Kalau anda rajin bersiar-siar di ibu negara Kuala Lumpur, perhatikan sekarang ada banyak bangunan lama dan baharu yang tiada berpenghuni. Ahli-ahli ekonomi Malaysia sendiri mengakui berlaku lambakan hartanah. Banyak ruang di kompleks beli-belah, bangunan komersial dan unit-unit kondominium mewah masih kosong dan tidak dapat dijual di sekitar Lembah Klang.
Bank Negara Malaysia melalui rencana bertajuk ‘Ketidakseimbangan Dalam Pasaran Hartanah,’ mendedahkan pada suku pertama 2017, jumlah hartanah kediaman tidak terjual adalah sebanyak 130,690 unit. Jumlah itu yang tertinggi dalam tempoh sedekad dan ia hampir menyamai dua kali purata dalam sejarah yang pernah tercatat sebanyak 72,239 unit setahun antara 2004 hingga 2016.
Kira-kira 83 peratus jumlah unit tidak terjual itu berada dalam kategori harga melebihi RM250,000. Sebanyak 61 peratus daripada jumlah tidak terjual terdiri daripada bangunan tinggi dengan 89 peratus daripadanya melebihi RM250,000.
Johor mempunyai bahagian unit kediaman tidak terjual yang terbesar, diikuti Selangor (21 peratus), Kuala Lumpur (14 peratus) dan Pulau Pinang (lapan peratus).
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata setakat suku pertama tahun ini, ada 130,000 unit kediaman tidak terjual dan kebanyakannya dijual pada harga RM250,000 ke atas. Namun, kebanyakan rakyat di negara ini hanya mampu membeli rumah di bawah harga berkenaan dan layak mendapat pembiayaan pinjaman.
“Jika dibandingkan pada suku sama pada 2012, terdapat 54,000 rumah tidak terjual, tetapi rumah dalam segmen mewah hanya sekitar 19,000 tidak terjual. Berbanding hari ini, 130,000 kediaman tidak terjual dan 108,000 unit adalah kediaman mewah,” katanya.
Perkara ini berlaku kerana pada sekitar lima tahun lalu sebelum kerajaan memperkenalkan pelbagai polisi perumahan, banyak syarikat hartanah membangunkan kediaman dalam segmen mewah.
Hal ini membayangkan kemampuan rakyat dan menunjukkan bahawa penawaran kediaman hartanah adalah tidak seimbang dengan permintaan rumah mampu milik yang dituntut majoriti rakyat negara ini.
Kaut untung
Bagi orang biasa seperti saya melihat keadaan ini, ia berlaku disebabkan permintaan terhadap hartanah semakin berkurang. Siapa yang mampu beli jika harganya terlalu mahal. Nampak sangat pemiliknya mahu kaut untung segera dengan banyak. Tidak mampu orang hendak menyewa apatah lagi membelinya.
Sekarang kita boleh lihat iklan rumah baharu yang menawarkan harga lebih RM400,000 untuk rumah dua tingkat dan lebih RM350,000 untuk townhouse.
Nampaknya syarikat pemaju pun sudah buka mata dan sedar bahawa orang ramai tidak mampu membeli unit rumah yang berharga lebih RM500,000.
Kerajaan pula tidak menolak kemungkinan harga rumah bakal turun ekoran berlakunya trend unit kediaman siap dibina tidak terjual atau overhang yang meningkat sebanyak 40 peratus.
Sebanyak 20,807 unit kediaman bersamaan nilai RM12.26 bilion tidak terjual manakala kondominium berharga melebihi RM500,000 mendominasi overhang.
Kalau harga rumah teres biasa sudah dikurangkan, ada kemungkinan harga kondominium dan hartanah lain juga akan diturunkan. Tunggu masa sahaja. Jika tidak... biarkan sahaja begitu tanpa dibeli.
Sekarang kerajaan sudah memutuskan membekukan sementara pembinaan kondominium dan premis komersial seperti pejabat bernilai RM1 juta ke atas bagi mengimbangi penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.
Langkah pembekuan wajar sebab banyak yang tak laku, tapi kerajaan juga perlu lihat tahap kemampuan dan pendapatan rakyat dalam keadaan ekonomi sekarang
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, dari segi bekalan, pasaran perumahan tidak menyediakan bekalan rumah mampu milik yang mencukupi untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
Muhammad berkata, isu rumah mampu milik lebih mencerminkan keadaan tidak seimbang antara bekalan dengan permintaan rumah di Malaysia dan keadaan ini bertambah teruk dalam tempoh tahun 2012 hingga 2014.
“Malah, kesan kurangnya bekalan rumah terhadap kemampuan memiliki rumah diburukkan lagi oleh kadar kenaikan pendapatan isi rumah yang lebih perlahan, tidak sepadan dengan kenaikan harga rumah. Situasi yang terus memburukkan isu kemampuan memiliki rumah ialah trend pelancaran rumah yang lebih banyak dalam kategori rumah berharga melebihi RM250,000.
Mungkin ada benarnya kata Gabenor itu, kita sebenarnya terlebih membina pusat beli-belah dan bangunan komersial berbanding rumah mampu milik yang boleh dilihat di sepanjang jalan yang dibangunkan begitu banyak.
Pedulilah geopolitik Melayu di bandar
Sekarang tiada lagi projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Barangkali projek seumpama itu yang terakhir di Kuala Lumpur ialah Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion.
Pengambilalihan tanah rizab di ibu negara dan pinggir bersempadan dengan Selangor juga tiada ke arah untuk bina perumahan kos rendah. Banyak sudah kawasan yang dahulu dihuni golongan miskin dan sederhana bandar kini ditukar menjadi kawasan perumahan mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.
Bukan mengejutkan apabila kawasan yang dahulu majoritinya orang Melayu kini dikuasai oleh bukan Melayu. Para pegawai perancang bandar yang diketuai oleh orang Melayu mustahil tidak sedar perubahan geopolitik di kawasan yang baru mereka majukan. Atau pihak pegawai tinggi di jabatan kerajaan berkaitan hanya peduli cara untuk menampakkan kawasan itu menjadi wilayah elit.
Tindak-tanduk orang Melayu sendiri yang memberi kesan buruk terhadap geopolitik di sesuatu kawasan. Sekarang banyak kawasan yang dahulu dipengaruhi orang Melayu kini sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu.
Pemimpin Melayu sendiri tidak ambil peduli situasi geopolitik yang wujud di kawasan yang dimajukan hingga menjadi penyebab utama tergugatnya sokongan orang Melayu kepada parti politik. Jadi berhati-hati terutama buat pemantauan dan kawalan dalam pengambilan dan penjualan tanah rizab Melayu atau tanah kerajaan di kawasan tertentu.
Geopolitik berkait rapat dengan soal pilihan raya melalui kawasan yang ditandingi dan dikuasai. Jika penduduk yang bermastautin di sesuatu kawasan untuk sekian lama kemudian terpaksa berpindah ke kawasan jauh kerana orang Melayu tidak mampu memiliki rumah mewah, sudah tentu mengundang bahaya kepada parti dokongan orang Melayu.

Oleh : Azman Anuar
No comments:
Post a Comment