Wednesday, December 11, 2013

Ultra Moden Cronos Yacht

Ini adalah reka bentuk kapal layar mewah oleh Simone Madella dan Lorenzo Berselli yang menakjubkan! Keluk dan keanggunan kapal menjadikannya bergaya dan menakjubkan. Cronos Yacht mempunyai ketukangan kayu yang terperinci, kawasan tempat duduk yang luas, perabot moden, dan banyak cahaya semula jadi. Semua garis halus dan tekstur badannya hampir membuat ia kelihatan seperti haiwan yang tergolong di dalam laut.



Menggunakan kedua-dua panel kaca solar dan dan kipas angin untuk menjana tenaga. Cronos Yacht















Thursday, December 5, 2013

Rumah Tangga Kekal Bahagia

Rumah tangga yang teguh, aman dan terus mesra, menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri.
Sebenarnya, untuk memperoleh sebuah rumah tangga yang bahagia bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pasangan berkenaan mengekalkan suasana harmoni dalam hubungan mereka biar lama mana usia perkahwinan mereka.

Hal-hal yang kecil yang pada pandangan kita dianggap remeh adakalanya boleh meretakkan hubungan sekiranya dibiarkan berlarutan.

Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengketepikan sikap terlalu emosi, selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.

1- Saling mempercayai dan menghargai
Saling percaya mempercayai adalah kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting sekiranya anda mendengar pasangan anda sebagai contoh berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui, tanyakan sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata.

Sekiranya dia berkata benar, belajarlah untuk mempercayai kata-katanya. Namun jangan terus percaya tanpa usul-periksa. Perhatikan gerak-gerinya.

Sekiranya suami anda kelihatan berubah seolah-olah kemaruk cinta seperti sentiasa kelihatan berseri-seri, suka berbohong dan menelefon secara sembunyi-sembunyi, mungkin ada sesuatu, tetapi jika tidak, anda tidak perlu hirau mengenainya.

Suami dan isteri sebenarnya harus selalu saling menghargai, memberi keyakinan dan memberi galakan kepada pasangan. Usah jadikan segala perbezaan antara anda berdua penyebab kepada masalah dalam rumah tangga. Apa yang penting selalu memaafkan setiap kesalahan yang pasangan anda lakukan selagi dia tidak melakukan sesuatu yang amat berat untuk anda tanggung.

2- Belajar memaafkan dan berkongsi keadaan
Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji untuk tidak mengulanginya adalah penting untuk mengekalkan hubungan. Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan.

Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada baik dalam keadaan suka dan duka adalah perkara yang amat terpuji demi melihat kerukunan dalam rumah tangga.
Jangan biarkan pasangan anda menghadapi kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun.

Di sinilah peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menjadi pemberi semangat, penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka.

3- Belajar terima kekurangan 
Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan. Dia juga perlu melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang rendah antara satu sama lain. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
4-Jangan terlalu mengongkong dan berfikiran positif
Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggkan dia terasa terkongkong.
Bersikap terbuka dengan pandangan anda sekiranya ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya.

Cuba berfikiran positif mengenai apa yang pasangan anda lakukan. Jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan.

5- Semakin lama semakin mesra  
Biarpun usia perkahwinan sudah semakin matang , kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak-anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai.

Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Maksudnya di sini adalah anda tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih.

6 -Kejutan menggembirakan dan kotakan janji
Buatlah sesuatu kejutan yang menggembirakan pasangan pada sambutan majlis perkahwinan atau kelahirannya. Hadiah tidak perlu yang mahal, tulisan kata-kata cinta memadai.

Janji adalah penting untuk ditepati, cubalah belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal, membelikan hadiah dan sebagainya dan jangan mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat mengotakan janji anda.
  
7- Pergi berbulan madu
Seterusnya pergilah berbulan madu berdua sahaja ke tempat yang paling romantis untuk menjalinkan kembali ikatan cinta anda. Selepas pulang daripada berbulan madu pastinya hubungan anda semakin intim dan mesra.


Sumber : Keluarga@utusan

Wednesday, December 4, 2013

Sejarah Melayu: Bacaan wajib orang Melayu

Tidak ada kitab dalam kepustakaan orang Melayu yang lebih penting daripada Salatus Salatin atau Sejarah
Melayu. Terdapat banyak versi kitab ini, khabarnya lebih 30, yang paling popular diusahakan oleh WG Shellabear. Seorang pengkaji dan penulis tempatan, A Samad Ahmad telah menerbitkan versi DBP yang membawa judul Salatus Salatin. Kitab ini dipercayai ditulis oleh seorang pujangga, sejarawan dan ilmuwan Melayu terkenal bernama Tun Sri Lanang.

Sejarah Melayu memang patut menjadi bacaan wajib semua orang Melayu. Inilah kitab yang sebenarnya menggalurkan sejarah orang Melayu yang raja-rajanya dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnaen hinggalah pada zaman Kerajaan Melayu Johor. Kitab ini bukan sahaja menumpukan perhatian pada kisah raja-raja dan orang-orang besar tetapi juga kisah rakyat jelata.

Pelbagai sumber
Seperti juga halnya dengan Salasilah Melayu dan Bugis, Taufat al-Nafis dan Hikayat Raja-Raja Pasai, kitab Sejarah Melayu tidak boleh dilihat dalam konteks ‘sejarah’ hari ini. Kitab-kitab ini menggunakan pelbagai sumber termasuk mitos dan legenda bagi meriwayatkan sejarah. Ada kalanya sukar diterima insiden atau episod yang digambarkan sebagai sejarah. Tetapi bahan-bahan yang dianggap tidak objektif dan tepat ini punya peranannya yang tersendiri. Oleh sebab itu kitab Sejarah Melayu dikategorikan sebagai historiografi Melayu.

Dalam Sejarah Melayu, salah seorang daripada keturunan Iskandar Zulkarnaen bernama Sang Sapurba mengahwini Wan Sendari, anak Demang Lebar Daun di Bukit Seguntang. Perkahwinan inilah yang memulakan ‘sumpahan’ raja-rakyat, di mana raja tidak boleh menzalimi rakyat dan rakyat tidak boleh menderhakai raja. Persetiaan inilah yang diguna pakai dalam konteks kesetiaan pemerintah dengan yang diperintah sehingga ke hari ini.

Sejarah Melayu memancarkan nilai, pandangan dunia dan psyche orang Melayu. Terlalu banyak peristiwa di dalamnya yang memberikan bayangan bagaimana legitimasi raja diperkukuh melalui mitos dan legenda. Terlalu juga terdapat banyak cerita penganiayaan yang dilakukan ke atas rakyat. Juga cerita tentang gagalnya orang Melayu menghormati kepandaian dan kecerdikan seperti yang berlaku pada budak yang menyelamatkan Singapura daripada dilanggar todak. 

Lihat sahajalah makna kesetiaan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah dalam Sejarah Melayu. Berbeza dengan Hikayat Hang Tuah, teman Hang Tuah yang menderhaka adalah Hang Kasturi. Pengabdian Hang Tuah mutlak terhadap rajanya. Orang Melayu pada masa itu tidak ada pilihan melainkan bersetia pada rajanya. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan malapetaka luar biasa. Lihat sahaja apa yang berlaku pada Sang Rajuna Tapa yang belot di Singapura kerana membuka gerbang untuk kemasukan tentera Betara Majapahit, dia dan isterinya menjadi batu dan beras di rumahnya menjadi tanah.

Terlalu banyak kisah dalam Sejarah Melayu yang hebat dan luar biasa, malah menjadi potensi bahan filem dan drama TV. Badang merupakan Hercules Melayu dengan kekuatannya. Semerluki, panglima Bugis yang bersumpah tidak akan ke Tanah Melayu sekiranya batu yang dicampakkan ke laut, timbul. Tun Jana Khatib dengan keilmuan yang hebat lalu dicemburui raja. Tun Kudu harus menyerah dirinya pada Tun Ali bagi membolehkan adiknya Tun Perak menjadi bendahara. Sultan Muzafir Shah pernah dibuang menjadi nelayan. Raja China menghantar Puteri Hang Li Po ke Melaka. Jangan lupa kisah pengkhianat Raja Mendeliar dan Si Kitul yang menyebabkan kehancuran Melaka.

Sejarah Melayu juga memuatkan kisah Bendahara Seri Wak Raja yang membunuh diri kerana berasa malu apabila pintu ditutup orang sewaktu beliau hendak masuk menghadap. Bendahara ini ayah kepada Tun Kudu dan Tun Perak. Juga kisah Sultan Alauddin Shah yang turun padang melihat rakyatnya di waktu malam.

Minda Melayu tak banyak berubah
Jangan lupa, penulis kitab ini mempunyai cara-cara yang tersendiri menyindir rajanya. Apabila Sultan Mahmud berkenankan Puteri Gunung Ledang, baginda bersedia sa
nggup menunaikan semua syarat yang dituntut, melainkan darah anaknya sendiri, Raja Ahmad. Sezalim-zalim Sultan itu, baginda tunduk pada Maulana Yusof yang enggan membuka pintu rumahnya melainkan Sultan mengatakan beliau “Fakir Mahmud.”

Sejarah Melayu tidak lengkap tanpa drama, intrig, kisah percintaan, pengorbanan, pengkhianatan dan peperangan. Terlalu banyak yang boleh dipelajari daripada kitab ini. Nampaknya minda Melayu tidak banyak berubah daripada zaman yang diceritakan oleh Tun Sri Lanang dalam kitab ini. Melaka musnah kerana dengki dan dendam kesumat manusia yang berkepentingan.


Dunia politik Melayu harus belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin dan pembesar dalam kitab besar dan bermakna ini.

Oleh : Johan Jaafar

Friday, November 29, 2013

Tuntut Kembali Batu Puteh

Isu Batu Puteh kembali hangat baru-baru ini apabila mantan Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan tuntutan negara kita kepada Singapura pada tahun 2007 yang lalu. Pendedahan ini bukanlah bukanlah satu dakwaan kosong kerana ianya dibuat dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat dan turut dihantar ke Pejabat Perdana Menteri dan beberapa pemimpin kanan negara.

Akuan Bersumpah berkenaan telah mendedahkan salah laku individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes berkenaan bagi pihak negara kita. Turut dinyatakan maklumat bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar telah bertukar tangan dan dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong Kong.

Penulis memohon supaya pihak-pihak berwajib yang mempunyai kuasa dan masih mempunyai perasaan cinta kepada negara agar membuat siasatan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Perkara ini melibatkan maruah negara dan sekiranya benar dakwaan berkenaan, pengkhianat yang telah menjual kedaulatan negara perlu dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan hukuman yang paling berat. Untuk makluman, cerita mengenai tindakan sabotaj dalaman yang dilakukan oleh agent-agent negara jiran di kalangan rakyat tempatan dalam kes tuntutan Batu Puteh bukanlah perkara baru. Penulis memetik kembali kenyataan Datuk Ruhanie Ahmad di dalam blognya Kuda Kepang pada tahun 2008 yang lalu :

“sebelum menghadiri sessi akhir ICJ mengenai Pulau Batu Puteh di The Hague, Belanda, pertengahan Mei 2008 lalu, saya difahamkan bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, dipercayai telah menerima daripada Sultan Johor satu scroll dan dokumen sejarah yang sangat penting mengenai pulau tersebut.

Dokumen dan scroll ini dikatakan akan digunakan sebagai “senjata terakhir” dalam perbicaraan ICJ bagi menjamin serta mempertahankan kedaulatan Pulau Puteh terus kekal dimiliki oleh Malaysia.

Berasaskan scroll serta dokumen tersebut, Rais dikatakan telah memberitahu Sultan Johor bahawa kemungkinan besar keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh akan memihak kepada Malaysia.

Persoalannya di sini, adakah scroll dan dokumen penting ini telah benar-benar digunakan sebagai “senjata terakhir” Malaysia dalam perbicaraan ICJ? Jika tidak, mengapakah jadi begitu? Kemanakah perginya scroll dan dokumen ini sekarang?”

Sebelum ini, Singapura sentiasa berdolak dalik untuk membawa kes Batu Puteh ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Adalah jelas bahawa Batu Puteh adalah lebih dekat dengan Negeri Johor iaitu hanya 7.7 batu nautikal berbanding dengan jarak dari Singapura yang sejauh 25 batu nautikal. Walaupun negara kita telah mengemukakan tujuh (7) dokumen bertulis bersejarah yang membuktikan pemilikan Negeri Johor ke atas Batu Puteh, ICJ akhirnya memutuskan Batu Puteh menjadi milik Singapura hanya kerana sekeping surat yang dikirimkan oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Johor (bukan Setiausaha Kerajaan Johor sendiri!) kepada Setiausaha Koloni British di Singapura (bukan kepada Republik Singapura!) pada 21 September 1953. Batuan Tengah pula disahkan milik negara sementara status Tubir Selatan masih tidak jelas, tidak pula diketahui keputusan akhir Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan Malaysia dan Singapura.

Tiada rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Johor yang menerima kenyataan bahawa keputusan ICJ tersebut adalah win-win situation. Malahan Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun 2008 dengan tegas telah bertitah :

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu,"

Namun begitu, malang sekali negara ketika itu dipimpin oleh regim yang dikuasai oleh anak menantu langsung tidak ada usaha untuk menyokong titah almarhum Sultan Iskandar untuk terus menuntut Batu Puteh. Sama sahaja seperti sikap mereka sebelum itu yang sesuka hati menyalahkan rakyat Johor untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok atas alasan tidak masuk akal bahawa rakyat Johor tidak bersetuju dengan pertukaran untuk menjual pasir ke Singapura dan kebenaran pesawat SAF untuk memasuki ruang udara negara.

Negara kita hanya mempunyai tempoh lebih kurang empat (4) tahun sahaja lagi untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ berhubung keputusan ke atas Pulau Batu Puteh. Bukti yang wajib untuk dicarigali dengan bersungguh-sungguh oleh Arkib Negara, Jabatan Warisan, Muzium Diraja atau mana-mana sahaja agensi yang berkaitan adalah surat tahun 1844 yang telah dikirimkan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, William John Butterworth, kepada Sultan Johor (Sultan Ali, Sultan Johor terakhir dari keturunan Bendahara yang akhirnya hanya memerintah Muar) dan Temenggong Johor (Temenggong Abdul Rahman Tun Abdul Jamil, datuk kepada almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor). Kandungan surat berkenaan adalah mengenai permohonan British untuk meminta izin daripada pihak Kesultanan Johor untuk membina sebuah rumah api di atas pulau tersebut, seterusnya membuktikan bahawa pulau tersebut sememangnya milik sah Negeri Johor. Surat berkenaan tidak dapat dijumpai di dalam arkib negara, tetapi dipercayai masih berada dalam simpanan arkib negara jiran.

Wednesday, November 27, 2013

Bilik Hebat Daripada Impian Anda

Anda mungkin berfikir reka bentuk dalaman adalah mudah, tetapi mewujudkan bilik yang hebat adalah tidak semudah yang disangka. Setiap bilik yang sempurna dengan cara mereka sendiri dan sukar bagi sesiapa sahaja untuk mengambil kira . Mereka menggabungkan lokasi yang sempurna , pandangan, reka bentuk dan perabot untuk mewujudkan ruang yang begitu menakjubkan , ia kelihatan seperti ia terus daripada katalog.

Tidak kira apa yang anda suka , anda akan jatuh cinta dengan sekurang-kurangnya salah satu bilik ini . Anda boleh membaca buku ... atau anda boleh melihat keluar ke lembah.

Menonton dengan santai.....
Siapa yang memerlukan satu lagi dinding apabila anda mempunyai lautan?






















Saya berharap anda suka kayu.





















Rumah ini membuatkan ruang tamunya berasa cemburu.




















Kini anda boleh memiliki pelangi dan meletakkannya di dinding anda.



















Berenang atau mengambil tidur - ia adalah pilihan anda. (Walaupun satu ini kelihatan sedikit berbahaya. )





















Bagaimana dangan yang ini....





















Wow, langit malam yang indah.


























Kita memerlukan lebih banyak bantal.....



Untuk makan, anda harus berada di dalam bilik yang kelihatan seperti ini.

Ada yang selesa ... dan kemudian ada ruang ini.

Ini adalah sudut yang paling baik, anda dapat menggunakannya untuk segala-galanya.

Jika anda suka filem atau televisyen, bilik ini adalah untuk anda.

Saya suka bau buku ... dan saya memuja bilik ini....suka membaca buku-buku ini !

Jika anda tidak keberatan bilik tidur anda semakin sedikit tidak kemas , pancuran mudah ini adalah untuk anda .

Ini adalah tempat melepak terbaik untuk anda dan rakan-rakan dan keluarga.

Ia akan menjadi mustahil untuk mempunyai malam yang buruk di dalam bilik selesa seperti ini.

Pelan lantai terbuka yang sejuk ...


Tetapi pelan lantai terbuka terdapat lebih sejuk .


Hanya melihat bilik ini membuatkan saya berasa tenang .

Menghabiskan petang minggu dan bermalas-malas disini akan menjadi mimpi di sini.

Boleh mendapatkan sedikit kelainan di ruang tamu ini ...

Menjadi satu dengan alam semula jadi di dalam bilik terbuka ini.


Ini adalah sudut untuk menamatkan semua keperluan . Anda boleh mengambil tidur yang sempurna di sini.

 Ia akan menjadi mustahil untuk melalui bilik ini dan tidak berhenti untuk membaca .

Menghiburkan dengan alunan angin dengan bilik yang terbuka sebegini.

Mengapa tidak menghirup kopi anda di Banjaran Titiwangsa?

Bilik kecil boleh juga menjadi selesa. Wow....!
Akhirnya, jika anda seperti saya , anda akan merasa reka bentuk dalaman bilik anda terlalu berbeza....

Thursday, November 21, 2013

Mengapa Lelaki Mudah Lupa & Wanita Sukar Melupakan?

WANITA dikenali sebagai pengingat yang baik. Tak heran, kenangan kecil sekalipun selalu diingatnya, apalagi hal-hal yang berkaitan dengan pasangannya. Namun, mengapa hal tersebut bersifat terbalik pada lelaki di mana mereka cenderung lupa? Ulasan berikut ini telah mendedahkannya.

Ketika putus cinta, mungkin wanita cenderung sukar melupakan sementara lelaki seperti enggan mengingatinya. Ya, sepertinya bukan hanya soal cinta tapi menyoal berbagai hal, lelaki terkenal dengan sifat lupa. Lihat saja, lelaki kerap lupa ulang tahun pasangannya, ulang tahun mereka sendiri, apa yang telah mereka lalui, apa acara khusus yang mereka lalui, kenangan bersama mantan kekasih dan sebagainya. Lelaki cenderung melupakan hal seperti itu yang sebenarnya penting bagi wanita. Apa alasan mereka tidak pernah mengingat hal tersebut sementara wanita justeru tak pernah lupa? Forquestions memberikan ulasannya.

-Wanita mempunyai peredaran darah yang lebih tinggi di bahagian-bahagian tertentu dari otak termasuk bahagian yang mengawal bahasa. Ini merupakan salah satu alasan yang diberikan para penyelidik sebagai bukti bahawa wanita mempunyai memori mengingat yang lebih baik berbanding memori untuk melupakan. Wanita lebih baik khususnya dalam soal mengingat cerita atau daftar kata yang sempat mereka layangkan sebelumnya.
-Alasan lain mengapa wanita lebih baik dalam hal mengingati yakni konsentrasi mereka yang lebih tinggi berkat adanya hormon estrogen. Meski kenyataannya lelaki juga mempunyai hormon estrogen tetapi konsentrasi mereka sangat rendah. Ada bukti yang menunjukkan bahawa kewujudan estrogen memang mengaktifkan fungsi saraf lebih banyak, meningkatkan peredaran darah ke bahagian tertentu dari otak, dan menjaga kerumitan antara saraf. Tahap estrogen yang tinggi berkaitan dengan peningkatan memori dan pembelajaran dan mungkin inilah sebab mengapa wanita tidak pernah lupa.

Sumber asal : Okezone