KUALA LUMPUR 31 Okt. - Meratifikasi atau mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan mengakibatkan berlakunya penghapusan kepada hak istimewa orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berterus terang berhubung tujuan ratifikasi dilakukan bagi mengelakkan berlakunya bantahan, sebaliknya mereka menuntut Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.
“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar bersifat diskriminasi kaum yang dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan akan dimansuhkan.
“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan kaum bumiputera, mereka mengatakan bahawa pengesahan tidak melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Abdul Hamid mendakwa, alasan yang diberikan kerajaan untuk memansuhkan Perkara 153 walaupun tidak pernah menyatakannya secara jelas adalah peruntukan tersebut menghalang kepada perpaduan dan pemansuhannya mampu merealisasikan usaha tersebut.
“Dalam kata lain, hapuskan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera dan berikan hak sama, perpaduan akan wujud. Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Semua pihak perlu sedar,” tegasnya.
Abdul Hamid berkata, sehingga ke hari ini, Malaysia adalah satu daripada 15 negara yang tidak mengesahkan ICERD termasuk Brunei dan Israel.
Beliau turut mengingatkan mereka yang berjuang untuk meratifikasi konvensyen berkenaan supaya jangan cuba memberi gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara teruk kerana Amerika Syarikat (AS) baharu sahaja berbuat demikian pada 1992.
Katanya, Malaysia juga sebelum ini sudah meratifikasi tiga konvensyen iaitu Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (1979), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (1989) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (2006), namun perkara itu tidak dilakukan oleh AS.
Sumber : utusan malaysia
Friday, November 2, 2018
Sunday, October 28, 2018
Kedaulatan....Tahniah Singapura
Suhakam kesal dengan Singapura
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat kesal dengan keputusan kerajaan Singapura menjalankan hukuman mati terhadap seorang rakyat Malaysia yang telah didapati bersalah mengedar dadah di republik itu.
Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, sedangkan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR) menekankan hukuman mati hanya boleh dilaksanakan untuk kes jenayah yang amat serius dan kesalahan dadah tidak termasuk dalam takrifan berkenaan.
Katanya, ini seperti yang berulang kali dinyatakan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia yang bertanggungjawab menginterpretasi kovenan berkenaan.
“Suhakam menyeru kerajaan Singapura untuk terus maju ke arah kesedaran yang lebih menyeluruh dalam mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memansuhkan hukuman mati.
“Sebagai sebuah negara maju yang mengiktiraf pencapaian kemajuan teknologi di mana ia memberikan peningkatan taraf hidup kepada Singapura dan rakyatnya, Suhakam mengulangi kekesalan kerana Singapura masih melaksanakan amalan lapuk yang bertentangan dengan hak kepada kehidupan serta norma peradaban yang progresif,” katanya salam satu kenyataan, di sini hari ini.
Pelaksanaan hukuman mati ke atas warga Malaysia berkenaan, P. Prabu dilakukan hari ini selepas didapati bersalah sebelum ini mengedar dadah di Singapura.– http://www.utusan.com

Saturday, October 27, 2018
Pentingnya Akta Hasutan
Isu Akta Hasutan kembali hangat diperkatakan setelah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberi jaminan bahawa akta tersebut akan dimansuhkan. Tidak seperti pendahulu beliau.
Setelah kerajaan bertukar tangan, usaha menghapuskan Akta Hasutan kembali hidup.
Terdapat tiga sebab utama mengapa rakyat wajib bangkit menentang tindakan kerajaan itu yang merugikan negara dan rakyat jelata.
*** Akta Hasutan penting untuk melindungi kontrak sosial yang dipersetujui sejak merdeka lagi. Secara ringkasnya, isi kandungan kontrak sosial ialah orang Melayu menerima imigran Cina dan India sebagai warganegara.
Imigran Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Imigran Cina dan India juga mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Imigran Cina dan India mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan imigiran Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Justeru itu, akta ini amat diperlukan untuk mengajar mereka yang tiada sensitiviti terhadap isi kandungan kontrak sosial.
*** Akta Hasutan juga berfungsi untuk menangkis ancaman yang mungkin berlaku.
Tiada siapa boleh nafikan keganasan terancang boleh berlaku jika Akta Hasutan dimansuhkan. Akta ini juga berfungsi untuk mengekang ancaman yang boleh menjejaskan sosiopolitik di negara ini.
“Akta Hasutan adalah khusus untuk mengekang terjadinya sesuatu perkara yang dibimbangi mengganggu-gugat keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat berbilang kaum, kedudukan Sultan, agama, dan sebagainya,” jelas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam satu kenyataan.
Jelaslah bahawa Akta Hasutan amat penting sekali untuk mengekang sebarang ancaman yang membahayakan nyawa rakyat negara ini tanpa mengira agama atau pun bangsa.
*** Akta Hasutan sangat diperlukan untuk menjamin kestabilan, keamanan, dan keharmonian rakyat di negara ini.
Kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai perbezaan budaya dan agama.
Sesungguhnya akta ini amat diperlukan untuk menjamin kestabilan, keamanan, dan keharmonian yang kita rasai selama ini.
Intisarinya, Akta Hasutan 1948 perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun kerana akta ini secara khusus dapat melindungi kontrak sosial, mengekang ancaman, dan menjamin keamanan.

Oleh : Ikram Yusof
Subscribe to:
Posts (Atom)