Perkara tersebut tidak mustahil kerana tindakan individu yang biadab seperti menghina ketua negara dan Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ‘diterima serta dimaafkan’ oleh pihak berkuasa, sekali gus memberi mesej bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk mereka terus bersikap kurang ajar.
Pemegang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh lemah dalam menguatkuasakan undang-undang kerana isu dibangkitkan mempunyai kaitan dengan aspek keselamatan negara.
“Acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang boleh menyebabkan jenayah dan ketidaktentuan kepada negara, seterusnya melahirkan keadaan kacau-bilau.

Semalam, 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan pelbagai pihak di Pahang membuat laporan polis susulan kebiadaban pemilik akaun Facebook menggunakan nama Desmond Yongkor menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Dalam perkembangan sama, Zainal berkata, setelah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, agak mustahil jika masih terdapat rakyat yang tidak memahami kedudukan raja-raja Melayu seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. - utusan.com.my
No comments:
Post a Comment