikan supaya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebelum ini, kami banyak mengeluarkan kenyataan menentang sekolah vernakular, menyokong usaha pembelajaran tulisan jawi, dan kami juga pernah bincang isu UEC.

“Kita buat rangka untuk memastikan kepentingan orang Melayu, bahasa Melayu dan kepentingan kedudukan anak-anak Melayu mendapat hak yang sewajarnya,” katanya.

Mengambil contoh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), suatu masa dahulu pelbagai NGO yang menentang, sehingga kerajaan terpaksa akur untuk tidak meneruskan sistem berkenaan.

“Ini terbukti apabila kita bersatu hati pasti kepentingan Melayu diutamakan,” katanya apabila ditanya kemampuan NGO untuk bersuara kepada parti-parti politik Melayu. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment