Saturday, August 4, 2012

Top 10 Organisasi Mafia Sedunia


10 . Jamaican - British Yardies 
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan immigran dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan jenayah berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan dadah dan berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kumpulan mafia ini jarang terlibat dalam pertembungan kuasa  dengan pihak berwajib dan undang undang menajadikan Yardies dianggap kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Mereka menggunakan senjata api dalam setiap jenayahnya, yang merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.
9. Mafia Albania
Mafia Albania adalah terdiri dari kumpulan organisasi jenayah yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga dilaporkan aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan juga bahawa Albanian Mafia telah melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan perdagangan dadah dan industri seks. Mereka dikenali mudah untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.
8. Mafia Serbia 
The Serbian Mafia dikatakan beroperasi di lebih dari 10 buah  negara, termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan, jaringan perlindungan, perjudian, dan kecurian informasi. Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan meguasai dan memimpin kumpulan kumpulan yang lebih kecil. Dipercayai 30-40% anggota kumpulan mafia ini tinggal di Serbia.
7. Mafia Yahudi
Mereka telah beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan pembunuhan. Kumpulan telah memasuki dan berakar umbi ke dalam seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.


6. Mexican Mafia
Kumpulan Mafia dari Mexico ini merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 anggota kumpulan di luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut. Mereka juga memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang perlindungan, barangsiapa yang menolak selalunya akan dibunuh.
5. Yakuza
Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah terancang yang berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organisasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang dipotong merupakan tanda penerimaan keanggotaan organisasi ini. Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang asing.
4. Kongsi Gelap - Triads
Kumpulan kongsi gelap ( Triads) terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China. Pernah tengok cerita Young And Dangerous lakonan Cheng E Kin ? Di persembahkan dalam 6 siri dan merupakan antara yang terbaik utnuk menggambarkan keadaan kongsi gelap samada perniagaannya, aktiviti harian dan perhubungan antara ahli dan antara kumpulan.
3. Kartel Dadah Colombia
Kumpulan subversif ini ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan dan aktiviti pengganas.
2. Cosa Nostra - Mafia Sicily 
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi. Cerita tentang kumpulan ini telah banyak yang difilemkan dan antara yang meninggalkan kesan ialah siri The Godfather.
1. Mafia Russia 
Mendahului senarai sebagai organisasi subversif, berpengaruh dan terancang serta mempunyai keahlian yang sangat ramai adalah kumpulan mafia yang bertapak di Russia. Russian Mafia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internet dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa". Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya. 

Sumber : Malaysiaria

Friday, August 3, 2012

Cara Bijak Nyalakan Agenda Keintiman

Adakalanya agenda keintiman kerap menciptakan kebosanan bagi pasangan. Pelbagai pembaharuan perlu dilakukan untuk menghilangkan kejemuan tersebut.

Biar pun meraih kenikmatan, penyegaran di tempat tidur tetap diperlukan. Selain memertahankan kehebatan keintiman bersama pasangan, cara ini diperlukan untuk mengusir kebosanan yang kerap menyerang. Perhatikan tip dibawah ini untuk anda laksanakan.....

Menikmati tubuh satu sama lain
Ketika pemanasan berlangsung, nikmatilah ianya sehingga ghairah dapat terpacu semaksima mungkin. Nikmatilah tubuh satu sama lain.

Lakukan sesuatu yang berbeza
Wanita pada umumnya kelihatan lebih pasif dan enggan memainkan peranan dominan ketika di tempat tidur. Inilah saatnya keluar dari kebiasaan tersebut. Anda tidak perlu bekerja keras untuk menyalakan ghairah bersama pasangan. Cukup berjalan di pintu dan melakukan sesuatu yang berbeza dari biasa. Isyarat ini dapat menjadi penanda dan membuat segalanya lebih panas.

Buat langkah panas untuknya
Sebagai langkah lanjut, buka malam anda dengan membatasi diri selama 10 minit berciuman dan selebihnya hanya menyentuh satu sama lain. Menahan hasrat sementara waktu boleh membuat ghairahnya tak tertahankan, sehingga saat hubungan intim dilakukan akan lebih mencabar dan memberahikan

Anonymous

Pas Tulang Belakang Atau 'Makan Tulang'

WALAUPUN pembahagian kerusi antara anggota-anggota pakatan pembangkang masih belum diputuskan secara rasmi namun Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding DAP dan Pas.

Kenyataan yang dibuat oleh Mustafa pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas itu mengesahkan pandangan beberapa pihak sebelum ini yang menegaskan bahawa Pas tidak akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding PKR.

Lebih daripada itu ia juga sekali gus menafikan hasrat Pas untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang memandangkan kerusi yang bakal mereka tandingi jauh lebih rendah berbanding PKR.

Namun apa yang melucukan dalam kenyataannya, Mustafa berkata, Pas tetap akan menjadi tulang belakang kepada PR (Pakatan Rakyat). Persoalannya, bagaimanakah Pas hendak menjadi tulang belakang kepada pakatan pembangkang kalau kerusi yang ditandingi pun kurang daripada PKR.

Dan apakah Pas begitu yakin jumlah kerusi yang akan dimenangi oleh mereka dalam pilihan raya umum nanti lebih banyak daripada PKR.

Penulis bersetuju kalau kenyataan tulang belakang ini merujuk kepada pengundi dan penyokong Pas kerana tanpa sokongan mereka, PKR tidak akan ke mana. Malahan pengundi dan penyokong Pas lah yang berduyun-duyun menghadiri ceramah PKR, tanpa mereka sudah pasti ceramah berkenaan tidak seramai mana.

Selain itu ahli dan penyokong Pas juga mempunyai gerakan jentera pilihan raya yang jauh lebih hebat berbanding PKR.

Tetapi malangnya, Pas tidak mempertimbangkan kelebihan yang ada kepada mereka, sebaliknya lebih rela PKR menjadi dominan biar pun parti tersebut bergelumang dengan pelbagai masalah.

Tahniahlah kepada penyokong Pas kerana dalam pilihan raya umum nanti mereka akan bertungkus lumus bukannya untuk memastikan Pas menjadi tonggak pemerintahan jika pembangkang memerintah sebaliknya akan menjulang pemimpin parti lain sebagai ketua.

Pada sidang akhbar itu, Mustafa turut memberitahu, Pas juga dijangka mendapat tujuh kerusi Parlimen baru di Sarawak. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa Pas akan bertanding di kawasan yang rakan dalam pakatan tidak berani berbuat demikian.

Memanglah PKR dan DAP lebih bijak daripada Pas kerana mereka tidak mahu membazirkan tenaga dan masa dengan bertanding di kawasan yang boleh disifatkan masa hari penamaan calon pun sudah kalah.

Namun Pas mungkin hendak menunjukkan keberanian tidak bertempat apabila rela berbuat demikian.

Bagaimanapun pengumuman Mustafa mengenai penguasaan kerusi PKR dalam pilihan raya nanti sudah jelas membuktikan bahawa segala isu mengenai hukum hudud dan negara Islam yang kini begitu rancak diperkatakan oleh pemimpin Pas dan DAP hanyalah sandiwara politik Pas.

Kalau Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang, kalau Pas tidak memenangi kerusi lebih banyak daripada PKR dan DAP, apakah mungkin mereka mampu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam itu?

Pendirian DAP dalam perkara berkenaan sudah jelas manakala pendirian PKR pula semua orang boleh menjangkakan pihak mana yang akan disokong oleh parti tersebut.

Bukankah Angkatan Muda Keadilan (AMK) sudah menyanggah Pas dalam isu hukum hudud ini? Itu belum lagi mengambil kira bagaimana pemimpin PKR mahu semu anggota pakatan pembangkang berpegang kepada Buku Jingga yang di dalamnya langsung tidak menyebut soal hukum hudud dan negara Islam.

Apatah lagi sudah ada cakap-cakap bahawa PKR akan membuka laluan kepada DAP untuk bertanding di kerusi miliknya yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Semua ini menunjukkan bahawa Pas hakikatnya hanya alat dalam pakatan pembangkang untuk meraih undi rakyat dan jenteranya akan 'diperkudakan' untuk memastikan kemenangan calon PKR dan DAP.

Jika Pas tidak boleh menjadi tulang belakang maka tidak payahlah parti itu bercakap soal memperjuangkan Islam lagi kerana semua itu hanyalah retorik. Begitulah juga penceramah-penceramah bebas yang menyokong Pas janganlah begitu mendabik dada dalam ceramah-ceramah mereka mengatakan Pas parti Islam manakala UMNO adalah parti sekular dan sesat.

Kenyataan ini dibuat oleh seorang penceramah popular ketika mengulas penyertaan ulama muda dalam UMNO dan beliau menyifatkan ulama-ulama berkenaan bergelumang dengan najis apabila sertai UMNO.

Apa yang kita mahu tanya kepada penceramah berkenaan sejauh manakah beliau yakin bahawa Pas adalah parti Islam? Pas akan bertanding kerusi kurang daripada PKR dan DAP, dengan keadaan itu bolehkah ia memperjuangkan Islam?

Kalau beliau menganggap UMNO parti sekular, bagaimana pula dengan Pas yang berkawan dengan parti sekular? Perjuangan Pas sekarang adalah negara berkebajikan dan bukannya negara Islam, inilah faktanya.

Pas akan bertanding kerusi kurang daripada PKR dan akan menang kerusi lebih rendah daripada DAP, oleh itu tidak perlulah Pas hendak memperjuangkan apa-apa agenda parti itu. Sebaliknya mereka perlu menjadi 'pak turut' yang setia dengan mematuhi apa sahaja kehendak dan perancangan politik PKR dan DAP.

Tidak payah lagi berbangga dengan sejarah perjuangan Islam yang dipelopori oleh ulama-ulama ketika Pas ditubuhkan pada tahun 1951 kerana semua itu sudah ditinggalkan dan hanya sekadar catatan sejarah.

Ia memandangkan matlamat Pas sekarang hanyalah mahu merebut kuasa politik bersama PKR dan DAP. Daripada sebuah parti yang cukup digeruni suatu ketika dulu, Pas kini dilihat hanyalah sebuah parti yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan.

Sebab itulah Pas bersedia membenarkan PKR terus dominan dalam pakatan pembangkang dan tidak berani menyanggah tindak tanduk DAP.

Kini berdasarkan kenyataan Mustafa penyokong-penyokong Pas mempunyai dua pilihan dalam pilihan raya umum nanti, pertama, mereka menyokong pakatan pembangkang atau memberi isyarat kepada kepimpinan Pas untuk 'kembali ke pangkal jalan'.

Ia kerana kalau mereka terus mahu menyokong pakatan tersebut yang akan untung bukan Pas tetapi PKR yang pemimpin-pemimpinnya sudah banyak menyusahkan pakatan dengan pelbagai isu dan DAP yang terang-terang menentang hukum hudud dan perjuangan negara Islam Pas.

Dalam keadaan ini penyokong Pas akan menjadi seperti lebai malang, menang sorak kampung tergadai.

Tetapi kalau mereka membuat pilihan kedua iaitu menghantar isyarat kepada kepimpinan Pas dengan tidak menyokong pakatan pembangkang, ia akan berupaya mengembalikan Pas sebagai sebuah parti Islam sebenar dengan ulama kembali menjadi tonggak penentu perjalanan politik Pas.

Apa pun sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi jumlah kerusi yang ditandingi oleh PKR,DAP dan Pas, namun isyarat awal sudah diterima Pas tidak akan jadi tulang belakang sebaliknya mungkin berada di posisi 'orang lain makan isi, dia makan tulang'.

Oleh : Zulkiflee Bakar