Saturday, June 7, 2014

Suara Rakyat Johor.....Terjajahkah Kita?

Tycoon Singapura Peter Lim Bakal Menguasai Sektor Keselamatan Di Wilayah Iskandar Johor
Sejak Wilayah Iskandar dilancarkan beberapa kuasa asing sudah mula mengintai peluang bagaimana untuk bertapak di bumi Malaysia.


Percaturan kuasa asing cukup jelas apabila syarikat perniagaan milik seorang jutawan Singapura Peter Lim iaitu Peter Lim's Soverus Group dan anak kepada Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman telah bekerjasama untuk menubuhkan sebuah perniagaan keselamatan terbesar di Wilayah Iskandar Johor.
 
Soverus, merupakan sebuah syarikat terbesar berkaitan keselamatan di Singapura bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan malah mempunyai peralatan canggih termasuk sistem persenjataan, perisikan, perundingan keselamatan, sistem penyelesaian, sistem keselamatan, tag keselamatan, keselamatan siber, analitik besar-data, forensik IT dan penyiasatan swasta.

Peter Lim's Soverus Group merupakan pelabur terbesar di wilayah Iskandar Johor dalam tempoh dua tahun lepas.

Rowsley Ltd, di mana keluarga diraja Johor dan Peter Lim adalah kedua-dua pemegang saham utama, sedang membangunkan RM10bil bersepadu pembangunan bercampur pada 9.23 hektar tanah utama di Johor Bahru City Centre.
 
Kedua-dua pihak juga pihak yang bertanggungjawab melabur sejumlah RM2 bilion bagi membangunkan pusat perubatan tercanggih yang dinamakan Thomson Iskandar.

Lain-lain pelaburan Lim di Wilayah Iskandar termasuk RM3.2bil sukan permotoran bandar Fastrack Iskandar, yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Wilayah Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi, kira-kira tiga kali saiz Singapura, ia menawarkan tanah harga yang kompetitif dan infrastruktur sedia seperti utiliti kuasa, rangkaian dan perkhidmatan pengangkutan, serta telekomunikasi yang luas.
 
Pelabur asing terutamanya dari Singapura berebut-rebut untuk melabur dalam pembangunan di Wilayah Iskandar.
 
Beberapa Adun dari Johor dilihat kurang senang dengan perkembangan ini apabila ada jutawan Singapura diberi tempat mengendalikan hal keselamatan di Wilayah Iskandar.
 
Apatah lagi apabila pasukan kawalan keselamatan milik jutawan Singapura Peter Lim hampir menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar.

Ada juga Adun di negeri Johor berasa kurang senang kerana pentadbiran negeri Johor begitu mudah memberi peluang kepada seorang rakyat Singapura untuk ‘membantu’ Johor dalam hal ehwal keselamatan.

 
Amat diharapkan agar sejarah tidak berulang, lupakah kita bahawa permulaan zaman penjajahan british adalah disebabkan Sultan Kedah melantik sebuah syarikat keselamatan daripada Francis Light untuk menghalau Siam? 
 
Kerana tipu helah British, orang Melayu kehilangan Pulau Mutiara sehingga hari ini walaupun sudah beratus tahun. Kerana tipu helah British orang Melayu terpaksa berkongsi negara Malaysia dengan kaum-kaum lain seperti cina dan India.
 
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sewajarnya mempertimbangkan atau menghentikan kontrak ini sebelum terlambat, ramai lagi usahawan Malaysia yang berkebolehan mempunyai syarikat keselamatan jika mahu mempertahankan negara ini.
 
Apakah dengan memberi kontrak kepada jutawan dari Singapura akan memberi manfaat kepada rakyat Johor khususnya.
 

No comments:

Post a Comment