Polis Wajar Perinci Siasatan
KUALA LUMPUR - Pihak polis wajar memperhalusi siasatan terhadap insiden kemalangan yang telah mengorbankan lapan remaja akibat dirempuh kenderaan di Johor Bahru pada 18 Februari lalu.
Pengamal undang-undang, Datuk Zulkifli Noordin berkata, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa sebelum ini telah memberi gambaran seolah-olah sekumpulan remaja tersebut yang bersalah dengan mempersoalkan tindakan mereka berbasikal beramai-ramai pada pukul 3 pagi.
Sedangkan, katanya, rempuhan oleh pemandu kereta berumur 22 tahun itu adalah dari arah belakang dan ia berlaku di tepi jalan sebelah kiri sekali gus secara jelas telah menyalahi undang-undang.
“Saya bukan bermaksud mahu membela anak-anak itu, tetapi isunya ialah siapa yang bersalah dalam tragedi itu?
‘‘Kenapa begitu cepat pihak berkuasa membuat keputusan dan membebaskan pemandu tersebut dan paling malang ada pula pihak yang mengugut akan mengambil tindakan terhadap ibu bapa anak-anak itu kerana membenarkan atau membiarkan berbasikal pukul 3 pagi.
“Sejak bila naik basikal pukul 3 pagi itu satu dosa atau satu kesalahan? Di bawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas, ia bukan satu kesalahan jika berkayuh basikal pukul 3 pagi, bukan satu kesalahan berkayuh basikal ramai-ramai dan bukan satu kesalahan berkayuh basikal atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook beliau hari ini.
Dalam kejadian pukul 3 pagi, lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal apabila basikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, polis wajar mendalami kes tersebut dan siasatan perlu dibuat di bawah Seksyen 302A Kanun Keseksaan sebagai alternatif kepada Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan dengan menyiasat bagaimana pemandu berkenaan boleh merempuh sekumpulan pengayuh basikal dari belakang.
Katanya, polis perlu menyiasat secara terperinci kenyataan daripada mangsa dan saksi yang melihat pemandu itu menggunakan telefon bimbit serta memandu laju tanpa cepat membuat keputusan pemandu itu tidak bersalah.
“Rempuhan kuat dari belakang oleh sebuah kereta terhadap sekumpulan ramai pengayuh basikal di sisi kiri jalan raya dua lorong memberi gambaran sama ada pemandu itu lalai, alpa atau dalam keadaan gagal mengawal kenderaannya. Maknanya ada kes prima facie untuk disiasat dengan lebih terperinci,” katanya.
Beliau menggesa kes itu ditangani secara rasional dan tidak terbawa-bawa dengan emosi, prejudis atau berat sebelah hanya kerana anak-anak itu berbasikal pada pukul 3 pagi secara beramai-ramai, maka mereka boleh dirempuh dari belakang begitu sahaja dan mereka yang dipersalahkan.
“Saya nasihatkan kepada keluarga mangsa supaya merujuk kepada peguam bagi menimbang membawa kes itu ke mahkamah untuk tindakan sivil yang bersesuaian.
“Jika tidak berpuas hati dengan siasatan pihak berkuasa, failkan writ prerogatif di Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang bersesuaian. Peguam yang mahir akan boleh memberikan nasihat dan panduan yang bersesuaian,” katanya.

Sumber : utusan