Jurucakap Gagasan Bangsa, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan tindakan itu ‘lebih sudu daripada kuah’, sedangkan untuk memahami agama dan budaya kaum lain sudah memadai melalui penganjuran dialog sahaja.
“Apa objektif lawatan ke rumah ibadat bukan Islam? Jika sekadar hendak memahami agama, dialog pun dah cukup. Tak perlu nak pergi ziarah pula. Dan dialog ini boleh dianjurkan di mana-mana dan sudah banyak dibuat pun.
“Ini hingga nak ziarah untuk memahami agama lain sebagainya, bukan perlu dibuat. Orang Islam sekarang ini masjid pun kosong lagi, sepatutnya kita buat seruan ke masjid dulu sebelum nak suruh nak ke rumah ibadat lain.
“Kenapa kita nak bersungguh sangat, menjadikan kita nampak macam pelik sikit lah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata, sepatutnya pemimpin Islam di negara ini memperkasakan kefahaman, penghayatan anak-anak muda umat Islam kepada agama Islam itu sendiri.
“Bukan tiba-tiba masjid pun jarang pergi, penghayatan pun tak seberapa tiba-tiba kita nak pergi ajak ziarah tempat orang lain.
“Kita ini kan negara majoriti umat Islam, jadi kenapa kita seolah olah beria-ia sangat. Lebih sudu dari kuah untuk memahami agama orang lain. Nak memahami agama kita pun masih lintang pukang dan sebagainya.
“Bukan bermakna kita nak memusuhi agama lain tetapi tak perlu sampai nak ziarah,” katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq dilaporkan mahu menggesa lebih 100,000 ahli parti itu melawat rumah ibadat agama lain.
Katanya, lawatan ke rumah ibadat lain akan membantu generasi muda memahami agama dan budaya kaum lain.
“Adakah melawat tempat agama lain, melihat seni binanya dan memahami sejarahnya akan mengurangkan iman kita? Saya yakin tidak.
“Sebagai presiden Muda, saya mahu menggesa lebih 100,000 ahli Muda untuk melawat mana-mana rumah ibadat, kerana ini (Malaysia) adalah rumah kita, bersama dan selamanya,” katanya menerusi satu klip video. - ismaweb.net
No comments:
Post a Comment