Wednesday, June 3, 2020

Tak Perlulah Nak Tukar Kerajaan

Gua gelak jer biler dengar dan baca berita yang katanya PH sedang berusaha nak tukarkan balik pentadbiran negara dari PN kepada PH....

Gua gelak bukan pasai apa.... Sebab pasai PH bodoh... dulu masa PH pegang negara... kakitangan awam (yang kepala paling atas) semua tue masih dikekalkan orang-orang yang pentaksub Barisan Nasional.... konon mereka dah biasa mentadbir.... walhal yang sabotaj dari dalam sampai PH jatuh tu pon ader kerja buat kakitangan awam pentakdsub BN nih la...

Macam kes PRK di Tanjung Piai..... ader ker giler bawak turun kakitangan awam untuk berkempen lawan BN... walhal kakitangan awam yang dibawak turun tue semua pro-BN.... bodoh yang tak boleh dah nak nasihat....

Masa Gobind pegang Kementerian Penerangan..... RTM masih berterusan buat kerja untuk BN..... depan mata secara terang-terangan lagi... sama macam kat JPM .... Menteri Agama pon tak banyak peluang masuk TV dan Radio ... even Pengerusi YADIM pon takder peluang.... yang dibagi peluang aderlah orang UMNO dan PAS ... termasuk Dasuki Abd Rani....

Hancuss....

Nih gatai pulak nak amik alih kerajaan PN.... wei... biar lantak la PN nak perintah sampai PRU15... sebab makin PN perintah... makin banyak terserlah kebejatan dan salahguna kuasa .... terutamanya perangai cam celaka PAS .... dolak-dalik depa pasai isu Arak, isu Adib, isu RUU355 dan banyak lagi.... biarkan jer la depa supaya senang kita nak taji depa....

Gatai nak amik alih buat apa..... bodoh ka????

Sumber: http://cipantapirtenuk.blogspot.com

Apabila Kebodohan Ditahap Gaban...

Dah elok-elok rakyat bagi mandat pada PH, atok pi letak jawatan dan runtuhkan sendiri kerajaan.

Bila Agong buat keputusan sibuk pasal mandat pulak? Dah letak jawatan meroyan nak rebut dan nak jatuhkan TSMY pulak. Masa nak letak jawatan tak ada pun nak bincang sesama parti komponen dan serahkan jawatan pada rakan. Panjang umur perangai buruk.

Kepada penjilat PH, bodoh tu jangan guna semua, simpan sikit utk faraid kpd anak cucu.

Thursday, May 14, 2020

Sejarah Tercipta Kita Menang Di Laut China Selatan

Berjaya manfaatkan imbangan ancaman 2 kuasa besar China, AS
1. ALHAMDULILLAH! Terkini khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia: sejarah tercipta apabila para perwira kita baru sahaja menyempurnakan misi ekplorasi di Blok ND2, Lala-1 di Laut China Selatan meski pun diasak hebat kapal-kapal China Komunis sejak lebih lima bulan lalu.

2. Data Marine Traffic menunjukkan bahawa kapal West Capella yang dikontrak Petronas bagi ‘exploratory drilling’ telah menyempurnakan misi mereka di Blok Lala-1, dua bulan selepas menyempurnakan misi sama di Blok ND1, Arapaima-1 pada awal Mac 2020 yang lalu.

3. Meski pun tidak didendang, kemenangan ini cukup bersejarah dan signifikan dalam tiga konteks: pertama, ia membuktikan kejayaan kerjasama erat angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan juga Petronas dalam mempertahankan kepentingan nasional dan kedaulatan kita di Laut China Selatan.

4. Kesepaduan antara TLDM, Maritim Malaysia, dan Petronas ini terbukti melalui kerahan aset-aset yang saling melindungi kapal West Capella seperti KD Jebat, KD Kelantan, KM Bagan Datuk, dan juga KA Bunga Mas Lima.

5. Perlu diingat, TLDM, Maritim Malaysia, dan Petronas terpaksa berhadapan dengan China yang mengirim kapal raksasa sebesar 4,000-tan iaitu Zhaoduan-class 5305, kapal pengawal pantai (CCG) Haijing 5202 dan 5203, kapal pemusnah Type 052B Wuhan (169) untuk menghancurkan usaha kita di kedua-dua Blok Arapaima-1 dan Lala-1 ini.

6. Kedua, kejayaan ini cukup bersejarah kerana ia membuktikan bahawa kita berjaya memanfaatkan imbangan ancaman (balance of threat) antara dua kuasa besar iaitu China yang menceroboh dan mengganggu usaha eksplorasi kita dengan Amerika Syarikat yang sememangnya ingin mengekalkan kepentingan mereka di Indo-Pasifik.

7. Kita jelas memanfaatkan imbangan ancaman (balance of threat) China dengan Amerika Syarikat yang telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA 6), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52), ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52 pada April, diikuti kapal Littoral Combat Ship USS Montgomery (LCS 8) dan kapal ‘dry cargo’ USNS Cesar Chavez (T-AKE 14) kelas Lewis dan Clark pada Mei.

8. Lebih signifikan lagi, kita berjaya menyempurnakan misi ekplorasi di kedua-dua blok ND1 (Arapaima-1) dan ND2 (Lala-1) ini dalam keadaan kita tidak memusnahkan kepentingan ekonomi dan diplomatik kita dengan kedua-dua Amerika dan China.

9. Wajib untuk disedari bahawa dalam keadaan ekonomi kita secara signifikan bergantung pada eksport dan pelaburan ke kedua-dua China dan Amerika (sekitar RM140 bilion dengan China, hampir RM100 bilion dengan Amerika), serta ketidaktentuan pasca-COVID-19, sempurnanya misi eksplorasi Petronas di Laut China Selatan ini membuktikan bahawa kita telah berjaya mempertahankan kedaulatan wilayah, kepentingan nasional serta prospek geo-ekonomi kita.

10. Kejayaan hari ini cukup signifikan untuk prospek tiga perkara: dari segi perundangan antarabangsa, ia memberi impak signifikan dengan menguatkan tuntutan Pentas Benua kita; dari segi eksplorasi di Laut China Selatan pula, ia membuktikan bahawa Petronas benar-benar menyumbang secara positif ke atas geopolitik dan geoekonomi kita, manakala buat angkatan tentera kita pula ia memberikan pengalaman imbangan ancaman (Balance of Threat) dan imbangan kuasa (Balance of Power) antara kuasa besar di Indo-Pasifik.

11. Sesungguhnya, tarikh hari 12 Mei 2020 merupakan tarikh yang cukup bermakna dalam sejarah geopolitik dan geoekonomi kita.

Semoga Allah terus rahmatkan TLDM, Maritim Malaysia, dan Petronas: kalian perwira seluruh rakyat Malaysia!

Oleh: Abdul Muein Abadi