Ini sebenarnya adalah kisah nyata yang terjadi dalam hidupku malam tadi. Aku memang tak menyangka sama sekali dapat main dengan seorang makcik bergelar hajjah. Makcik hajjah ni sebenarnya isteri kepada salah seorang kawan/jiran satu tempat tinggal denganku. Walaupun isteri kepada kawan, tetapi nama betul makcik ni memang aku tak tahu. Aku biasanya hanya memanggil beliau dengan panggilan hajjah saja sama seperti panggilan yang digunakan oleh jiran-jiran lain. Maklumlah makcik hajjah ni dah 2 kali pergi ke Mekah, bekerja pula guru mengaji Al-Quran di tempat tinggal kami. Memang layaklah dia dipanggil hajjah berbanding dari nama sebenarnya.
Makcik hajjah ni orangnya sederhana, tak berapa tinggi tak berapa rendah. Umurnya pula dalam lingkungan 50 an, tapi kalau korang tengok memang tak percaya umurnya dah masuk 50 sebab makcik hajjah ni aku fikir memang kuat makan jamu atau pun memang terer awet muda. Kalau tak kenapa dia ni masih lagi cantik, berkulit halus dan putih serta masih cergas dan aktif. Lagipun, badannya yang sering dibalut dengan baju kurung dan tudung labuh, tidaklah nampak gemuk dan layu macam makcik-makcik lain.
Cerita aku dan makcik hajjah ni main berlaku kat sebuah dewan yang tak jauh dari tempat tinggal kami. Malam tu sebenarnya wifeku tak ada jadi terpaksalah aku bersendiri. Nak dijadikan cerita, malam tu juga makcik hajjah tu pun tak berpartner sebab suaminya dah berpartner ngan orang lain. Melihat makcik hajjah yang malam tu cantik memakai track suit dan t-shirt dengan tudung yang tak berapa labuh, hanya duduk menunggu suaminya, jadi daripada aku sendiri-sendiri, aku cuba ler ajak makcik hajjah tu main ngan aku. Lagipun ada tempat tak ada orang untuk kami main.
Mula-mula makcik hajjah tu menolak, katanya dia tak berapa pandai. Bila aku kata aku pun bukan pandai sangat, tak sangka pulak dia setuju. Jadi mulalah kami main berdua. Walaupun makcik hajjah ni sudah berusia tapi yang membuat aku terkejut giler bila dia menunjukkan aksi yang benar-benar hebat. Lelah aku mengikut rentak permainannya, sampai berpeluh-peluh walau keadaan dalam dewan masa tu agak dingin.
Agak lama kami berdua main hingga mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Memang makcik hajjah ni cergas dan hebat. Banyak juga skil-skil main yang dia tahu. Sampai 3 round kami main. Round pertama aku bermandi peluh. Memang lenjun habis aku dikerjakan makcik hajjah. Aku bagi dia ambil, dia bagi aku ambil. Round kedua, makcik hajjah pula lelah aku kerjakan. Mandi peluh juga dia menyambut pemberian aku. Begitu juga round ketiga, hingga akhirnya makcik hajjah tewas juga dengan permainanku.
Bila selesai main, makcik hajjah dah puas menelan air dan aku pun lega meneguk air, dalam keadaan tubuh yang masih lenjun oleh peluh, kami duduk melepaskan penat lelah. Dengan nafas yang masih sedikit termengah-mengah, kami berbual dan bercerita.
Ini antara perbualan kami berdua..
Makcik hajjah: Wah! hebat engkau ni ya, penat makcik engkau kerjakan.
Aku: Makcik pun sama. Berpeluh-peluh saya.
Makcik hajjah: Biasa makcik main 2 round je. Dengan engkau sampai 3 round. Seronok pulak.
Aku: ye ke? Makcik nak main lagi?
Makcik hajjah: Tak larat dah makcik malam ni. Malam esok kita main lagi.
Aku: Ye lah cik, senang-senang kita main lagi. Best main dengan makcik ni, macam..
Makcik hajjah: Macam apa tu? (belum habis cakap makcik dah menyampuk)
Aku: Kita main tadi tu kan cik.. lebih kurang cam Chong Wei main sama Lin Dan cik.
Makcik hajjah: Chong wei sama Lin Dan?
Aku: Ala masa diaorang main kat London baru-baru ni.
Makcik hajjah: Ooo...yang itu. Ada makcik tengok..tapi lupa pulak makcik kejohanan apa tu..
Aku: Kejohanan badminton dunia cik. Kan 3 round juga diaorang main. Sama cam kita main tadi, 3 round.
Selepas seketika berbual-bual dan peluh di tubuhku dah agak kering, aku pun meminta diri untuk pulang dulu. Sementara makcik hajjah masih menunggu suaminya yang masih lagi bermain di round ke 3(set penentuan) dengan partnernya.
Dalam perjalanan pulang, aku berkira-kira dalam hati untuk membeli raket baru. Seronok pula rasanya dapat partner bermain yang 'boleh lawan' macam makcik hajjah.
Anonymous
Tuesday, September 4, 2012
Sunday, September 2, 2012
Dirgahayu Malaysiaku! Saya Mencemburui Rakyat Indonesia
Patriotik kibar bendera sambut merdeka
Maafkan saya. Saya mencemburui Indonesia dan rakyatnya. Mereka juga menyambut hari kemerdekaan pada Ogos, 14 hari lebih awal daripada kita, pada 17 haribulan. Indonesia merdeka 12 tahun terdahulu daripada perisytiharan kemerdekaan kita. Mereka memperoleh kemerdekaan dengan darah, keringat dan air mata. Bukan sedikit pejuang kebangsaan yang tumpas bagi memungkinkan perisytiharan yang dibuat di Jalan Pegangsaan Timur 56, Cikini, Jakarta Tengah oleh Sukarno dan Muhammad Hatta menjadi kenyataan.
Pada setiap hari kemerdekaan, rakyat Indonesia tidak pernah melihat siapa di tampuk pemerintahan atau parti mana yang menguasai negara.
Mereka melihat kemerdekaan sebagai simbol perpaduan, penyatuan dan ‘kebersamaan’ (istilah mereka). Itu bukan bermakna mereka tidak bercakaran atau berbalah cuma mereka sama-sama menghargai hari kemerdekaan.
Lebih penting lagi, bagi mereka ini masa terbaik memperaga identiti dan semangat patriotisme yang sebenar. Bagi rata-rata rakyat Indonesia, sehari dalam setahun, mereka menunjang kebanggaan sebagai rakyat yang berjati diri, berwibawa dan bermaruah.
Mereka tidak perlu dipujuk, dipinta apa lagi dipaksa untuk mengibarkan bendera kebanggaan mereka - Bendera Negara Kesatuan Republik Indonesia yang juga dikenali sebagai Sang Saka Merah Putih. Setiap rakyat Indonesia tahu mengapa warna merah putih dipilih. Bukan secara kebetulan sebenarnya bahawa warna lambang kebesaran kerajaan Kediri, Majapahit, Batak malah Bugis satu waktu dulu juga merah putih. Merah bererti berani dan putih tanda suci.
Rakyat Indonesia tidak sahaja mengibarkan bendera pada hari merdeka tetapi mencorakkan warna merah putih dalam pelbagai bentuk yang kreatif. Maka itu setiap 17 Ogos, merah putih mewarnai seluruh Indonesia - menghiasi ruang depan rumah, tiang hingga kerusi dan meja. Malah enjin carian Google Indonesia memastikan logonya berwarna merah putih, sewarna dengan bendera Indonesia pada musim kemerdekaan.
Apakah makna sebuah bendera bagi Indonesia? Segala-galanya. Malah apabila segelintir rakyat Indonesia melepaskan geram pada Malaysia mereka mewujudkan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (ringkasnya Bendera). Kumpulan inilah yang mengisytiharkan perang terhadap Malaysia. Bendera Malaysia, Jalur Gemilang juga dijadikan bahan cemuhan dan penghinaan beberapa kumpulan pembenci Malaysia yang lain.
Simbolisme bendera dan kemerdekaan amat serius bagi rakyat Indonesia. Mereka sehati, sejiwa, sederap. Mereka melihat bendera dan hari merdeka sebagai cerminan peribadi, wibawa dan maruah diri. Perayaan kemerdekaan Indonesia ialah hari bangga, hari bendera dan hari memperaga ke-Indonesia-an yang sebenar.
Saya tidak pernah mendengar pujukan apa lagi desakan agar rakyat Indonesia mengibarkan bendera kebanggaan mereka pada hari merdeka. Di Malaysia kempen ‘Kibarkan Jalur Gemilang’ dibuat selama sebulan, bagi mengajak rakyat melakukannya. Teriakan itu berkumandang daripada media elektronik hingga ke media cetak dan dilaungkan oleh pimpinan politik pelbagai peringkat.
Mengapa sampai begitu? Apakah rakyat kita tidak peduli, degil atau sememangnya tidak patriotik? Alasan diberikan ialah patriotisme tidak boleh diukur dari sekadar memperagakan bendera sahaja. Maka itu banyak premis perniagaan dan pejabat yang melakukannya akibat peraturan dan bukan kerelaan. Di jalan raya, bendera kecil di kenderaan juga tidak banyak kedapatan.
Mungkin laluan pembinaan negara bangsa Indonesia berbeza dengan kita. Sebenarnya tidaklah menghairankan dek kompleksiti rakyatnya yang berselerak di 100,000 pulau memerlukan simbol perpaduan yang kukuh. Atau mungkin juga pemerintahan kuku besi pada peringkat awalnya. Rakyat yang dibezakan oleh ribuan bahasa, adat resam dan kepercayaan memerlukan Pancasila sebagai pengikat. Tiang seri tegak berlimanya ialah kebangsaan, internasionalisme, muafakat, kesejahteraan dan ketuhanan. Kita pula mewujudkan Rukun Negara hanya selepas kita berasakan keperluan menyatukan rakyat selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
Mungkin kita tidak melalui jalan yang mereka lalui. Mereka menumpukan pada pembentukan citra, akal budi dan kepatuhan bersama. Mereka tidak lebih maju daripada kita tetapi kita juga tidaklah begitu berjaya membina jati diri Malaysia sebenar. Mereka mempunyai kelemahan, begitu juga kita. Kita bercakap mengenai ‘1Malaysia’ hanya selepas lebih 50 tahun merdeka.
Siapapun mereka, di manapun mereka dan dalam konteks apapun, identiti ke-Indonesia-an mereka unik dan kukuh. Apakah yang menyebabkan kita kurang menghormati simbol seperti bendera di negara ini? Keyakinan tinggi? Kemewahan? Ketaksuban pada hal-hal kebendaan? Atau sememangnya kita tidak peduli?
Atau apakah kerana kita terlalu berpecah-belah dan dikelabui oleh kebencian sesama sendiri dek perbezaan fahaman politik? Maka itu kita menganggap apa sahaja usaha yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah - walaupun sekadar mengibarkan bendera dan merayakan hari kemerdekaan - tidak betul dan bermotif buruk?
Tidak bolehkah sekali dalam setahun, kita menghargai tarikh keramat yang telah mencorakkan destini negara dan rakyatnya?
Dirgahayu Malaysiaku!
Oleh : Johan Jaafar

Saturday, September 1, 2012
Bendera Malaysia Dinaikkan Di Selatan Thai
PATTANI, Thailand - Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.
Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.
Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.
Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.
Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.
Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.
Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan. - Agensi

Subscribe to:
Posts (Atom)