PEMBELA sebelum ini telah mempersoalkan adakah telah berlaku kepincangan dalam pentadbiran hingga jumlah pelancong luar sebesar itu ‘lenyap’ dan tak kembali ke negara asal.
Malah, kami telah menggesa pihak berwajib mengambil tindakan drastik dengan segera sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara!
Manakan tidak, 1.2 juta itu hanya jumlah yang didedahkan Jabatan Imigresen Malaysia, bagaimana pula dengan angka yang tidak direkodkan?
Namun apa yang lebih menggerunkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan:
“Jika isu rakyat China ‘hilang’ di Malaysia ini tidak dibendung, jangan hairan tiga tahun akan datang jumlah yang ‘hilang’ dah meningkat jadi dua juta orang!!”
Jika ianya menjadi realiti, apakah nasib anak bangsa kita? Adakah Malaysia bakal Jadi ‘Tanah Besar’ kedua?
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
No comments:
Post a Comment