Friday, December 27, 2019

Kongres Cina: Apa Respon Parti Melayu

UMNO, PAS dan Bersatu utamakan undi atau bela budaya kebangsaan
BANGI – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan sokongan pihak tertentu terhadap penganjuran Kongres Organisasi Cina pada 28 Disember ini adalah cabaran kepada parti Melayu.

Beliau berkata, parti perkauman MCA, GERAKAN dan DAP sudah menzahirkan sokongan terhadap himpunan bantah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular anjuran Dong Zong dan pertubuhan Cina.

“Saya menunggu respon parti-parti utama orang Melayu seperti UMNO, PAS dan Bersatu.

“Apakah pendirian mereka? Ini adalah cabaran untuk mereka sama ada mengutamakan undi atau nasib budaya kebangsaan dan orang Melayu. Rakyat sedang menanti dan memerhati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kongres Organisasi Cina dijadual diadakan pada 28 Disember ini bagi membantah garis panduan pengajaran tulisan Jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan.

Kongres itu untuk menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Garis panduan baharu oleh kementerian membenarkan ibu bapa memutuskan sama ada pengajaran itu boleh diperkenalkan di sekolah. Pengajaran akan diteruskan jika lebih daripada separuh daripada ibu bapa pelajar bersetuju.

Dong Zong tidak bersetuju dengan syarat itu kerana dilihat akan menimbulkan perselisihan dan menyebabkan ketidakharmonian antara ibu bapa etnik yang berbeza yang menghantar anak mereka ke sekolah vernakular.

Pertubuhan rasis itu menegaskan bahawa lembaga pentadbir sekolah sepatutnya diberi kuasa untuk memutuskan sama ada harus melaksanakan pengajaran tiga muka surat tulisan Jawi yang dijadualkan bermula tahun depan untuk murid tahun empat.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan penganjuran kongres oleh Dong Zong bagi membantah pengenalan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan.

Lantaran itu, Dr Mahathir bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan orang Melayu akan bertindak balas dengan cara sangat Melayu, (termasuk) meminta sekolah-sekolah Cina ini ditutup. - www.ismaweb.net

2 comments:

  1. Ya...Betul ! Jika x mau jawi x pa.. Tapi sjkc pun kita x mau - baru adil kan...?

    ReplyDelete