Keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 bukan satu perkara yang mengejutkan kerana parti itu sejak merdeka dahulu lagi memang tidak mempunyai aspirasi Islam.
Anggota Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, dek kerana hakikat itulah, British memberi kemerdekaan kepada mereka.
“Kemerdekaan yang telah dimiliki sejak 60 tahun lalu tidak dimanfaatkan mereka untuk memperkukuhkan kedudukan orang-orang Islam (lebih 90 peratus Melayu) di tanah air ini terutamanya dari segi politik dan ekonomi.
“Kini, bukan sahaja pegangan ekonomi semakin mengecil, malah kuasa politik juga sudah tergugat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malah, katanya, segala penambahbaikan sistem Mahkamah Syariah yang kerajaan parti berlogokan dacing itu lakukan hanyalah sekadar kosmetik agar aspek ini kekal “boleh dipasarkan” sebagai kempen politik kepada pengundi Melayu, selama ini.
Tidak kurang dengan itu, Ustaz Hazizi berkata, pemerintah membiarkan sahaja arus pertembungan antara Islam dan liberal berlaku.
“Bahkan antara orang-orang Melayu dan orang-orang bukan Islam di negara ini. Tiada campur tangan kuasa, walaupun dari segi perlembagaan membolehkannya.
“Itulah pendirian politik berdasarkan liberalisme dan sekularisme. Kerajaan neutral, tidak beragama, walaupun Perlembagaan menyatakan sebaliknya.
“Maaf, noktah di atas sebenarnya kurang tepat. Sebaliknya dia memberi jalan kepada kedua-duanya dengan peruntukan masing-masing. Sebelah kanan memberi kepada JKMPKA dan gerakan seumpamanya, manakala sebelah kiri memberi kepada MPI dan gerakan seumpamanya.
“Kemudian dia hanya perlu lihat, dari semasa ke semasa, di antara kedua-dua “kad” itu, yang manakah lebih menguntungkan survival politiknya. Oleh itu kurang tepat jika dikatakan dia mengambil pendekatan neutral kerajaan liberal, tetapi yang tepatnya pendekatan pemain judi, memperjudikan agama dan bangsa sendiri (jika masih layak dikira beragama dan berbangsa),” sindirnya sinis.
Menilai kembali keadaan tenat umat Islam di Malaysia, beliau berkata, masyarakat Islam negara ini sudah lama tiada pelindung kuasa politik kerana kurangnya penghayatan Islam itu sendiri.
“Islam ini asasnya pada pegangan masyarakat Islam itu sendiri. Syariat yang dipertuankan di hati dan kehidupan sebahagian kecil masyarakat Islam negara ini sudah lama tiada pelindung kuasa politik, sejak dijajah lebih 500 tahun yang lampau.
“Sehubungan itu, usaha mentarbiyah umat adalah kerja asasi, untuk pemulihan dan pengislahan jangka panjang. 80 peratus. kerja gerakan Islam sepatutnya di sini. Pemimpin yang akan dipilih adalah bayangan rakyat yang memilih.
“Manakala kempen politik dan perundangan, seperti RUU355, hanyalah alat untuk menyuntik kesedaran dan semangat, serta solidariti umat, dalam mendepani gerakan musuh yang agresif mencairkan identiti muslim dari segenap sudut kehidupan.
“Keimanan, kesedaran, semangat, perpaduan, kesepakatan, solidariti dan kesatuan umat, adalah syarat utama dan tonggak bagi kejayaan umat ini untuk keluar daripada gelap pekat situasi kalah pada hari ini,” katanya. - www.ismaweb.net
Friday, March 31, 2017
Thursday, March 30, 2017
Undang-undang Syariah Sebagai Warisan Leluhur
SATU debat berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) yang bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bebas pada 18 Mac lalu.
Pihak yang menyokong usul perdebatan itu agar RUU355 dijadikan undang-undang telah diwakili oleh Lukman Sheriff Alias dan Aidil Khalid, manakala bagi pihak yang menolak pula diwakili oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga Haris Ibrahim. Kesemua mereka ialah peguam dan juga aktivis dalam bidang masing-masing.
Dalam banyak isu yang diketengahkan oleh para pembahas dalam debat tersebut, satu isu telah menarik perhatian penulis. Ia berkenaan dengan naratif yang digunakan untuk menterjemah Perlembagaan Persekutuan. Aidil dalam menyokong pindaan RUU355 telah mengulang tegas bahawa pindaan tersebut adalah seiring dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang tinggi sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, dan ia harus diterjemah berdasarkan tradisi serta konteks sejarah negara.

Sementara itu bagi mewakili pihak yang menolak RUU355, Haris memilih untuk menjadi lebih selektif dalam menterjemah Perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan bahawa pindaan dalam RUU355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berdasarkan laporan Suruhanjaya Reid, Malaysia adalah sebuah negara sekular, oleh itu RUU355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Di sini kita dapat lihat dua pihak yang memilih naratif berbeza dalam menterjemah semangat Perlembagaan Persekutuan. Satu pihak memilih untuk menterjemah Perlembagaan Persekutuan dengan cara melihat sejarah undang-undang negara secara menyeluruh, manakala satu lagi pihak memilih untuk menterjemah Perlembagaan Persekutuan sekadar berdasarkan kompromi perlembagaan yang dipersetujui di antara pihak kerajaan Inggeris dan wakil-wakil penduduk Tanah Melayu.
Penulis berpendapat, kebanyakan pihak yang memandang serong undang-undang syariah di Malaysia dan mengatakan bahawa undang-undang syariah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sebetulnya berpunca daripada kegagalan mereka untuk menghargai susur-galur sejarah undang-undang Tanah Melayu sebelum kedatangan kerajaan British. Mereka seharusnya faham, undang-undang syariah telah pun wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan British lagi dan kewujudan undang-undang syariah juga mendahului kewujudan undang-undang sivil di negara ini.
Undang-undang syariah seperti Hukum Kanun Melaka wujud di Tanah Melayu sejak kurun ke-13 lagi. Undang-undang tersebut telah dikumpul dan dikompilasikan ketika zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446 -1459). Ia merangkumi hal-hal berkaitan dengan jenayah, muamalat, hal ehwal kekeluargaan dan lain-lain. Hukum Kanun Melaka juga telah dijadikan sebagai model panduan oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu dalam menggubal undang-undang Syariah negeri masing-masing.
Pahang pula telah memperkenalkan undang-undang yang berlandaskan syariah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafar (1592-1614). Begitu juga dengan negeri Johor, yang mana selain daripada menjadikan Hukum Kanun Melaka sebagai panduan dalam merangka undang-undang Syariah, pemerintah negeri Johor juga telah menjadikan undang-undang Islam dari negara Turki dan Mesir panduan kepada Majallah Ahkam Johor dan juga Ahkam Syariyyah Johor.
Adalah penting juga untuk diambil perhatian bahawa Johor telah memperkenalkan Perlembagaan Negeri Johor pada tahun 1895 yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri itu. Di Terengganu pula, undang-undang bercirikan hukum syariah telah digubal pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Selain itu, kewujudan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-undang Perak 1878 menjadi bukti akan kewujudan undang-undang Islam di Tanah Melayu.
Justeru, adalah sukar untuk menterjemah Perlembagaan Persekutuan tanpa mengambil kira sejarah undang-undang di Malaysia secara menyeluruh. Ini kerana sejarah undang-undang di Malaysia yang diwarnai dengan prinsip syariah dan juga adat-adat tempatan wujud sebelum Perlembagaan Persekutuan Malaysia dirangka.
Hal ini diakui oleh Hakim Inggeris dalam kes Ramah Ta‘at v. Laton binte Malim Sutan (1927) di mana majoriti hakim Inggeris yang mendengar kes tersebut mengakui undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing sebaliknya adalah undang-undang asal yang wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.
Oleh itu, penulis berpendapat adalah satu kesilapan besar sekiranya Perlembagaan Persekutuan diterjemah tanpa mengambil kira sejarah undang-undang di Tanah Melayu. Hukum Syariah bukanlah semata-mata undang-undang Islam tetapi juga warisan leluhur yang seharusnya dipertahankan oleh anak watan Tanah Melayu. Sebarang ruang untuk memperkasakan dan memartabatkan warisan sejarah kita, haruslah dihormati setiap pihak.
Oleh : Fariz Ariffin M. Noor

Tuesday, March 28, 2017
Jangan Biarkan Luka Terus Bernanah
MALAYSIA adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan usaha memacu pembangunan negara. Suatu formula jitu dan ampuh diperlukan untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia dengan memiliki satu identiti nasional.
Salah satu medium untuk mencapai perpaduan itu ialah melalui penyatuan bahasa. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 iaitu hampir 60 tahun lalu.
Malangnya, dalam tempoh hampir enam dekad itu, ada yang masih terkial-kial berbahasa Melayu. Buktinya, secara purata sekitar 35,000 pelajar gagal mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun. Mereka ini tidak berjaya memperoleh sijil penuh. Ini juga bermakna mereka gagal SPM.
Satu kajian oleh Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong melaporkan 604 daripada 14,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2010 yang bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu, sedangkan ada antara mereka lulus mata pelajaran itu dalam peperiksaan SPM.
Beliau turut mendakwa bilangan generasi muda bukan Melayu yang gagal bertutur bahasa kebangsaan dikhuatiri meningkat pada masa depan kerana hampir 90 peratus daripada mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Hujah ini disokong oleh penganalisis sosiopolitik, Khoo Kay Peng, yang mengatakan keadaan itu berlaku bukan kerana pengajaran Bahasa Melayu di SJK lemah, sebaliknya kurangnya pendedahan menjadi punca mereka gagal menguasai bahasa itu. Pendedahan secara lisan yang kurang sama ada di sekolah mahupun di rumah menjadi punca segelintir pelajar bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu.
Pendidikan sepatutnya menjadi medium penyatuan malangnya, sistem persekolahan pelbagai aliran menambahkan jurang perpaduan kaum.
Sebenarnya ramai di antara kita alpa, sistem pendidikan sekarang masih mengekalkan dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh penjajah British sejak abad ke-19. Pemisahan golongan berpelajaran Inggeris dan vernakular hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi pada masa itu bukan bertujuan menyatupadukan rakyat. Kesannya, stigma perkauman tumbuh dengan kuat di tanah air kita.
Satu ketika dahulu kita menyedari akan racun yang disemai oleh pihak British maka kita mewujudkan Jawatankuasa Razak, 1956. Laporan Razak yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri kita, berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan mewujudkan nilai-nilai integrasi dalam kalangan para pelajar.
Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah:
1. Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama.
2. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
3. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah dan menengah
4. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
5. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaum dapat dikurangkan.
6. Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.
Idea ini mendapat tentangan kuat dari orang bukan Melayu. Maka kerajaan yang baik hati mewujudkan pula Jawatankuasa Rahman Talib pada 1960 untuk melihat kembali hasil Laporan Razak. Laporan Rahman Talib inilah yang menjadi tunjang Akta Pelajaran 1961.
Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan menyokong hampir kesemua dasar yang dicadangkan oleh Laporan Razak, dan terhadap beberapa usul tambahan. Dalam mencapai matlamat menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib mengesyorkan supaya pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan secara percuma, dan membolehkan kanak-kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem pendidikan, manakala untuk mewujudkan dan mengeratkan perpaduan kaum, peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Namun ketika ini, seolah-olah sifat sayangkan apatah lagi jati diri kepada negara ini semakin pudar. Ditambah parah dengan cadangan pengiktirafan sijil UEC maka satu persoalan utama kini timbul, apa terjadi dengan wasiat keenam raja-raja Melayu sebelum kita mencapai kemerdekaan? Untuk mereka yang buta sejarah wasiat ini diberikan oleh raja-raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Adakah mereka ini tidak memahami wasiat tersebut dan implikasinya kepada negara kita? Adakah mereka juga boleh dianggap menderhaka kepada raja-raja kita?
Penulis tidak menafikan, tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik. Kerana itu apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di negara kita. Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di negara kita supaya segala prasangka dapat dihapuskan. Namun bahasa Melayu hendaklah diutamakan dalam setiap urusan rasmi termasuklah peperiksaan utama negara ini. Kerana Bahasa Jiwa Bangsa.
Maka, penulis menyeru agar satu tindakan drastik untuk merubah sistem pendidikan semasa dengan mendaulatkan kembali bahasa kebangsaan dibuat kerana penulis yakin ini akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada rakyat walaupun memakan masa yang lama.
Jangan kita biarkan luka yang sudah bernanah itu melarat sehingga terpaksa kita potong bahagian tubuh yang dijangkitinya.
Oleh : Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Sabri

Monday, March 27, 2017
Dosa-Dosa Umno Pada Bahasa Melayu
Dulu, kini dan selamanya Umno sentiasa berdosa terhadap bahasa Melayu. Walaupun mendakwa memperjuangkan kedudukan bangsa Melayu, sejarah dosa mereka terhadap bahasa Melayu tak pernah pudar.
Bukan sekadar kesalahan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mahu kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), ramai lagi pemimpin parti itu cenderung untuk memperlekehkan bahasa Melayu.
Annuar bukan bersendirian dalam isu ini. Annuar bercakap bukan mewakili pandangan individu. Tentunya ada suara yang lebih tinggi mahukan UEC diiktiraf kononnya setaraf dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Annuar dilihat hanya jurucakap kepada pihak lain yang lebih berkuasa.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sehingga kini membisu isu UEC. Mustahil dia tidak tahu pentingnya UEC bagi menjalin hubungan lebih akrab dengan China yang kini pelabur mega di Malaysia terutama di Forest City.
UEC kini mendapat pengiktirafan beberapa universiti di Taiwan dan tak mustahil juga China akan mengiktirafnya bagi mengimbangi proses pengambilan pelajar dari Malaysia.
Kita tahu China dan Taiwan bersaing secara terbuka dalam pentas politik antarabangsa Pascaperang Dunia Kedua dan era Perang Dingin. Taiwan - sekutu kuat AS dan Britain di Asia Timur - sentiasa menjadi seteru sepanjang zaman China yang kini kuasa ekonomi terbesar selepas Washington. Menjelang 2025 China dijangka menjadi kuasa ekonomi utama dunia mengatasi gabungan AS dan Kesatuan Eropah.
BN boleh hilang kuasa
Perluasan wilayah China menjadi kewajipan kepada Beijing untuk mereka menyaingi AS dan sekutu Eropah. Mereka sedang memperluaskan wilayah dengan menambak Laut China Selatan. Kewujudan pulau buatan manusia hanya mengukuhkan lagi China di Asia Tenggara. Malaysia pula di bawah pimpinan Najib terpaksa rapat dengan China selepas Barat semakin kritikal terhadap isu 1MDB.
Najib juga masih ingat tsunami Cina pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 yang hampir menumbangkan kerajaan BN pimpinannya. BN hanya menang 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008. Merosot tujuh kerusi petanda merosotnya sokongan terhadap Najib.
Kawasan bandar besar yang majoriti didiami pengundi Cina dimenangi DAP. Daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, BN hanya raih undi popular 5,237,699 berbanding Pakatan Rakyat yang meraih 5,623,984. Najib tahu undi popular BN merosot dengan hanya 47.38 peratus berbanding pembangkang 50.87 peratus.
Jika keadaan berterusan, BN boleh hilang kuasa pada PRU ke-14. Justeru pelbagai langkah bidan terjun terpaksa dilakukan. Keadaan rakyat yang terdesak dengan peningkatan kos hidup, krisis keyakinan dan skandal rasuah menjadikan BN terpaksa memperalatkan isu bahasa bagi meraih sokongan.
Kecenderungan pengundi Cina terhadap pembangkang semakin meningkat. Mimpi Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, untuk meminda Akta 355 yang kononnya direstui Umno tidak membantu sokongan pengundi Cina.
PAS boleh berfantasi dengan politik matang dan hudud. Namun keteledoran lidah beberapa pemimpin baru mereka sukar diterima oleh pengundi atas pagar dan kaum lain. Hasrat kerjasama Umno dan PAS belum menjamin kepentingan politik.
Justeru, UEC menjadi alat untuk menarik sokongan Cina terhadap BN walaupun ia meneruskan dosa Umno terhadap kedaulatan bahasa Melayu yang diperakui sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Utamakan jati diri bahasa
Di Malaysia, tidak ada peraturan yang melarang dan menghukum pihak yang mengaibkan bahasa Melayu. Tidak pernah mana-mana individu dan kumpulan yang enggan menggunakan bahasa Melayu dibawa ke mahkamah sivil. Justeru, bahasa akan terus menjadi mangsa mainan orang politik di negara ini.
Indonesia dan Thailand mendaulatkan bahasa ibunda mereka secara total. Perlembagaan diamalkan secara budaya hidup seharian. Pancasila di Indonesia bukan saja mengutamakan bahasa Indonesia dalam perlembagaan dan urusan harian, bahkan kaum lain terpaksa menggunakan nama tempatan untuk jati diri.
Ardi Wiranata, Hendrawan dan Rudi Hartono adalah di antara bintang badminton Indonesia bertaraf dunia keturunan Cina namun bernama tempatan.
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, yang mentadbir negara Gajah Putih itu di antara 2001 hingga 2006 adalah ahli politik keturunan Cina yang menggunakan nama tempatan. Thailand - seperti juga Indonesia - sentiasa mengutamakan jati diri bahasa dan budayanya.
Dalam kes Malaysia, kepentingan politik menyebabkan isu bahasa timbul berdasarkan suasana tempat dan masa. Dalam majlis sastera dan bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mereka bermuka-muka untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Namun dalam isu pendidikan dan politik, bahasa asing sering menjadi cagaran demi kepentingan politik.
Isu tsunami Cina dan hubungan dengan Beijing menjadikan bahasa Melayu diperalatkan demi kuasa politik. Cara untuk lebih akrab dengan China adalah mendewakan bahasa Mandarin, sekali gus menafikan ketuanan bahasa Melayu di Malaysia.
Lagi pun isu bahasa di Malaysia bukan penting sangat. Tidak ada mana-mana parti politik yang memperjuangkan isu bahasa ini secara benar-benar ikhlas dan jujur.
Terkenang Asri Muda
Umno, PAS, PKR atau DAP lebih dekat dengan diskusi tentangg kerusi dan kuasa. Parti bunga raya masih kabur dengan perjuangan. Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggerakkan parti berkenaan pun tak sunyi daripada dosa. Dialah yang perkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003.
Alasan Dr Mahahir kononnya Sains dan Matematik lebih mudah dipelajari dalam bahasa Inggeris yang menjadi pengantar utama dunia. Maka bising dan riuhlah pejuang bahasa, sasterawan dan budayawan sehingga ada yang berkerat rotan dengan Umno, tapi akhirnya menjadi tunggangan kepada BN pada PRU 2004 dengan menyokong pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.
Dosa sejarah Umno terhadap bahasa Melayu tak pernah pudar. Dulu, kini dan selamanya. Wajar kita renung penutup ucapan Allahyarham Tan Sri Asri Muda, tokoh Pas yang juga ketua pembangkang di parlimen ketika menentang Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan (1967) di Dewan Rakyat pada Mac 1967 di depan Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abd Rahman:
"Akhirnya, Tuan Yang Dipertua, saya berani menyatakan di sini bahawa tentulah bangkangan yang saya kemukakan ini akan ditindas atau akan dikalahkan dengan jumlah kepala-kepala penyokong kerajaan dalam Dewan ini nanti, tetapi, Tuan Yang Dipertua, biarlah sejarah mencatatkan bahawa kelulusan rang undang-undang ini adalah tambahan daripada dosa-dosa jenayah politik Umno... yang telah begitu banyak untuk diadili oleh mahkamah sejarah keturunan bangsa Melayu yang akan datang kelak" (KERANDA 152, halaman 20).
Ucapan berkenaan ada kaitan usaha Tunku Abdul Rahman yang meletakkan bahasa Inggeris setanding bahasa Melayu dalam pentadbiran negara. Walaupun ketika itu sudah 10 tahun merdeka, Tunku tidak yakin bahasa Melayu mampu digunakan sebagai bahasa utama di sektor awam dan swasta, walaupun banyak bantahan secara terbuka dan lantang.

Tan Sri Syed Nasir Ismail antara tokoh yang lantang mempertikaikan usaha meremehkan bahasa Melayu. DBP menjadi markas gerakan penentangan terhadap golongan yang mengiktiraf bahasa Inggeris. Hari ini orang kanan DBP sendiri menyokong pelaksanaan program dwibahasa kononnya untuk memperkasa sistem pendidikan di Malaysia.
Suara politik lebih berkuasa dan lebih kejam. Politikus dan sekutu kapitalis mereka menggunakan pelbagai akta untuk mengekang pejuang bahasa. Ada yang tersingkir dan ada juga yang dinafikan hak asasi pejuang bahasa.
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Bangkang tak berkesan
Ayat di atas menjelaskan “kedudukan dan hak bahasa lain” di negara ini selain bahasa Melayu. Justeru, bahasa Melayu berhak dicabar sepanjang masa. Dosa berulangkali dilakukan oleh Umno dan dicatatkan oleh sejarah hitam negara:
- Era Tunku Abdul Rahman pada 1967 (10 tahun selepas merdeka) membenarkan bahasa Inggeris dalam pentadbiran dan Parlimen 'di samping' bahasa Melayu.

- Era Dr Mahathir memperkenalkan PPSMI yang menggunakan bahasa Inggeris untuk pengajaran Sains dan Matematik di sekolah.
- Era Najib memperkenalkan dwibahasa kononnya untuk berdaya saing. Melayu glokal.
- Hasrat Annuar Musa dan Datuk Seri Nazri Aziz adalah mengiktiraf sijil lain selain SPM sebagai syarat kemasukan IPTS. Alasan universiti di Taiwan iktiraf sijil berkenaan.
Dalam kenyataan kepada media, Nazri secara konsisten menyokong gesaan Putrajaya mengiktiraf UEC dan tidak mengalami sebarang masalah politik berikutan isu itu.
"Dalam Kabinet, kita amalkan kebebasan bersuara ...Universiti Taiwan menerima UEC dan kita iktiraf universiti Taiwan. Jadi apa masalahnya?" katanya ketika mengulas temu bual Sin Chew Daily dengan Annuar.
Kita yakin bukan dua tokoh Umno itu saja yang menyokong UEC diiktiraf. Ramai lagi anggota kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno yang akan berbuat demikian. Jika Annuar berjaya membawa usul itu ke parlimen, kehangatan polemik UEC akan hanya panas seketika sebelum akhirnya reda.
Pejuang bahasa termasuk Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) sudah menyuarakan bangkangan terhadap kenyataan Annuar.
Kita yakin bangkangan berkenaan tidak memberi kesan. Kuasa politik dan kapitalis lebih ampuh berbanding ahli bahasa, sasterawan dan budayawan.
Politik dan kaum pemodal akan menentukan segala-galanya. Dulu, kini dan selamanya. Dosa Umno terhadap bahasa Melayu dan kedaulatan jati diri sentiasa berlaku. Tunku Abdul Rahman, Dr Mahathir dan Najib adalah pewaris kuasa yang kekal menidakkan bahasa Melayu.
Bagi pencinta bahasa, sedarlah. Anda hanya sampan kertas di lautan terbuka. Dulu, kini dan selamanya!

Oleh : Imlam Adabi
Wednesday, March 22, 2017
Dirgahayukah Bahasa Melayu?
Minggu lepas pada pagi Jumaat saya menaiki penerbangan untuk ke Kota Bharu. Sewaktu di dalam pesawat, pengumuman rasmi berkumandang dalam bahasa Inggeris.
Tidak ada langsung pe-ngumuman di dalam bahasa Melayu, walaupun destinasi penerbangan itu ke Kelantan yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan berbahasa Melayu. Para penumpang pun orang Melayu kebanyakannya. Maka tenggelamlah bahasa Melayu di Tanah Melayu di tangan penguasa Melayu sendiri.
Pada malam Ahad berikutnya, saya pulang menaiki penerbangan dengan syarikat sama dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Pengumuman dibuat dalam bahasa Inggeris pada mulanya, kemudian diikuti dengan bahasa Melayu. Maka jadilah bahasa Melayu pilihan kedua di Tanah Melayu di tangan penguasa Melayu sendiri.
Setiba di lapangan terbang Subang saya ke bilik air, saya melihat beberapa poster tertampal pada dinding memuatkan kata-kata hikmat dalam bahasa Inggeris yang diilhamkan oleh orang-orang seperti Sir Winston Churchill, Peter Drucker dan lain-lain. Saya tidak pertikaikan kata-kata hikmat itu ditulis dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah kepunyaan orang Inggeris. Tetapi tidak adakah kata-kata hikmat yang diungkap oleh rakyat Malaysia sendiri yang boleh kita abadikan sebagai nasihat dan panduan?

Saya pasti ramai cerdik pandai rakyat kita seperti Perdana-Perdana Menteri kita, pendeta Za’ba, Profesor Diraja Ungku Aziz, Syed Naguib Al-Attas, Ungku Omar, sasterawan negara dan lain-lain lagi yang telah mengilhamkan kata-kata hikmat. Tetapi kita tidak menghargainya. Kemudiannya saya menaiki kereta Grab untuk pulang ke kediaman. Pemandu rakyat Malaysia yang membawa saya tidak fasih berbahasa Melayu, tapi boleh berbahasa Inggeris sedikit.
Maka saya pun menjadi sedar bahawa di dalam negara kita ini, bahasa Melayu sudah menjadi sedemikian terpinggir. Apakah nasibnya nanti pada masa hadapan kalau tidak kita berbuat sesuatu mulai sekarang?
Beberapa tahun lepas, saya sering menghadiri majlis perkahwinan anak-anak Melayu di dewan atau hotel yang mewah. Sering saya saksikan sewaktu perarakan pengantin ke pelamin, lagu-lagu Inggeris dimainkan. Kalau ada pun lagu-lagu Melayu, hanya dimainkan sebilangan kecil. Apabila saya bertanyakan rakan-rakan sebelah, mengapa tidak dimainkan lagu-lagu Melayu yang sesuai seperti Selamat Pengantin Baru dan sepertinya yang menjadi warisan bangsa kita, mereka tersenyum sahaja. Apakah mereka tidak merasa apa-apa tentang kehakisan bahasa ibunda mereka, walaupun di majlis tradisi perkahwinan bangsa?
Sepanjang kehidupan saya selama 10 tahun di negara Barat, saya sering menghadiri majlis perkahwinan orang-orang Barat. Tidak sekali pun saya dapati mereka memainkan lagu-lagu Melayu di majlis mereka. Inilah jati diri orang Barat. Jati diri sudah terhakis dalam diri kita orang Melayu. Betapa malangnya kerana segolongan kita telah tidak lagi menghargai bahasa dan warisan kita sendiri. Kata pepatah Melayu, bahasa menunjukkan bangsa. Justeru, bangsa apakah kita ini kalau kita sudah meminggirkan bahasa kita sendiri?
Dalam kealpaan kita kepada warisan budaya bangsa sendiri, teringatlah saya pada puisi arwah Tan Sri Awang Had Salleh (2001), yang melakarkan gusarnya tentang padah yang menimpa sekiranya kita melupakan akar umbi kita:
Di lubuk budaya luar dia
membesar

langit asal bukan miliknya lagi
bingung dia pada perlunya
langit dijunjung
bumi asal bukan miliknya lagi
bingung dia pada perlunya
bumi dipijak.
Dalam waktu saya memikirkan tentang bahasa Melayu, saya terbaca sebuah puisi karya Ratna Laila Shahidin yang ditujukan khas kepada cucunya bertajuk, Mariku ajar kamu menulis puisi. Beliau mahu mengajar cucunya itu supaya bijak berbahasa dan mengerti akan kepentingan warisan bangsanya. Saya sendu membaca puisi ini. Antara baitnya:
Mari kuajar kamu menulis puisi
tentang garang matahari
yang bisa
menjadi api
atau bulan sunyi di gelap
malam
bunga-bunga kecil yang kering
oleh debu dan angin
juga dengkur raksasa yang lena
di dasar tasik yang luka
Mari, mari cucuku
masuk ke dalam dunia puisiku
supaya kau lebih tulus mengerti
akar makna...
Kayyisa,
moga kamu warisi cinta
Jangan warisi duka nenda.
Masih tidak terlewat untuk kita berusaha memartabatkan bahasa Melayu di negara kita ini. Kita ada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957; Akta Bahasa Kebangsaan 1967/1968 dan Akta Pendidikan 1996. Sukalah saya menurunkan di sini tulisan Allahyarham Datuk Dr. Hassan Ahmad (2005) yang merumuskan dasar bahasa di Malaysia mengikut Perlembagaan dan akta yang disebut itu:
(1) Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan Malaysia
(2) Bahasa Kebangsaan ini, tidak bahasa lain, hendaklah digunakan dalam urusan rasmi kerajaan
(3) (a) (di luar bidang urusan rasmi/pentadbiran kerajaan), tiada siapa pun dilarang menggunakan atau mengajarkan atau mempelajari bahasa-bahasa lain, dan,
(b) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berhak mengekalkan dan memelihara penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di negara ini.
(4) Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan
(5) Bahasa Kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di semua jenis sekolah, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu
(6) Bahasa Kebangsaan adalah mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan SPM dan STPM
(7) Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, semua institusi pengajian tinggi swasta (yang mula dirangkumkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan) hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya
(8) Bahasa Inggeris hendaklah diajarkan sebagai bahasa kedua wajib di semua sekolah
Lalu apakah yang harus kita lakukan untuk memartabatkan bahasa kita? Pada 2001 saya pernah menulis sebuah puisi, Binalah kembali Melakamu.
Intipati puisi itu menyeru kita supaya berguru kepada yang berpengetahuan; bersetia kepada Perlembagaan dan undang-undang; melawan kemungkaran; dan bersatu untuk terus maju dan tidak tertindas. Sekiranya kita benar-benar mahu, kita pasti dapat menyemarakkan bahasa Melayu.

Oleh : Hashim Yaacob
Saturday, March 11, 2017
Bahasa, Melayu Dan Nasib Hilang Peta
Kita harus terima hakikat, suatu peta baru sudah dicipta untuk wilayah dan taman perumahan di Malaysia. Nama yang asalnya berbunyi Melayu dan Nusantara sudah terhapus. Peta baru wujud bersama simbol dan semangat baru di Malaysia.
Nama Melayu di kawasan separa tradisional seperti Kampung Baru, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat semakin dimodenkan dengan nama baru yang kononnya lebih bugar dan glokal.
Kampung Kerinchi yang dulunya kawasan setinggan dan wilayah penagih dadah sudah bergelar Bangsar South. Tidak jauh dari itu, ada pula Bangsar Village.
Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Pantai Dalam sudah lusuh dari peta moden. Kampung Baru juga diyakini akan hilang daripada sebutan awam apabila rangka pembangunan nasional yang bertujuan memodenkan kawasan tradisi sedang berjalan lancar.
Hari ini kaum pemodal dan kapitalis rakus menfaraidkan wilayah negara bersama penguasa politik. Mereka tidak peduli bahasa dan budaya Melayu. Mereka glokal dan globalisasi. Mereka rakus dan ganas.
Mereka lakukan apa saja kerana boleh pergunakan akta dan hukum kanun untuk mencapai hasrat dan tujuan.
Jangan terperanjat apabila nama asing wujud secara keterlaluan di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Mereka boleh membangunkan Forest City dengan sekelip mata dengan nama asing dan wajah asing.
Melayu dan bahasanya akan terus di belakang kerana yang berkuasa di Forest City adalah golongan yang tidak boleh dicabar. Lebih malang, orang asing dikatakan akan diberikan hak milik kekal dan pegangan bebas.
Syarikat misteri 1MDB dan pelabur China sedang sibuk menfaraidkan pembangunan di kawasan lapangan terbang Sungai Besi dan seluruh negara.
Kita tidak hairan tentang nilai pelaburan. Yang kita bimbang penguasaan asing akan membawa bencana terhadap kedaulatan bahasa dan budaya tempatan. Isu politik dan ekonomi bukan lagi menjadi rahsia umum.
Usaha merendahkan imej dan bahasa Melayu sudah lama berlaku. Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan dasar penswastaan dan korporat pada 1982, fungsi swasta dalam pembangunan nasional begitu ketara.
Bukan di London atau New York
Pelaburan mereka bermatlamatkan keuntungan. Pemodal yang juga kapitalis adalah sekutu setia politikus yang korup. Mereka mempergunakan kuasa untuk melabur dan melebur.
Kapitalis membangunkan sesuatu kawasan, tidak salah. Yang tak betul ialah apabila pembangunan mengabaikan kemajuan budaya dan bahasa. Jati diri tempatan diperlekeh ke tahap yang luar biasa.
Namun hari ini perbuatan mengaibkan bahasa sendiri bukan satu kesalahan. Undang-undang tidak meletakkan isu bahasa sebagai fakta kes. Bahasa hanya wujud dalam perlembagaan. Bahasa Melayu bahasa rasmi. Namun jika bahasa Melayu tidak dihormati dan diabaikan, ia bukan kesalahan di Malaysia.
Pendaulatan bahasa terus diketepikan. Justeru, wujud nama aneh dan asing untuk petempatan dan taman perumahan di Lembah Klang.
The Peak, Tivoli Villa, Atmosfera, Vista Millennium, Casa Prima dan Park Avenue itu wujudnya bukan di New York, London atau Toronto. Ia sebahagian daripada taman perumahan dan kondominium di Kuala Lumpur!
Jangan hairan jika ayah dan ibu dari kampung susah mahu menyebut nama sesetengah kawasan perumahan kerana lafaznya terlalu aneh untuk mereka, dan tidak mencerminkan identiti Melayu.
Kawasan urban dan elit lebih mesra menggunakan nama aneh, mungkin kerana keanehan cara berfikir penghuninya sendiri. Pemaju perumahan ghairah menggunakan nama asing untuk taman perumahan.
Mereka tidak membuat kesalahan kerana tiada peruntukan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang melarang penggunaan nama asing untuk kawasan kediaman. Pemaju hanya membina kediaman, sekali gus mengaut keuntungan.
Mereka tidak terikat mendaulatkan bahasa Melayu kerana tiada peruntukan berbuat demikian. PBT pula lebih selesa meluluskan projek, hatta di kawasan berisiko di lereng bukit dan tadahan air semata-mata atas nama pembangunan.
Tidak kisah premis nama Melayu atau tidak, asalkan pembangunan diteruskan.
Usaha meremehkan bahasa Melayu di taman perumahan berjalan lancar. Walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa, pewarisnya juga tetap mempunyai agenda yang sama.
Politik, ekonomi dan pembangunan perlu seiring. Politikus dan kapitalis seiring jalan membangunkan negara ketika budayawan, ahli bahasa dan sasterawan semakin diketepikan. Ustaz dan lebai pula sedang zuhud dan istiqamah dengan perjuangan hudud yang entah bila tercapai.
Pada 2000, ada segelintir pejuang bahasa Melayu yang melatah penggunaan perkataan "presint" yang diubah daripada "precinct" di Putrajaya.
Tiada budaya, citra di Malaysia
Mereka mencadangkan penggunaan nama yang lebih sesuai dengan budaya setempat. Namun apalah yang ada pada budayawan dan ahli bahasa, termasuk juga pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ahli Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), kerana suara mereka tenggelam di sebalik keghairahan politik nasional yang lebih mencaturkan kerakusan kuasa dan agihan ekonomi.
Pencinta bahasa Melayu sentiasa di belakang dan perkataan "presint" dikekalkan walaupun mengikut mykamus.com bermaksud "kawasan terkepung terutama di sekeliling gereja, larangan bagi lalu lintas dalam sesebuah pekan".
Kamus Dwibahasa terbitan DBP pula menjelaskan "presint" bermaksud "ruang yang berpagar (di gereja), batasan sesuatu daerah".
Pedulikan maksud dalam kamus kerana kehidupan sekarang jarang merujuk kamus, apatah lagi ketika Malaysia sekarang terlalu sibuk mencipta kemajuan.
Barangkali demi memenuhi impian kemajuan, penggunaan ungkapan aneh semakin berleluasa. Laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Bukit Bintang sepanjang 1.173 kilometer dikaitkan dari aras concourse Pusat Konvensyen Kuala lumpur. Tiada ungkapan lain selain concourse?
Sebelum ini kita tidak kisah menyebut nama Jalan Pekeliling yang sepatutnya Jalan Berkeliling mengambil ungkapan asalnya Circular Road!
Sekali lagi, kita tak kisah menggunakan ungkapan salah, seperti juga kita tidak rasa janggal menyebut Kuala Lumpur Sentral, Pudu Sentral, Putra World Trade Centre (PWTC), The Mall, Lot 10 (baca Lot Ten), Ampang Point, Central Market dan bermacam lagi.
Yang kita pasti nasib bahasa Melayu semakin celaru di buminya sendiri. Ketika kita ghairah mencapai negara maju dan Wilayah Persekutuan sebagai daerah selamat dihuni, kita kekal celaru dan hilang jati diri.
Bahasa dan budaya dipersenda, nilai murni sekadar sandiwara dan kita pun kekal dengan prasangka pembangunan, keliru antara angka ekonomi dan nasib marhaen di lorong belakang Chow Kit. Barangkali inilah wajah kita yang terkini!
Kita semakin kehilangan peta. Seperti Melayu kampung Kerinchi yang kehilangan citra dan wilayah. Bahasa dan budaya kita makin longlai. Kita sebenarnya bersetuju dengan pembangunan untuk tidak bersetuju dengan kesan yang ditinggalkan.
Pejuang bahasa dan sastera, budayawan dan sarjana, suara kalian sudah lupus. Anda harus terima hakikat; Malaysia bukan sebuah negara bangsa. Tiada budaya dan tiada citra di Malaysia!
Oleh : Imlan Adabi

Wednesday, March 8, 2017
Bahasa Melayu Terpinggir Dan Diketepikan
Peristiwa terpinggir dan diketepikan bahasa Melayu sebenarnya berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum itu bahasa Melayu begitu mantap dan dihormati semua bangsa dan seluruh rakyat, terutama para pemimpin yang menunjukkan semangat mengutamakan bahasa Melayu dalam sebarang urusan termasuk berucap di majlis-majlis rasmi dan mesyuarat.
Akan tetapi kini, kebanyakan pemimpin kita tidak begitu betah lagi menggunakan bahasa Melayu. Ketika ditemu bual dan menyampaikan maklumat melalui televisyen pun mereka menggunakan bahasa Inggeris. Kerana itu berlarutanlah penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan ahli korporat, apatah lagi rakyat yang berpendidikan Inggeris.
Sesungguhnya kita tidak sama sekali anti atau memusuhi penggunaan bahasa Inggeris, akan tetapi jika difikirkan secara rasional, suatu ketika dulu pemimpin kita beria-ia benar ingin mewujudkan perpaduan melalui bahasa Melayu, kebetulan pula bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi negara, khususnya Perkara 152. Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
Kini negara kita sudah merdeka menjangkau 48 tahun, apakah kita masih mengekalkan isi Perlembagaan tentang penggunaan bahasa itu hingga sekarang? Selama 48 tahun itu kita sewajarnya sudah mantap menggunakan bahasa negara kita sendiri.
Kita amat bimbang usaha untuk menyatupadukan rakyat negara ini, suatu ketika nanti tidak dapat lagi dibendung apabila bahasa utama atau bahasa perpaduan bukan lagi bahasa Melayu yang kini menjadi teras perpaduan rakyat negara ini.
Apakah tidak berkemungkinan unsur-unsur perpaduan akan terhakis apabila rakyat negara ini tidak lagi menghormati bahasa rasmi negara, justeru tidak juga menghormati Perlembagaan?
Suatu kesan lagi yang amat ketara, apabila pemimpin-pemimpin kita bertutur bahasa Inggeris, sejumlah besar rakyat negara ini terutama kalangan orang Melayu yang tinggal di luar bandar tidak memahami mesej atau maklumat yang ingin disampaikan, kerana bahasa yang digunakan tidak dapat difahami oleh mereka.
Kerana itu, jika sekian banyak rancangan atau kempen kerajaan kurang berkesan termasuk Kempen Berbudi Bahasa, tidakkah salah satu sebabnya kerana rakyat tidak memahami maklumat yang disampaikan melalui bahasa Inggeris?
Oleh kerana pemimpin-pemimpin kita begitu mengagung-agungkan bahasa Inggeris, tidakkah kehidupan bangsa kita akan terpengaruh dengan budaya barat?
Sekian banyak budaya bangsa kita kini, terutama anak-anak muda yang terikut-ikut dengan pengaruh barat terutama dari segi pakaian, tingkah laku, adab sopan termasuk kes jenayah seperti rogol, bunuh, rompak, tipu, rasuah, penyelewengan dan tindakan buruk lain yang sebelum ini kurang berlaku di negara kita, sebelum penggunaan bahasa Inggeris begitu berleluasa.
Tidakkah kesan pengaruh bahasa Inggeris itu mencorakkan budaya kehidupan masyarakat kita sekarang?
Kita lihat negara maju seperti Jepun, Korea, China, termasuk negara barat Jerman, Perancis, Itali, Rusia, Belanda dan Portugis, kerajaan negara-negara tersebut termasuk para pemimpinnya tidak sama sekali mengagung-agungkan bahasa asing dalam kehidupan sehari-hari menyebabkan rakyatnya begitu mencintai budaya negara mereka sendiri.
Meskipun mereka turut mempelajari bahasa Inggeris akan tetapi bahasa ibunda negara diutamakan. Pemimpin-pemimpin negara tersebut akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing jika diadakan apa-apa upacara pembukaan rasmi sama ada di peringkat negara atau dunia.
Begitu juga negara tetangga kita seperti Thailand dan Indonesia, bahasa ibunda masing-masing begitu dipertahankan. Mereka begitu ampuh mempertahankan jati diri, identiti dan maruah negaranya. Mengapa pemimpin-pemimpin kita tidak begitu semenjak akhir-akhir ini?
Apabila kita membicarakan tentang jati diri, identiti dan maruah negara dan bangsa, pemimpin kita sering menyatakan kita sepatutnya memerintah mengikut acuan sendiri. Di manakah acuan itu jika bahasa negara mengikut bahasa asing?
Bahasa Jiwa Bangsa, Lenyap Bahasa Lenyaplah Bangsa! Kata-kata hikmat ini sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu ketika memperjuangkan kemerdekaan negara kita dahulu termasuk pemimpin-pemimpin UMNO. Apakah kata-kata atau slogan itu sudah basi dan tidak bererti lagi dalam zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan?
Apakah tidak berkemungkinan negara kita telah atau mulai terjajah kembali sekarang? Pemimpin-pemimpin kita dahulu begitu bersungguh-sungguh berjuang menuntut kemerdekaan, bukan saja kemerdekaan negara tetapi juga kemerdekaan bahasa, pendidikan, ekonomi dan budaya. Perjuangan mereka amat berjaya, sehingga bahasa Melayu dimartabatkan ke universiti dan sekian ramai anak bangsa kita lulus dan kini berkhidmat sebagai doktor, jurutera, ahli korporat di seluruh negara melalui bahasa tersebut.
Mengapa pula kita ingin undur kembali ke zaman penjajah? Tidakkah langkah tersebut akan memundurkan anak-anak Melayu, sepertimana yang berlaku dalam zaman penjajahan dahulu?
Kita mempertikaikan anak-anak Melayu lemah dalam pelajaran bahasa Inggeris, mengapa suatu ketika dulu anak-anak kita berjaya bekerja dalam sektor swasta yang ketika itu mewajibkan penggunaan bahasa Melayu?
Di Jepun, Korea dan China sektor swasta dan pelabur dari luar dikehendaki mempelajari dan menggunakan bahasa negara mereka, mengapa kita perlu mengikut telunjuk sektor swasta mewajibkan kelulusan dan penggunaan bahasa Inggeris? Di manakah kuasa dan jati diri kita?
Sejarah adalah cermin kehidupan. Sewajarnya pemimpin kita menggunakan ‘cermin’ tersebut dalam menentukan arus pembangunan negara terutama bangsa Melayu. Kita khuatir, suatu ketika nanti orang Melayu akan ketinggalan dalam semua bidang kehidupan sepertimana berlaku dalam zaman penjajahan ketika bahasa Inggeris diutamakan.
Pepatah bangsa kita lumrahnya tidaklah salah: Jika sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Tindakan itu bukanlah sesuatu yang memalukan atau bukanlah pula sesuatu yang merugikan, sebaliknya suatu tindakan yang mulia dan murni demi keselamatan anak-anak bangsa kita jua.

Oleh : Rejab_F.i
Saturday, March 4, 2017
5 Tanda Anda Sedang Jatuh Cinta
Jika anda sedang bertanya – tanya, apakah anda sedang jatuh cinta padanya,
5 tanda berikut ini mungkin bisa menjawab keraguan anda :-
1. Anda mudah menjadi gugup
Meski sering bertemu, tetapi anda tetap tidak bisa menghilangkan perasaan gugup saat berada di dekatnya. Bahkan saat menerima telpon, jantung anda berdebar – debar. Dalam kesempatan yang lain, anda pun sering senyum – senyum sendiri saat mengingat dia. Sensasi ini tidak bisa anda tolak, dan memang datang dengan sendirinya.
2. Anda merasa nyaman dalam pelukannya
Saat si dia memeluk anda, anda pun merasa nyaman dan tidak ingin melepaskan pelukannya. Anda percaya bahwa dia akan sanggup memberikan perlindungan dan ketenangan pada diri anda. Berada dalam pelukannya itulah sesuatu yang mampu membuat anda sungguh bahagia.
Saat bahagia atau sedih atau hanya hal – hal sepele yang terjadi sehari – hari, dan anda butuh mencurahkan perasaan anda, dialah orang pertama yang akan anda cari. Begitu juga saat anda menemui masalah pribadi yang bersifat rahasia, dialah orang yang tepat untuk berbagi. Karena anda percaya kepadanya, begitu juga dia kepada anda.
4. Pendapatnya adalah penting bagi anda
Dalam hal apapun, dimana anda diharuskan untuk mengambil keputusan, contohnya dalam hal pekerjaan, atau tempat berlibur atau bahkan film mana yang harus ditonton, anda selalu melibatkan dia. Pendapatnya adalah penting bagi anda. Meskipun kadang – kadang anda tidak melakukan apa yang ia sarankan, tetapi orang pertama yang ada dalam pikiran anda saat mengambil keputusan adalah dia.
5. Dia selalu ada dalam fikiran anda
Saat bangun di pagi hari, hal pertama yang anda lakukan adalah mengambil handphone untuk melihat apakah dia meninggalkan pesan, juga di malam hari menjelang anda tidur, anda akan selalu menunggu – nunggu dan berharap dia akan menelepon anda atau sekedar mengirim pesan.
Jadi…apakah anda sedang jatuh cinta ? - citrawanita
Friday, March 3, 2017
Bahasa Melayu: Nenek-Moyang Kita Sudah Globalisasikan
KITA baru mula hendak bercakap mengenai globalisasi dan impaknya kepada ekonomi, geopolitik dan beberapa aspek lagi. Akan tetapi nenek-moyang kita, ramai antaranya adalah pelayar hebat, telah melakukan agenda globalisasi ribuan tahun yang silam. Mereka merantau ke seluruh pelosok dunia, belayar ribuan kilometer nautika.
Semasa Sidang Bersama Sasterawan Negara yang diadakan di Dewan Besar Utusan pada 22 Februari lepas, saya tertarik dengan cerita Profesor Dr. Muhammad Salleh. Beliau menceritakan perihal nenek-moyang kita yang belayar jauh hingga ke Madagascar, berinteraksi dan berkomunikasi dengan penduduk setempat dalam bahasa Melayu. Itu sebabnya ada komuniti di sana hingga kini bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi dalam dialek mereka. Pun begitu, apabila mereka menulis, mereka akan menulis dalam bahasa Melayu. Itulah uniknya bahasa Melayu, dituturkan dalam pelbagai dialek tetapi penulisan tetap dalam bahasa Melayu yang kita semua boleh fahami.
Mengenai dialek pertuturan dan bahasa penulisan dalam bahasa Melayu, Muhammad turut menceritakan perihal sama yang diamalkan oleh banyak suku kaum dalam kepulauan di Nusantara ini. Bagi saya, beliau memberikan gambaran bahawa bahasa Melayu itu sungguh mudah tapi universal penggunaannya, kerana ia satu bahasa yang begitu fleksibel atau anjal untuk digunakan dan dipertuturkan.
Keanjalan inilah antara punca nenek-moyang kita dulu begitu banyak menulis hikayat berbanding beberapa bahasa utama dunia lain. Malangnya nenek-moyang kita dulu kurang arif dalam usaha mengarkibkan hikayat mereka yang kini banyak tersimpan dalam arkib dan muzium asing.
Sambil saya mendengar hujah beliau bersama seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan dan juga kehadiran tiga lagi tokoh bahasa Melayu iaitu Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Datuk Dr. Zainal Kling, terlintas di pemikiran saya betapa agung bahasa Melayu ini. Manakan tidak, bukan sekadar dialek pertuturan berbeza tetapi penulisan tetap dalam bahasa Melayu, ia juga satu-satunya bahasa di dunia yang ditulis dalam dua bentuk tulisan, jawi dan rumi (roman). Tiada bahasa lain di dunia ini yang mempunyai dua bentuk tulisan itu. Semuanya bertujuan menjadikan bahasa Melayu itu begitu anjal sekali penulisan dan penggunaannya.
Oleh kerana keanjalan inilah juga seperti dinyatakan oleh Abdullah yang memetik kata-kata arwah Datuk Dr. Hassan Ahmad, bahawa bahasa Melayu adalah satu bahasa moden. Ia dianggap bahasa moden juga kerana bahasa ini mudah diadaptasi dengan keperluan semasa. Itu sebabnya dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu ada terdapat banyak perkataan (i) asalnya daripada rumpun bangsa Melayu itu sendiri, (ii) perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa lain, (iii) perkataan baharu dan (iv) perkataan daripada istilah saintifik.
Dengan (i) tabiat dan keinginan semula jadi nenek-moyang kita dulu belayar dan mengembara, (ii) kerajinan mereka menulis begitu banyak hikayat, (iii) dua bentuk penulisan (jawi dan rumi) dan (iv) fleksibiliti dalam penggunaan dan pembentukan perbendaharaan kata, tidak hairanlah bahasa Melayu pernah menjadi bahasa keempat terbesar di dunia, dari segi penggunaannya. Ia telah terbukti sebagai bahasa pembentuk budaya dan bangsa, lebih jauh dari itu, bahasa Melayu pernah berperanan sebagai bahasa ilmu (ilmu pelayaran dan sebagainya) dan bahasa perdagangan.
Anehnya, hari ini kita sendiri bangsa Melayu, rakyat Malaysia, meragui kemampuan bahasa ibunda kita ini yang pernah diglobalisasikan oleh nenek-moyang kita.
Secara kebetulan, awal minggu lepas, dua hari sebelum menghadiri Sidang Bersama Sasterawan Negara, saya menyertai satu lawatan kerja ke tapak projek Petronas di Pengerang Integrated Complex (PIC) di Pengerang, Johor. Salah satu taklimat disampaikan oleh seorang bukan Melayu, dalam bahasa Melayu yang cukup kemas. Saya tertarik hati dengan penyampaian beliau lantas selepas itu, berjumpa dengannya. Beliau berasal dari Australia, kini bermastautin di negara ini, beragama Islam dan berkahwin dengan wanita Melayu.
Katanya, dia amat tertarik dengan bahasa Melayu kerana keunikan dan kesenian bahasa Melayu itu, menjadikannya lebih mengutamakan pertuturan dan komunikasi dalam bahasa Melayu.
Di penghujung Sidang Bersama Sasterawan Negara itu terfikir saya betapa orang lain begitu menghargai dan menyanjung tinggi bahasa Melayu, tatkala segelintir dalam kalangan kita menganaktirikan bahasa ini. Ada juga yang beranggapan bahasa Melayu kurang sesuai menjadi bahasa ilmu. Tidak kurang juga yang merasa kekok bertutur dalam bahasa Melayu di majlis-majlis rasmi, majlis-majlis bisnes atau perdagangan.
Mujurlah bilangan mereka yang berfikiran sebegini kecil. Apapun, menjadi tugas kita semua menyedarkan mereka bahawa bahasa Melayu itu indah, bahasa Melayu itu universal rantau penggunaannya, bahasa Melayu itu sungguh anjal, maka ia teramat mudah diguna pakai untuk pelbagai tujuan. Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya bahasa di dunia yang boleh ditulis dalam dua bentuk penulisan, jawi atau rumi. Justeru usahlah diperkecilkan kedudukan dan martabatnya. Julanglah ia menjadi bahasa global sepertimana nenek-moyang kita dulu pernah lakukannya. Kita boleh ulangi kegemilangan itu.
Pun begitu, sayugia juga diterima hakikat, bahawa bahasa utama lain dunia juga penting untuk dikuasai, paling tidak wajar difahami. Tidak salah mengadakan pelbagai program bagi membolehkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan pelajar, mempelajari bahasa asing, bukan sekadar Inggeris atau Mandarin. Lebih banyak bahasa yang dapat dikuasai atau difahami, lagi bagus.
Akan tetapi, apa yang merimaskan saya dan ramai lagi yang sayangkan bahasa Melayu, ialah terdapatnya usaha menganaktirikan bahasa Melayu dengan cuba untuk menyetarafkan ia dengan bahasa Inggeris, kononnya atas keperluan ekonomi. Alasan ini yang dijulang oleh mereka yang dangkal pemikirannya dan tidak pula disokong dengan kajian dan fakta-fakta sahih, menyebabkan kita semua jadi keliru mengenai peranan dan kedudukan bahasa Melayu.
Kita semua wajar menyambung kembali warisan nenek-moyang kita. Bahasa Melayu kita junjung, bahasa asing kita kendong, tiada yang keciciran.

Oleh : Datuk Dr. Hasan Mad
Thursday, March 2, 2017
Malu Berbahasa Melayu?
BEBERAPA minggu lalu, nombor telefon saya dimasukkan dalam satu lagi grup WhatsApp. Tidak perlulah saya sebut grup apa pula kali ini, tetapi yang pasti kesemua yang ada dalam kumpulan itu ialah orang Melayu. Pun begitu, dalam pengenalannya saja pengendali kumpulan itu (group admin) memberikan kata-kata aluan dan penerangan mengenai tujuan kumpulan itu diadakan dalam bahasa Inggeris. Perbualan seterusnya dalam bahasa Inggeris. Tidak seorang pun menggunakan bahasa Melayu.
Mula-mula saya tidak ambil kisah. Saya ada banyak grup WhatsApp, yang saya keluar (left group) dalam diam-diam atau waktu tengah malam pun banyak juga. Kadang-kadang kita pun rasa rimas, ada yang dua atau tiga orang pun hendak buat grup WhatsApp. Lepas itu hantar gambar ucapan salam subuh, selamat pagi, selamat petang, selamat malam dan selamat tidur. Itu saja.
Berbalik kepada grup dalam berbahasa Inggeris ini, lama-kelamaan saya tertanya-tanya, tidak bolehkah mereka ini berbahasa Melayu? Bahasa Inggeris mereka pun bukannya betul sangat kerana banyak ejaan yang lintang-pukang dan grammar yang tunggang-langgang.
Dan beberapa hari lalu, ada pergaduhan dalam grup WhatsApp itu. Pergaduhan ini sebenarnya tidaklah mengejutkan saya sangat. Biasalah bila ada perbezaan pendapat keadaan menjadi tegang. Yang pandai hendak tunjuk lebih pandai dan yang tak berapa pandai tak mahu mengaku tidak pandai.
Yang mengejutkan saya, tiba-tiba yang marah itu, menulis dengan bahasa kesat dalam bahasa Melayu! Dalam hati saya, boleh pula dia ini berbahasa Melayu. Dan kemudiannya diikuti oleh yang lain-lain. Mereka marah-marah, menegur dan menasihati semuanya dengan menggunakan bahasa Melayu.
Bagaimanapun, apabila suasana jernih semula, mereka kembali berbahasa Inggeris sehinggalah sekarang ini. Lucu pula rasanya. Bila marah-marah, baru keluar semua perkataan dalam bahasa Melayu dan loghat negeri masing-masing.
Apa yang ingin saya katakan, apa salahnya kita berbahasa Melayu saja jika semua orang yang berada dalam kumpulan itu orang Melayu. Malukah kita dengan bahasa ibunda sendiri? Apakah dengan berbahasa Melayu kita akan dipandang seperti orang yang tidak cukup terpelajar atau tidak cukup hebat? Apakah bila kita cakap Melayu kita ini macam orang kampung? Dan apa salahnya jadi orang kampung?
Tetapi yang peliknya apabila orang asing atau selebriti dari luar negara datang ke negara ini, mereka cakap sepatah saja perkataan bahasa Melayu - ‘Terima kasih’ atau ‘saya sayang kamu’, bukan main seronok lagi kita. Walaupun hanya sepatah sahaja, tetapi cukup indah didengar.
Masalahnya ada segelintir kita menganggap apabila boleh berbahasa Inggeris mereka duduk dalam kelas yang tersendiri. Elit kononnya. Tidak kurang juga yang malu atau teragak-agak berbahasa Melayu apabila berada dalam kumpulan atau majlis-majlis tertentu. Yalah, kadang-kadang majlis Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun hendak bercakap dalam bahasa Inggeris, kalau berada dalam majlis bertaraf antarabangsa entah apa lagi lah.
Dalam pada itu, ada juga ibu bapa yang cukup bangga apabila anaknya mendapat markah tertinggi dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi tidak sedikit pun merasa malu dan gelabah bila anaknya mendapat markah corot dalam subjek Bahasa Melayu. Anak tidak boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik, bagi mereka itu tidak apa, jangan bahasa Inggeris.
Memanglah bahasa Inggeris itu amat penting untuk dikuasai sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa tetapi dalam kita mahu mahir dalam bahasa itu janganlah mengetepikan bahasa ibunda sendiri dan menganggap penuturnya sebagai low class.
Teringat pada perjumpaan saya dengan aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye ketika kami makan tengah hari di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada tahun lalu. Beliau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ketika berbual. Kadang-kadang saya pula yang tersasul berbahasa Inggeris tetapi beliau membalas dengan bahasa Melayu. Sesekali perbualan kami terhenti apabila dia cuba mencari perkataan sesuai untuk diucapkannya dalam bahasa Melayu. Beliau nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh bercakap dalam bahasa kebangsaan itu.
Kalau orang Melayu tidak merasa bangga dan mahu menggunakan bahasa kita sendiri, siapa lagi? Donald Trumpkah?

Oleh : Fauziah Arof
Wednesday, March 1, 2017
Mengemis Di Negara Sendiri......
Kembalikan Hak Bahasa Melayu
SESI Wacana Bahasa Melayu siri kedua bertajuk Sidang Bersama Sasterawan Negara di ibu pejabat Kumpulan Utusan pada 22 Februari lalu agak panas apabila pakar bahasa, Prof. Abdullah Hassan menyifatkan pihak yang meminggirkan bahasa kebangsaan sebagai pengkhianat.
“Saya anggap orang Melayu yang sanggup meminggirkan bahasa ibunda mereka sendiri kerana lupa diri atau mempunyai kepentingan lain sebagai pengkhianat bangsa yang tidak harus dimaafkan,” katanya.
Walaupun ungkapan beliau agak kasar tetapi itulah gelaran yang paling layak ditujukan kepada pihak-pihak yang secara terang-terangan ‘menyahkan’ bahasa Melayu.
Istilah itu digunakan oleh seorang lagi ahli panel yang juga pejuang bahasa, Dr. Firdaus Abdullah bagi merujuk kepada agenda terancang pihak tertentu meminggirkan Bahasa Kebangsaan dengan matlamat apabila bahasa Melayu tidak dituturkan, dengan sendirinya budaya dan agama kaum itu akan terhapus.
Contoh paling nyata apabila kampung-kampung Melayu di Kuala Lumpur seperti Kampung Kerinchi serta Kampung Haji Abdullah Hukum diruntuhkan dan kawasan itu dibangunkan bangunan pencakar langit dengan nama baharu dalam bahasa Inggeris seperti Bangsar South dan KL Eco City.
Tindakan pihak berkenaan jelas sekali mengingkari titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 5 Oktober lalu, yang meluahkan kekesalan apabila semakin banyak kawasan perumahan, taman-taman, gedung niaga dan pusat pelancongan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), dinamakan dengan bahasa Inggeris.
Dalam budaya orang Melayu, apabila raja atau sultan bertitah maknanya perkara itu adalah satu perintah. Malangnya, titah itu tidak dihiraukan oleh sebahagian besar orang Melayu.
Respons hanya diberikan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Kumpulan Utusan dengan sokongan DBP serta Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) yang telah menganjurkan Wacana Bahasa Melayu siri pertama di Dewan Besar Utusan, Kuala Lumpur, pada 19 Januari lalu, yang dihadiri ramai pejuang bahasa.
Bagi wacana siri kedua, dua Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhammad Salleh dan Datuk Dr. Anwar Ridhwan turut dijemput sebagai ahli panel bagi memperbetulkan persepsi salah terhadap bahasa Melayu.
Menurut Muhammad, orang Melayu sanggup meminggirkan bahasa ibunda kerana salah faham apabila berpendapat bahasa berkenaan yang telah bertapak selama 4,000 tahun sebagai ketinggalan.
“Dalam pengembaraan, saya melihat banyak karya besar di daerah tertentu tidak menggunakan bahasa sukuan untuk sukunya, sebaliknya ditulis dalam bahasa Melayu.
“Hakikat itu membuktikan bahawa bahasa Melayu amat berpengaruh, dipercayai dan mempunyai kelas tersendiri sebagai bahasa lingua franca yang sudah lama wujud di rantau ini.
“Sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak menyatakan kita perlu memartabatkan kembali bahasa Melayu.
“Bahasa Melayu sudah ada martabat. Apa yang perlu kita buat adalah memberikan haknya kembali atau menempatkan pada tempatnya yang hak,” ujarnya.
Antara yang boleh dilakukan, jelas beliau, adalah dengan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu supaya lebih berkesan.
“Bahasa Melayu tak diajar dengan baik, tak ada kasih sayang, bila mengajarnya. Tadi dalam teksi, pemandu bukan Melayu sama sekali tidak dapat bercakap menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan betul. Apa telah jadi pada sistem (pendidikan) kita?
“Belajarlah dari negara yang tidak membuang bahasanya seperti Sweden, Norway, Iceland dan Belanda. Misalnya, di Belanda, bahasa Inggeris diperkenalkan hanya pada semester pertama sekolah menengah, tetapi pelajarnya dapat menguasai bahasa itu dengan lebih baik berbanding pelajar kita,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar meminta mana-mana pihak yang dididik dalam aliran Melayu supaya tidak kesal kerana banyak karya-karya hebat yang telah dihasilkan dalam Bahasa Kebangsaan.
“Sebagai anak kampung berpendidikan dalam aliran Melayu, saya tidak malu, sebaliknya bersyukur kerana ramai teman seangkatan berjaya dalam bidang masing-masing.
“Saya tidak rasa kurang atau kesal. Ini kerana, sejak sekolah rendah lagi saya telah dikenalkan dengan karya-karya besar Melayu seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin.
“Namun, saya rasa masyarakat kita kurang beri penghargaan kepada karya-karya Melayu dan tokoh-tokoh pujangga yang kita ada selama ini yang sepatutnya diangkat ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Kenyataan Anwar itu mendedahkan hakikat nasib Sasterawan Negara yang seolah-olah dipinggirkan.
Tidak ramai mengenali 13 tokoh yang telah diberikan anugerah itu. Lima daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih hidup, ada dalam kalangan mereka sudah uzur.
Buktinya, tiada orang Melayu yang bangkit membela apabila sekumpulan ahli politik bukan Melayu mempolitikkan novel Interlok karya Allahyarham Datuk Abdullah Hussain pada 2011.
Mereka mahu karya Sasterawan Negara itu diharamkan daripada digunakan oleh pelajar Tingkatan Lima sebagai komponen kesusasteraan bagi subjek Bahasa Malaysia sedangkan novel itu tidak mengandungi unsur rasis seperti didakwa.
Peminggiran sasterawan tempatan telah lama berlaku. Ketika ramai pihak di Malaysia memperingati tarikh 400 tahun sasterawan Inggeris, William Shakespeare meninggal dunia pada tahun lalu, tiada siapa pun memperingati Bendahara Paduka Raja Johor, Tun Sri Lanang.
Beliau menghasilkan buku Sulalatus Salatin yang dianggap banyak pengkaji sebagai paling lengkap mengenai sejarah Melayu dengan gaya bahasa cukup indah.
Walaupun realiti di Malaysia jelas sekali tidak berpihak kepada Bahasa Kebangsaan, perkara itu boleh diubah jika semua orang Melayu mengambil tindakan tidak lagi menjadi pengkhianat dengan mengembalikan hak bahasa Melayu.

Oleh : Nizam Yatim
Subscribe to:
Posts (Atom)