Wednesday, September 4, 2019

10 Bukti Utama Pemimpin DAP-PH Rasis

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memandang serius dakwaan kononnya pembangkang bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan terlalu banyak bukti menunjukkan pimpinan DAP-PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis!

Antara 10 bukti utama sikap dan kenyataan rasis dan cauvinis DAP-PH, termasuklah:

1. Menteri Sumber Manusia DAP, YB M Kulasegaran menuduh orang Melayu Pendatang dan mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin di tanah ini. (21 Julai 2018)

2. Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, YB Ganabatirau mendakwa serangan Kuil Sri Mariamman Seafield dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu-Islam sehingga membangkitkan kemarahan penganut Hindu, lalu mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian Allahyarham Adib.

3. Kenyataan bersama menteri-menteri PH India di parlimen selepas tuduhan YB Ganabatirau, mengkritik dan menyalahkan pihak polis kerana lewat dan gagal mengawal keadaan serangan ke atas Kuil Sri Mariamman Seafield hakikatnya membakar api perkauman dan menambah kemarahan orang India. Dilaporkan berkumpul seramai 10,000 di Kuil Sri Marimman pada malam kedua, mengamuk dan melakukan rusuhan sehingga berlakunya peristiwa kematian anggota bomba Arwah Adib.

4. Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng mendakwa agenda penyatuan Ummah di antara Umno-PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. (5 Mac 2019).

5. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat DAP, YB Ngar Kor Ming mendakwa jika Umno-PAS berjaya berkerjasama dan membentuk kerajaan dalam PRU-15, maka gabungan ini akan membentuk kerajaan Taliban seperti di Afghanistan. (8 Mac 2019)

6. Pemimpin DAP, YB Chong Chien Jen bersetuju dan menyokong kenyataan YB Nga Kor Ming bahawa penyatuan Umno dan PAS bakal membentuk kerajaan Taliban sekiranya menang pilihan raya seterusnya telah mencetuskan perasaan takut, rasis dan prejudis di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam di negara ini. (9 Mac 2019)

7. Adun Mengkibol DAP, YB Chew Chong Sin mengaitkan insiden pembunuhan tragik di sebuah masjid di Christchurch oleh ekstremis kulit putih dengan penyatuan orang Melayu melalui kerjasama Umno-PAS untuk menambahkan lagi perasaan perkauman dan prejudis agama di kalangan rakyat bukan Melayu dan Islam. (16 Mac 2019).

8. Anggota Parlimen Kluang DAP, YB Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian di kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah. (9 Ogos 2019)

9. Menteri Kewangan DAP, YB Lim Guan Eng sekali lagi mencetuskan api kebencian dan perkauman dengan mendakwa kerajaan Umno dan PAS jika berjaya dibentuk akan mengambil hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia. (19 Ogos 2019)

10. Kenyataan rasis dan cauvinis Menteri Perpaduan Senator, P. Waytha Moorty yang mendakwa Malaysia bukanlah sebuah negara moderat progresif Islam seperti disangkakan pihak luar kerana kaum India telah didiskriminasi dalam pelbagai cara antaranya hak beragama serta pemusnahan kira-kira 10,000 kuil. Walaupun ini kenyataan lama, tetapi keangkuhan Waytha Moorthy untuk tidak mahu meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya kepada media luar negara adalah amat tidak bertanggungjawab dan menzahirkan sifat rasis pimpinan PH.

Banyak lagi bukti-bukti lain jika hendak disebutkan yang menyerlahkan sifat dan sikap perkauman pimpinan PH yang berterusan membangkitkan kebencian dan prejudis antara agama dan kaum.

Justeru, Pemuda Umno berharap pihak polis dan peguam negara agar bertindak tegas tanpa pilih kasih dalam tindakan mereka untuk membawa mereka yang mencetuskan api perkauman ke muka pengadilan.

Setiap rakyat juga wajar menolak mereka yang berterusan membangkitkan kebencian antara kaum, demi menyelamatkan negara kita tercinta Malaysia agar terus kekal aman, stabil dan harmoni walaupun rakyatnya majmuk dengan kepelbagaian agama dan kaum.

Dr. Asyraf Wajdi
Ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Menunggu Pengharaman Dong Zong Yang Rasis...

'Saya ketua polis untuk negara, bukan parti politik'
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan tuduhan seolah-olah beliau berat sebelah terhadap parti politik di negara ini dan hanya menyerang pihak pembangkang.

Beliau berkata tugasnya sebagai Ketua Polis Negara termasuklah memerhati serta menegur pihak yang berkaitan dan bukannya bersifat menyebelahi.

"Ada yang suruh saya meletakkan jawatan dan mengatakan saya masuk campur dalam hal politik. Bila saya mengeluarkan kenyataan begitu?

"Saya tidak boleh menyebelahi, sekiranya kerajaan salah pun saya tegur sebelum ini begitulah peranan saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Op Bersepadu Khazanah di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Abdul Kadir Abu Hashim serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Acryl Sani Abdullah Sani.

"Jangan buat tuduhan melulu seolah-olah saya ini adalah Ketua Polis Negara Pakatan Harapan. Tidak, saya Ketua Polis Negara untuk negara ini, bukan untuk parti politik," katanya.

Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mencampuri urusan politik apatah lagi membuat kenyataan berbaur politik.

"Parti yang kalah dalam pilihan raya biasalah akan berusaha untuk melemahkan kerajaan, itu peranan dia tetapi saya pula dikatakan serang parti pembangkang. Saya minta orang yang buat tuduhan itu supaya dengar baik-baik apa yang saya cakap," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil yang meminta Abdul Hamid agar tidak bersikap berat sebelah kepada mana-mana parti politik dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara sekiranya ingin membuat kenyataan berkaitan politik. - Bernama

Tuesday, September 3, 2019

Apologetik.....Dong Zong Memang Rasis....

Muhyiddin jumpa Dong Zong Johor, esok
Kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin esok susulan rayuannya terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang telah membatalkan pendaftaran kumpulan itu di Johor.

Pendaftaran Dong Zong, Johor dilaporkan telah dibatalkan selepas ia dikatakan gagal memberi penjelasan kepada ROS berhubung beberapa pindaan terhadap perlembagaan persatuan itu berkaitan penglibatan guru.

RoS menyerahkan surat pembatalan pendaftaran pada 8 Ogos lalu.

Muhyiddin berkata masalah gabungan itu adalah berkaitan dengan pengurusan beberapa persatuan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh ROS.

“Mereka akan jumpa saya esok dan nanti saya akan dengar.

“Saya telah diberi laporan tapi mereka esok mereka akan hadir. Saya akan jumpa pendaftar pertubuhan bersama-sama untuk melihat apa yang boleh dilakukan supaya mana yang boleh diperbetulkan, kita perbetulkan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Pada Ahad lalu, Dong Zong dilaporkan mengemukakan surat rayuan kepada KDN berhubung pembatalan pendaftaran Dong Zong Johor oleh RoS negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong dilaporkan berkata Dong Zong pada 20 Ogos lepas menerima surat pembatalan bertarikh 8 Ogos daripada Pengarah RoS Johor dengan alasan tidak menerima sebarang penjelasan mengenai pindaan perlembagaan persatuan berkaitan penglibatan guru.

ROS dikatakan menyampaikan notis tunjuk sebab kepada persatuan itu pada Januari lalu atas dakwaan pembabitan guru dalam persatuan itu bertentangan dengan Akta Persatuan 1966.

Menurut Low, Dong Zong Johor ditubuhkan pada tahun 1955, iaitu setahun sebelum Akta Persatuan diperkenalkan.

“Sepanjang beberapa tahun ini tidak ada sebarang masalah yang berlaku.

"Jadi pihak Dong Zong negeri itu telah berjumpa dengan pegawai pendaftaran di Bahagian Pengurusan Pertubuhan. Pihak RoS mencadangkan supaya persatuan itu membuat pendaftaran di bawah Kementerian Pendidikan kerana ada penglibatan guru.

“Pada Mac surat telah ditulis dan kementerian berkata ia tidak melibatkan pihaknya dan meminta agar ia dirujuk semula kepada RoS. Pegawai di jabatan itu secara lisan berkata ia boleh diselesaikan," katanya. - www.malaysiakini.com