Saturday, October 19, 2019

Gesa Siasat Komik Sebar Propaganda DAP, Komunis

Komunis direka watak baik, terbitan komik bahaya: Isma
BANGI – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat serta memberi penjelasan mengenai pengedaran komik mengandungi propaganda parti tamak haloba, DAP yang diedarkan di sekolah-sekolah.

Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, komik berkenaan bukan sahaja penuh dengan propaganda politik yang memfokuskan parti kerajaan, malah turut memburuk-burukkan parti pambangkang.

Mengakui terkejut dengan penerbitannya, beliau beranggapan komik berkenaan mengundang bahaya kerana mengandungi unsur-unsur komunis yang sengaja direka menjadi watak baik.

“Jadi, ini sangat bercanggah dengan nilai dan fakta sejarah.

“Kita tidak mahu budaya lama yang mempergunakan dan mengambil kesempatan ke atas sekolah-sekolah untuk kepentingan politik berulang, apatah lagi menjadi semakin subur,” katanya dalam satu kenyataan.

Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dilaporkan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia, yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Difahamkan, komik itu menyertakan propaganda yang mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis serta memburuk-burukkan kerajaan lama (Barisan Nasional).

Berdasarkan sekeping surat yang tular di media sosial, Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk mengedarkan naskhah buku komik (versi bahasa Melayu) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. - www.ismaweb.net

1 comment:

  1. Apa lu olang melayu boleh buat... maaa...? I (DAP) +- old man ( will play mahjong with Lee Kuan Yu ) + Ngar Kor Meng running the govt. know... !. Haaa...haaa...

    ReplyDelete