Thursday, August 26, 2010
Kerajaan Satu Malaysia - Rakyat Semakin Hilang Percaya
Harap tulisan ini dibaca oleh PM atau menteri-menteri tidakpun oleh pak guard-pak guard serta pembancuh kopi menteri untuk dipanjangkan kepada mereka supaya mereka tahu inilah suara dari anak merdeka yang harus didengar:
Terbaru, kerajaan mengumumkan pemberian khas bantuan kewangan RM500 kepada penjawat awam. Terdahulu kerajaan telah mengumumkan kepada peserta Felda peruntukan sejumlah RM300. Bagaimana dengan pekebun, petani dan nelayan? Apa yang mereka dapat? Bukan saja kerajaan BN malahan kerajaan PR juga menumpu kepada golongan yang sama.
Nasib orang-orang kampong tradisi nampaknya tidak dibela. Dengan kenaikan harga barangan serta potongan subsidi itu dan ini membuatkan nasib rakyat miskin ini tidak diperhatikan. Kita faham mereka ini tidak dinilaikan hanya kerana mereka tidak ada 'bargain power' lantaran suara mereka tidak sekata sebagaimana suara peneroka Felda. Malangnya sebenarnya mereka inilah golongan yang sangat memerlukan bantuan kerajaan.
Jika diperhatikan betul-betul mereka kebanyakannya adalah terdiri dari golongan tua serta mereka yang taraf ekonominya sangat rendah kerana tidak memiliki aset atau asetnya (tanah) yang tidak ekonomik.
Nampaknya kerajaan lebih mengutamakan kesinambungan kuasa politik mereka sahaja dan perjuangan terhadap rakyat miskin bukanlah satu agenda utama. Dalam kata lain, kerajaan hanya mengutamakan mereka yang berupaya mengancam mereka atau yang suaranya serta undinya mampu menguggat mereka, justru rakyat di perkampongan tradisional akan sentiasa dipinggirkan.
Peneroka Felda diberi perhatian kerana kerajaan cuba mengambil hati peneroka yang kebelakangan ini menunjukkan sokongan kepada pembangkang. Penjawat awam juga cuba dipancing kerana kerajaan sedar bahawa kebanyakan penjawat awam juga tidak menyokong kerajaan. Lebih malang kerana sebahagian penjawat awam adalah duri dalam daging kerana merekalah yang banyak terlibat dalam gejala rasuah. Bahkan ada antaranya yang juga menerima saham felcra sedangkan orang yang lebih memerlukan tidak menerimanya.
Kaum asing juga selalu diberi muka oleh kerajaan dan kebanyakan desakan mereka terpaksa kerjaan patuhi dan bertolak ansur. Sebagai contoh, semasa PRK Hulu Selangor, kaum Cina menerima banyak faedah kerana kerajaan ingin memancing undi mereka.
Di Pahangpun masih banyak kampong-kampong dan rakyat dipedalaman yang tidak dihiraukan kerajaan. Ada kampong yang bukan saja MB tidak pernah lawati bahkan nama kampongnya pun MB tidak pernah dengari. Wakil-wakil rakyatnya juga kurang berminat melawat kerana jumlah undi yang sedikit serta keyakinan bahawa mereka akan tetapi mengundi kerajaan.
Jadi siapakah sebenarnya pembela kaum Melayu dipedalaman dan kampong-kampong tradisional? Maaf! Saya semakin hilang percaya kepada Satu Malaysia dan kepimpinan kerajaan sekarang ini.
...braveheart-blogger
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment