SAYA ingin menarik perhatian SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan seluruh rakyat Malaysia berkaitan pengumuman operasi besar-besaran bagi mengesan “pesalah trafik” yang enggan menyelesaikan kira-kira 1.9 juta saman “tertunggak” dan waran tangkap yang belum diselesaikan yang diumumkan dalam siaran media PDRM pada 11 JUN 2014.
Sila rujuk kepada mana-mana perundangan sama ada Kanun Tatacara Jenayah atau pun Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan saman dan waran tangkap nescaya perkara berkaitan “saman tertunggak” dan waran tangkap yang belum selesai ini tidak akan berbangkit.
Saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan “saman tertunggak”. Jumlah kira-kira 1.9 juta “saman tertunggak” itu adakah “saman” atau “notis”? Saya mohon SAC Mohd Fuad Abd Latif jelaskan kepada masyarakat apa status sebenarnya.
Sudah acap kali saya jelaskan sebelum ini malah telah beberapa kali juga saya mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan atau Peguam Negara atau Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja yang berkaitan untuk membuktikan kepada saya kewajipan membayar saman dan kewajipan membayar kompaun selagi tidak diputuskan oleh Mahkamah. Jika ada peruntukkan mewajibkan kompaun dan saman dibayar, saya bersedia untuk membayar semua kompaun dan saman yang telah dikeluarkan, sebaliknya jika tiada maka saya memohon dilupuskan saman-saman lapuk yang telah dikeluarkan dan hentikan sebarang ugutan kepada pengguna. Sehingga hari ini tiada sebarang respon cabaran saya tersebut.
Untuk kesekian kalinya saya ingin maklumkan bahawa saman ialah notis meminta orang yang disaman hadir ke mahkamah dan kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar. Saman bukan seperti invois yang wajib dibayar yang mana kegagalan membayar dianggap hutang yang tertunggak.
Malah melabel penerima saman sebagai pesalah trafik juga adalah suatu label yang pra-matang dan tidak bertanggungjawab. Saman bukan bukti kesalahan. Setiap penerima saman bukan pesalah melainkan Mahkamah memutuskan mereka bersalah melakukan kesalahan. “Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.
Saya tidak menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang tetapi untuk menguatkuasakan undang-undang juga perlu mengikut undang-undang. Pihak berkuasa undang-undang tidak boleh sewenang-wenang menguatkuasakan undang-undang tanpa mereka terlebih dahulu mengikut undang-undang. Yang dituduh melakukan kesalahan perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Jika mereka mengambil pilihan membayar tawaran kompaun, itu hak yang diberikan kepada mereka. Jika mereka tidak membayar tawaran kompaun, itu juga hak yang diberikan oleh undang-undang kepada mereka.
Saman tidak akan tertunggak jika semua saman dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Jika penerima saman hadir Mahkamah dan mengaku salah, maka Mahkamah akan perintahkan membayar denda. Selesai saman. Jika penerima saman tidak hadir Mahkamah maka waran tangkap dikeluarkan supaya penerima ditangkap dan dibawa ke Mahkamah. Apabila ditangkap dan dibawa ke Mahkamah, maka proses yang sama berjalan. Jika penerima saman mengaku salah, maka Mahkamah perintahkan hukuman denda dan sebagainya. Selesai saman. Tiada tertunggak.
Polis keluarkan saman kemudian saman tersebut tidak dibawa ke Mahkamah. Apabila bertimbun saman dalam simpanan Polis maka dituduh dan dilabel penerima saman enggan selesaikan saman menyebabkan saman tertunggak. Yang menyebabkan saman tertunggak itu pihak berkuasa bukan yang menerima saman. Anda tidak buat kerja jangan salahkan orang lain.
Bagi menyelesaikan isu ini, saya cadangkan kepada PDRM atau JPJ untuk membawa semua saman dan daftarkan di mahkamah berkenaan. Apabila saman didaftarkan di mahkamah, saya percaya tidak akan timbul lagi isu ini. Kita hidup berpandukan undang-undang. Gunakan saluran undang-undang yang betul dan jangan jadi ketam.
Oleh : Zulhazmi Shariff
Thursday, June 12, 2014
Saman Bukan Invois: Jangan Ugut Pesalah Trafik
Saturday, June 7, 2014
Suara Rakyat Johor.....Terjajahkah Kita?
Tycoon Singapura Peter Lim Bakal Menguasai Sektor Keselamatan Di Wilayah Iskandar Johor
Sejak Wilayah Iskandar dilancarkan beberapa kuasa asing sudah mula mengintai peluang bagaimana untuk bertapak di bumi Malaysia.

Percaturan kuasa asing cukup jelas apabila syarikat perniagaan milik seorang jutawan Singapura Peter Lim iaitu Peter Lim's Soverus Group dan anak kepada Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman telah bekerjasama untuk menubuhkan sebuah perniagaan keselamatan terbesar di Wilayah Iskandar Johor.
Lain-lain pelaburan Lim di Wilayah Iskandar termasuk RM3.2bil sukan permotoran bandar Fastrack Iskandar, yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Ada juga Adun di negeri Johor berasa kurang senang kerana pentadbiran negeri Johor begitu mudah memberi peluang kepada seorang rakyat Singapura untuk ‘membantu’ Johor dalam hal ehwal keselamatan.

Soverus, merupakan sebuah syarikat terbesar berkaitan keselamatan di Singapura bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan malah mempunyai peralatan canggih termasuk sistem persenjataan, perisikan, perundingan keselamatan, sistem penyelesaian, sistem keselamatan, tag keselamatan, keselamatan siber, analitik besar-data, forensik IT dan penyiasatan swasta.
Peter Lim's Soverus Group merupakan pelabur terbesar di wilayah Iskandar Johor dalam tempoh dua tahun lepas.
Rowsley Ltd, di mana keluarga diraja Johor dan Peter Lim adalah kedua-dua pemegang saham utama, sedang membangunkan RM10bil bersepadu pembangunan bercampur pada 9.23 hektar tanah utama di Johor Bahru City Centre.
Kedua-dua pihak juga pihak yang bertanggungjawab melabur sejumlah RM2 bilion bagi membangunkan pusat perubatan tercanggih yang dinamakan Thomson Iskandar.
Lain-lain pelaburan Lim di Wilayah Iskandar termasuk RM3.2bil sukan permotoran bandar Fastrack Iskandar, yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Wilayah Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi, kira-kira tiga kali saiz Singapura, ia menawarkan tanah harga yang kompetitif dan infrastruktur sedia seperti utiliti kuasa, rangkaian dan perkhidmatan pengangkutan, serta telekomunikasi yang luas.
Pelabur asing terutamanya dari Singapura berebut-rebut untuk melabur dalam pembangunan di Wilayah Iskandar.
Beberapa Adun dari Johor dilihat kurang senang dengan perkembangan ini apabila ada jutawan Singapura diberi tempat mengendalikan hal keselamatan di Wilayah Iskandar.
Apatah lagi apabila pasukan kawalan keselamatan milik jutawan Singapura Peter Lim hampir menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar.
Ada juga Adun di negeri Johor berasa kurang senang kerana pentadbiran negeri Johor begitu mudah memberi peluang kepada seorang rakyat Singapura untuk ‘membantu’ Johor dalam hal ehwal keselamatan.
Amat diharapkan agar sejarah tidak berulang, lupakah kita bahawa permulaan zaman penjajahan british adalah disebabkan Sultan Kedah melantik sebuah syarikat keselamatan daripada Francis Light untuk menghalau Siam?
Kerana tipu helah British, orang Melayu kehilangan Pulau Mutiara sehingga hari ini walaupun sudah beratus tahun. Kerana tipu helah British orang Melayu terpaksa berkongsi negara Malaysia dengan kaum-kaum lain seperti cina dan India.
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sewajarnya mempertimbangkan atau menghentikan kontrak ini sebelum terlambat, ramai lagi usahawan Malaysia yang berkebolehan mempunyai syarikat keselamatan jika mahu mempertahankan negara ini.
Apakah dengan memberi kontrak kepada jutawan dari Singapura akan memberi manfaat kepada rakyat Johor khususnya.
Sumber : Sungai Rapat Online
Wednesday, June 4, 2014
Suara Rakyat Johor....Wajarkah Penambakan Pesisir Pantai Selat Tebrau Di Lakukan?
Penambakan Laut Di Johor Dan Hipokrasi Politik BN
Dalam rencana terdahulu saya telah memperkatakan tentang kesan kemusnahan paya bakau terhadap bekalan ikan dan kehidupan nelayan. Rencana kali ini meninjau pula kesan penambakan laut, terutama ke atas nelayan tradisional.
Nelayan tradisional adalah nelayan yang menggunakan peralatan tradisional seperti pancing, sangkar atau jaring untuk menangkap ikan dan menggunakan bot kecil berenjin sangkut. Nelayan pantai juga termasuk mereka yang mengutip lokan dan siput di pantai.
Laporan pendaratan ikan makan pada 2011 menunjukan kuantiti pendaratan ikan laut pantai mencecah 65 peratus berbanding pendaratan ikan laut dalam yang hanya mencatatkan sekitar 17 peratus. Justeru itu, perhatian harus juga diberikan kepada nelayan tradisional.
Dari segi saiz atau keluasan kawasan operasi penangkapan ikan laut pantai ini, ia adalah sekitar skala lima batu nautika dari pantai. Keluasan secara keseluruhannya pula tidak begitu besar kerana faktor saiz bot dan kapasiti enjin yang kecil.
Projek penambakan persisir pantai
‘Pejabat’ atau tempat kerja nelayan pantai ini adalah di pesisiran pantai. bermakna segala apa yang berlaku di kawasan pesisir pantai, secara langsung akan memberi kesan terhadap mereka dan kerja mereka.
Jika projek pembangunan, atau lebih tepat lagi projek penambakan laut, di persisiran pantai dibuat tanpa perancangan yang teliti, maka ia akan menjadi projek pembangunan yang merosakkan.
Projek penambakan yang tidak teliti ini bermaksud projek yang dijalankan tanpa kajian mendalam atau tanpa mempedulikan kesan-kesan sampingannya. Ia juga bermakna projek yang dijalankan itu adalah salah dari segi moral dan undang-undang.
Maka ia boleh juga dinamakan sebagai projek gila. Apabila projek gila ini terus dijalankan, ia akan memberi kesan negatif terhadap ekosistem di kawasan terbabit.
Kesan kepada ikan dan juga sumber makanannya seperti rumpai laut dan benih atau anak-anak ikan akan semakin berkurangan, mutu air akan menurun, hutan bakau akan pupus dan pantai akan terhakis bersama dengan batu-batu karang yang ada. Akhirnya hidupan asal di situ akan pupus dan sebahagiannya lari jauh ke tengah laut.
Bayangkan jika pejabat atau tempat anda cari makan diganggu, dikotori atau dirosakkan. Bagaimana anda dapat menghadapinya?
Adakah dapat nelayan pantai ini bertukar menjadi nelayan laut dalam dengan enjin dan bot kecil yang mereka ada?
Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, nelayan pantai akan menghadapi kemerosotan hasil dan akhirnya akan kehilangan sumber pendapatan, kesannya juga akan dirasai oleh kita sebagai pengguna.
Projek Pulau Ubah
Salah satu contoh projek gila yang sedang menggila ini berlaku di perairan Tanjung Kupang, Selat Johor. Lim Kit Siang menamakannya sebagai Pulau Ubah. Keluasannya sekitar dua ribu lima ratus ekar. Jaraknya tidak sampai 10 km dari pantai Singapura. Berdasarkan peta, kawasan ini berada dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.
Kawasan yang ditambak ini pada asalnya adalah tempat yang bersih, ibarat satu kebun yang subur tanahnya. Dokumen Shoreline Management Plan 2013 mengenalpasti kawasan perairan Tanjung Kupang ini sebagai kawasan yang sangat kaya dengan pelbagai hidupan laut kerana ia mempunyai rumpai laut (Seagrass bed) yang mungkin antara yang terbesar di dunia.
Ia juga menjadi habitat kuda laut dan kawasan ikan dugong bermain. Malah, IRDA sendiri telah mencadangkan agar kawasan ini dilindungi dan diwartakan sebagai kawasan perlindungan laut.
Tetapi kini kawasan perairan tersebut sedang ditukar menjadi tanah daratan tanpa diketahui untuk tujuan apa. Dalam dokumen Comprehensive Development Plan (CDP) yang telah diluluskan IRDA sebagai pelan induk Iskandar Malaysia, ‘Pulau Ubah’ ini tidak wujud sama sekali. Namun, pulau tersebut sedang membesar, ini keajaiban yang pertama.
Persoalannya ialah bagaimana projek ini boleh dijalankan tanpa ada laporan penilaian dampak alam sekeliling (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar? Apakah agensi kerajaan negeri tidak tahu atau tidak ambil peduli?
Atau, apakah projek ini mendapat perlindungan dari pihak-pihak tertentu? Atau, agensi yang bertanggungjawab hanya pejam mata dengan projek gila ini? Jika pejam mata, kuasa siapakah yang mengarahkan mereka untuk pejam mata? Ini keajaiban kedua.
Kesemua persoalan ini berkaitan dengan integriti serta urus tadbir kerajaan negeri yang baik. Keseluruhan projek ini tidak menunjukan adanya ketelusan dari pihak berkuasa. Pelan tak ada, papan tanda projek tak ada, laporan dari EIA juga tak ada.
Kerajaan negeri Johor perlu diingatkan, “jangan main-main dengan undang-undang”, meminjam kata-kata mendiang Karpal Singh.
Mengata dulang paku serpih
Jika dilihat sejarah isu penambakan laut ini, pastinya kita tidak lupa terhadap kerajaan Singapura suatu ketika dahulu, sekitar tahun 2002, apabila mereka melakukan penambakan laut di Pulau Tekong. Masa itu kita turut protes.
Ketika itu, kita mempertikai langkah kerajaan Singapura yang akan menjejaskan ekonomi dan ekosistem perairan kita. Liputan akhbar juga sangat meluas, seolah-olah kita begitu prihatin terhadap alam sekitar dan kesan-kesannya ke atas ekonomi tempatan.
Tetapi rupa-rupanya, bantahan itu hanyalah satu bentuk hipokrasi politik kerajaan BN. Dulu kita yang membantah, tetapi kini yang mengambil langkah yang sama. Malah, media massa kita membisu tentang projek gila ini.
Jika kita selidik juga dengan lebih mendalam projek penambakan di Pulau Tekong itu, batu dan pasir yang digunakan untuk menambak itu sebahagiannya datang dari Malaysia juga. Hal ini tak pula dilaporkan media arus perdana secara meluas.
Dalam kes Pulau Ubah ini, Singapura tidak pula membantah sepertimana kita dahulu. Mengapa agaknya? Adakah kerana mereka sedar bahawa mungkin bantahan itu akan kembali mencetuskan ketegangan hubungan dua negara?
Atau Singapura sengaja membiarkannya kerana mereka tahu bahawa semua penambakan ini akhirnya akan ‘merapatkan’ lagi tanah semenanjung dengan pulau Temasik itu untuk faedah strategiknya.
Integriti pentadbiran dan hak
Kedua-dua isu nelayan pantai dan soal integriti kerajaan negeri, adalah suatu hal yang amat penting. Ketelusan pentadbiran kerajaan negeri akan menentukan masa depan ekonomi negeri dan sumber bekalan makanan untuk rakyat.
Kita perlu mengekalkan kewujudan nelayan tradisional bukanlah kerana kita mahu mereka terus menjadi nelayan tradisional, tetapi kita mahu ia dikekalkan kerana itu adalah hak mereka.
Kerajaan yang amanah harus melindungi hak mereka untuk menjadi nelayan, hak rakyat untuk memastikan bekalan sumber makan laut terjamin, hak alam ini untuk dilindungi, dan hak kita untuk membangun dan maju dengan cara yang betul.
Jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih.
Sumber : roketkini.com

Subscribe to:
Posts (Atom)