KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak melihat pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) sebagai satu keutamaan.
“Sehingga kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan KPM tidak melihat isu berbangkit tentang perkara itu sebagai keutamaan,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menjawab kepada Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang).
Sebelumnya, beliau diajukan pertanyaan oleh Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang berhubung apakah pendirian Kementerian terhadap pengiktirafan UEC serta permohonan untuk menginstitusikan peruntukan kepada SMPC.
Menurut Fadhlina, pendirian tersebut adalah berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang sentiasa menjadi pegangan KPM.
Menyentuh kepada isu peruntukan, beliau berkata KPM hanya menyalurkan peruntukan kepada kategori institusi pendidikan Kerajaan dan bantuan Kerajaan sahaja.
“Dalam konteks ini, SMPC bukan sebahagian daripada institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 Akta 550,” jelas beliau dengan lebih terperinci.
Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa pihak KPM tiada obligasi untuk memperuntukkan mahupun menginstitusikan sebarang sumbangan modal atau sumbangan bantuan penuh kepada SMPC.
Terdahulu, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) pernah meminta agar perkara mengenai pengiktirafan UEC dibincangkan secara rasional memandangkan ia melibatkan isu akademik. - samudera.my
Tuesday, February 21, 2023
Adakah Cinta Kepada Islam Jadi Kesalahan Zaman Malaysia Madani?
Polis mengesahkan perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang turut membawa replika senjata seperti pedang dan lembing adalah salah satu daripada acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata replika dan warisan Islam.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin turut berterima masih kepada Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa yang mengesahkan gambar yang tular di media sosial sebenarnya acara perarakan yang dipertandingkan.
Beliau berkata, kenyataan itu sekali gus menjawab tohmahan jahat seorang pemimpin muda sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Kelantan yang mengkaitkan Cosplay Himpunan ‘HIMPIT’ di Terengganu sebagai unsur yang boleh disiasat mengikut Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 dan juga ada yang mencadangkan ia dilihat dalam aspek ‘anti keganasan’.
“PAS menegaskan bahawa himpunan HIMPIT di Terengganu adalah satu Manifestasi Semangat Sayang Kepada Perjuangan Para Sahabat dan cinta kepada Islam dengan pakaian yang menjelmakan watak pejuang Islam di zaman para sahabat Rasullullah SAW.
“Apakah cinta kepada Islam agama sejahtera itu sudah salah di zaman pemerintahan Malaysia Madani?
“Kami melihat isu ini sengaja dilemparkan kepada PAS dalam usaha memburuk-burukkan imej parti ini selain membawa lagi satu dogma Islamofobia dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sebelum ini, beberapa pihak khususnya pemimpin kerajaan PH-Barisan Nasional (PH-BN) menyerang PAS setelah gambar perarakan itu ditularkan media sosial dan media massa, sehingga Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, membuat laporan polis.
Raja Kamarul Bahrin berkata tindakan kumpulan itu disifatkan sebagai ekstrem dan boleh menggugat keharmonian antara kaum bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara.
“Acara perarakan di jalanan secara terbuka dengan memakai pakaian perang dengan membawa peralatan berbentuk seperti pedang dan lembing adalah satu bentuk intimidasi yang boleh menimbulkan kerisauan orang ramai.
“Kami lihat Pas kini semakin berani menunjukkan sikap ekstrem mereka secara terangan-terangan tanpa memikirkan kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini,” katanya.
Malah, memetik laporan Mkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerajaan PH-BN, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata perarakan dengan menggunakan simbol pahlawan Islam dengan senjata beri gambaran tidak baik kepada agama dan negara.
“Perarakan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisahan masyarakat.
“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara,” kata Mohd Na’im. - agendadaily.com

Wednesday, February 15, 2023
1.2 Juta Pelancong China Lesap, Malaysia Bakal Jadi ‘Tanah Besar’ Kedua?
PEMBELA sebelum ini telah mempersoalkan adakah telah berlaku kepincangan dalam pentadbiran hingga jumlah pelancong luar sebesar itu ‘lenyap’ dan tak kembali ke negara asal.
Malah, kami telah menggesa pihak berwajib mengambil tindakan drastik dengan segera sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara!
Manakan tidak, 1.2 juta itu hanya jumlah yang didedahkan Jabatan Imigresen Malaysia, bagaimana pula dengan angka yang tidak direkodkan?
Namun apa yang lebih menggerunkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan:
“Jika isu rakyat China ‘hilang’ di Malaysia ini tidak dibendung, jangan hairan tiga tahun akan datang jumlah yang ‘hilang’ dah meningkat jadi dua juta orang!!”
Jika ianya menjadi realiti, apakah nasib anak bangsa kita? Adakah Malaysia bakal Jadi ‘Tanah Besar’ kedua?
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Jangan-Jangan Pulau Batu Puteh Telah Dijual???
Terkejut aku bila terbaca Astro Awani yang melaporkan 'Sesi temu bual membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara (JPN), di sini hari ini tidak berlangsung seperti dirancang'.
Untuk pengetahuan ada semua, Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance, Jabatan Peguam Negara adalah satu jawatankuasa yang dibentuk bagi membuat semakan semula undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Mahathir dilihat seolah cuba mensabotaj kerajaan dengan membuat pelbagai helah, antara helah terbaru mahathir ialah dengan mempertikaikan 'kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali selaku pengerusi jawatankuasa terbabit yang disifatkannya tidak wajar'.
Dan mahathir menunjukan perangai buruknya apabila, hanya berada 15 minit sahaja di pejabat Jabatan Peguam Negara, tanpa sempat ditanyakan beberapa soalan.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah, kenapa mahathir bergitu keras menolak TS Apandi menjadi pengerusi dalam rayuan kes Pulau Batu Puteh?
TS Apandi dan pasukannya telah berjaya mendapatkan bukti-bukti baru, bukti-bukti itu cukup kuat untuk merebut kembali pulau tersebut.
Sepatutnya mahathir memberikan kerjasama, bukan mensabotaj atau melengah-lengahkan perkara tersebut.
Pelik memang pelik, macam ada sesuatu yang di sembunyikan oleh mahathir...
Jangan-jangan dah dijual Labu...?

Sumber: Darul Ehsan Today
Kenapa Biar Kenyataan Biadab Terhadap Melayu TanpaTtindakan Susulan?
SESIAPA yang selalu berurusan dengan para pegawai atau kerani kaunter di mana-mana agensi atau jabatan kerajaan atau institusi-institusi yang berkaitan perkhidmatan awam pasti akan bersemuka dengan individu-individu terlatih yang lazimnya akan memberi layanan yang baik dan memuaskan.
Bukan itu sahaja, kelebihan kakitangan ini (yang majoriti besarnya adalah orang-orang Melayu) terletak pada sifat mereka yang mudah mesra, ramah tamah dan sangat penyabar.
Pada pandangan saya, sifat-sifat di atas sangat berkait rapat dengan budaya Melayu yang diperindahkan lagi dengan ajaran-ajaran Islam yang sangat menitik beratkan aspek akhlak, adab dan budi pekerti. Tidak dapat dinafikan terdapat satu hubungkait yang rapat atara agama dan akhlak. Dan orang-orang Melayu berjaya mencerminkan gabungan antara kedua-duanya dengan cemerlang.
Jadi, kita tidak faham kenapa perkhidmatan awam sengaja menjadi sasaran oleh ahli-ahli politik yang rasis dan bernafsu besar serta berniat mencetuskan perbalahan dan kemarahan orangramai terhadap golongan terbesar dan majoriti ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan begitu cemerlang.
Adakah kerana bidang ini kononnya didominasi atau dimonopoli oleh kaum-kaum tertentu dan justeru menjadi tidak adil dan berat sebelah?
Kenapa pihak-pihak yang rakus sangat dengan perkhidmatan awam ini tidak menyentuh sama tentang minat yang sangat rendah dari etnik dan kaum bukan-Melayu terhadap peluang-peluang kerjaya di dalam pasukan keselamatan – polis, tentera dan pasukan penguatkuasa?
Kenapa masih ramai lagi rakyat Malaysia bukan-Melayu enggan berkhidmat dengan pasukan beruniform, yang juga merupakan salah satu komponen dalam perkhidmatan awam yang sangat penting?
Kerana tidak suka mengikut arahan orang lain kah?
Atau kerana pantang tok nenek kah?
Atau takut hilang anggota badan?
Atau gaji terlalu rendah?
Cuba buat kajian dengan merujuk kepada data-data dari Jabatan Statistik Malaysia mengenai permohonan untuk mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam. Kaum manakah yang paling ramai membuat permohonan?
Semua orang juga maklum bahawa kakitangan perkhidmatan awam juga selalu menjadi sasaran cemuhan, makian, umpatan, kemarahan, aduan (yang kerap juga diviralkan melalui media sosial) daripada masyarakat awam apabila tidak mendapat layanan atau respons segera dan memuaskan atau tidak mendapat apa yang diingini ketika berurusan di kaunter-kaunter.
Kita hanya boleh bayangkan tahap kesabaran dan kawalan emosi diri pada kakitangan apabila berhadapan dengan 1001 karenah orang ramai yang datang berurusan.
Para kakitangan awam juga terikat dengan Pekeliling Perkhidmatan yang tidak membenarkan mereka ‘menjawab balik’ segala tohmahan, caci maki dan cemuhan melalui media sosial, lebih-lebih lagi yang paling ramai menjadi mangsa hemburan kata-kata tidak puashati orang ramai adalah kaum wanita.
Namun, apa yang kita akan saksikan ialah sikap professional mereka dalam “menyembunyikan” hati dan perasaan yang terhiris dan terluka sambil tetap melayan para pelanggan dalam senyuman dan berbudi bahasa.
Inilah salah satu keunikan yang terdapat pada bangsa Melayu dan menjadi sebutan juga negara-negara yang terdapat ramai para pelajar Melayu yang menyambng pelajaran, bahawa orang-orang Melayu sangat terkenal dengan kehalusan budibahasa dan akhlak yang terpuji. Keistimewaan ini diperkuatkan oleh ajaran-ajaran agama, sepertimana yang disebut sebelum ini.
Bayangkan kalau kita berurusan di mana-mana jabatan atau agensi perkhidmatan awam yang kakitangannya terdiri dari mereka yang kasar bahasa, bersikap acuh tak acuh, perengus dan malas untuk melayan dan sangat fakir dengan senyuman!
Alasan-alasan kononnya untuk menyamaratakan peluang-peluang pekerjaan atau menghasilkan keseimbangan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum adalah satu alasan yang sangat dangkal. Dan apabila tuduhan tersebut menyebut nama bangsa Melayu secara khusus, ia sudah bertukar menjadi rasis dan sangat tidak bertanggungjawab.
Kerajaan dan pihak berkuasa tidak sepatutnya membiarkan kenyataan-kenyataan biadab seperti ini diungkapkan begitu sahaja tanpa tindakan susulan yang sewajarnya. Keengganan parti politik yang dianggotai oleh individu yang berkaitan untuk mengecam dan menjauhkan diri dari kenyataan rasis pemimpin mereka sendiri sudah boleh dijangka.
Kita juga tertanya-tanya kenapa sekarang isu ini dibangkitkan oleh pemimpin politik yang partinya sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan? Adakah ini kesempatan terbaik bagi kamu untuk memaksakan kehendak-kehendak politik kamu supaya dikabulkan oleh pemimpin negara?
Dan kita juga hairan kenapa pemimpin-pemimpin Melayu dari parti berkenaan dan juga dari parti-parti komponen kerajaan lain bagaikan terkunci mulut masing-masing dari menegur dan mengecam kenyataan rasis tersebut?
Apakah yang boleh diharapkan dari mereka semua ini apabila isu yang sangat berkaitan dengan maruah, integriti dan nama baik anggota-anggota perkhidmatan awam yang majoritinya adalah orang-orang Melayu ditohmahkan begitu rupa?
Kalau kamu semua berdiam diri, ini bermakna kamu semua turut bersubahat dengan pihak yang membuat kenyataan tersebut!
Barangkali kamu semua lupa bahawa sebahagian besar para pengundi terdiri dari ramai rakyat Malaysia yang berkerja di dalam sektor perkhidmatan awam. Jangan nanti menjelang pilihan raya baru kamu semua terhegeh-hegeh nak mendakwa bahawa kamu semua adalah hero-hero yang menjuarai kepentingan Melayu.
PRU15 hanyalah satu mukadimah dan penunjuk awal kepada sentimen para pengundi Melayu beragama Islam.
Kakitangan awam tidak memperlihatkan keterlibatan mereka dalam politik kepartian tetapi mereka pastinya tahu berpolitik!
Oleh: Mohd Lutfi Abdul Khalid

Tuesday, February 14, 2023
Kenapa PH Tidak Berani Ambil Tindakan
Suara Ramasamy sebenarnya suara ultra kiasu DAP?
PEMIMPIN parti ultra kiasu cukup takut insiden hanya dapat memerintah 22 bulan kembali berulang apabila pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar dan menyentuh sensitiviti Melayu Islam.DAP tidak mahu mengaku di khalayak, ada yang pakat-pakat kecam Ramasamy, kerana takut kehilangan kuasa lagi. Walhal itulah warna kulit sebenar parti ultra kiasu ini.
Bila orang Melayu kononnya mengeluarkan kenyataan rasis, terus diambil tindakan tanpa fikir panjang. Malangnya, bila ultra kiasu buat kenyataan rasis, tidak siapapun berani ambil tindakan.
Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.
Saya cukup kasihan dengan nasib yang menimpa pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn, digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan ke tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, susulan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi AR Rahman baru-baru ini.
Jawatankuasa yang dilantik terus mengambil tindakan, atas ‘kesalahan’ hanya memuat naik ciapan komen pendek, kononnya berbau perkauman, iaitu “bau best la kat dalam tu” berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert berkenaan.
Bandingkan ciapan pendek Hanis dengan artikel panjang Ramasamy, mana lebih menyakitkan.
Bila hati Melayu selalu disakiti, dibiarkan, bila ultra kiasu disakiti, terus diambil tindakan tanpa menoleh lagi.
Sedangkan Hanis menegaskan dia tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman, sebaliknya hanya berjenaka tentang keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton.
Saya ulang lagi, cuba bandingkan kenyataan Hanis dengan kenyataan Ramasamy mengenai perkhidmatan awam yang dikatakan tidak maju kerana dibolot oleh orang Melayu, mana lebih bahaya.
Kenapa tidak pecat sahaja dia daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ramasamy kata dalam artikelnya bertajuk “Ossified public service badly in need of reform”, perkhidmatan awam Malaysia telah lapuk atau tepu dan amat-amat perlu direformasikan.
Tulisan P Ramasamy juga mengaitkan bahawa jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai dan didominasi oleh orang Melayu adalah punca yang menyebabkan perkhidmatan awam menjadi lapuk atau tepu. Beliau seterusnya mendesak supaya “dominasi Melayu” dalam perkhidmatan awam dihentikan.
Ramasamy beranggapan perkhidmatan awam telah lapuk atau tepu, puncanya kerana perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu. Maka, penyelesaiannya ialah untuk kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mesti pecahkan dominasi tersebut.
Artikel ini merupakan satu penghinaan kepada perkhidmatan awam dan orang Melayu.
Kenapa tidak diambil tindakan, berbanding dengan kenyataan Hanis yang amat hanya beberapa perkataan sahaja, terus diambil tindakan dan digantung daripada mewakili negara?
Kita tidak pernah berlaku adil. Dengan orang sendiri bukan main garang, dengan orang lain, lembut gigi daripada lidah.
Alahai Melayu. Kamu nak tunjukkan kamu hebat, tetapi sebenarnya tidak. Kamu sedang meruntuhkan bangsa kamu sendiri.
Kesalahan ultra kiasu lagi besar, tetapi mereka saling sokong menyokong di belakang. Dihadapan mereka berlakun bagi agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu.
Ultra kiasu hari ini sangat berstrategi dan cukup berhati-hati mengambil kira pengalaman 22 bulan ketika memerintah selepas PRU14. Sebab itu semua pendamkan, walaupun perkataan menu rahmah dan madani Malaysia menyakitkan hati mereka.
Tersangat naif jika kita masih lagi tidak sedar lakonan hebat ini atau sengaja buat-buat tidak tahu untuk kekal berkuasa.
Sebenarnya, saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan P Ramasamy. Itulah suara hati DAP yang kita tahu amat alergik kepada sesuatu yang didominasi oleh orang Melayu?
Ultra kiasu sedang berstrategi untuk memecahkan dominasi Melayu ini.
Saya boleh berikan seribu satu alasan kenapa bukan Melayu tidak minat menyertai perkhidmatan, terutama perkhidmatan awam sektor keselamatan seperti polis dan tentera. Jawapan mudah, kiasi takut mati. Mereka kiasu tetapi kiasi.
Kajian-kajian telah banyak dibuat mengenai kenapa bukan Melayu tidak minat sertai perkhidmatan awam.
Lagi pun Ramasamy takkan tak faham, bagaimana bukan Melayu boleh masuk perkhidmatan jika komunikasi dalam bahasa Melayu ketika temuduga menggunakan bahasa “lu tatak lu tatak atau bulung bulung telebang di angkase”.
Kenapa ultra kiasu ini tidak pernah serik mencabar maruah Melayu Islam. Tidak pernah faham cara hidup pribumi Melayu Islam dan tidak pernah kenal diri, siapa pribumi dan siapa yang mendatangi.
Memang wajarlah pribumi lebih ramai dalam perkhidmatan awam, sebab mereka adalah majoriti besar.
Melayu dan Bumiputera sudah menghampiri 70 peratus populasi, jadi wajarlah mereka ramai.
Macam di India dan di China, semua sektor di monopoli oleh India dan China, kenapa tidak pertikaikan monopoli tersebut.
Sekitar tahun 70an dan 80an, ketika itu tidak ramai profesional Melayu, siapakah yang mendominasi perkhidmatan negara ini?
Cuba baca laporan rancangan Malaysia ke 4 dan 5, dalam tahun 1970an penglibatan kaum Cina dalam bidang profesional adalah seramai 2,793 orang berbanding 1,066 orang daripada kaum India dan 225 orang daripada kaum Bumiputera. Manakala pada tahun 1980an, penyertaan semua kaum dalam bidang profesional adalah semakin meningkat iaitu seramai 10,812 orang daripada kaum Cina, 2,963 kaum India dan 2,534 kaum Bumiputera.
Pada tahun 1990 pula, penyertaan kaum Cina dalam bidang ini turut melebihi kaum India dan Bumiputera iaitu seramai 22,641 orang berbanding seramai 5,363 kaum India dan 11,717 orang daripada kaum Bumiputera.
Dalam kata lain, penglibatan kaum Cina dalam sektor awam telah bermula semenjak bermulanya pemerintahan British sehingga kini. Selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), penglibatan mereka dalam sektor awam semakin meningkat khususnya dalam bidang profesional dan jawatan-jawatan tinggi dalam perkhidamatan awam.
Bagaimanapun, dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti angkatan tentera, polis dan bomba, penglibatan mereka masih kurang walaupun pihak kerajaan menawarkan jumlah gaji yang lumayan dan pelbagai bonus dalam perkhidmatan tersebut. (Muhamad Ali bin Embi dan Abdul Hadi bin Rasimin 2006).
Ingin saya bertanya kepada Ramasamy, maju sangatkah Malaysia ketika didominasi bukan Melayu?
Sayang sekali ISA sudah tiada, jika tidak kita humbankan ultra kiasu ini ke Kemunting.
Saya hairan, sekian lama ultra kiasu ini mendatangi Alam Melayu, tinggal di sini sehingga negara mencapai kemerdekaan ke 65, isu-isu sensitif terus menerus dibangkitkan, mencabar maruah orang Melayu. Ini bukan pertama kali, malah berkali-kali.
Ultra kiasu tidak belajar sejarahkah atau belajar sejarah daripada sekolah persendirian Cina?
Patutkah kita biarkan? Ia memang sengaja dilakukan untuk menguji tahap kesabaran kita? Tidakkah kesabaran kita ada had?
Sudah sampai masanya pihak berkuasa kerajaan bertindak tegas, Madani Malaysia tidak berdiam diri sahaja.
Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Adakah Sekolah Vernakular Menjadikan Mereka Begitu Rasis...
Menteri kecam kenyataan rasis bekas pemain badminton
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam kenyataan bekas pemain badminton kebangsaan, Bong Guan Yik yang menyentuh isu perkauman dan agama di media sosial.
Beliau juga telah mengesahkan dengan Majlis Sukan Negara dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), bahawa Bong tidak tinggal di Malaysia dan hanya seorang pelatih pada 2014.
“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.
“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” kata Yeoh dalam ciapan di laman Twitter.
Beliau juga mengulangi pendirian bahawa sukan mestilah bebas daripada sebarang unsur perkauman atau politik.
“Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya.
Sementara itu, BAM turut mengecam kenyataan Bong dan memaklumkan akan menghantar aduan mengenai perkara itu kepada Persatuan Badminton Cina (CBA).
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya semua bentuk diskriminasi dan akan menggesa CBA mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu ini.
“BAM dan semua ahli gabungan kami tidak akan menerima orang seperti itu untuk terlibat dalam badminton di Malaysia,” kata BAM dalam catatan Facebook.
Dalam aplikasi TikTok, Bong menyatakan kritikan terhadap prestasi badminton Malaysia. Bong Guang Yik awalnya membahas kegagalan pemain Malaysia di Malaysia Open 2023.
Namun, ketika mengkritik peranan BAM dalam meningkatkan prestasi, Bong Guang Yik membuat menyentuh isu agama dan kaum.
“Bagi orang Melayu jadi management (pihak pengurusan). Eh mereka sembahyang dah lima kali sehari, mana ada niat nak uruskan BAM. Lemah pengurusan ini.
“Sistem yang lemah menyebabkan pemain Malaysia semua merosot,” kata Bong sebelum meminta maaf selepas dikecam. - ismaweb.net

Kenapa Perkauman Dilambakkan Kepada Melayu Sahaja? MB Kedah
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempersoalkan tindakan meletakkan kesalahan ke atas orang Melayu dan Islam sahaja apabila timbul sesuatu isu berkaitan perkauman, sedangkan kaum lain juga kerap membangkitkan perkara rasis.
Mengulas tindakan individu yang mempergunakan isu perkauman dalam politik, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS berkata isu berkenaan sepatutnya tidak hanya diletakkan ke atas orang Melayu dan Islam sahaja.
Pada masa sama, beliau turut membidas pakar Perlembagaan yang melambakkan kesalahan berkaitan perkauman hanya kepada orang Melayu sahaja.
Justeru, Muhammad Sanusi mengingatkan pakar Perlembagaan bahawa di Malaysia terdapat satu kaum yang hampir semuanya mengundi satu parti sahaja.
“Pakar Perlembagaan pun ada yang buta sejarah. Kalau sejarah yang telah berlalu dan dicatat dalam lembar kertas dan disampaikan secara lisan pun dia buta, bagaimana dia hendak membaca realiti semasa.
“Pasai apa (kenapa) isu perkauman yang dituduhnya itu hanya dilambakkan salahnya kepada orang melayu dan Islam sahaja?
“Apakah kerana dia tidak faham orang sebelah dia sedang bercakap tentang apa?
“Apakah dia belum sedar ada satu kaum yang hampir semuanya mengundi satu parti sahaja iaitu parti dia dan parti kawan-kawan dia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Sanusi dipercayai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy baru-baru ini yang mempersoalkan dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam.
Sebelum ini, Ramasamy turut mengaitkan bahawa jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai dan didominasi oleh Melayu adalah punca perkhidmatan awam menjadi lapuk atau tepu.
Ramasamy yang juga Felo Penyelidik Kanan Pelawat di Institut Pengajian Asia Tenggara, Singapura mengenai politik Asia Tenggara seterusnya mendesak supaya “dominasi Melayu” dalam perkhidmatan awam dihentikan.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu beranggapan perkhidmatan awam telah lapuk atau tepu, puncanya kerana perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu. Maka, penyelesaiannya ialah untuk kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti pecahkan dominasi tersebut. - agendadaily.com

Subscribe to:
Posts (Atom)