Saya agak beremosi sedikit apabila membincangkan hubungan
Malaysia-Singapura. Apatah lagi kritikan Lee Kuan Yew terhadap kita dalam buku
terbaharunya. Adakah kita sudah lupa amaran Kuan Yew pada Ogos 2009 kepada Malaysia ?
Katanya, jika Malaysia
tidak membekalkan air yang mencukupi kepada Singapura, penyelesaiannya adalah
perang.
Suka atau tidak, Singapura tetap berada dalam kepulauan
Melayu. Sebab itulah, sejak dari awal Singapura bersedia dengan segala kekuatan
yang ada. Belanja pertahanan hampir separuh belanjawan negara. Penasihat mereka
adalah Yahudi. Mereka tidak mahu tunduk atau diperkotak-katikkan oleh negara
Melayu sekeliling. Persiapannya, adalah dengan persediaan pertahanan sebaik
mungkin. Hari ini, siapa yang berani memberi kata dua kepada Singapura?
Kita sentiasa berada di pihak yang rugi dan rugi, dari
dahulu sampai sekarang dan akan datang. Kereta kita dikenakan bayaran masuk ke
Singapura dengan harga SG20 (dolar) sehari. Manakala, kita hanya mengenakan
pada kadar harga yang amat murah bagi kereta Singapura masuk ke Johor. Begitu
juga dengan harga air.
Saya perincikan sekali lagi perjanjian air antara kita
dengan Singapura. Sejak dahulu kepemimpinan Singapura mengulangi akan terjadi
perang jika air dihentikan atau dicerobohi kawasan tadahan air di negeri Johor.
Malah, kolam tadahan di negeri Johor dijaga sepenuhnya oleh
tentera Singapura. Tidak ada sesiapapun dibenarkan masuk. Jika masuk peranglah
jawabnya. Pihak Singapura menolak rundingan semula perjanjian air kerana
menganggap ia mencabar kedaulatan Singapura sebagai negara berdaulat. Apa yang
kita buat selepas itu, selainkan terpaksa bersetuju.
Persoalan saya, adakah pengorbanan kita dihargai? Hari demi
hari, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati kita,
terutama buku terbaharu Kuan Yew.
Tidakkah kita sedar bahawa perjanjian bekalan air antara
kerajaan Malaysia
dan Singapura sentiasa menjadi beban politik kepada kita kerana ia langsung
tidak menguntungkan kita. Ini tidak termasuk ruang udara kita yang sentiasa
diceroboh.
Malah, Singapura untung berlipat kali ganda memperniagakan
air yang kita salurkan dengan harga yang tidak masuk akal. Selain daripada
dijual mahal kepada kita semula. Mereka juga membuat keuntungan berlipat ganda
dengan menjualnya kepada kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Singapura hanya membayar 0.03 sen setiap seribu gelen. Malaysia
pula menurut perjanjian baru air tahun 1962 perlu membeli air terawat dari
Singapura pada harga 0.50sen setiap 1000 gelen. Sedangkan Melaka membeli air
dari Johor pada kadar 0.30 sen setiap seribu gelen. Sehingga kini (2061) kita
jual air kepada Singapura pada kadar 0.03 sen bukan 0.30 sen! Sebab itu
Singapura cepat maju, sebab mereka pandai memanipulasikan keadaan. Kita pula
bagaimana?
Dalam perjanjian air, terang-terang menyebut bahawa kita ada
hak untuk mengkaji semula harga air tersebut. Kenapa sukar sangat untuk
Singapura mematuhi dan berbincang mengenainya.
Teks bahasa Melayu:-
"Klausa 17 pada Perjanjian 1961 dan Klausa 14 pada
Perjanjian 1962 jelas menyatakan: "Provisi pada perenggan (i) dan (ii)
pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan
semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas dari kedua-dua ini
dimeterai...." Dua puluh lima tahun selepas 1961 dan 1962 jelasnya
bermaksud bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987. Ini tidak bermaksud
semakan semula mesti dibuat pada kadar segera di antara dua tahun ini.
Bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987, kedua-dua belah pihak dibenarkan
mengikut perundangan menyemak semula harga tersebut."
Hari ini, sebagai menunjukkan kebongkakannya, kerajaan
Singapura bertindak balas dengan membina logi air bagi menghasilkan New Water
pada kos SG 0.30 sen. Tindakan ini bukan semata-mata bagi memenuhi keperluan
air, tetapi juga sebagai membuktikan kepentingan strategik pertahanan negara
Yahudi ini.
Pada 1 September 2011, Syarikat Public Utilities Board (PUB)
Singapura telah menyerahkan kembali 4
kemudahan utama perbekalan air iaitu dua buah loji air dan dua buah rumah air
kepada kerajaan negeri Johor iaitu Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai
Skudai, Rumah Pam Pontian, dan Rumah Pam Tebrau, Johor.
Pemulangan kemudahan perbekalan air ini disebabkan oleh penamatan
kontrak 50 tahun bekalan air menurut Perjanjian Air 1961 yang berakhir pada
tahun 2011. Lagipun Singapura sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana
masih ada satu lagi perjanjian air Malaysia-Singapura akan tamat pada tahun
2061.
Kenapa jarang sekali kedengaran kawasan tadahan air di
negeri Johor dicerobohi atau pembalakan haram berlaku seperti negeri-negeri
lain? Jawapannya, kawasan sekitar kawasan tadahan air dikawal rapi oleh tentera
Singapura. Kita selaku rakyat Malaysia
tidak dibenarkan masuk sama sekali ke kawasan tersebut. Mereka amat takut
sekiranya kita melakukan sesuatu ke atas air yang disalurkan ke negara
tersebut. Begitulah keadaan menang-kalah yang berlaku.
Persoalan saya, ketika orang lain asyik menyindir dan
menekan kita, adakah kita mahu terus bersabar? Apakah kita terus mahu berada di
tempat yang kalah? Bila pula kita mahu menang?
Sun Tzu pernah memberikan nasihat, kenali diri dan musuh,
anda akan menang ratusan pertempuran. Adakah kita sudah mengenali diri dan
musuh? Saya fikir belum. Kita terlalu banyak berpolitik sehingga terlepas
pandang ancaman ini walaupun telah 56 tahun merdeka. Berdaulatkah kita
sebenarnya?
Oleh : Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment