BULAN Ramadan yang dinanti akhirnya tiba. Pada bulan Ramadan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan diikat. Ini ialah sebuah kiasan untuk menggambarkan kemeriahan bulan suci ini dengan ibadah. Sekali gus melambangkan lemahnya kuasa nafsu dan syaitan dalam diri seorang Muslim yang berpuasa.
Sesiapa yang menyedari kebesaran Ramadan idak akan membiarkannya berlalu sia-sia. Sebaliknya, mereka akan mendapat motivasi untuk memanfaatkan setiap saat yang berlalu dalam Ramadan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Imam Abu Al-Qasim Al-Qusyairi bercerita: "Setiap kali tiba bulan Ramadan, Abu Bakar Al-Syibli meningkatkan amalan ibadahnya. Ia berkata: Ini ialah bulan yang diagungkan Allah. Maka aku mesti menjadi orang yang paling pertama mengagungkannya."
Demikian dalam kitab Al-Risalah Al-Qusyairiah. Abu Bakar al-Syibli ialah seorang ulama besar abad keempat hijrah.
Hikmah lapar
Ibadah yang paling utama pada bulan Ramadan ialah berpuasa. Kita diharamkan untuk makan dan minum kecuali bagi yang uzur. Itu kerana perut yang kosong dan rasa lapar ialah asas terpenting untuk proses pembersihan jiwa.
Kenikmatan ibadah sangat ditentukan oleh sejauh mana kita merasakan lapar dan dahaga.
Apabila tubuh terasa lemah, fikiran menjadi jernih dan ibadah terasa nikmat.
Kita akan merasakan indahnya terawih, membaca al-Quran, bangun tahajud di sepertiga malam, istighfar di waktu sahur dan pelbagai ibadah lainnya.
Maka itu, kita dituntut supaya pandai mengekang nafsu di waktu siang dengan memperbanyak aktiviti ibadah dan mengurangkan tidur.
Selain itu, kita juga mesti mahir mengikat nafsu di waktu malam terutama saat berbuka dengan mengawal pemakanan dalam had bersederhana.
Berkata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulum al-Din: "Di antara adab puasa ialah tidak memperbanyak tidur di waktu siang agar terasa lapar, haus dan kelemahan tubuh. Dengan begitu, hati akan menjadi terang. Disukai juga agar dikekalkan sebahagian daripada kelemahan tersebut pada waktu malam agar terasa ringan bangun tahajud dan membaca wirid."
Bulan makan
Sayangnya, sebahagian umat Islam masih menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan makan. Pelbagai juadah yang jarang dijumpai pada bulan-bulan yang lain dapat ditemui pada bulan ini.
Sejurus setelah azan Maghrib berkumandang, nafsu yang sejak pagi dikekang menjadi sangat liar. Bahkan lebih liar daripada bulan-bulan sebelumnya.
Selepas tarawih, pesta makan dilanjutkan hingga sukar bernafas kerana perut penuh dengan makanan dan minuman.
Puasa seperti ini sudah pasti bukan menjernihkan hati, malah menggelapkannya.
Saya pasti bukan seperti ini puasa yang dikehendaki oleh syarak. Sebab objektif puasa adalah untuk menciptakan insan bertakwa yang pandai mengekang nafsunya bukan hanya di waktu siang, namun juga di waktu malam.
Saatnya kita mengubah Ramadan kita menjadi lebih bermakna. Salah satu caranya adalah dengan meletakkan niat memperbaiki diri pada awal bulan Ramadan ini.
Bayangkan Ramadan ini ialah Ramadan kita yang terakhir. Setelah sebelas bulan memperturutkan nafsu, apa susahnya mempersembahkan satu bulan sahaja untuk Allah?
Semoga Allah selalu menunjukkan jalan yang menuju keredaan-Nya.
Oleh : Umar Muhammad Noor
Saturday, May 27, 2017
Monday, May 1, 2017
Malaysia Guna Undang-Undang ‘Rimba’?
ISU kelemahan penguatkuasaan undang-undang Malaysia telah banyak kali ditimbulkan namun sehingga kini tiada kesudahannya. Sebaliknya keadaan bertambah teruk terutamanya melibatkan penguatkuasaan ke atas pengguna jalan raya. Berikut antara pemerhatian saya berkaitan isu tersebut.
*** Saya lihat seolah-olahnya tiada peruntukan undang-undang berkaitan nombor plat kenderaan. Lihat sahaja saiz plat kenderaan terlalu kecil, berbagai corak dan sebagainya berleluasa di jalan raya tidak kira sama ada kereta mewah mahupun kereta murah.
Berbeza di Amerika Syarikat, Eropah dan Singapura, plat kenderaan mereka seragam malah di Indonesia, Vietnam, India dan Thailand juga begitu.

*** Negara ini juga seperti tidak mempunyai undang-undang berkaitan cermin gelap, penggunaan topi keledar, pelepasan asap kenderaan dan bunyi kenderaan. Bunyi kenderaan terlalu bising akibat ekzos yang diubahsuai misalnya amat menjengkelkan.
Kini lori pun telah mengubahsuai ekzos. Penunggang motosikal pula bebas tidak memakai topi keledar. Mana perginya penguat kuasa?
*** Sikap seperti acuh tidak acuh penguat kuasa menyuraikan kesesakan lalu lintas di kawasan terminal mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Disebabkan tiada tindakan tegas termasuk saman maka pemandu bebas meletakkan kenderaan mereka secara berlapis-lapis di sepanjang laluan terminal itu sehingga menyukarkan orang ramai sekali gus menjejaskan imej negara.
Berbanding di Perancis, lapangan terbang mereka menggunakan sistem yang mengehadkan tempoh 10 minit ke atas semua kenderaan yang memasuki dua kawasan terminal itu, dan jika melebihi had masa, pemandu dikenakan denda tinggi apabila keluar dari kawasan itu. Untuk menjadi negara maju, kita sepatutnya mencontohi Perancis.
*** Mentaliti kelas ketiga sebahagian besar pemandu antaranya menyalahgunakan lorong kecemasan, merokok di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang telah diwartakan sebagai zon larangan merokok, membuang sampah dari kenderaan terutamanya botol air mineral serta memandu melebihi had laju sehingga menyebabkan pembahagi jalan di Malaysia paling banyak ranap akibat kemalangan yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya.
Hakikatnya, pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 1 April lalu melegakan kita.
Begitupun sistem tersebut perlu menggunakan kamera secara optimum bagi membolehkan pemandu melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dikesan dan dikenakan tindakan. Jika belanjawan negara mencukupi, penguat kuasa berkenaan disediakan kemudahan helikopter untuk memantau had laju, penggunaan lorong kecemasan dan lain-lain kesalahan seperti dilakukan penguat kuasa di Amerika Syarikat.
Pada hemat saya, belum terlewat untuk melakukan perubahan kerana tentu kita tidak mahu Malaysia dilabel mengamalkan undang-undang rimba akibat penguatkuasaan yang lemah.
Pelaksanaan penguatkuasaan harus berterusan dan bukan bermusim.

Oleh : Pak Tua
Subscribe to:
Posts (Atom)