ADALAH suatu hal yang pelik apabila Nik Abdul Aziz Nik Mat membangkitkan isu Islam dan Melayu semata-mata ingin menyatakan bahawa perjuangan Pas adalah Islam dan perjuangan UMNO adalah Melayu. Lalu memperjuangkan nasionalisme Melayu itu dianggap asabiyah.
Nik Aziz masih tak faham bahawa orang Melayu di Malaysia umumnya Islam. Analisis mudahnya kalau orang Pas adalah Islam maka orang UMNO yang memperjuangkan Melayu adalah 'kafir'. Sejak bila Pas dan Nik Aziz berpendirian begini.
Datuk Kamaruddin Jaafar dalam bukunya mengenai perjuangan Dr. Burhanuddin al Helmi seorang pemimpin Pas awal menggunakan slogan perjuangan bangsa, agama dan negara. Apakah perjuangan bangsa Melayu oleh Burhanuddin di anggap tidak selari dengan syariat? Apakah Abu Bakar Bakir, Ustaz Zulkifli Muhamad pejuang Pas yang gigih menggunakan slogan yang sama juga dianggap asabiyah?
Melayu dalam Perlembagaan negara ditakrif sebagai beragama Islam, berbahasa Melayu dan menggunakan adat istiadat Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam.
Melayu di Malaysia ialah Melayu yang Islam. Bahasa Melayu yang diperjuangkan ialah Bahasa Melayu yang terdapat di dalamnya ribuan istilah al-Quran. Apakah memartabatkan bahasa yang namanya Melayu adalah asabiyah atau bercanggah dengan Islam?
Prof. Syed Naquib al Attas dalam bukunya Islam dan Kebudayaan Melayu menyatakan dengan jelas mengenai proses pengislaman yang berlaku di kalangan orang Melayu dengan menyebutkan pengaruh Islam telah membawa perubahan kepada tasawur Melayu yang berasaskan akidah dan etika.
Rasulullah SAW amat sukakan kaum Quraish. Ibnu Khaldun membicara konsep asabiyah bukan dalam bentuk yang melakukan kezaliman. Dalam Surah al Hujurat ayat 13, menyatakan dengan jelas bahawa kejadian Melayu itu adalah kejadian Allah. Melayu yang melakukan kekenalan (litaarrafu) dengan Islam menyebabkan akidah tauhidnya terbina, ibadahnya terbangun, syariahnya menjadi batas sempadan dan akhlaknya menjadi sumber rujukan,
Pada idealnya kita ingin menjadikan orang Melayu Islam dalam erti kata yang syumul atau lengkap sempurna. Ia menuntut proses dakwah dan tarbiyah. Seperti teguhnya tekad Rasullullah SAW supaya seluruh kaum Quraish menjadi Islam. Namun bapa saudara Rasulullah, Abu Talib berbangsa Quraish tidak peluk Islam. Asbab atau sebab dakwah datang dari Rasulullah tetapi memberi hidayah adalah kerja Allah.
Mengapa Nik Aziz tak ikut jejak Pak Muhammad Natsir, Perdana Menteri Pertama Indonesia dan orang kuat Dewan Dakwah menyatakan dalam buku Fiqh ad Dakwahnya bahawa walaupun beliau ahli politik tetapi jalur dakwah, bersifat kasih sayang dan belas kasihan tetap menjadi pilihannya.
Nik Aziz selalu mengambil pendekatan simplistik. Ambil mudah tentang penggunaan istilah dan konsep. Gelar-gelar yang dikemukakan dan menggunakan istilah bukan dalam konteksnya menampakkan politik kebencian dan dendam kesumat yang menyebabkan perpecahan fikrah umat. Ramai yang taksub kepadanya menyebabkan kejumudan berlaku dan kekeliruan terjadi. Dan ia membawa perpecahan sesama umat.
Hari ini Pas mengajak UMNO bermuzakarah.
Esoknya Pas membatalkan hasrat itu. Apakah Pas main-main dengan isu ini. Isu penyatuan adalah isu murni dan ia suatu tuntutan. Kalau dengan DAP parti bukan Islam, Pas mampu melakukan tahalluf siasi atau kerjasama politik. Buruk sangatkah UMNO yang didukung oleh orang Islam sehingga muzakarah tidak boleh berlaku.
HAMAS dan PLO di Palestin pernah berperang dan berbunuh kerana perbezaan fahaman. Pas dan UMNO tidak pernah berperang dan berbunuh. Dulu Pas kata berkawan dengan orang kafir hukumnya haram. Tetapi bagaimana hukum itu bertukar menjadi halal pula. Apakah syariat Islam mempunyai dua sumber yang saling bercanggah.
Nik Aziz kini menyebut undi Pas dapat pahala bermakna tidak mengundi Pas berdosa. Yang berdosa itu siapa? Orang yang mengundi UMNOlah. Ini fatwa siapa.
Dulu Nik Aziz bertahan dengan undi Pas masuk syurga. Bermakna tidak undi Pas masuk neraka. Syariat dan fatwa mana yang Nik Aziz ambil dan kemudian berubah-ubah pula.
Kalau undi Pas masuk syurga dan berpahala, mengundi DAP dalam konteks pakatan apa hukumnya. Mengundi orang yang mengundi parti yang memperjuangkan liberalisme dan dan pluralisme yang menyamakan Tuhan itu apa hukumnya.
Politik Pas masih lagi mengambil pendekatan politik 1950-an dan 1960-an. Orang sudah berilmu dan pandai berfikir dan membezakan sesuatu yang bersifat retorik dan emosi yang berdegar-degar. Politik umumiyat sudah berlalu. Politik Islam menuntut ilmu yang jelas dan program kerja yang terarah.
Oleh itu usaha memberi pilihan Melayu dan Islam adalah usaha untuk mengelirukan. Ramai warga pencen dan orang muda yang ghairah dengan Islam terjebak dengan kenyataan Nik Aziz ini seolah-olah memasuki Pas langsailah dosa-dosa yang lalu dan terbinalah kelab-kelab taubat di kalangan para artis dan juga bekas pentadbir yang menyangka tidak perlu menjadi Melayu lagi dan jadi Islam segala-galanya tanggung beres.
Ia adalah jalan pintas untuk mendapat barakah Allah. Ia tidak salah pada Islam tetapi salah menjadikan politik kepartian lebih tinggi daripada martabat Islam itu sendiri.
Dari Jendela Tok Ki
Sunday, March 31, 2013
Anehnya Nik Aziz, Kita Ini Islam Bukannya Melayu
Saturday, March 30, 2013
Pencerobohan Sabah
Sabah - Lokasi Pengkalan Tentera Laut Amerika Yang Baru
Keperluan Amerika
Amerika Syarikat mempunyai hasrat yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.
Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun yang lampau, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (navy base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).
Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah diLaut Cina Selatan.
Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.
Mengapa Sabah
Amerika menemui jawapan mereka di Sabah.
Sebuah kajian teliti dan risikan telah dilakukan oleh Pentagon dan mendapati Sabah mempunyai lokasi serta kemudahan dan perairan yang sesuai untuk mendirikan pangkalan tentera laut.
Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.
Halangan
Buat masa ini, Amerika tidak dapat membuat apa-apa di Sabah kerana atas dasar dan prinsip, Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.
Ini kerana asset-aset penting Tentera Laut DiRaja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangakalan diSepanggar.
Terdapat juga beberapa sebab tertentu mengapa Amerika tidak boleh mendirikan Naval Base disini.
Jawapan
Amerika dapat menjadikan impian mereka kenyataan hanya jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh ditangan pembangkang.
Amerika mempunyai agen di Malaysia yang dapat membantu mereka (kita semua tahu siapa tokoh politik ini).
Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.
Tokoh politik parti pembangkang ini memang pandai berurusan dengan Amerika.
Jangan pula harapkan pagar, padi dimakan pagar!!!
Sumber : Pendekar Sabah

Friday, March 29, 2013
Bersalahkah Jadi Melayu?
Perpecahan akibat sindrom rasa bersalah jadi Melayu?
Sumber : utusan@Politik
KUALA LUMPUR - Perpecahan dalam kalangan orang Melayu bukan sahaja disebabkan oleh perbezaan ideologi politik tetapi turut didorong sindrom rasa bersalah menjadi Melayu.
Perkara itu didedahkan Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba yang berkata, sikap sedemikian menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir disebabkan kelemahan sendiri.
Beliau yang kesal dengan sindrom tersebut menegaskan, orang Melayu tidak seharusnya wujud sekelumit pun rasa bersalah dalam diri mereka kerana dilahirkan sebagai Melayu.
"Jadi kenapa kita perlu rasa bersalah bila jadi umat Melayu. Perkara ini sudah dinyatakan secara jelas di bawah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dan tidak wajar untuk rasa bersalah.
"Ekuiti orang Melayu dan bumiputera cuma 20 peratus dan selebihnya dimiliki kaum lain. Jika peratus menjadi perkiraan dalam konteks Malaysia apakah Melayu yang hanya ada ekuiti 20 peratus ini menganiaya pihak lain," katanya.
Sidek berkata demikian dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden yang turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin serta penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel di sini hari ini.
Mengulas lanjut Dr. Sidek berkata, hanya perpaduan sahaja yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu sebagaimana pernah dibuktikan semasa bangkit menuntut kemerdekaan dari British dahulu.
Katanya, perpaduan yang diharapkan itu pasti lebih mudah jika parti pembangkang khususnya Pas berlapang dada dan menerima idea kesatuan tanpa terlalu mementingkan keuntungan politik melebihi kelangsungan orang Melayu.
"Apakah kalau kita memperjuangkan kepentingan Melayu itu assabiyah? Melayu itu Islam dan memperjuangkan Melayu bererti memperjuang Islam. Jadi mengapa usaha untuk mengangkat martabat Islam itu dianggap assabiyah?
"Tapi inilah sikap pemimpin pembangkang. Masa hendak tubuhkan UIAM dulu, apa mereka tidak kutuk. Masa tubuh Bank Islam, mereka kata seperti letak daging halal sebelah daging babi tapi sekarang siapa yang dapat manfaat," soalnya.
Dalam pada itu, Zainuddin pula memberi ingatan kepada orang Melayu agar berwaspada dengan penjajahan minda, budaya, sosial, ekonomi serta politik dalam bentuk baharu jika tidak mahu kaum berkenaan hilang kuasa mentadbir.
Katanya, kemunculan ahli politik tertentu yang licik memperalatkan apa sahaja demi memastikan matlamat peribadi tercapai meletakkan orang Melayu dalam keadaan semakin berisiko jika rakyat terleka dibuai ideologi liberalisme.
"Jangan kita hanya melihat kerosakan dan kelemahan kecil kerajaan sehingga menidakkan keagungan yang dicipta bangsa kita kerana belum tentu pihak yang menjanjikan perubahan boleh memastikan hak ini kekal," katanya.
Sementara itu, Yahya berkata, jika orang Melayu berterusan mementingkan ideologi politik masing-masing dan enggan bersatu walaupun kini menjadi minoriti dalam penentuan politik, tidak mustahil kuasa Melayu akan hilang.
"Jika Melayu gagal mempertahankan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang, jangan harap kuasa politik itu dapat kita rampas kembali dan contoh terbaik di Singapura begitu juga nasib orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.
Sumber : utusan@Politik
Thursday, March 28, 2013
Adab Baik Akhlak Cantik
DALAM mengejar kemajuan, adab sangat dipentingkan kerana orang yang beradab adalah orang yang sentiasa mementingkan budi bahasa dan tatasusila sebagai orang yang beradab. Kita sering mendidik kanak-kanak dan remaja supaya beradab tetapi orang tua tidak pula beradab dalam berkata-kata dan perlakuan yang ditunjukkan.
Islam amat menekankan pendidikan adab kepada anak-anak dan juga dalam kalangan keluarga. Islam menetapkan beberapa adab seperti adab berhias diri, adab menjaga orang sakit, adab amar makruf nahi mungkar, adab di tempat rekreasi, adab menjaga kemudahan awam, adab menziarahi jenazah dan adab dalam pergaulan seharian.
Sumber : utusan@Bicara-Agama

Sebagai ibu bapa pendidikan adab terhadap anak-anak sengat penting. Ibu bapa mestilah menunjukkan adab dan teladan yang baik. Begitulah seperti kata peribahasa, seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan ibu atau bapa ketam tak pernah berjalan betul. Ada ibu bapa melarang anaknya merokok, sedangkan mereka sendiri adalah perokok tegar. Bagaimanakah nasihat dan teladan hendak diterapkan kepada anak-anak? Jawapannya terletak kepada kebijaksanaan ibu bapa tersebut.
Memetik kata-kata cerdik pandai, adab yang baik adalah seni untuk membuatkan orang berasa selesa berhubung dengan kita. Sesiapa yang menyebabkan paling sedikit orang berasa tidak selesa, dialah baka yang terbaik dalam kumpulan itu.
Ingatlah kehebatan adab terutama adab yang baik yang ditunjukkan oleh seseorang kepada orang lain. Orang yang beradab sentiasa menjaga percakapan, bicara dan perlakuannya di mana sahaja dia berada sama ada keseorangan atau di khalayak ramai.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang mukmin mengambil (melaksanakan) adab daripada Allah. Kalau Allah meluaskan adab baginya, maka akan luas adabnya dan menyempitkannya (menahan dan tidak memberinya adab) maka sempitlah adabnya." (riwayat Al Hakim).
Begitulah juga kita seharusnya menjaga adab dengan pemimpin, ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Begitu juga kita wajar mempamerkan adab yang baik kepada kanak-kanak dan orang yang lebih muda sebagai teladan dan ikutan kepada mereka.
Sebagai renungan, Wahab Munabin pernah mengingatkan, adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. Begitu jugalah manusia yang tidak beradab dan berakhlak diumpamakan seperti tembikar yang pecah.
Ini membuktikan adab dan akhlak sangat penting dalam kehidupan, jika adab dan akhlak kita rosak dan tercemar sukar sekali untuk memperbaikinya. Orang akan ingat selama-lamanya akan perbuatan yang kita lakukan yang merosakkan adab dan akhlak. Nabi SAW bersabda: Yang muda mendahului memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang berjumlah sedikit kepada yang banyak. (riwayat Bukhari)
Kesempurnaan budi dan adab sangat dipentingkan dalam kehidupan. Kata-kata yang lemah lembut dan beradab adalah inti peradaban kepada bangsa. Adab dan sopan juga adalah kecantikan budi pekerti yang terpuji yang sangat disanjung sejak dahulu hingga sekarang. Menurut Al Bukhari, Nabi SAW lebih malu daripada seorang gadis dalam pingitannya.
Mempraktikkan adab yang baik dalam kehidupan sangat digalakkan. Pendidikan adab ini mestilah dilakukan sejak kecil lagi bagi memperkukuh akidah, ibadah dan akhlak seseorang. Pendidikan ini juga dapat meneguhkan pendirian atau istiqamah terhadap perintah Allah dengan penuh keyakinan. Nabi SAW, bersabda: "Sesungguhnya Allah indah dan senang kepada keindahan. Apabila seorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah merapikan dirinya." (Riwayat Baihaqi)
Kebaikan adab juga akan menunjukkan ketinggian akhlak seseorang. Apabila seseorang itu beradab baik, sudah pasti akhlaknya juga turut baik. Pendidikan adab juga akan meliputi pendidikan ibadah, keimanan, akal dan akhlak. Justeru, adab bercakap juga sangat penting dalam kehidupan. Bercakap merupakan suatu budaya manusia yang melambangkan hati, sikap dan fikiran. Oleh itu, peliharalah lidah dan ikutilah adab yang baik semasa bercakap.
Lantaran itu, Nabi SAW, bersabda: Sesiapa mempercayai Allah dan hari kemudian (akhirat) maka semestinya dia bercakap perkataan yang baik ataupun hendaklah dia diam sahaja. (riwayat Bukhari dan Muslim). Oleh itu, sebagai ibu bapa didiklah anak-anak dengan bercakap menggunakan perkataan yang baik-baik sahaja.
Natijah, pendidikan adab dan akhlak mestilah dilakukan secara berterusan. Menjaga aurat, perlakuan dan percakapan adalah adab yang paling baik. Jika adab sentiasa dijaga tidak akan ada perbuatan yang membabitkan gejala sosial yang merosakkan dan menghancurkan masa depan.
Sumber : utusan@Bicara-Agama
Sunday, March 24, 2013
Kenapa Perlu Benci Sesama Melayu
PEJUANG-pejuang Melayu untuk kemerdekaan Malaysia percaya dengan menentukan jumlah warganegara Melayu melebihi bukan Melayu maka kepentingan Melayu dapat dipelihara dalam Malaysia yang demokratik. Apabila kemasukan Singapura menurunkan peratusan orang Melayu dengan begitu banyak dan terdapat Melayu sudah berpecah kepada UMNO dan Pas, Tunku Abdul Rahman Putra mengeluarkan Singapura dari Malaysia.
Walaupun UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya seperti semasa melawan Malayan Union, tetapi dengan mengepalai Perikatan, UMNO masih dapat mengetuai kerajaan dan memelihara kedudukan orang Melayu tanpa menidakkan hak orang bukan Melayu. Selama lebih dari 50 tahun orang Melayu melalui UMNO sebagai rakan kanan dalam Perikatan dan BN dapat diberi tempat, dimaju dan pertahankan.
Jelas sekali bahawa selagi orang Melayu tidak membencikan bangsa mereka sendiri, kuasa yang mencukupi akan terus berada di tangan orang Melayu. Musuh-musuh orang Melayu sedar akan hakikat ini. Jika mereka ingin rampas kuasa dari orang Melayu mereka mesti pupuk kebencian orang Melayu kepada kemelayuan mereka.
Untuk tujuan ini Pas mengguna agama dan mengkafirkan sebahagian besar dari orang Melayu. Kononnya nasionalisme Melayu bertentangan dengan Islam. Tetapi Pas gagal menarik sokongan orang Melayu dengan mencukupi untuk menguasai kerajaan pusat. Jumlah calon Pas tidak pun sampai 50 peratus kerusi Dewan Rakyat. Justeru tidak pernah terjadi yang Pas dengan sendirinya mendapat kerusi lebih dari UMNO.
Orang UMNO kecewa yang keluar dari parti telah pujuk Pas supaya berganding bahu dengan DAP dan parti baru mereka untuk mendapat jumlah kerusi yang banyak seperti UMNO dengan rakan dalam BN supaya dapat mengurangkan kerusi yang dimenangi oleh Melayu UMNO. Walaupun Pas telah mendakwa bekerjasama dengan orang bukan Islam menjadikan orang Islam kafir, tetapi kerana begitu ghairah untuk menjadi kerajaan, dakwaan ini diketepikan.
Sebaliknya Pas cipta alasan baru untuk mengkafirkan orang UMNO. Hadi dalam amanatnya mendakwa bahawa UMNO kafir kerana mengekalkan sistem pemerintahan penjajah. Orang Pas yang taksub kepada parti dan pemimpin mereka melupakan soal bekerjasama dengan orang kafir dan sebaliknya beralih kepada amanat Hadi sebagai sebab orang UMNO kafir.
Ini pun tidak berjaya menjatuhkan UMNO walaupun pada 2008 Pas bersama DAP dan parti milik keluarga Anwar berjaya menguasai lima buah negeri.
Pendekatan Anwar untuk menyemai kebencian orang Melayu kepada orang Melayu berbeza. Anwar mendakap ketaksuban kepada kebebasan dan akal fikiran oleh Barat. Untuk meruntuhkan kuasa orang Melayu yang ada pada UMNO Anwar memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had.
Kononnya rakyat Malaysia tidak bebas. Kononnya rakyat Malaysia ditindas. Kononnya tidak ada kebebasan akhbar dan bersuara. Tidak ada kebebasan beragama (dalam kalangan orang Islam). Tidak ada kebebasan bagi perkahwinan sejenis, tidak ada kebebasan untuk mengguna kalimah Allah oleh orang Kristian, dan bermacam kebebasan lain.
Sesuatu yang menyebabkan orang Melayu sokong UMNO ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya memperbaiki sedikit taraf hidup orang Melayu.
Menyerang DEB tidak akan menjadikan Anwar popular. Apabila penentang DEB luar negeri, khususnya orang Barat, menuduh DEB hanya menguntungkan kroni UMNO, maka Anwar segera memeluk tuduhan ini dan menuding jari ke arah beberapa orang Melayu yang berjaya sebagai bukti yang DEB hanya menguntungkan kroni pemimpin kerajaan sahaja.
Di antara yang dipilih ialah Syed Mokhtar Albukhary, iaitu seorang Melayu antara puluhan bukan Melayu yang sudah jadi bilionair. Hari-hari ditujukan tuduhannya kepada Syed Mokhtar sebagai kroni. Bahawa semua bilionair bukan Melayu juga mendapat sokongan dari kerajaan tidak disebut sebagai kroni. Tanpa pemberian lesen dan peluang oleh kerajaan, tak mungkin orang bukan Melayu ini menjadi begitu kaya dengan begitu pantas dan ramai. Ada yang dapat monopoli import gula dan tepung selama 60 tahun tetapi tidak juga dijadikan sasaran Anwar. Tanpa usaha mengamankan negara, mencipta sistem cukai serta dasar, menjadi mega projek dan lain-lain tak mungkin mereka ini meraih kekayaan berbillion-billion. Bagi Anwar ini tak mengapa kerana mereka bukan Melayu.
Yang ditujukan ialah kepada Tan Sri Syed Mokhtar dan segelintir orang Melayu yang berjaya. Orang Melayu mestilah benci mereka ini kerana mereka kaya dan sudah tentu mereka adalah kroni.
Dan ramailah orang Melayu terutama pemuda yang sudah benci kepada "kroni-kroni" ini dan UMNO dan menolak UMNO. Tidak disebut oleh Anwar akan ratusan ribu anak Melayu yang mendapat pelajaran tinggi kerana biasiswa kerajaan pimpinan UMNO. Apakah ratusan ribu ini juga kroni?
Kita tahu setelah kerajaan pimpinan UMNO memberi biasiswa supaya mereka dapat ke universiti, ramai dari mereka berdemonstrasi mengutuk kerajaan. Sekarang setelah mendapat pekerjaan dan menjadi ahli profesional, ramai dari mereka juga tidak menyokong kerajaan. Kroni kerajaankah mereka?
Peniaga dan pengusaha yang diberi peluang dan bantuan, pekerja-pekerja yang mendapat kerja kerana DEB, apakah mereka semuanya terdiri dari kroni kerajaan? Ada mereka yang menyertai parti lawan dan mengutuk kerajaan UMNO. Kronikah mereka?
Menuduh hanya kroni kerajaan sahaja yang mendapat nikmat dari DEB adalah satu fitnah besar. Tetapi ramai orang Melayu yang terima fitnah ini dan membenci kerajaan dan UMNO yang dipimpin oleh orang Melayu.
Apabila orang Melayu membenci orang Melayu dan berkelahi sesama sendiri, apabila mereka menyokong orang yang sebenarnya tidak punyai niat baik terhadap mereka maka akan runtuhlah kuasa yang sedikit yang ada pada orang Melayu, maka akan berjayalah perebutan kuasa politik oleh orang lain.
Lihatlah orang Melayu yang hari ini terpaksa duduk di negara yang diperintah oleh orang bukan Melayu, berjayakah mereka?
Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Friday, March 22, 2013
Kita Terus Dihina, Tetapi Apa Tindakannya?
ALLAH dihina
Nabi Muhammad SAW dihina
Islam dihina
Al-Quran dihina
Raja dihina
Melayu dihina
Negara dihina
Perlembagaan dihina
Undang-Undang dihina
Lagu Negaraku dihina
Bendera Jalur Gemilang dihina
PDRM dihina
ATM dihina
Masjid dihina
Batik dihina
APA lagi yang dihina? Percayalah akan ada lagi yang dihina. Kenapa mereka begitu berani menghina? Jawapannya ialah kerana tiada tindakan dan hukuman serius pernah dikenakan.
Setiap kali berlaku penghinaan berbagai-bagai bantahan dibuat. Pelbagai amaran diberi. Bermacam-macam bentuk kemarahan ditunjukkan.
Beratus-ratus laporan polis dibuat di seluruh negara. Tetapi apa kesudahannya? Pernahkah kita dengar hukuman berat dijatuhkan kepada penghina? Yang selalu kita dengar hanya amaran demi amaran sahaja diberi. Bantahan menuntut penghina menarik balik kata-kata dan memohon maaf sahaja. Apakah cukup dengan amaran dan bantahan begitu akan membuat penghina merasa bersalah dan insaf?
Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) telah dihapuskan. Apakah akta baharu yang menggantikan ISA dapat membendung perlakuan ini? Hakikatnya sehingga kini pelbagai penghinaan masih lagi berlaku. Apakah saman malu atau hasutan boleh dikenakan kepada penghina?
Apakah Akta Hasutan yang ada dilihat gagal untuk mengenakan tindakan dan hukuman yang berkesan kepada pesalah?
Mungkin bentuk penghinaan yang dibuat tidak ada atau bertepatan dalam Akta Hasutan untuk diambil tindakan. Jika benar begitu maka satu undang-undang atau akta baru perlu digubal. Oleh itu kerajaan perlu menggubal satu akta yang boleh dinamakan Akta Hinaan yang khusus untuk pelbagai bentuk hinaan yang dibuat. Di bawah akta ini tiada lagi halangan untuk diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman.
Akta ini perlu mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah penghina supaya menjadi pengajaran kepada semua orang agar tidak sesuka hati menghina sesiapa atau apa sahaja yang boleh menyentuh sensitiviti rakyat. Jika terbukti kesalahan telah dilakukan tindakan dan hukuman perlu dilaksanakan segera.
Jangan tangguh sehingga bertahun-tahun menyebabkan masyarakat tidak takut dan tidak menghormati undang-undang dan memandang rendah kepada penguatkuasa undang-undang.
Penghinaan yang dibuat jika tidak dibendung boleh menyemarakkan kemarahan yang tidak dapat dikawal. Jangan terkejut jika rusuhan juga boleh berlaku. Sampai bila orang dapat bersabar. Kata orang kesabaran ada hadnya. Sampai bila kesabaran ini dapat bertahan? Apakah setelah rusuhan dan kemusnahan berlaku baru tindakan akan diambil? Kepada siapa tindakan akan diambil? Kepada perusuh atau kepada penghina yang menyebabkan rusuhan berlaku.
Oleh itu sebelum api kemarahan membara dan membakar maka punca api itu hendaklah dipadam semasa ia masih lagi kecil.
Percayalah selagi tidak ada satu undang-undang dan hukuman dikenakan kepada penghina yang hina, percayalah segala bentuk penghinaan akan berulang lagi di masa depan. Malah penghinaan yang lebih dahsyat lagi akan dibuat.
Oleh : Pacal Mulia
Karangan, Kedah

Patriotisme Menjamin Masa Depan
SAYA memilih untuk menulis pada kali ini setelah melihat seramai 10 orang wira negara terkorban dalam mereka berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia di Pantai Timur Sabah. Pada saya, perkembangan yang telah berlaku memerlukan penelitian yang terperinci.
Saya dapat merasai betapa luluhnya hati kaum keluarga apabila menerima berita orang yang tersayang telah gugur di medan juang.
Saya sendiri pernah mengalami keadaan apabila seorang anggota tentera daripada pasukan saya terkorban ketika kami melaksanakan gerakan membanteras segerombolan komunis di sempadan Semenanjung dan Selatan Thailand.
Ketika menghantar jenazah anggota tersebut ke rumah keluarganya, jelas dapat dilihat kesedihan yang menyeluruh bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga, malahan seluruh penduduk kampung.
Saya amat sedih apabila melihat anak kecil yang ketika itu berumur 4 tahun yang tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku kepada bapanya. Anak kecil itu cuma boleh berlari ke sana ke mari tanpa menyedari bahawa masa depannya akan dilalui tanpa seorang bapa.
Melihat apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di Lahad Datu, adalah wajar untuk kita semua insaf bahawa perwira-perwira negara telah banyak berkorban demi menjamin kedaulatan bangsa, agama dan tanah air. Di era Perang Dunia Kedua, kita perlu sedar bahawa anak bangsa kita telah sanggup menggadai nyawa mempertahankan negara ini hingga ke titisan darah yang terakhir.
Di zaman darurat pula, beribu-ribu anggota pasukan keselamatan terkorban ataupun tercedera dalam melaksanakan tugas operasi membanteras kezaliman pengganas-pengganas komunis.
Adanya kesungguhan dan pengorbanan yang sedemikian telah membawa negara berjaya memaksa pengganas komunis meletakkan senjata mereka. Tetapi perlu diingat perjuangan tersebut mengambil masa lebih daripada 40 tahun.
Kita juga mampu mempertahankan negara di era konfrantasi dengan Indonesia. Kejayaan-kejayaan berkaitan diperoleh dengan adanya sokongan dan perpaduan daripada majoriti rakyat.
Malangnya, negara kita juga telah melalui peristiwa berdarah '13 Mei 1969'. Kita menyesal berlakunya peristiwa tersebut dan rata-ratanya tidak ingin lagi mengalami keadaan yang serupa. Kini tidak sepatutnya wujud sebarang niat oleh mana-mana pihak, atas alasan apa sekalipun untuk melihat kembali peristiwa sedemikian berlaku di negara ini.
Dimensi
Perkembangan di Lahad Datu jelas memperlihatkan kepada kita bahawa negara tidak boleh lari daripada menghadapi ancaman yang bersifat pelbagai dimensi. Ancaman-ancaman ini boleh berlaku daripada kedua-dua perspektif iaitu dalaman dan luaran.
Bentuk ancamannya pula tidak akan lagi semata-mata bersifat konvensional. Ia boleh berada dalam pelbagai bentuk. Perlu diambil kira, Malaysia masih berhadapan dengan isu-isu persempadanan maritim ataupun daratan dengan beberapa negara. Setengahnya pula adalah amat rapuh dan sensitif.
Persoalannya, adakah kita berlaku adil jika sekiranya tanggungjawab menjamin keselamatan dan pertahanan negara hanya diletakkan di bahu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sahaja.
Adalah menjadi tanggungjawab kesemua rakyat jelata untuk sama berganding bahu memikul tanggungjawab menyelamatkan negara daripada sebarang bentuk ancaman. Masyarakat boleh bertindak memberi maklumat segera kepada pihak berkuasa apabila dilihat wujudnya sebarang elemen yang dianggap boleh menjejaskan ketenteraman negara.
Sebagai contoh, kejayaan membanteras Kumpulan Al-Maunah bermula apabila pihak berkuasa menerima maklumat daripada seorang penduduk tempatan bahawa dia terdengar bunyi tembakan senjata api di sekitar Kampung Jenalek. Kita bernasib baik kerana ada dalam kalangan masyarakat yang memilih untuk sama bertanggungjawab demi kepentingan keselamatan negara. Mengapa sikap yang sama tidak dijadikan amalan harian di kalangan masyarakat umum di negara ini.
Yang pasti, pergerakan penceroboh di Lahad Datu sudah terdahulu diketahui oleh sebilangan masyarakat setempat. Soalnya, kenapa tidak dilaporkan atau pun kenapa lewat dilaporkan? Mengambil kira pengajaran dari apa yang berlaku di Lahad Datu, sudah tiba masanya untuk kita semua menyedari bahawa peranan kita untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa adalah amat penting terutama dalam keadaan kawasan sempadan negara adalah terlalu luas hingga menjangkau beribu-ribu kilometer.
Sudah tiba masanya untuk semua rakyat Malaysia bersatu padu memberi sokongan yang menyeluruh dalam tindakan kerajaan membanteras penceroboh dan pengganas yang sedang kita hadapi di Pantai Timur Sabah.
Kita juga perlu sama-sama asingkan pergolakan di Lahad Datu daripada pendirian politik masing-masing.
Menuding jari antara satu sama lain dengan menggunakan landasan politik tidak langsung membantu meredakan keadaan. Malah keadaan ini memberi ruang untuk dieksploitasikan oleh negara luar mengikut versi masing-masing dengan menokok tambah berita-berita yang sengaja diadakan untuk memenuhi agenda mereka yang tersendiri.
Tanggapan
Perlu diingat bahawa perkembangan yang ada di Lahad Datu pada hari ini boleh menyebabkan masyarakat antarabangsa mudah membuat tanggapan yang tertentu terhadap Malaysia. Lebih malang lagi apabila ada antara kalangan masyarakat kita yang sengaja mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Malaysia.
Tindakan Kerajaan menubuhkan ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) untuk menjaga keselamatan Pantai Timur Sabah adalah amat tepat pada waktunya. Bagi membolehkan penubuhannya berjaya memenuhi objektif yang ditetapkan, maka perancangan untuknya perlulah disusun secara teliti dan terperinci.
Pelaksanaannya pula perlulah dibuat secara profesional serta dengan penuh komitmen. Kesungguhan dan keikhlasan perlu wujud di kalangan semua anggota yang berada di bawah naungan ESSCOM.
Bantuan logistik serta peralatan mestilah berpadanan dan mencukupi. Kemampuan perisikan perlulah menyeluruh. Ini mengambil kira keadaan persekitaran yang sukar diawasi pada setiap waktu.
Kemampuan dalam bidang gerak saraf mesti juga diberi kepentingan. Ini untuk menjamin masyarakat sekitar agar sentiasa bersedia bekerjasama dan menyokong segala usaha yang dilaksanakan.
Kejayaan membanteras komunis oleh pihak RASCOM (Rajang Area Security Command) boleh dijadikan model sebagai panduan. Mereka yang mempunyai pengalaman ketika bertugas dengan RASCOM perlu dijemput untuk memberi pandangan serta idea dalam memperkukuhkan kemampuan ESSCOM.
Kita perlu ingat bahawa kestabilan negara adalah penting untuk menjamin masa depan anak-anak. Kita semua mempunyai tugas dan tanggungjawab yang penting. Janganlah kita mempersia-siakan kestabilan negara yang ada pada hari ini.
Janganlah kita mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang tidak berasas. Marilah kita sama-sama berjanji untuk membanteras segala elemen-elemen negatif yang boleh menjejaskan kepentingan negara.
Marilah kita bersama-sama dengan anggota-anggota pasukan keselamatan mempertahankan negara ini daripada segala bentuk ancaman. Semua peringkat rakyat jelata juga hendaklah sentiasa bersedia memberi sokongan apabila wujud keperluan untuk mempertingkatkan kemampuan dalam menjamin kepentingan keselamatan dan pertahanan negara.
Kenapa tidak rakyat Malaysia berpegang dengan semangat patriotik seperti yang dianuti oleh bekas-bekas anggota polis dan tentera. Walaupun ada yang telah lama bersara, namun mereka masih kukuh dengan semangat juang masing-masing.
Melalui pengalaman yang telah saya tempuhi, saya menyeru semua pihak agar bersatu kukuh dengan semangat patriotik dalam menjamin kepentingan keamanan, pertahanan dan kedaulatan negara.
Oleh : Lt. Jeneral (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Omar

Wednesday, March 20, 2013
Waspada PATI Jadi `Ready Army'
Musa Hassan sifatkan pendatang asing `ready army', mahu dikawal
PUCHONG - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa parti politik di Malaysia melupakan seketika ideologi politik mereka dan bersatu mengutamakan keselamatan negara berhubung isu pencerobohan militan di Sabah.
Katanya, perkara ini perlu menjadi fokus utama kerana tanpa perpaduan rakyat, ia boleh merosakkan negara sekali gus memudahkan lagi anasir luar masuk ke dalam negara.
“Janganlah terlalu ghairah berpolitik sampai keselamatan negara diabaikan.
“Pemimpin negara kita pun bergaduh sesama sendiri. Itu sebab negara kita mudah dicerobohi dan diserang,” katanya, kelmarin.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan kerajaan Filipina harus segera menangkap ketua pengganas, Azzumudie Kiram dalam usaha menamatkan kemelut di Lahad Datu.
Katanya, kerajaan Filipina dan Malaysia perlu berbincang bagi mendapatkan penyelesaian terbaik berhubung isu ini.
“Kerajaan perlu ambil tindakan pada mereka yang lakukan pencerobohan ini. Kita tidak mahu perkara ini dijadikan isu politik dan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
“Malaysia dan Filipina perlu adakan perbincangan supaya rakyat tidak curiga. Jika mereka curiga, berita palsu akan mudah tersebar,” katanya.
Katanya, tugas menjaga keselamatan negara bukan terletak di bahu polis dan tentera saja kerana tanggungjawab itu juga berada di bahu rakyat.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat menyekat kebanjiran pendatang asing dan segera menghantar pulang mereka yang tiada permit ke negara asal mereka.
“Warga asing ini tiada ketaatan kepada kerajaan Malaysia kerana mereka hanya cari rezeki di sini dan pulang ke negara mereka bila mereka sudah ada wang.
“Mereka ini seperti ready army. Negara mereka boleh menggunakan mereka bila-bila masa jika ingin menawan negara kita sebab mereka memang sudah ada di sini,” katanya.- Sinar Harian

Tuesday, March 19, 2013
Apabila Melayu Tidak Mahu Bela Bangsanya
“SAYA dan isteri ingin menghadiri majlis konvokesyen anak kami di United Kingdom, jadi kalau saudara ingin saya luluskan overdraf ini, kenalah saudara bagi bahagian perbelanjaan untuk dua orang ke London,” begitulah bunyi kata-kata seorang pengurus bank cawangan yang saya berurusan dulu.
Ketika itu saya perlu menghantar wang pengajian untuk anak saya di Amerika Syarikat yang tiada biasiswa. Tanpa segan silu pengurus bank itu melakukan rasuah. Begitulah keadaannya sekarang dengan rasuah.
Orang Melayu tidak lagi segan silu melakukan atau menerima rasuah. Ramai orang sedar rasuah di negara kita tetapi tidak mahu bercakap tentangnya.
Macam juga pelacuran yang berleluasa. Diserbu berpuluh kali sekali pun bapak-bapak ayam akan terus menjalankan urusan mereka. Sebelum diserbu mereka sudah tahu.
Kita melihat mereka yang dituduh melakukan rasuah kebanyakannya orang Melayu dan ada yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.
Sikap ingin mencari jalan pintas kekayaan ini memang jelas kerana “kalau saya tak lakukan orang lain pun akan lakukan” menjadi sikap utama mereka ini. Kalau kos projek digandakan sudah menjadi lumrah.
Seperkara lagi yang kerap juga berlaku kepada mereka yang menghantar cadangan projek mereka ‘diculik’ oleh orang lain termasuk di peringkat atasan.Telan sajalah air liur.
Pada bulan Ramadan, kita tahu ketua-ketua industri akan menghilangkan diri kerana mereka akan dikepung untuk mendapatkan duit raya yang bukan sikit-sikit. Tengok pangkat orang yang meminta. Jadi ramailah kapten industri ini yang pergi melakukan umrah di bulan puasa.
Pada bulan Ramadan juga orang Melayu berpusu-pusu berbuka puasa di hotel-hotel yang tidak tentu halal haramnya. Diberitakan daripada 2,000 hotel di bandar raya Kuala Lumpur, hanya dua peratus (2%) saja yang diberi taraf halal oleh Jakim – bermakna hanya empat hotel saja yang halal.
Tapi orang Melayu tak kira itu semua. Janji seronok walaupun kena bayar berpuluh-puluh ringgit. Kedai mamak dan kopitiam pun tak dijamin halalnya.
Seperkara lagi pada Ramadan ini maka keluarlah kelulusan untuk berniaga gerai di merata tempat. Semua orang tahu ada yang dapat kebenaran menjalankan warung menjual permit berniaga kepada orang lain untuk membuat untung. Yang asal RM200 boleh jadi RM20,000 dan ramai yang juga sanggup kerana pendapatan satu bulan di bulan puasa boleh mengatasi pendapatan 11 bulan yang lain.
Begitulah juga keadaannya dengan lain-lain lesen yang diberikan kepada orang Melayu. Contohnya di pasar Chow Kit kita tahu yang mengendalikan gerai-gerai di situ semuanya orang asing sedangkan lesen dikeluarkan kepada orang Melayu sini.
Kalau ada pemeriksaan, tuan punya akan mengaku yang berjual itu pekerja mereka. Semuanya hendak mencari jalan pintas untuk kaya cepat.
Terbaru, Timbalan Perdana Menteri mengatakan pasar tersebut akan dibangunkan semula. Patut pun selepas lebih 50 tahun keadaan kotor dan serabut pasar tersebut dibersihkan.
Tahun 1994 dulu, 100 lesen untuk pengurusan aset dikeluarkan. Modal berbayar diperlukan ialah RM2 juta. Ramai yang belum mula operasi pun sudah hendak menjual lesen mereka dengan syarikat sekali berkali ganda pula walaupun sehari pun belum beroperasi.
Sejak kejayaan Dasar Ekonomi Baru menaikkan taraf orang Melayu kepada kelas menengah, maka ramailah anak Melayu yang berpeluang mendapat pengajian tinggi di luar negara dan ramailah yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dalam swasta.
Yang peliknya ada sesetengah daripada mereka ini sudah menganggap membela orang Melayu sudah tidak lagi fashionable baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
Rata-rata apabila ada perjumpaan atau majlis makan malam di kalangan orang bukan Melayu dan orang asing, mereka akan mengatakan penghalang kepada usaha pentadbiran Najib untuk melakukan transformasi ialah tuntutan orang Melayu oleh kumpulan tertentu.
Mereka lupa kalau dikira perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Pertama sehingga Kesembilan tiap-tiap satu sebanyak RM200 juta darab untuk 9 kali maka berjumlah RM1.8 trilion. Siapa yang meraih keuntungan daripada jumlah tersebut, tentu sekali bukan orang Melayu. Hak milik saham pun setakat 21.8 peratus saja.
Sedar tak sedar tanah milik Melayu pun berkurangan. Di pihak kerajaan negeri misalnya banyak usahasama dengan bukan Melayu dilakukan untuk memajukan sesuatu kawasan yang bernilai tinggi.
Apabila perumahan siap, yang membeli dan menduduki pangsapuri atau rumah tersebut bukannya orang Melayu kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut kerana mahal. Jadi tanah yang dulunya milik kerajaan kini dimiliki oleh individu bukan Melayu.
Tanah milik Melayu diberikan status tanah rizab Melayu dan nilainya lebih rendah daripada tanah bukan Melayu. Kalau dimajukan orang Melayu akan mendapat nilai yang lebih rendah.
Tetapi jangan hairanlah kalau tanah rizab Melayu atau tanah khas untuk orang Melayu boleh jatuh ke tangan orang bukan Melayu seperti di Kelantan yang dulunya ketat dengan undang-undang menjual tanah kepada bukan Melayu.
Di mana-mana kawasan yang telah digariskan sebagai kawasan pembangunan ekonomi serantau, nilai tanah sekeliling kawasan pembangunan tersebut seperti Iskandar dengan sendirinya akan naik. Maka orang Melayu yang milik tanah di kawasan tersebut akan menjual tanah mereka. Inilah keadaan yang berlaku sekarang.
Sepatutnya suatu pangkalan maklumat yang kerap dikemaskinikan tentang tanah milik Melayu seluruh negara ini perlu diwujudkan supaya jangan sampai tergadai tanah Melayu. Kalau orang Melayu hendak menjual tanah mereka, biarlah yang membelinya orang Melayu
Orang Melayu yang kaya raya patut mempertahankan tanah orang Melayu ini. Jangan pula orang bukan Melayu guna orang Melayu. Itu namanya tidak bermaruah.
Oleh : Datuk Salleh Majid

Monday, March 18, 2013
Hukum Menceroboh Menurut Islam
Wujudnya negara kerana ada tanah, wujudnya tanah kerana adanya rakyat atau penduduk. Justeru rakyat dan negara berkewajipan mempertahankan tanah airnya daripada serangan pencerobohan atau musuh. Islam mengajarkan umatnya: “Cinta tanah air itu sebahagian daripada iman.”
Menurut perspektif Islam, pengertian penjenayah atau penceroboh ialah seseorang yang menyerang Muslim, begitu juga seseorang yang seperti seorang zimmi, dengan tujuan mencederakan atau memudaratkan, sama ada pada tubuh badan, maruah, dan harta. (Dr Mustafa al-Bugha, Ali as-Syirbaji, al-Fiqh al-Manhaj).
Hukum mempertahankan diri berbeza mengikut keadaan, ada kala hukumnya wajib, dan ada kala bersifat harus (dibolehkan), mengikut keadaan tertentu, berserta syarat-syarat tertentu.
Hukum mempertahankan diri dan membalas serangan penjenayah diharuskan adalah kerana darurat (perkara yang tidak dapat dielak), dan kaedah fekah ada menyebutkan bahawa, darurat hendaklah ditentukan dengan kadarnya yang perlu sahaja (tidak lebih). - (Dr.Wahbah az-Zuhaily, al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuh).
Firman ALLAH SWT bermaksud : “Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan (penganiayaan) terhadap kamu, maka balaslah pencerobohannya itu secara seimbang (adil/sesuai) dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu, dan bertakwalah kamu kepada ALLAH serta ketahuilah, sesungguhnya ALLAH berserta orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 194).
Makna ayat di atas menjelaskan bahawa membalas penindasan atau pencerobohan dan serangan yang diharuskan, adalah dilakukan dengan cara yang adil, iaitu sama kadar dan tidak berlebihan. Tindakan mangsa yang dibenarkan syarak adalah sekadar untuk melepaskan dirinya atau mangsa serta menghentikan serangan penjenayah, tidak lebih dari itu.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa yang terbunuh kerana pertahankan hartanya, maka dia adalah syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) maka dia adalah syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana pertahankan agamanya, maka dia adalah syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia adalah syahid.” (Imam Muhammad al-Mubarakfury, Tuhfat al-Ahwadzy).
Rasulullah SAW menyebutkan lagi sabdanya bermaksud : “Bantulah saudaramu yang zalim atau dizalimi.” Para sahabat bertanya: "Ini kami membantunya kerana dizalimi, bagaimana pula membantu orang yang zalim?" Jawab Baginda, “Kamu ambil kekuasaannya.” (sekat dan halang kezalimannya). (Soheh Bukhari).
Sabdanya lagi bermaksud: “Sesiapa yang mendapati seorang mukmin dihinakan (dizalimi) sedangkan dia mampu membela/menolongnya, akan ALLAH hinakan (malukan) dia di hadapan sekalian makhluk pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad Ibnu Hanbal).
Jika serangan jenayah ke atas nyawa, sama ada bertujuan membunuh atau membahayakan tubuh mangsa seperti memukul, menumbuk, melukakan dan lain-lain, hukumnya menurut Mazhab Syafie, jika penjenayah bukan seorang Muslim, mangsa wajib mempertahankan dirinya. Begitu juga hukumnya jika seseorang diserang oleh binatang buas, dia tidak boleh membiarkan dirinya menjadi mangsa.
Manakala serangan jenayah ke atas maruah, iaitu sama ada pemerkosaan atau bentuk-bentuk gangguan seksual (muqaddimah zina seperti mencium, meraba dan lain-lain), hukumnya wajib mangsa mempertahankan diri walau apa jua keadaan sekalipun, semampu mungkin, sekalipun dibunuh atau membunuh. Pendapat ini disepakati fuqaha. (Dr Wahbah az-Zuhaily, al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuh).
Justeru, harus pertahankan diri dan membalas serangan penjenayah kerana ia satu bentuk jenayah atau kezaliman, iaitu melakukan sesuatu tanpa hak.
Fitrah manusia yang normal sentiasa inginkan hidupnya aman tenteram dan sejahtera. Setiap orang tidak suka diri, keluarga, apa lagi tanah airnya diganggu atau diceroboh. Islam datang bagi memastikan setiap individu dan negara mendapat hak masing-masing dengan adil dan saksama, lebih-lebih lagi ia diiktiraf oleh hukum antarabangsa bagi sesebuah negara.
Firman ALLAH bermaksud: “Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu, sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Mai’dah : 3).
Oleh : Ibrahim Abdullah

Sunday, March 17, 2013
Melayu Malu Mereka Melayu
SAYA diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil.
Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam. Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah.
Penjajah tetap berbangga dengan bangsa mereka. Tidak ada perasaan malu di kalangan mereka berkenaan bangsa mereka. Mereka tidak pula anggap diri mereka rasis. Sebaliknya mereka memelihara dan memupuk kebangsaan mereka dan betapa tingginya bangsa mereka.
Pengalaman dan pemerhatian saya di masa bangsa saya dan negeri Kedah saya dijajah, membakar semangat kebangsaan saya. Saya berniat pada masa itu untuk memulih semula maruah bangsa saya.
Berlainan dengan orang yang malu kerana bangsa mereka, saya malu jika bangsa saya dijajah dan dihina. Saya ingin bangsa saya dihormati oleh bangsa-bangsa lain. Saya ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Pada masa dijajah saya tidak mampu untuk memiliki kuasa supaya saya dapat buat sesuatu bagi menebus maruah bangsa. Walaupun dipandang hina oleh penjajah dan orang lain yang lebih berjaya, saya anggap dengan mengejar ilmu untuk menjayakan diri, sedikit-sebanyak saya dapat membuktikan bangsa saya berkebolehan. Sudah tentu apabila saya berkuasa sebagai Perdana Menteri maka saya tumpukan kepada mengguna apa juga kuasa dan peluang yang ada pada saya untuk membebaskan bangsa saya daripada dihina.
Caranya adalah mewujudkan peluang supaya bangsa saya dibekal dengan ilmu dan kecekapan supaya mereka maju. Alhamdulillah berkat sokongan daripada kebanyakan bangsa saya, usaha ini berhasil.
Hari ini orang Melayu tidak lagi dipandang hina, sudah tentu tidak boleh ditendang oleh sesiapa. Hari ini orang Melayu dapat menguasai ilmu, menjadi profesor di universiti, ahli professional yang terkenal, menjadi saintis, menjadi peniaga dan pengusaha yang berjaya. Mereka mengepalai tentera dengan gelaran jeneral, bijak membangunkan negara bahkan menjadi angkasawan. Dan bermacam lagi.
Kita tidak nafi yang kejayaan-kejayaan ini dihasilkan dari dasar dan rencana kerajaan untuk menjayakan orang Melayu. Apa salahnya jika kerajaan berusaha untuk mengurangkan jurang kaya miskin di kalangan rakyat. Bukankah ini satu dari tanggungjawab kerajaan. Apakah kerajaan harus terima sahaja yang miskin terus miskin, yang kaya semakin kaya.
Apakah benar orang lain tidak ditolong oleh bangsa mereka. Sebenarnya semua bangsa di dunia membantu bangsa sendiri. Mereka sanggup membunuh bangsa lain pun dalam usaha mereka menolong bangsa mereka. Kejayaan penjajah adalah kerana kebangsaan mereka. Mereka berbangga dengan bangsa mereka. Mereka mendakwa bangsa mereka superior. Dan mereka tidak pernah malu akan kebangsaan mereka walaupun semasa mereka menindas dan menghina bangsa lain.
Dalam bidang perniagaan tolong menolong sesama bangsa memang diamalkan. Cuba berniaga dengan bangsa lain? Biasanya kepercayaan kepada yang bukan sebangsa amat sukar didapati. Sebaliknya orang Melayu mempunyai inferiority complex, perasaan kerendahan diri sehingga berperasaan segala yang dilakukan oleh mereka salah dan tidak seperti orang lain. Jika mereka berjaya pun mereka akan kecam dan memburukkan yang berjaya kerana kononnya kejayaan ini bukan kejayaan sebenarnya tetapi kerana ditolong atau kerana penipuan atau dilindungi, atau kroni. Mereka turut mengecam orang Melayu yang kaya kerana percaya tuduhan mereka adalah kroni dan penipu. Mereka akan lebih lantang dari orang bukan Melayu apabila menuduh amalan yang tidak baik. Mereka menyokong penuh tuduhan yang dibuat orang lain.
Mereka sambut tuduhan rasuah terhadap orang Melayu walaupun tidak ada bukti semua yang berjaya disebabkan rasuah. Mereka tutup mata terhadap rasuah oleh orang lain. Mereka mengecatkan orang Melayu dengan cat yang terhitam mungkin.
Kita tidak nafi adanya perlakuan yang tidak baik oleh orang Melayu. Tetapi orang lain juga melakukan perkara yang sama.
Sebenarnya orang lain apabila berpeluang dan berkuasa akan amalan pilih kasih berasas bangsa. Di negara di mana orang Melayu menjadi minoriti mereka ditindas dan diketepikan. Layanan buruk ke atas Melayu minoriti tidak dicap rasis, walaupun oleh orang Melayu. Mereka anggap wajarlah ini berlaku.
Sepatutnya yang mempertahankan keMelayuan mereka ialah mereka yang mampu menukar dan menilai sendiri, dan mereka tentulah dari golongan orang Melayu yang terpelajar. Yang peliknya puak inilah yang sering memiliki inferiority complex dan malu dengan keMelayuan mereka.
Amat malang sekali apabila mereka yang menikmati kebahagiaan hidup kerana mereka Melayu, begitu malu dengan bangsa mereka sehingga sanggup menidakkan nikmat yang mereka terima kerana bangsa mereka.
Oleh : Tun Dr. Mahatir Mohamad
Saturday, March 16, 2013
Melayu Perlu Ambil Iktibar
SUASANA politik negara dalam tempoh hampir lima tahun ini dilihat begitu banyak menduga orang Melayu.
Ini apabila timbulnya pelbagai tuntutan serta tindakan pihak-pihak tertentu yang seolah-olah cuba menafikan hak serta kedudukan kaum itu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
Daripada soal sosial, ekonomi sehinggalah kepada soal agama Islam itu sendiri. Orang Melayu khususnya di negeri-negeri bawah pakatan pembangkang dikatakan semakin hari semakin terhimpit akibar dasar pentadbiran yang didakwa menindas kaum itu.
Mengambil contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang, kerajaan negeri itu yang dipimpin DAP sebelum ini didakwa melaksanakan taktik 'halus' untuk menghalau orang Melayu dari negeri itu dengan mengenakan syarat yang tidak munasabah kepada syarikat pemaju yang mahu membina perumahan kos rendah di negeri itu.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh bekas ahli DAP, Razali Abdul Rahman menerusi laporan media pada 17 Februari lalu yang menyatakan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP hanya berminat membina rumah kos mewah yang mana ia tidak mampu untuk dibeli oleh kebanyakan orang Melayu.
Pada masa sama di Selangor turut mengalami situasi yang sama. Ini apabila kerajaan negeri yang dipimpin PKR turut memberi tumpuan kepada projek mewah sehingga mengabaikan rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya adalah orang Melayu di negeri ini.
Seperti mana projek Datum Jelatek di Kampung Dato' Keramat, kerajaan negeri melalui agensinya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai contoh, ia memperlihatkan bagaimana dasar kerajaan negeri yang tidak sensitif dengan permasalahan perumahan rakyat yang terhimpit dengan harga perumahan yang terlalu tinggi melebihi kemampuan mereka.
Cuba kita bayangkan bahawa kos bagi sebuah unit rumah bagi projek Datum Jelatek difahamkan berharga di antara RM956,000 sehingga RM11.5 juta mengikut jenis. Jika sedemikian harganya, apakah nasib orang Melayu yang berpendapatan rendah di negeri ini untuk memiliki kediaman sendiri khususnya di kawasan bandar.
Keadaan itu sudah tentu akan menyebabkan sebilangan besar orang Melayu terpaksa berhijrah ke kawasan pinggir bandar dan di kampung-kampung kerana dihambat oleh kos perumahan yang terlalu tinggi.
Namun, lebih memburukkan lagi keadaan ialah kerajaan negeri melalui PKNS dilihat sepanjang mentadbir Selangor sejak 2008 hingga kini dikatakan langsung tidak membina projek perumahan kos rendah di bawah RM42,000.
Hal ini penting untuk memastikan golongan tersebut menikmati peluang memiliki kediaman sendiri seperti mana yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum lalu.
Namun, persoalan paling besar timbul ialah mengapa pakatan pembangkang melaksanakan dasar mengutamakan perumahan mewah dalam pentadbiran mereka di Selangor dan Pulau Pinang. Walhal, mereka sebelum ini menjanjikan kebajikan untuk rakyat. Apakah janji itu dibuat mungkin sebahagian daripada helah mereka semata-mata mahu memancing undi orang Melayu?
Itu dari sudut perumahan, dugaan paling besar yang turut dihadapi oleh orang Melayu dalam tempoh hampir lima tahun ini ialah apabila Islam itu sendiri cuba dipolitikkan serta dicabar oleh pihak tidak bertanggungawab kononnya atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
Cabaran ke atas orang Melayu dan agama Islam itu jelas dilihat apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bercakap mengenai penggunaan kalimah Allah untuk Bible dalam perutusannya sempena Hari Krismas tahun lalu.
Dalam perutusan tersebut, Guan Eng antara lain mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti mana diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya tidak menolak kemungkinan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh orang Melayu ketika ini 'bibit-bibit awal' usaha untuk melemahkan orang Melayu di negara ini.
Tegas beliau, walaupun orang Melayu dari segi populasinya merupakan penduduk majoriti di negara ini, namun ia bukanlah satu jaminan bahawa kedudukan orang Melayu itu sebagai tunjang kepada kekuatan negara ini dapat dipertahankan pada masa depan.
Malah beliau percaya bahawa orang Melayu selain dihimpit dengan hambatan ekonomi, kewangan dan kesucian Islam dicabar, mereka turut dipecah-belahkan menerusi pelaksanaan 'dasar halus' yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk melemahkan orang Melayu itu sendiri.
Barangkali ada benarnya apa yang dinyatakan oleh Abu Bakar itu sekiranya kita meneliti dasar kerajaan negeri pakatan pembangkang di Selangor yang melaksanakan pilihan raya Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid di Selangor sebelum ini. Ia sebenarnya sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada perpecahan kalangan orang Melayu khususnya diperingkat akar umbi.
Buktinya perpecahan itu boleh dilihat menerusi kejadian kekecohan yang berlaku di Masjid Fastabiqul Khairat, Shah Alam; Masjid Nurul Iman, Kuala Selangor; Masjid al-Husna, Petaling Jaya dan Masjid al-Ansar serta Masjid Darul Muttaqin masing-masing di Klang seperti mana yang dilaporkan menerusi media pada tahun lalu.
Kekecohan tersebut berlaku semuanya kerana gara-gara tidak berpuas hati sistem pemilihan itu selain mendakwa wujudnya campur tangan politik dalam keputusan pemilihan itu.
Justeru, berdasarkan kejadian kekecohan yang berlaku di masjid-masjid berkenaan, persoalan seharusnya ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor ialah mengapa mereka mahu melaksanakan sistem pemilihan AJK masjid itu dan apakah tujuan yang sebenarnya.
Apakah sistem itu sengaja dilaksanakan sebagai satu jalan untuk memecah-belahkan ikatan dan perpaduan orang Melayu? Sebelum sistem pemilihan itu diperkenalkan, tidak pernah kita dengar berlaku kekecohan membabitkan soal pengurusan masjid di Selangor.
Melihat daripada contoh dugaan-dugaan yang dihadapi orang Melayu sejak kebelakangan ini, maka sudah sampai masanya orang Melayu mengetepikan segala perbezaan pendapat, ideologi, kepentingan diri apatah lagi bercakaran sesama sendiri dengan menyalahkan antara satu sama lain.
Orang Melayu perlu bangkit, merapatkan semula ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan mereka. Orang Melayu tidak boleh mengharapkan atau meminta bantuan daripada orang lain untuk menjamin nasib serta kedudukan mereka pada masa depan kecuali melalui usaha dan komitmen orang Melayu itu sendiri.
Allah SWT telah mengingatkan manusia menerusi firman-Nya yang bermaksud: "...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.".(ar-Ra'd: 11).
Oleh : Abdul Yazid Alias
Friday, March 15, 2013
Islam Menentang Keganasan
KEGANASAN dan kezaliman adalah antara wabak liar yang dipengaruhi oleh anasir yang tidak bertamadun dan akhirnya menyerapkan kerosakan di muka bumi. Keindahan dan kedamaian di bumi tidak seharusnya dirosakkan dengan ancaman keganasan. Beberapa negara telah hancur dan porak-peranda akibat keganasan yang melampau dipengaruhi oleh anasir luar.
Keindahan bumi kian malap lantaran tangan yang rakus dan ganas merosakkan kedamaian dan kesejahteraan. Jika dikaji dari segi sejarah, keganasan menyebabkan pembunuhan dan merosakkan harta benda disertai dengan peperangan dan penindasan dan berakhir dengan kesengsaraan hidup manusia.
Islam menentang segala bentuk keganasan. Konsep keamanan Islam merangkumi segenap lapisan penduduk dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Kesabaran dan kematangan fikiran penganutnya membuktikan kekuatan iman, kerendahan hati dan diri yang memancarkan kemuliaan.
Sebagai bangsa Melayu yang dididik dengan akal budi dan budaya luhur berteraskan Islam, kita seharusnya dapat menepis segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Islam dan seterusnya memperjuangkan kebenaran serta kesejahteraan sejagat umatnya.
Pada masa kini, Islam sering didakwa dan dikaitkan dengan keganasan. Dakwaan dan tohmahan ini timbul kerana perilaku segelintir individu Muslim yang kononnya melakukan atau terlibat dalam keganasan. Manakala bagi negara Islam yang tidak tunduk kepada kuasa Barat dilabelkan sebagai paksi atau penaja keganasan.
Semua dakwaan ini dicipta oleh musuh Islam untuk menakut-nakutkan masyarakat dunia terhadap Islam. Apakah benar Islam itu ganas dan menggalakkan umatnya berlaku ganas terhadap orang lain? Dua persoalan yang perlu dijawab yang perlukan penelitian dan kajian mendalam.
Kajian membuktikan sejak dahulu lagi kesejahteraan Islam bererti kesejahteraan ummah iaitu setiap umat Islam wajib memastikan bahawa dirinya mahupun orang lain dalam keadaan sejahtera.
Dia tidak boleh hidup dengan meminggirkan hak-hak orang lain. Islam itu sendiri bererti tunduk dan menyerah iaitu wajib tunduk dan patuh serta menyerah kepada Allah dalam erti mematuhi semua perintah dan menjauhi semua larangan-Nya.
Tunduk dan menyerah diri sepenuhnya, secara mutlak sama ada zahir mahupun batin hanya kepada Allah semata-mata dan tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain. Asas ketundukan dan penyerahan diri itu adalah pengakuan yang tulus dari lubuk hati, bahawa seluruh kejadian adalah ciptaan-Nya dan memahami serta menyedari Allah SWT membenci sifat orang yang ganas dan zalim.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Maka sesungguhnya hak Allah terhadap para hamba-Nya adalah agar menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya akan sesuatu. Sedangkan hak para hamba daripada Allah ialah Dia tidak akan menyeksanya terhadap mereka yang tidak menyekutukannya akan sesuatu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Islam dididik dan diajar supaya mempunyai sifat penyantun, pemaaf dan suka menolong untuk mengatasi kesusahan orang lain. Ciri-ciri kemuliaan Islam itu sangat jelas iaitu tiada paksaan dalam beragama iaitu yang menjurus kepada kesejahteraan, kedamaian dan ketenangan. Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memeluk dan menganut agamanya. Islam berkembang dengan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah.
Islam menegaskan bahawa setiap individu Muslim berkewajipan untuk mempertahankan maruah dan hak masing-masing dalam kehidupan mereka iaitu termasuk mempertahankan harta, maruah, agama dan keluarganya.
Oleh itu, Nabi SAW bersabda: "Orang-orang yang bersifat kasihan. Dikasihi oleh Yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihani kamu." (riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi).
Lantaran itu, Islam menggalakkan umatnya berakhlak dalam segala keadaan yang merupakan sikap murni dan akhlak mulia dalam keadaan biasa dan aman. Islam juga melindungi hak semua golongan walaupun dalam peperangan.
Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah." (riwayat al-Hakim dan al-Tabrani)
Oleh : Dr. Aminudin Mansor
Saturday, March 2, 2013
Fiksyen....Espionaj
Surau An-Nur Stulang Laut, Johor Bahru. Itulah kata-kata yang tertulis dengan warna putih pada latar biru di papan tanda yang berdiri tegak di seberang jalan berhadapan tempat dudukku di restoran makanan laut Thai. Jam tanganku menunjukkan pukul 11.30 malam.
Aku bangun dari kerusi dan melangkah menyeberang jalan.
Aku menyusur ruang pejalan kaki di tepi luar pagar surau itu. Surau An-Nur gelap dan sunyi. Bangunannya berbentuk sebuah rumah Melayu lama. Aku agak memang surau itu asalnya rumah Melayu lama yang diubah suai menjadi surau. Ada sebuah minaret tegak kurus di halamanya. Minaret itulah yang menegaskan bahawa bangunan itu ialah sebuah surau atau masjid, kalau tidak sukar juga hendak diketahui. Beberapa buah kereta terkaku di kawasan letak kereta dalam pagar perimeter yang mengelilingi surau itu. Di dua belah surau ini, terdiri blok-blok bangunan yang aku agak ialah apartmen penginapan.
Aku terus menapak di atas lepaan simen berdekorasi dalam suasana samar-samar malam bersama anak-anak muda lain, menuju pintu gerbang yang tertulis di atasnya ungkapan “The Zon Kompleks Bebas Cukai Johor Bahru”. Aku berseorangan. Kebanyakan anak-anak muda yang lain itu berjalan dalam kumpulan tiga atau empat orang. Ramai juga yang berdua-duaan. Kebanyakannya belia berbangasa Cina. Kami semua menuju ke arah yang sama... ke kawasan pub atau disco bersebelahan dengan hotel The Zon Regency.
The Zon ialah kawasan bebas cukai yang diwujudkan oleh suatu idea yang hebat. Tujuan kawasan itu dibangunkan adalah untuk menarik pelancong asing dari Singapura, sama ada orang Singapura sendiri mahupun pelancong dari negara-negara lain yang sedang berada di Singapura. Biasalah, orang Malaysia, mahu menarik limpahan pelancong dari Singapura kerana dirinya sendiri tidak berupaya untuk mempopularkan negaranya sebagai destinasi pelancongan kepada orang luar. Pada waktu selewat itu, kawasan The Zon hiruk-pikuk dengan bunyi muzik dan berombak dengan gelagat manusia yang pelbagai. Jauh sekali berbeza keadaannya dengan kesunyian Surau An-Nur yang berada di luar pintu gerbangnya.
Kawasan The Zon berada di tepi pantai, menghadap Singapura. Ada terminal feri. Tarikan istimewa pelancongan asing adalah kebebasan mereka masuk ke kawasan The Zon itu untuk membeli-belah, minum-minum, dan berhibur dengan harga tanpa cukai. Namun kawasan itu mempunyai pagar perimeter di kawasan daratnya. Pagar ini menyekat pelancong masuk secara bebas ke daratan Malaysia di luar kawasan The Zon itu sendiri. Hanya ada satu pintu get yang menghubungkan The Zon dengan bumi Johor Bahru di luarnya, dan pintu masuk itu dikawal oleh pihak kastam dan imigresen Malaysia.
Memang The Zon pada mulanya hanyalah kawasan bebas cukai. Namun seminggu lepas, kerajaan Malaysia telah menukarkan statusnya kepada Free International Access and Trade Zone (FIATZ). Pertukaran status ini telah menjadikan The Zon sebagai "kawasan antarabangsa" yang boleh dimasuki oleh semua warga dunia secara bebas tanpa pemeriksaan dokumen perjalanan, di samping bebas cukai. Tujuan pertukaran status ini adalah untuk memudahkan lagi pelancong. Jika masuk melalui jalan laut, iaitu berferi dari Singapura, mereka tidak perlu mempunyai apa-apa dokumen kebenaran untuk masuk ke negara ini seperti yang diperlukan untuk masuk ke kawasan-kawasan lain. Peraturan ini ialah inovasi terbaru yang diperkenalkan oleh pihak kastam dan imigresen Malaysia untuk menggalakkan kemasukan pelancong yang membawa banyak tukaran asing. Tindakan kerajaan Malaysia itu jelas mencapai matlamatnya kerana dalam masa tiga hari sahaja selepas dilaksanakan, kawasan The Zon menerima kunjungan pelancong yang begitu ramai, terutamanya dari Singapura. Kadar penginapan di hotel juga mencapai 100 peratus pada kebanyakan masa.
Aku ke The Zon ini atas permintaan Ustaz Alim, rakanku di KK2 UM dulu. Aku ke mari untuk mendapatkan suatu maklumat rahsia yang tidak boleh dihantar secara elektronik. Aku memang rapat dengan Ustaz Alim, terutamanya apabila kami sama-sama menerajui gerakan Alumni KK2. Kali ini aku ada misi khas yang tidak ada kena-mengena dengan Persatuan Alumni KK2 itu. Aku dan Ustaz Alim berada dalam satu gerakan sulit… pertubuhan melawan keganasan Amerika terhadap warga dunia yang beragama: Movement Against American Terrorism On Religions (MANTOR).
Aku ke The Zon ini untuk menemui rakan kami yang kini sedang menjadi kakitangan akademik di University of Singapore. Namanya Su Mei. Sekarang Dr. Kim Sue Mei. Dia rakyat Singapura. Kami mengenalinya semasa dia menuntut kursus pascaijazah di UM dan sama-sama dengan kami tinggal di KK2. Su Mei dan aku aktif dalam Peratuan Buddha UM. Kini Su Mei tidak boleh masuk ke Malaysia kecuali di kawasan The Zon ini kerana namanya telah disenaraihitamkan oleh pihak imigresen Malaysia.
Kita tidak boleh berbincang di sini.
Itulah mesej sms yang aku terima di telefon mobilku sewaktu aku sedang duduk-duduk di kawasan air pancut, menikmati muzik yang melaung dari disco di situ. Aku juga sedang menikmati pemandangan indah Selat Tebrau, berlatarkan terain pulau Singapura dalam bentuk silhouette di seberangnya. Dalam cahaya bulan mengambang itu, Singapura kelihatan jinak, sejinak namanya, monyet kecil yang manja. Sebenarnya, spesies monyet yang ditemui Sang Nila Utama pada abad 12 atau 13 itu ialah monyet "singarupa", dinamai sedemikian oleh masyarakat tempatan kerana kepalanya dan badannya menyerupai seekor singa. Atas kebijaksanaan ahli bahasa Sanskrit mereka, nama itu diubah sedikit ke "pura" yang membawa maksud "kota". Maka mereka namailah tempat itu Singapura. Khabarnya, monyet itu masih boleh ditemui di beberapa kepulauan Indonesia sehingga ke hari ini.
Naik ke bilikku. Bilik 1609.
Dari tempat aku berada, aku nampak Su Mei berdiri di tepi kaunter valet parking Hotel Regancy itu. Oh, rindu sungguh aku akan gadis comel ini. Melihat kelibatnya sahaja, sudah terasa berbaloi letih memandu lima jam lebih dari Kuala Lumpur. Aku bergerak ke arahnya. Apabila dia melihat yang aku telah berjalan menuju ke arahnya, Su Mei terus masuk ke hotel itu melalui pintu kaca automatiknya. Aku mengekori Su Mei dari jauh. Dia memasuki lif tanpa menunggu aku. Aku naik lif yang lain setelah lif yang dinaiki Su Mei bergerak ke atas.
Setelah keluar dari lif di Aras 16, barulah aku menyedari bahawa susunan bilik-bilik hotel ini berbeza dengan kebanyakan hotel lain. Bilik-biliknya pada setiap aras, dari Aras 7 ke atas, membentuk suatu bulatan oval yang besar dengan ruangan kosong di tengah-tengahnya, macam sebiji doughnut. Laluan ke bilik-bilik berada pada rim sebelah dalam doughnut itu. Ruang kosong yang di tengah memungkinkan penghuni pada setiap aras, dari Aras 7 ke atas, untuk melihat dan menikmati segala aktiviti yang sedang berjalan di lounge di Aras 6 itu.
Bilik 1609 ialah bilik istimewa di tingkat paling atas Hotel Regency itu. Tingkat Klub Eksekutif. Dari luar pintu bilik 1609 itu, aku dapat melihat ke bawah, kawasan tengah di Aras 6 yang terbuka tanpa siling. Kelihatan susunan meja dan kerus tempat tetamu menjamu selera dan menikmati muzik. Muziknya amat kuat sehingg kedengaran ke tingakat 16 tempat aku berada. Pada masa itu, aku melihat dua orang penyanyi sedang menyanyikan lagu Hapy Birthday To You. Di skrin lebar yang terpasang di depan ruang restoran itu, kelihatan imej orang sedang bermain golf ditayangkan.
Memasuki bilik 1609 membuat aku tergaman. Indahnya bilik yang disewa Su Mei. Apabila melangkah masuk pintu, aku memasuki ruang tamu yang luas, siap dengan satu set settee, meja tulis, dan sebuah tivi. Ruang lounge ini bersambung dengan bahagian bilik tidur yang besar. Di tengah-tengah ruang bilik tidur itu ada sebuah katil besar, queen size. Bilik ini juga mempunyai sebuah bilik air dan satu lagi pintu keluar. Juga lagi sebuah tivi dan meja tulis. Dari dalam bilik yang tertutup ini, bunyi muzik dari lounge Aras 6 masih kedengaran dengan bisingnya.
“Sungguh mewah bilik ini,” sapaku apabila Su Mei selesai menutup pintu. “Sungguh kaya engkau,” tambahku, bergurau.
“Aku tidak ada pilihan,” jelas Su Mei. “Hanya ini sahaja bilik yang ada. RM400 semalam”
“Maksudmu… semua 400 buah bilik hotel ini penuh diisi orang?”
“Ya,” jawab Su Mei. Dia semacam berbisik kepadaku. “Itulah maklumat rahsia yang aku hendak sampaikan kepada rakan-rakan kita di Malaysia.”
“Oh, apa maksudmu?”
“Kebanyakan orang yang berada di The Zon pada ketika ini ialah anggota pasukan askar upahan Amerika. Termasuk mereka yang sedang menginap di hotel ini. Sebab itulah dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, kadar penginapan di sini mencapai hampir 100 peratus.” Aku tergaman. “Mereka hanya berpura-pura sebagai pelancong dari Singapura," sambung Su Mei, serius. "Mereka sebenarnya lengkap bersenjata. Mereka merancang menakluki kawasan The Zon ini dan merampasnya dari kawalan kerajaan Malaysia. Mereka akan gunakan alasan bahawa kawasan ini ialah pusat pergerakan gabungan pengganas Islam dan Buddis. Dari sini nanti, mereka akan melakukan serangan terhadap gerakan agama-agama di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan lain-lain negara Asia. Serangan ini adalah sebahagian daripada rancangan mereka untuk menghapuskan semua agama di dunia, kecuali Kristian dan Yahudi.”
“Oh!” Aku makin terperanjat.
"Maklumat ini perlu disampaikan segera kepada para aktivis kita di Malaysia. Terutamanya Ustaz Alim. Mereka mesti memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik Malaysia tentang hal ini," kata Su Mei.
Tetiba telefon mobilku berdering menandakan masuknya sms baru. Aku segera membacanya. Datangnya dari Aliman. Ustaz Alim mati ditembak di KLIA!
Aku menunjukkan sms itu kepada Su Mei. Su Mei memegang tanganku sambil membelek mesej itu. Dia terkejut. Mukanya pucat.
Semua lampu di bilik itu terpadam. Su Mei menjerit terperanjat dan memeluk tubuhku. Dalam kegelapan itu, aku membalas pelukannya. Dan aku menarik tubuh langsingnya rapat ke tubuhku. Oh, sudah lama kami tidak berada dalam kedudukan yang sedemikian. Askar upahan Amerika... tunggu esok.
Sewaktu aku dan Su Mei menaiki feri ke Singapura, jam hampir 2.00 petang. The Zon sudah lengang. Di sana sini kelihatan pasukan keselamatan Malaysia berkawal. Operasi pengosongan kawasan The Zon yang diarahkan kabinet Malaysia berjalan lancar. Mereka yang berniat jahat tidak sempat bertindak balas kerana cepatnya pihak tentera Malaysia bertindak.
Malam nanti aku dan Su Mei akan terbang ke Chiengmai melalui Bangkok dari Changi Airport, Singapura.
Oleh : Irwan Abu Bakar

Subscribe to:
Posts (Atom)