Menggunakan kedua-dua panel kaca solar dan dan kipas angin untuk menjana tenaga. Cronos Yacht
Wednesday, December 11, 2013
Ultra Moden Cronos Yacht
Ini adalah reka bentuk kapal layar mewah oleh Simone Madella dan Lorenzo Berselli yang menakjubkan! Keluk dan keanggunan kapal menjadikannya bergaya dan menakjubkan. Cronos Yacht mempunyai ketukangan kayu yang terperinci, kawasan tempat duduk yang luas, perabot moden, dan banyak cahaya semula jadi. Semua garis halus dan tekstur badannya hampir membuat ia kelihatan seperti haiwan yang tergolong di dalam laut.
Menggunakan kedua-dua panel kaca solar dan dan kipas angin untuk menjana tenaga. Cronos Yacht
Menggunakan kedua-dua panel kaca solar dan dan kipas angin untuk menjana tenaga. Cronos Yacht
Thursday, December 5, 2013
Rumah Tangga Kekal Bahagia
Rumah tangga yang teguh, aman dan terus mesra, menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri.
Sebenarnya, untuk memperoleh sebuah rumah tangga yang bahagia bergantung sepenuhnya kepada cara bagaimana pasangan berkenaan mengekalkan suasana harmoni dalam hubungan mereka biar lama mana usia perkahwinan mereka.
Hal-hal yang kecil yang pada pandangan kita dianggap remeh adakalanya boleh meretakkan hubungan sekiranya dibiarkan berlarutan.
Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengketepikan sikap terlalu emosi, selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.
1- Saling mempercayai dan menghargai
Saling percaya mempercayai adalah kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulat-bulat atau mudah melenting sekiranya anda mendengar pasangan anda sebagai contoh berdampingan dengan individu lain di tempat kerja. Sekiranya masih meragui, tanyakan sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata.
Sekiranya dia berkata benar, belajarlah untuk mempercayai kata-katanya. Namun jangan terus percaya tanpa usul-periksa. Perhatikan gerak-gerinya.
Sekiranya suami anda kelihatan berubah seolah-olah kemaruk cinta seperti sentiasa kelihatan berseri-seri, suka berbohong dan menelefon secara sembunyi-sembunyi, mungkin ada sesuatu, tetapi jika tidak, anda tidak perlu hirau mengenainya.
Suami dan isteri sebenarnya harus selalu saling menghargai, memberi keyakinan dan memberi galakan kepada pasangan. Usah jadikan segala perbezaan antara anda berdua penyebab kepada masalah dalam rumah tangga. Apa yang penting selalu memaafkan setiap kesalahan yang pasangan anda lakukan selagi dia tidak melakukan sesuatu yang amat berat untuk anda tanggung.
2- Belajar memaafkan dan berkongsi keadaan
Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji untuk tidak mengulanginya adalah penting untuk mengekalkan hubungan. Usah simpan dendam. Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan.
Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada baik dalam keadaan suka dan duka adalah perkara yang amat terpuji demi melihat kerukunan dalam rumah tangga.
Jangan biarkan pasangan anda menghadapi kehidupannya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahuinya sedikit pun.
Di sinilah peranan anda sebagai seorang suami atau isteri untuk menjadi pemberi semangat, penyelamat dan sentiasa ada dengannya di saat suka dan duka.
3- Belajar terima kekurangan
Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan. Dia juga perlu melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataskan hubungan dan seharusnya tidak memandang rendah antara satu sama lain. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
4-Jangan terlalu mengongkong dan berfikiran positif
Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggkan dia terasa terkongkong.
Bersikap terbuka dengan pandangan anda sekiranya ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya.
Cuba berfikiran positif mengenai apa yang pasangan anda lakukan. Jangan asyik mengesyakinya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan.
5- Semakin lama semakin mesra
Biarpun usia perkahwinan sudah semakin matang , kemesraan anda dengan pasangan perlu dipelihara. Mencium pipi pasangan ketika pulang ke rumah di depan anak-anak menunjukkan kemesraan ibu dan bapa mereka tidak pernah padam. Pendek kata biarpun masa berlalu kemesraan antara pasangan itu tidak terlerai.
Apabila dikatakan selalu tampil cantik untuk suami anda, ini bukan bermaksud anda tidak boleh melawa lagi sekiranya bentuk badan anda sudah berubah. Maksudnya di sini adalah anda tampil dengan kelihatan lebih harum, kemas dan bersih.
6 -Kejutan menggembirakan dan kotakan janji
Buatlah sesuatu kejutan yang menggembirakan pasangan pada sambutan majlis perkahwinan atau kelahirannya. Hadiah tidak perlu yang mahal, tulisan kata-kata cinta memadai.
Janji adalah penting untuk ditepati, cubalah belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal, membelikan hadiah dan sebagainya dan jangan mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat mengotakan janji anda.
7- Pergi berbulan madu
Seterusnya pergilah berbulan madu berdua sahaja ke tempat yang paling romantis untuk menjalinkan kembali ikatan cinta anda. Selepas pulang daripada berbulan madu pastinya hubungan anda semakin intim dan mesra.
Sumber : Keluarga@utusan
Wednesday, December 4, 2013
Sejarah Melayu: Bacaan wajib orang Melayu
Tidak ada kitab dalam kepustakaan orang Melayu yang lebih
penting daripada Salatus Salatin atau Sejarah
Melayu. Terdapat banyak versi
kitab ini, khabarnya lebih 30, yang paling popular diusahakan oleh WG
Shellabear. Seorang pengkaji dan penulis tempatan, A Samad Ahmad telah
menerbitkan versi DBP yang membawa judul Salatus Salatin. Kitab ini dipercayai
ditulis oleh seorang pujangga, sejarawan dan ilmuwan Melayu terkenal bernama
Tun Sri Lanang.
Sejarah Melayu memang patut menjadi bacaan wajib semua orang
Melayu. Inilah kitab yang sebenarnya menggalurkan sejarah orang Melayu yang
raja-rajanya dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnaen hinggalah pada
zaman Kerajaan Melayu Johor. Kitab
ini bukan sahaja menumpukan perhatian pada kisah raja-raja dan orang-orang
besar tetapi juga kisah rakyat jelata.
Pelbagai sumber
Seperti juga
halnya dengan Salasilah Melayu dan Bugis, Taufat al-Nafis dan Hikayat Raja-Raja
Pasai, kitab Sejarah Melayu tidak boleh dilihat dalam konteks ‘sejarah’ hari
ini. Kitab-kitab ini menggunakan pelbagai sumber termasuk mitos dan legenda
bagi meriwayatkan sejarah. Ada kalanya sukar diterima insiden atau episod yang
digambarkan sebagai sejarah. Tetapi bahan-bahan yang dianggap tidak objektif
dan tepat ini punya peranannya yang tersendiri. Oleh sebab itu kitab Sejarah
Melayu dikategorikan sebagai historiografi Melayu.
Dalam Sejarah
Melayu, salah seorang daripada keturunan Iskandar Zulkarnaen bernama Sang
Sapurba mengahwini Wan Sendari, anak Demang Lebar Daun di Bukit Seguntang. Perkahwinan
inilah yang memulakan ‘sumpahan’ raja-rakyat, di mana raja tidak boleh
menzalimi rakyat dan rakyat tidak boleh menderhakai raja. Persetiaan inilah
yang diguna pakai dalam konteks kesetiaan pemerintah dengan yang diperintah
sehingga ke hari ini.
Sejarah Melayu
memancarkan nilai, pandangan dunia dan psyche orang Melayu. Terlalu banyak
peristiwa di dalamnya yang memberikan bayangan bagaimana legitimasi raja
diperkukuh melalui mitos dan legenda. Terlalu juga terdapat banyak cerita
penganiayaan yang dilakukan ke atas rakyat. Juga cerita tentang gagalnya orang
Melayu menghormati kepandaian dan kecerdikan seperti yang berlaku pada budak
yang menyelamatkan Singapura daripada dilanggar todak.
Lihat sahajalah makna kesetiaan yang ditunjukkan oleh Hang
Tuah dalam Sejarah Melayu. Berbeza dengan Hikayat Hang Tuah, teman Hang Tuah
yang menderhaka adalah Hang Kasturi. Pengabdian Hang Tuah mutlak terhadap
rajanya. Orang Melayu pada masa itu tidak ada pilihan melainkan bersetia pada rajanya.
Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan malapetaka luar biasa. Lihat sahaja
apa yang berlaku pada Sang Rajuna Tapa yang belot di Singapura kerana membuka
gerbang untuk kemasukan tentera Betara Majapahit, dia dan isterinya menjadi
batu dan beras di rumahnya menjadi tanah.
Terlalu banyak kisah dalam Sejarah Melayu yang hebat dan
luar biasa, malah menjadi potensi bahan filem dan drama TV. Badang merupakan
Hercules Melayu dengan kekuatannya. Semerluki, panglima Bugis yang bersumpah
tidak akan ke Tanah Melayu sekiranya batu yang dicampakkan ke laut, timbul. Tun Jana Khatib dengan keilmuan yang hebat
lalu dicemburui raja. Tun Kudu harus menyerah dirinya pada Tun Ali bagi
membolehkan adiknya Tun Perak menjadi bendahara. Sultan Muzafir Shah pernah
dibuang menjadi nelayan. Raja China menghantar Puteri Hang Li Po ke Melaka. Jangan
lupa kisah pengkhianat Raja Mendeliar dan Si Kitul yang menyebabkan kehancuran
Melaka.
Sejarah Melayu
juga memuatkan kisah Bendahara Seri Wak Raja yang membunuh diri kerana berasa
malu apabila pintu ditutup orang sewaktu beliau hendak masuk menghadap. Bendahara
ini ayah kepada Tun Kudu dan Tun Perak. Juga kisah Sultan Alauddin Shah yang
turun padang melihat rakyatnya di waktu malam.
Minda Melayu tak
banyak berubah
Jangan lupa,
penulis kitab ini mempunyai cara-cara yang tersendiri menyindir rajanya. Apabila
Sultan Mahmud berkenankan Puteri Gunung Ledang, baginda bersedia sa
Sejarah Melayu
tidak lengkap tanpa drama, intrig, kisah percintaan, pengorbanan, pengkhianatan
dan peperangan. Terlalu banyak yang boleh dipelajari daripada kitab ini.
Nampaknya minda Melayu tidak banyak berubah daripada zaman yang diceritakan
oleh Tun Sri Lanang dalam kitab ini. Melaka musnah kerana dengki dan dendam
kesumat manusia yang berkepentingan.
Dunia politik
Melayu harus belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin dan
pembesar dalam kitab besar dan bermakna ini.
Oleh : Johan Jaafar
Subscribe to:
Posts (Atom)