Tuesday, July 26, 2016

Benarkah Wang Tidak Boleh Beli Bahagia?

WHAT makes you happy? Atau dalam bahasa Melayunya, apa yang membuatkan anda gembira?

Soalan ini biasa ditanyakan oleh pakar psikologi dan motivasi. Buat sahaja carian dalam Internet, pasti terjumpa pelbagai rahsia mahupun petua untuk membuatkan anda gembira atau bahagia.

Dalam banyak artikel berkaitan, anda juga pasti terse­rempak dengan pandangan pakar psikologi Martin Seligman yang mengatakan bahawa wang, kuasa dan kemasyhuran tidak semestinya memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada seseorang.

Namun benarkah pandangan itu? Cukupkah dengan bersikap optimis sahaja untuk hidup gembira dan bahagia? Soalnya sejauh mana kita mampu bersikap optimis jika poket kosong, tiada kuasa (atau kerja) dan tiada nama iaitu tiada siapa yang mengenali kita?

Kita biasa mende­ngar ungkapan “wang tidak boleh membeli bahagia”. Begitu juga orang yang ada kuasa dan masyhur nama serta kedudukannya, tidak semestinya orang yang bahagia dan gembira.

Namun sekali lagi penulis hendak bertanya, benarkah pandangan itu? Benarkah wang, kuasa dan kemasyhuran tidak menjanjikan bahagia?

Apa yang penulis tahu tanpa kuasa dan kemasyhuran seseorang itu masih boleh hidup gembira dan bahagia, namun jika tanpa wang, ramai yang merana dan menderita.

Seorang teman sering kali naik berang apabila mende­ngar ungkapan “wang tidak boleh membeli bahagia” yang dianggapnya klise dan “tidak berpijak di bumi nyata”.

“Bak sini bagi aku RM1 juta, tahulah aku nak buat apa untuk ‘beli’ bahagia. Bukan aku saja, anak-anak aku, mak bapa aku dan adik beradik aku pun boleh tumpang bahagia,” kata teman ini.

Hakikatnya di negara kita, wang memang umpama udara yang amat diperlukan dalam kehidupan. Tanpa wang, boleh membuatkan kita sesak nafas. Lebih-lebih lagi dalam keadaan beban kos sara hidup semakin tinggi pada masa sekarang.

Bagi yang makan gaji dan hanya mengharapkan pendapatan tetap setiap bulan misalnya, bayangkan jika berlaku sesuatu yang menyebabkan gaji itu disekat atau dipotong, sudah pasti berpeluh dibuatnya.

Duit sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, air dan telefon, mungkin sahaja boleh ditangguh bayar bulan depan, namun bagaimana dengan duit minyak, tol, belanja dapur, lampin, susu anak dan sebagainya?

Dapatkah sikap optimis semata-mata ‘membeli’ dan tolong ‘membayar’ semua itu? Jawapannya, kita semua tahu. Mungkin agak materialistik bunyinya, namun itulah realiti kehidupan yang sebenar.

Dalam dunia kebendaan sekarang, kita perlukan wang untuk hidup. Tidak terlalu banyak, tidak boleh terlalu sedikit, tidak juga sekadar cukup makan, yang penting mesti sentiasa ada.

Jika tidak, tanpanya, suami isteri boleh sahaja bermasam muka. Anak-anak pula berwajah kelat manakala jiran tetangga mungkin hanya memandang kita sebelah mata.

Di manakah letaknya bahagia dan kegembiraan jika keadaan ini yang berlaku?

Bagi penulis, orang yang berkeras mengatakan “wang tidak boleh membeli bahagia” adalah kelompok idealis yang hidup dalam dunia mereka sendiri.

Hakikatnya, untuk merasakan nikmat bahagia dan kegembiraan dengan berbuat apa sahaja mengikut kehendak dan minat mereka itu pun memerlukan wang untuk mencapainya.

Kita perlukan wang untuk gembira dan bahagia, namun tidaklah sampai melampau dan berlebihan.

Memandangkan bahagia atau gembira ini sesuatu yang relatif, standard ukurannya tidak sama dan berbeza-beza untuk setiap orang. Sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan seseorang mungkin juga tidak membawa apa-apa makna bagi orang yang lain.

Jadi pernahkah anda bertanya pada diri, apa yang membuatkan anda gembira atau bahagia? Jika pernah, apakah jawapan anda? Dan jika ditanya sekali lagi, adakah jawapan anda masih sama se­perti sebelum ini?  - coretan marhaen

Apa Yang Kita Boleh Pelajari Dari Rompakan Bank Ini?

Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit.

"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan.Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu"

Semua orang meniarap dengan ketenangan.
[Ini dipanggil "Mind Changing Concept" . Mengubah cara pemikiran yg konventional. ]

Tiba-tiba ada seorang perempuan yg mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"
[Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih.]

Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yg lebih muda(Degree) memberitahu kepada yg perompak yg lebih tua (yg hanya belajar sehingga darjah 6):Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat harini."

Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yg kita rompak, nanti mengambil masa yg lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!'
[Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank".
[Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]

Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."
[Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta.

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"
[Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"]
Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka di tutupi dengan kes rompakan.
[Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yg sebenarnya......

Anonymous

Saturday, July 23, 2016

Kahwin Kerana Allah Atau Dunia?

SEORANG ulama berketurunan Syria melahirkan perasaan pelik terhadap sikap manusia, termasuk umat Islam sendiri yang meletakkan pelbagai syarat janggal hanya untuk berkahwin.

Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi (Muhammad al-Yaquabi)
menarik perhatian umum dengan menegaskan bahawa tindakan berkenaan menyebabkan usaha pencarian pasangan hidup mengambil masa lebih lama atau terus keseorangan hingga akhir hayat.

Ulama tersohor tersebut turut mengaitkan secara simbolik tindakan janggal itu dengan kecintaan manusia terhadap habuan dunia berbanding dengan apa yang diperintah dan dijanjikan oleh Allah SWT.

Beliau yang lahir di Damsyik, Syria pada 1963 itu menyatakan pandangannya dalam kuliah bertajuk Cintai Dunia di Masjid Madina, Sheffied, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Berikut antara sedutan wawancara berkenaan:

Kenapa timbul perasaan pelik itu?
Mu­ham­mad al-Yaquabi: Ada sese­tengah daripada kita (lelaki) me­ngambil masa lama untuk mencari pasangan hidup. Saya rasa pelik kerana dunia hari ini memiliki ramai wanita berse­suaian.

Kenapa kita mele­takkan pelbagai syarat untuk menikahi mereka? Kenapa ibu bapa menyusahkan anak-anak mereka dalam hal ini ? Kenapa kita pilih jodoh berdasarkan saiz, warna kulit atau lain-lain?.

Bagi saya, pada saat kita menemui jodoh sesuai, maka tidak penting sama ada dia buta, gemuk, bodoh atau lain-lain kerana apa yang penting adalah dia seorang yang beriman. Kita seharusnya percaya, jika niat (kahwin) kita untuk menjaga iman dan mengikut sunah Rasulullah SAW, maka Allah SWT akan memberikan yang terbaik.

Pada pandangan tuan, apa kaitannya dengan cintai dunia?
Tindakan sedemikian (meletakkan pelbagai syarat) boleh dilihat secara simbolik untuk menunjukkan bagaimana sikap atau tabiat kita dalam mengejar habuan dunia.

Kita melakukan pelbagai usaha untuk mengejar dan mendapatkan habuan dunia tetapi begitu mudah mengurangkannya untuk mengejar nikmat akhirat. Apa sahaja masa terluang, masa sihat atau lain-lain yang sepatutnya diperuntukkan untuk Allah SWT tetapi sebaliknya, kita menggunakan sepenuhnya untuk dunia.

Kita tidak pernah berasa letih dan bosan mengejar dunia, kita sering ada masa untuk habuan dunia tetapi kurang untuk Allah SWT.

Boleh ulas lebih lanjut?
Ia menyamai satu cerita orang tua zaman dahulu iaitu seorang pemuda yang berusaha mencari seorang wanita untuk dikahwininya. Setelah beberapa lama mencari, dia berjaya menemui wanita yang menjadi idaman hatinya.

Lalu pemuda berkenaan menyatakan hasratnya kepada bapanya dan meminta untuk menemaninya menemui wanita itu serta keluarganya. Bapa pemuda bersetuju dan mereka mengunjungi rumah wanita berkenaan.

Lalu apa terjadi?
Malangnya, bapa pemuda tersebut tertarik dengan wanita berkenaan. Setelah meninggalkan rumah 
itu, bapanya menyatakan 
bahawa wanita itu tidak sesuai untuk anaknya tetapi sebaliknya elok untuk dirinya sendiri.

Lalu, terjadi konflik antara 
dua beranak itu dan bila sampai pada satu tahap yang kedua-duanya merasakan sukar 
untuk mencari kata putus, mereka membawa kes tersebut ke mahkamah.

Apa pandangan hakim?
Hakim bersetuju dan meminta dua beranak itu membawa wanita tersebut ke mahkamah untuk membolehkan hakim mendengar pandangan wanita berkenaan.

Pada hari perjumpaan, hakim berkenaan pula tertarik dengan wanita itu. Dia memutuskan bahawa wanita tersebut hanya sesuai untuk dirinya dan bukan dua beranak tersebut.

Keputusan itu menyebabkan dua beranak terbabit tidak puas hati dan terjadinya konflik perebutan antara mereka bertiga. Setelah beberapa lama bertengkar, mereka bertiga setuju untuk membawa kes itu kepada ketua negara untuk diselesaikan.

Berakhirkah konflik itu?
Tidak, kerana ketua negara turut tertarik dan ingin mengahwini wanita berkenaan. Maka, konflik tersebut kini melibatkan empat lelaki untuk merebut seorang wanita.

Bagaimana dengan wanita itu?
Memandangkan pertengkaran itu tidak akan menemui titik noktahnya, wanita tersebut bersuara dengan menyatakan yang dia mempunyai cara untuk menyelesaikan konflik berkenaan.

Caranya, wanita itu akan berlari terlebih dahulu dan siapa antara empat lelaki tersebut boleh menangkapnya, dia 
akan berkahwin dengan 
lelaki berkenaan.

Namun semakin lama mereka mengejar, wanita itu semakin jauh dan akhirnya mereka berhenti di satu lubang yang sangat besar dan dalam. Mereka nampak wanita tersebut di dalam lubang itu dan apa yang mengejutkan, wanita berkenaan menyatakan dia adalah dunia dan lubang itu adalah kubur mereka berempat.

Kisah ini adalah satu simbolik yang menunjukkan bagaimana keadaan kita dalam mengejar habuan dunia sehingga 
terlupa habuan akhirat yang kekal abadi.

Thursday, July 21, 2016

Apa Itu "Sakit"

~ _Sakit itu_ "Zikrullah"
Mereka yang menderitanya akan lebih sering menyebut Asma Allah dibandingkan ketika dalam sehatnya.

~ _Sakit itu_ "Istighfar"
Dosa² akan mudah teringat, jika datang sakit. Sehinga lisan terbimbing untuk memohon ampun.

~ _Sakit itu_ "Tauhid"
Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibah yang akan terus digetar?

~ _Sakit itu_ "Muhasabah"
Kita lg sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri dalam sepi, menghitung² bekal kembali.

~ _Sakit itu_ "Jihad"
Kita ketika sakit tak boleh menyerah kalah, diwajibkan terus berikhtiar, berjuang demi kesembuhan.

~ _Bahkan sakit itu_ "Ilmu"
Bukankah ketika sakit, kita akan memeriksa, berkonsultasi & pada akhirnya merawat diri untuk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit.

~ _Sakit itu_ "Nasihat"
Yang sakit mengingatkan si sehat untuk jaga diri. Yang sehat menghibur yang sakit agar mau bersabar. Allah cinta dan sayang keduanya.
~ _Sakit itu_ "Silaturahim"
Saat jenguk, bukankah keluarga yang jarang bertemu akhirnya datang menziarah, penuh senyum dan rindu mesra? Karena itu pula sakit adalah perekat ukhuwah.

~ _Sakit itu_ "Penggugur Dosa"
Barang haram tercelup di tubuh dilarutkan di dunia, Anggota badan yang sakit dinyerikan dan dicuci-Nya.

~ _Sakit itu_ "Mustajab Do'a"
 Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang sakit lalu minta dido'akan oleh yang sakit.

~ _Sakit itu salah satu keadaan yang_ "Menyulitkan Syaitan"
Diajak maksiat tak mampu - tak mau. Dosa.. lalu malah disesali.. kemudian diampuni.

~ _Sakit itu membuat_ "Sedikit tertawa dan banyak menangis"
Satu sikap keinsyafan yang disukai Nabi & para makhluk langit.

~ _Sakit meningkatkan kualitas_ "Ibadah"
Rukuk - Sujud lebih khusyuk,
Tasbih - Istighfar lebih sering,
Bermunajat - Do'a jadi lebih lama.

~ _Sakit itu memperbaiki_ "Akhlak"
Kesombongan terikikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi dibiasakan santun, lembut & Tawadhu'.

~ _Dan akhirnya "Sakit" membawa kita untuk ingat "Kematian"

*Semoga kita selalu diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT*