nuffnang

Monday, October 7, 2019

Maruah....Orang-Orang Kita Bagaimana?

"Saya lebih rela mati daripada hidup tanpa maruah" - Hakim Thailand
BANGKOK - Tindakan seorang hakim menembak diri sendiri ketika sedang mengendalikan prosiding mahkamah semalam adalah ekoran campur tangan pihak ketiga dalam kes bunuh yang dikendalikannya.

The Guardian yang memetik Bangkok Post melaporkan, Khanakorn Pianchana sebelum itu membuat keputusan untuk membebaskan lima tertuduh yang didakwa atas pertuduhan membunuh dan memiliki senjata api selepas pasukan pendakwa gagal mengemukakan bukti yang kukuh bagi menyabitkan mereka dengan kesalahan itu.

Kenyataan Khanakorn yang mendakwa beberapa hakim kanan memberi tekanan kepada dirinya supaya mengubah keputusan terhadap lima tertuduh itu disiarkan secara langsung dalam Facebook Live dan menjadi tular. Namun demikian, siaran langsung itu dipadamkan sejurus kemudian.

Khanakorn memberitahu, dia menerima tekanan supaya menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga tertuduh manakala dua tertuduh lagi dikenakan hukuman penjara.

"Kamu memerlukan bukti yang kredibel dan jelas bagi membolehkan seseorang itu dijatuhkan hukuman. Kalau kamu tidak pasti, jangan hukum.

"Saya tidak nyatakan yang mereka tidak terlibat (pembunuhan dan memiliki senjata), mereka mungkin melakukan...," katanya.

Menurut Khanakorn, institusi kehakiman perlu telus dan kredibel dan tidak seharusnya menjadikan mana-mana individu sebagai kambing hitam.

"Beginilah hakim-hakim lain juga diperlakukan. Saya tidak boleh mengkhianati sumpah jawatan saya. Saya lebih rela mati daripada hidup tanpa maruah," katanya sebelum menembak diri sendiri menggunakan pistol peribadinya.

Khanakorm yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital dilaporkan telah melepasi zon kritikal. - AGENSI

No comments:

Post a Comment