Tuesday, December 24, 2019

Himpunan Dong Jiao Zong Musuhi Identiti Negara

Kerajaan kena halang sikap biadab pertubuhan rasis
BANGI – Penganjuran Kongres Pertubuhan Cina pada 28 Disember depan boleh dianggap sebagai satu himpunan yang bersifat memusuhi identiti tanah air tercinta Malaysia.

Ketua Penerangan Berjasa Pusat, Hazwan Mohamad berkata, tindakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia.

“Berjasa menyeru semua rakyat Malaysia untuk memahami lebih mendalam citra identiti negara Malaysia yang mencerminkan watan tanah air yang merdeka. Kembalilah mendukung semangat Perlembagaan Persekutuan yang sebenar.

“Tulisan Jawi adalah tulisan yang diiktiraf Akta Bahasa Kebangsaan 1963 pindaan 1967 yang jelas memperuntukkan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan adalah tulisan rumi dan tidak melarang sama sekali tulisan Jawi untuk digunakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kumpulan pendesak Cina itu dilaporkan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, pertubuhan rasis itu turut meminta lembaga pengelola dan PIBG sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada kementerian sebagai tanda bantahan.

Mengulas lanjut, Hazwan berkata, kerajaan seharusnya bertindak tegas menghalang segala usaha mempromosi kebiadapan terhadap identiti negara sehingga mencacatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa penganjuran kongres oleh Dong Zong boleh mencetuskan kekacauan.

Beliau turut bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.

Bagaimanapun, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai King mengesahkan bahawa kongres itu akan diteruskan walaupun menerima amaran perdana menteri. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment