Kita sering dengar tentang kisah cinta yang tidak kesampaian akibat ketiadaan restu orang tua. Bertahun-tahun menjalinkan hubungan namun akhirnya tetap tak dapat bersatu lantaran tentangan dari ibu bapa. Memanglah ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka tapi tak kurang juga tentangan akibat hal remeh-temeh seperti asal usul pasangan anda contohnya pasangan anda berasal dari negeri-negeri yang ibu bapa anda tidak suka seperti Utara ataupun Pantai Timur. Malah ada juga calon pasangan anak-anak yang ditolak sebab penampilan mereka. Contohnya tidak bertudung. Memanglah orang tua inginkan pasangan anak mereka baik disisi agama tetapi harus diingat tidak bertudung sekarang, tidak bermakna selamanya begitu. Dan harus faham, tidak bertudung tidak bermakna tidak baik dan bertudung bukan bermakna baik kerana zaman sekarang tudung ni lebih kepada fesyen. Jika ini berlaku kepada anda, bagaimana untuk mengatasinya?
Yang pertama, tunjukkan fakta dan buktikan bahawa pilihan anda tepat. Bila ibu bapa bantah pilihan anda secara terang ataupun kiasan, jangan pula anda naik angin. Bincanglah dengan kepala yang dingin dan penuh kekeluargaan. Mungkin selama ini mereka salah faham sikap pasangan anda. Tunjukkan bukti bahawa pilihan anda tepat.
Yang kedua, tunjukkan bahawa kasih sayang anda terhadap ibu bapa tidak akan berubah. Ada ibu bapa yang taknak restu niat anak mereka yang ingin mendirikan rumah tangga kerana bimbang mereka akan diabaikan oleh si anak lepas berkahwin. Tidak kurang juga ibu bapa yang tidak merestui kerana cemburu memikirkan kasih sayang anda terhadap mereka akan berkurangan kerana akan dilebihkan kepada pasangan. So, pandai-pandailah tunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Yakinkan mereka bahawa anda akan memperoleh kebahagiaan yang tak ternilai sekiranya mereka dapat menerima dan menyayangi pasangan anda sebagaimana mereka menerima dan menyayangi diri anda.
.
Yang ketiga, pandai baca situasi. Ketika anda ingin menyuarakan hasrat untuk berumah tangga, pastikan masa yang anda pilih itu tepat. Janganlah anda suarakan niat anda di kala ibu bapa tengah tension, sah-sah niat anda akan dapat jawapan negatif. Sebaiknya pilihlah waktu mereka sedang bergembira meraikan sesuatu.Yang keempat, usahakan untuk lebih mengenali. Sebagai anak, pasti kita dapat 'baca' reaksi ibu dapa sama ada mereka suka atau tidak pasangan kita melalui cara dan mimik muka mereka. So, kalau pasangan datang rumah dan ibu bapa buat derk aje, paham-paham la apa maknanya. Buatlah sesuatu seperti mendekatkan pasangan dengan orang tua supaya dapat saling lebih mengenali agar dapat mengubah persepsi orang tua kita terhadap pasangan kita. Saya pasti orang tua anda tidak kenal pasangan anda. Paling bagus tahu nama pasangan anda, apa pekerjaannya dan asal orang mana. Mungkin 3 perkara itu sahaja yang orang tua anda tahu tentang pasangan anda. Jadi anda perlu mendekatkan mereka supaya boleh saling mengenali dengan lebih dekat.
Yang terakhir dan yang paling penting, saling memberi sokongan. Apa jua yang terjadi, berpegang teguhlah kepada komitmen anda dan pasangan. Komitmen anda, rasa saling menghormati serta berkomunikasi akan membantu anda dalam mengatasi persoalan dalam keluarga. Jangan terbelenggu dengan tekanan perasaan atau stress sehingga mampu menggoyahkan hubungan anda berdua. Apabila wujud masalah begini, kerjasama anda amat diperlukan kerana jika 1 pihak sahaja yang berusaha, tak akan menjadi. Rendahkan ego dan selamat mencuba.
...apayangpanas
macamana kalo ibu bapa restu tp ada adik beradik yang tak restu?
ReplyDelete